
Encik Mohamad Zin Hassan atau lebih dikenali sebagai Pok Jeng, 81 tahun, yang pernah menarik perhatian ramai kerana berkahwin 30 kali dan bercerai 29 kali, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pasir Akar, Jertih pada 5 pagi kelmarin kerana sakit tua.
Sumber: BMM, NST.
- Allahyarham yang menghidap pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung, meninggal dunia ketika tidur dan sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital lebih seminggu lalu.
- Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Akar selepas solat zuhur dan sebahagian besar keluarga Allahyarham berada di sisi.
- Allahyarham Pok Jeng mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu kerana mengahwini 23 janda dan tujuh anak dara sejak berusia 20 tahun.
- Daripada semua perkahwinan itu, Pok Jeng dikurniakan 16 anak berusia antara 19 tahun dengan 56 tahun, 70 cucu dan 15 cicit yang kini menetap di Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu.
- Warga tua itu turut mencatatkan rekod apabila pernah berkahwin dengan seorang daripada isterinya dalam tempoh sehari sebelum menceraikan wanita itu.
- Isteri paling lama dikahwininya dikenali sebagai Senik selama 20 tahun sebelum beliau meninggal dunia.
- Ditanya apa rahsianya, Allahyarham sebelum ini pernah ditukil sebagai berkata,'Anda harus melayan seorang wanita itu dengan baik, tunjukkan kelakuan yang baik-baik saja dan perlu pandai manis berkata-kata. Rekod saya bukannya bagus sangat. Ada kawan saya yang telah meninggal dunia sebelum ini telah berkahwin sebanyak 50 hingga 70 kali.'



Post a Comment