
Askar Filipina dan kakitangan majlis perbandaran mengangkat tangan kanan sewaktu membaca ikrar taat setia selepas upacara menaikkan bendera pada hari pertama mereka bertugas semalam selepas undang-undang tentera diisytiharkan di bandar Shariff Aguak, dalam wilayah Maguindanao, selatan Filipina.
SHARIFF AGUAK (Filipina) - Polis Filipina berkata kumpulan militia yang setia kepada keluarga Ampatuan, yang disyaki membunuh 57 orang bulan lepas, menyerang pasukan keselamatan dalam keganasan pertama sejak wilayah Maguindanao diletakkan di bawah undang-undang tentera Jumaat lalu, kata para pegawai semalam.
Sumber: AP, AFP.
- Menurut polis, militia Ampatuan menembak pasukan keselamatan yang melakukan rondaan di bandar Datu Unsay untuk mencari senjata yang disorok.
- 'Tiba-tiba (komando polis) ditembak dan berlaku kejadian berbalas tembakan. Mereka tak dapat bergerak. Jadi, mereka meminta bantuan polis tambahan,' kata ketua polis Filipina, Encik Jesus Verzosa.
- Tiada seorang pun pegawai polis yang cedera. Penyerang berundur selepas dua kenderaan berperisai dihantar untuk mengusir mereka, kata beliau.
- Menurutnya, penyerang termasuk antara 2,400 orang bersenjata yang berhimpun di 16 daripada 22 bandar di Maguindanao untuk mempertahan keluarga Ampatuan, yang mentadbir wilayah itu tanpa tentangan selama beberapa tahun.
- Para perunding pemerintah kini berusaha memujuk 2,400 orang bersenjata agar menyerah diri, kata Setiausaha Dalam Negeri, Encik Ronaldo Puno, kepada pemberita di Manila.
- Menurut Encik Puno, sebahagian besar anggota militia yang jadi buruan itu pada mulanya berada di bawah kuasa pemerintah.
- Tetapi mereka berpaling tadah dan digunakan keluarga Ampatuan 'sebagai alat untuk melanggar undang-undang'.
- 'Mereka memisahkan diri daripada pegawai pemerintah dan pihak berkuasa yang menyelia mereka,' jelas Encik Puno.
- 'Militia tersebut sedang bersembunyi bersama senjata mereka. Mereka bertekad mahu berperang dan jumlah mereka ramai,' kata panglima pasukan tentera di Maguindanao, Leftenan-Jeneral Raymundo Ferrer.
- Keluarga Ampatuan yang mentadbir Maguindanao selama sedekad dituduh mendalangi pembunuhan 57 orang pada 23 November lalu, termasuk anggota keluarga saingan politik mereka dan 30 wartawan.
- Presiden Filipina, Cik Gloria Arroyo, menguatkuasakan undang-undang tentera di wilayah itu Jumaat lalu.
- Para pegawai berkata keluarga Ampatuan dan pengikutnya merancang pemberontakan.
- Oleh itu, ketua keluarga Ampatuan, Encik Andal Ampatuan Sr, enam anggota lain keluarga itu, dan 60 pengikutnya diberkas askar Filipina hujung minggu lalu.



December 8, 2009 1:15 PM
Salam Tuan,
Inilah yang disebut sebagai "kekuatan Kuasa dan Pengaruh di analisa melalui jumlah muncung senapang yang berasap". Akan lebih berkuasa lagi jika ramai yang sanggup mengisyitiharkan diri "BERJIHAD" UNTUK MATI KUFUR semata-mata melindungi kerdurjanaan.
December 8, 2009 6:31 PM
Wsalam,
Well said Kuda berhias, I raise my case.
Thanks
Post a Comment