
Rakyat Indonesia yang kesulitan wang tidak lagi menggunakan orang tengah bagi menjual organ, malah terus mengiklan diri menerusi Internet.
Ia sekali gus mengeksploitasi kelemahan undang-undang dan mencetus satu trend berbahaya penjualan organ manusia secara haram.
Sumber:AFP.
Ia sekali gus mengeksploitasi kelemahan undang-undang dan mencetus satu trend berbahaya penjualan organ manusia secara haram.
- Beratus iklan telah muncul pada laman web iklan peribadi dengan sesetengah pihak menawarkan ginjal dengan harga serendah 50 juta rupiah ($7,430) setiap satu.
- Kebanyakan pengiklan - pelajar, golongan profesional malah suri rumah tidak segan menggunakan nama sebenar atau memberi nombor telefon. Kebanyakan mereka menegaskan bebas penyakit, tidak merokok, tidak minum arak atau mengambil dadah.
- Hutang keluarga atau pinjaman bank sering menjadi pendorong mereka berbuat begitu.
- Jual beli organ diharamkan di Indonesia dan boleh dikenakan hukuman sehingga 15 tahun penjara dan denda sebanyak 300 juta rupiah.
- Namun, para pegawai mengakui bahawa penjual organ 'terlepas' kerana laman web seperti iklanoke tidak dipantau dan undang-undang begitu samar serta sukar dikuatkuasakan.
- 'Undang-undang kesihatan menegaskan bahawa pemindahan organ hanya boleh dijalankan bagi tujuan peri kemanusiaan tetapi ia tidak menjelaskan takrif kemanusiaan,' kata ketua Jabatan Interpol Indonesia, Encik Anas Yusuf.
- 'Rundingan antara penjual dengan pembeli dijalankan secara sulit. Jadi kita tak tahu, kecuali kalau ia dilaporkan,' tegas beliau.
- Pelajar sekolah tinggi, Rlisa, 18 tahun, berkata hutang keluarganya mencecah puluhan ribu dolar selepas rumah mereka terbakar di Jakarta dan kedai runcit ayahnya gagal. Menurutnya yuran sekolahnya tertunggak selama enam bulan.
- 'Sebuh filem yang saya tonton berkata menjual ginjal adalah cara paling cepat dapatkan wang. Saya mahu menjual ginjal saya untuk membeli rumah baru dan membayar yuran saya,' kata anak sulung empat beradik yang mahu menjual ginjalnya dengan harga 800 juta rupiah.



Post a Comment