SUARA BEBAS TUARAN

Kontraktor Baru Bumiputera Akan Di Beri Peluang Raih Tender Kerajaan

Kerajaan Malaysia akan meneliti cadangan supaya peluang diberi kepada kontraktor yang berkemampuan tetapi tidak berpengalaman untuk memperolehi tender kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.
  • Beliau berkata, antara dua kriteria utama yang diambil kira dalam pemberian tender ialah keupayaan menawarkan harga dan kemampuan teknikal para kontraktor.
  • 'Kementerian boleh meneliti bersama pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) supaya kriteria teknikal ini tidak akan menghalang mana-mana kontraktor yang mempunyai kemampuan dan kebolehan dalam melaksanakan projek, semata-mata di atas keperluan pengalaman,' katanya di sidang Dewan Rakyat di sini semalam.
  • Dr Awang Adek berkata, sehingga kini terdapat 44,580 kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam pelbagai kelas di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 40,305 iaitu 90 peratus adalah kontraktor bumiputera.
  • 'Jika dibuat perbandingan dengan jumlah pendaftaran bumiputera pada Jun 2008, terdapat peningkatan pendaftaran sebanyak 3 peratus bagi kontraktor bumiputera kelas A dan bagi kontraktor kelas B,C,D dan E, peningkatan kontraktor bumiputera adalah sebanyak 16 peratus,' katanya.
  • Beliau berkata, kontraktor bumiputera secara am masih belum mencapai tahap yang memuaskan dalam aspek pengurusan syarikat, keupayaan melaksanakan projek, kekuatan kewangan dan masih belum dapat menggunakan teknologi serta sumber manusia yang ada secara penuh.
  • 'Oleh yang demikian kerajaan berpendirian bahawah kontraktor bumiputera masih perlu diberi latihan dan peluang untuk melaksanakan projek dan memperolehi kemahiran dan pengalaman.
  • 'Langkah ini perlu kerana kontraktor bumiputera yang tiada kepakaran atau pengalaman tidak akan dapat bersaing dengan petender-petender yang sudah mantap,' katanya.
  • Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, yang meminta kerajaan menyatakan langkah yang akan diperkenalkan untuk memastikan semua kontraktor mendapat pembelaaan secara adil dan saksama.
  • Datuk Bung Moktar berkata kontraktor baru yang tidak berpengalaman tidak mendapat peluang untuk memperolehi tender kerana pada kebiasaannya antara kriteria yang ditetapkan dalam notis tender tersebut ialah mempunyai pengalaman.
  • 'Bagaimana pula bagi mereka yang baru mendapat lesen, sudah tentu dia tak ada pengalaman, kalau macam ini (notis mempunyai pengalaman) selama-lamanya dia tak akan dapat peluang.
  • 'Menteri pun apabila baru jadi menteri dia tak ada pengalaman tapi apabila sudah jadi dia boleh berfungsi. Jadi pendekatan seperti ini harus diubah suai,' katanya.
Sumber: Bernama
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails