SUARA BEBAS TUARAN

Sulaiman Letakan Jawatan Timbalan Menteri Sebab Peribadi Bukan Politik

Tindakan Datuk Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan tiada kaitan dengan politik, kata Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Sebab Sulaiman meletakkan jawatan adalah bertentangan dengan spekulasi sebelum ini, yang menyatakan ia berpunca daripada soal politik.
Taib yang juga bapa Skepada ulaiman berkata, hasrat anaknya untuk meninggalkan pentadbiran Persekutuan adalah lebih berbentuk peribadi kerana anaknya itu masih terjejas dengan kematian ibunya, Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 29 April lepas.
  • “Dia (Sulaiman) mengalami masalah kesihatan sejak enam bulan lepas. Maka saya katakan kepadanya, hanya kamu sendiri yang boleh menghakimi keadaan itu,” kata Taib kepada pemberita selepas melancarkan Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Sarawak di sini, semalam.
  • Katanya, seperti anggota keluarganya yang lain, Sulaiman “tidak gembira dan berasa sedih dengan kehilangan ibunya”.
  • Sulaiman menggantikan tempat ayahnya sebagai Anggota Parlimen Kota Samarahan selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008,
  • Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Sabtu lepas, Najib mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatannya.
  • Kata Najib, beliau akan berunding dengan Taib, yang merupakan pengerusi Barisan Nasional Sarawak mengenai perkara tersebut.
  • Menurut Najib, Sulaiman menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepadanya dengan menyatakan masalah peribadi sebagai sebab utama beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pentadbiran persekutuan.
  • Sulaiman, Naib Presiden Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dilantik menganggotai barisan pentadbiran oleh perdana menteri sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan dikekalkan oleh Najib dalam barisan Kabinet yang diumumkannya April lepas.
  • Di tengah-tengah kehangatan spekulasi akan peletakan jawatan Sulaiman, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang dipetik sebagai berkata menafikan bahawa beliau tidak sehaluan dengan timbalannya dan menyatakan bahawa hubungan mereka baik dalam tempoh tujuh bulan mereka bersama di kementerian itu.
Sumber: Borneo Post
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails