SUARA BEBAS TUARAN

Transeksual Takut Pulang Ke Malaysia


LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari, berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.
Mohammed Fadzil atau Fatine berkata, beliau telah menerima banyak e-mel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.
  • 'Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya,' katanya.
  • Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata beliau tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.
  • 'Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku,' kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.
  • Fatine sedar orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan 'tidak dapat menerima orang sepertinya'. Bagaimanapun, beliau berharap keadaan akan beransur reda.
  • Fatine yang 'berkahwin' dengan Encik Ian Young, 30 tahun, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah, dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya mendapatkan visa ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri Britain ekoran foto 'salah'.
  • Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula. Namun, permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.
  • Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Hak untuk kehidupan berkeluarga' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.
  • Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.
  • Ini kerana pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebihi tempoh di luar negara.
  • Encik Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih diproses oleh Agensi Sempadan Britain.
  • Encik Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.
  • Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.
  • 'Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia,' ujar Encik Young yang ditukil laman berita mStar Online.
Sumber: Cy News
1 comments:

info tentang pertukaran jantina kat sini - Kekeliruan Identiti Jantina


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails