SUARA BEBAS TUARAN

Isu BTN Lagi? Anwar Kata BTN Itu Bersifat Perkauman Yang Sempit

Labels:

Anwar: Tidak dinafikan BTN pada akhir-akhir ini bukan sahaja berciri perkauman sempit, tetapi memupuk kefahaman menyalahkan kaum lain
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa wujudnya tokoh-tokoh dalam Biro Tata Negara (BTN) yang berselindung di sebalik menteri untuk menyatakan tidak timbul isu perkauman dalam kursus BTN.
  • Sehubungan itu, beliau mencabar tokoh-tokoh BTN yang beliau sebut sebagai ‘pejuang besar BTN’ berdepan dan berbahas dengan PR secara terbuka mengenai isu ini.
  • Katanya, mereka ini, ‘bukan pahlawan Melayu atau pendekar’ kerana tidak sanggup berdepan untuk mempertahankan hujah mereka.
  • “Orang-orang ini sebenarnya pelarian dan pengecut, menjerit dalam suasana tertutup,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.
  • Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, dalam kursus BTN, peserta tidak boleh bercanggah pendapat dengan mereka yang mengendalikannya, tetapi ‘perlu ikut dan patuh’.
  • Menurutnya, kursus BTN itu bersifat perkauman yang sempit dan mencerca pemimpin pembangkang.
  • “Tidak kira (Mursyidul Am Pas) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) ke, saya ke, (Penasihat DAP, Lim Kit Siang) ke, termasuk pita rakaman, ramai yang melihat. Boleh tanya mereka yang pernah pergi. Cuma mereka takut pasal ramai terdiri daripada pegawai kerajaan,” katanya.
  • Ditanya mengenai wujudnya percanggahan pendapat di kalangan pemimpin UMNO mengenai BTN, Anwar berkata, ada yang mengatakan BTN diasaskan untuk menimbulkan kesedaran kebangsaan dan memahami sejarah nasional.
  • Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mahu ia dirombak semula.
  • “Ada beberapa pemikiran asas dalam BTN itu harus dirombak. Saya tidak tahu apa maksud mereka,” katanya.
  • Anwar berkata, isu BTN telah dibawa berpuluh kali ke Parlimen sebelum ini. Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah terhadap kursus anjuran Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang bertujuan menimbulkan kesedaran dan memberi motivasi.
  • Anwar berkata, dalam lirik lagu ‘Warisan’, lagu rasmi BTN yang dimainkan di kursus itu, ada disebut ‘tanah milik orang’.Beliau bertanya mengapa perlu menyalahkan orang lain sedangkan yang memimpin adalah orang Melayu. “Mengapa tidak disebut tanah itu tergadai kerana rasuah, kerana pemimpin yang rakus,” katanya.
Sumber: Sinar
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails