
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ketidakhadiran Ahli Parlimen BN pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu bagi meluluskan Bajet 2010 bukan kriteria utama bagi mengukur prestasi kerja mereka.
Sumber: Borneo Post
- “Ini bukan persoalan kekal atau tidak (sebagai calon BN). Ia bergantung kepada Ketua Menteri, kita tidak boleh mempersoalkan kuasa budi bicara Ketua Menteri dalam menentukan siapa patut kekal atau tidak,” kata-nya kepada Utusan Borneo, semalam.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas kekecewaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ketidakhadiran ramai Ahli Parlimen pada sidang Dewan Rakyat.
- Ia dilihat sebagai perkara serius yang boleh memungkinkan belanjawan negara tidak diluluskan.
- “Pada masa itu bukan saya yang mempengerusikan mesyuarat. Giliran Datuk Ronald Kiandee. Saya tidak dapat mengesahkan siapa yang hadir atau tidak,” katanya.
- Beliau berkata, kehadiran Ahli-ahli Parlimen BN amat penting dalam persidangan bukan sahaja ketika proses meluluskan bajet.
- Mengenai apa kemungkinan tindakan diambil oleh Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata ia terpulang kepada pemimpin tertinggi BN.
- “Saya yakin PM dan TPM akan berbuat sesuatu agar perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa depan,” katanya.
- Sementara itu, Najib dipetik sebagai berkata, kegagalan meluluskan Bajet 2010 itu mungkin menyebabkan Parlimen dibubarkan dan BN terpaksa berhadapan dengan pilihan raya untuk membentuk semula kerajaan.
- Pada sidang Dewan Rakyat itu, seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.



Post a Comment