SUARA BEBAS TUARAN

Masyarakat Masih Kurang Peka Betapa Bahaya nya Bencana Alam ?

Labels:

Tahap kesedaran mengenai bahaya nya bencana alam di kalangan rakyat Malaysia masih cetek kerana mereka gagal mengambil bahagian dalam kempen yang diadakan untuk meningkatkan pengetahuan asasnya mengenai perkara itu.
  • Seorang arkitek, Nor Azam Abu Saman berkata mereka juga tidak menunjukkan minat untuk menambah pengetahuan mengenai bencana alam walaupun musibah itu berlaku di kawasan mereka.
  • “Pelbagai projek dan kempen kesedaran bencana diadakan di merata tempat terutamanya di kawasan yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh dan hakisan tanah, namun ia tidak mendapat sambutan daripada penduduk kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Program Slopewatch di Bukit Antarabangsa di sini.
  • Beliau yang juga Exco Mercy Malaysia berkata kebanyakan kempen kesedaran yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Coalition Of Bukit Antarabangsa Residence Associations (COBARA) dan Mercy Malaysia juga tidak mendapat sambutan penduduk Bukit Antarabangsa walaupun kawasan itu terdedah kepada ancaman tanah runtuh.
  • Menurutnya, sambutan dingin para penduduk itu tidak membantutkan usaha COBARA dan Mercy Malaysia yang mendapat kerjasama Unit Kejuruteraan Cerun di Jabatan Kerja Raya untuk menganjurkan kempen pendidikan awal bencana alam dari semasa ke semasa.
  • Sementara itu, Pengarah Program Slopewatch Eriko Motoyama berkata, walaupun insiden tanah runtuh yang mengakibatkan empat nyawa terkorban dan 14 banglo mewah ranap di Bukit Antarabangsa pada 6 Dis tahun lepas, namun masih lagi ramai yang enggan mengambil berat isu itu.
  • “Mereka tidak ada kesedaran dan berusaha mempelajari untuk menyiapkan diri dalam menghadapi malapetaka itu pada masa akan datang…bukan mereka tidak tahu tetapi mereka tidak mahu tahu,” kata Motoyama.
Sumber: NST
4 comments:

salam saudara ku SBT,

saya suka baca paparan ini. kalau tidak jadi hal, saya harap dapat betulkan ejaan "maseh" kepada masih dan "Pekah" kepada peka. saya juga menegur seorang YB baru-baru ini menggunakan ejaan "Angkah" yg sepatutnya "angka", mohon perbetulkan.

salam MO


Thanks sdra Musli,
Perkataan yang dipertikaikan bahasa nya, saya telah pun perbetulkan.

Salam


Salam saudara Solymone... tidak mahu cuba nasibkah di Usukan pada PRU-13 seperti dilakukan DARD di Parlimen KB.
Jarak Kampung Bunga dengan Kinasaraban bukan jauh pun, jauh lagi kampung Serusop!
Selamat berjuang.


Wsalam dan Thanks Sdra Azrone,

Walau macam mana pun, rasa nya lebih ramai lagi calon-calon di KB yang lebih bertauliah dari saya.

Disamping itu missi dan perjuangan saya untuk Kawasan Tuaran masih belum lagi selesai.

Semuga sukses


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails