SUARA BEBAS TUARAN

Gara-Gara Lapuran Tanah Runtuh DiBukit Antara Bangsa, Menteri bidas pemberita


Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, kelihatan gelisah dan gagal mengawal perasaannya semalam apabila beliau membidas para pemberita kerana bertanyakan beliau mengenai pengharaman laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, lapor sebuah laman berita tempatan.
  • 'Ia amat mudah, saya harap anda boleh memahami apa yang saya katakan. Contohnya, anda bertanya seorang arkitek (mari gunakan JKR, atau Jabatan Kerja Raya) untuk merekabentuk rumah anda. Apabila reka bentuknya sudah siap, JKR menyerahkannya kembali kepada anda. Apabila ia sudah siap, apakah arkitek itu perlu memberitahu satu dunia butir-butir mengenai rumah anda?' kata Datuk Shaziman, dengan muka merah padam, yang ditukil dalam laporan The Malaysian Insider semalam.
  • Semasa memberi reaksinya kepada satu laporan bahawa para penduduk Bukit Antarabangsa telah membuat rayuan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) agar laporan tersebut diubah statusnya, Datuk Shaziman berkata pihak kabinet Malaysia akan memutuskan perkara itu.
  • 'Apabila saya mahu mengklasifikasikan laporan itu saya memberitahu Kabinet. Sekarang, jika saya mahu mengubah statusnya, kenapa harus saya mengetepikan prosedur itu? Saya juga harus memberitahu Kabinet dan menyerahkan kepada mereka untuk memutuskan,' katanya lagi.
  • Datuk Shaziman, bagaimanapun, enggan menjawab seorang pemberita yang bertanya tentang tindakan selanjut beliau kerana beliau berhak dari segi undang-undang untuk mengubah status dokumen-dokumen itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
  • Seksyen 2(c) OSA 1972 menetapkan bahawa menteri bertanggungjawab mengklasifikasikan dokumen itu di bawah akta tersebut diberikan kuasa mengubah status dokumen itu tanpa perlu mendapatkan kebenaran kabinet.
  • Menteri tersebut juga kelihatan mengalihkan tanggung jawab keselamatan penduduk di Bukit Antarabangsa kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), sambil menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab MPAJ untuk mencegah 'kemalangan' itu daripada berulang.
  • 'MPAJ harus memastikan bahawa ini tidak berulang. Mereka harus mengikut saranan dalam laporan itu,' kata Datuk Shaziman, sambil menuduh MPAJ, yang kini di bawah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, tidak menjalankan tugas dengan betul bagi memastikan keselamatan penduduk, menurut The Malaysian Insider.
  • Beliau juga menekankan bahawa laporan kejadian tanah runtuh itu diberikan kepada MPAJ supaya mereka mengambil tindakan sewajarnya bukan untuk didedahkan kepada awam.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails