Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup hari ini mengakui bahawa parti itu belum mencatat pencapaian yang membanggakan sejak ianya ditubuhkan 15 tahun lepas."Kita harus kaji kenapa ini berlaku. Kalau terus keadaan ini, kalau tiadatulang belakang untuk memajukan parti ini, maka parti ini akan lenyap.
Sumber:Borneo Post, BERNAMA
- "Setiap tahun kita adakan mesyuarat agung tahunan tapi kesan belum lagikelihatan. Kita harus kaji kesilapan kita," katanya ketika merasmikanperhimpunan perwakilan tahunan ke-14 pergerakan Pemuda dan Wanita PBRS di sinihari ini.
- Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, meminta anggota PBRS supaya mengkaji kelemahan dan kekurangan dalam parti itu, keranajika tidak, PBRS akan lenyap pada masa depan.
- Beliau berkata perbuatan berebut kuasa dalam parti juga mempunyai risiko tinggi untuk membawa kepada kemusnahan.
- "Kalau ada orang mahu rampas kuasa, tidak dapat tunggu (hingga giliran),sebenarnya bukan saja boleh memecah belahkan kita, tetapi juga melenyapkan parti," katanya.
- Kurup berkata memang secara semula jadi pemimpin akan melihat golongan mudasebagai pengganti mereka dan akan menyerahkan kepimpinan kepada orang muda pada masa yang sesuai.
- "(Tetapi) dalam proses kita memilih pengganti juga kita mesti cari yangberkaliber, memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dan berdisiplin, serta mempunyai pengalaman yang cukup. Dan pengalaman ini kita perolehi dari orang yang lama juga, itulah hakikatnya," kata beliau.



Post a Comment