
India mahu belajar daripada pengalaman Malaysia dalam teknologi TOL Malaysia yang mempunyai 15-20 tahun pengalaman dalam sektor ini dan kini terlibat dalam 35 projek dalam negara ini, demikian kata Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya Kamal Nath.
- Justru itu India telah mencadangkan untuk menubuhkan kumpulan khas untuk menarik lebih ramai pembina jalan raya dari Malaysia untuk melabur dalam projek-projek prasarana lebuh raya negara itu yang kian membangun.
- Nath berkata kumpulan itu akan membantu untuk mendapatkan sokongan kerajaan kepada kerajaan dalam sektor ini, di mana India sedang cuba mendapatkan pelaburan asing yang besar dan kepakaran.
- "Kami telah berbincang tentang kemungkinan hubungan kerajaan kepada kerajaan di antara kedua-dua negara. Satu kumpulan akan ditubuhkan serta merta untuk membantu pelaburan Malaysia dalam sektor pembangunan lebuh raya," kata Nath kepada media di India.
- India kini pesat membangun untuk menyiapkan sepanjang 7,000 km jalna raya setiap tahun dengan sasaran 20 km sehari, untuk melengkapkan seluruh negara dengan prasarana ini untuk menjana ekonominya.
- Sistem jalan raya India sepanjang 3.3 juta kilometer adalah yang paling besar di dunia selepas Amerika Syarikat.
- Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak AS$92 bilion (RM322 bilion) sehingga 2012 untuk membangunkan projek jalan rayanya.
- "Kami mahu syarikat Malaysia mengambil bahagian dalam program pembinaan lebuh raya sebagai pembida dan perunding" kata nya.
- Satu memorandum persefahaman antara Malaysia dan India kini dalam peringkat cadangan untuk menigkatkan kerjasama dalam sektor ini.
- Menteri Kerjaraya Malaysia Datuk Shaziman Abu Mansor telah berbincang dengan Nath di Delhi awal minggu ini



Post a Comment