Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terbaik dikhuatiri bakal terjejas
Thursday, January 29, 2009
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba
- Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, pihaknya menaruh harapan agar kerajaan melalui agensi-agensi terbabit segera mempertimbangkan permohonan pihak industri supaya harga gas dan tarif elektrik diturunkan.
- Katanya, pertimbangan itu perlu kerana kebanyakan syarikat pelaburan asing di negara ini terlibat dalam sektor kecil tenaga diperbaharui yang memerlukan penggunaan gas yang tinggi.
- ''Kebanyakan syarikat-syarikat asing mengeluh dengan kenaikan harga gas dan tarif elektrik dan mereka telah mula melahirkan rasa tidak puas hati terhadap operasi mereka di Malaysia.
- ''MIDA memang berharap kerajaan segera dapat memberi pertimbangan terhadap isu ini kerana kalau berlarutan, MIDA bimbang banyak syarikat asing akan berpindah ke negara lain atau mengecil operasi mereka di sini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
- Kenaikan tarif elektrik sebanyak 24 peratus dibuat pada Julai tahun lalu ekoran kenaikan harga gas dan arang batu.
BN perlu perubahan drastik
Sunday, January 25, 2009
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan."Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu untuk kita.
"Situasi kekalahan dua pertiga majoriti BN di Parlimen selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas masih tidak berubah. Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa," katanya."
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO bukan sahaja tulang belakang BN yang perlu berubah tetapi juga parti komponen lain sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.
"Situasi akan bertambah teruk jika kita menunggu lama untuk melaksanakan perubahan. UMNO mesti memimpin dalam melakukan perubahan drastik. Kita khuatir dengan situasi ini," jelasnya.
Beliau berkata, terdapat banyak program yang perlu dilaksanakan dan pemimpin akar umbi perlu bekerjasama dengan pemimpin atasan untuk melaksanakan perubahan tersebut.
Source: BERNAMA
Bernard Dompok rayu Herald dibenar menggunakan perkataan Allah
Saturday, January 24, 2009
PENAMPANG SABAH- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Malaysia sehingga mahkamah membuat keputusan.Beliau menjelaskan, Herald hanya merupakan organisasi kecil dengan kira-kira 14,000 pembaca di negara yang mempunyai kira-kira dua juta penganut Kristian.
"Apa yang saya faham daripada peguam, Herald harus dibenar diterbitkan seperti yang diterbitkan sebelum ini sehinggalah mendapat keputusan mahkamah.
"Adalah tidak wajar bagi Kementerian Dalam Negeri mendahului apa sahaja kemungkinan keputusan mahkamah. Herald harus dibenar diterbitkan dalam format asal, menggunakan apa sahaja bahasa yang telah digunakannya sehinggalah mahkamah membuat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan saguhati kepada pelajar cemerlang di Sekolah Kebangsaan St. Theresa di sini hari ini.
Menurutnya, tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald menggunakan perkataan Allah, adalah terlalu tergesa-gesa.
Katanya, penggunaan perkataan Allah diterima secara meluas sebagai merujuk kepada tuhan dalam bahasa Malaysia, bahasa Indonesia serta di dunia Arab.
Source:Utusan Online
BN maseh Releven - Lajim
Saturday, January 24, 2009
Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, berkata Barisan Nasional (BN) masih relevan dan rakyat di negeri ini masih me-nerima Barisan Nasional (BN) meskipun mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.
Katanya, selepas ini Umno dan BN perlu menjalankan kajian secara terperinci termasuk mengambil pendekatan terbaik bagi menawan hati para pengundi muda di negara ini.
Selain itu juga katanya, mereka perlu mengambil contoh corak kempen yang dijalankan parti pembangkang kelihatan begitu komited meski pun dilanda pelbagai masalah di pelbagai peringkat.
Mengulas lebih lanjut kekalahan BN bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Lajim yang juga Ahli Parlimen berkata, corak kempen yang ditunjukkan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) sungguh tidak begitu komited melaksana-kan gerakan kempen hanya dapat dilihat ketika kehadiran Timbalan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkempen kemudian mehilangkan diri selepas itu.
“Saya berada selama 10 hari di Kuala Terengganu untuk menjaga peti undi Ladang sambil berkesempatan melihat tingkah laku kalangan BN yang hanya muncul menjelang musim pengundian,” katanya.
menurut beliau, para pengundi di KT juga dikaburi oleh pembangkang dengan pelbagai isu-isu serta faktor lain termasuk isu rasuah, pertandingan piala layar monson, pembinaan projek mega dan masjid kristal.
Lajim berkata, masyarakat dan pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu boleh menerima isu berkenaan berikutan penganjuran serta pembinaan itu tidak mendatangkan hasil pendapatan kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
“Itu tanggapan mereka yang hanya melihat salah satu factor namun jika dilihat dari perspektif yang luas kesemua program yang dijalankan oleh kerajaan BN memberikan manfaat serta pulangan ekonomi kepada negeri dan rakyat di Terengganu,” katanya.
Beliau mencadangkan supaya Umno dan BN membuat perubahan termasuk mempelbagaikan program serta rentak orang muda yang membawa kebaikan di seluruh peringkat.
Sebelum ini, Najib mengatakan bahawa UMNO kalah kerana kurang mesra rakyat.
UMNO Perlis pula kata bahawa rakyat sudah muak dengan UMNO]
Pemuda UMNO Johor pula berkata pemimpin UMNO kini kurang mesra rakyat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu telah kehilangan faktor “penarik”.
Ini adalah sebahagian analisis yang dibuat oleh orang-orang UMNO sendiri terhadap kekalahan UMNO di Kuala Terngganu.
Source: NewSabahTimes
Hentikan pekerja asing
Thursday, January 22, 2009
Pekerja asing >ditahan untuk siasatan
PUTRAJAYA – Sudah tiba masanya pengambilan pekerja asing terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dihentikan segera, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Langkah itu katanya, selaras dengan keadaan ekonomi semasa negara yang turut merasai kesan kemelesetan ekonomi global.
“Majikan patut memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu, hantar mereka balik ke negara asal dan jangan ambil lagi. Mereka sepatutnya menggunakan su
mber tenaga tempatan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.Menurut Syed Hamid, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memperketatkan lagi permohonan berhubung keperluan pekerja asing di negara ini.
KDN juga, jelas beliau, dalam proses menghantar pulang seramai mungkin pekerja asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).
Akhbar semalam mendedahkan mengenai kemungkinan banyak syarikat terpaksa menghentikan pekerja tempatan ekoran kemelesetan ekonomi global ketika ini.
Tindakan tersebut menyebabkan ribuan rakyat tempatan hilang pekerjaan tetapi pekerja asing masih diambil bekerja.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, majikan sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menghentikan pekerja asing terlebih dahulu dan bukannya pekerja tempatan.
Sourc: UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Pemakaian tali pinggang belakang: Kerajaan kaji semula batal saman
Wednesday, January 21, 2009
BEAUFORT: Kerajaan bersetuju mengkaji semula pembatalan saman terhadap pemilik, pemandu dan penumpang kenderaan persendirian yang belum mempunyai tali pinggang keledar di belakang.Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin, berkata ia berikutan wujud percanggahan pendapat di kalangan agensi penguatkuasa seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).
Setakat ini, katanya, JPJ sudah mengeluarkan 2,452 saman kepada mereka yang mengingkari arahan memakai tali pinggang keledar belakang sejak 1 Januari lalu.
PTPTN lulus 78,086 pinjaman kepada IPT dari Sabah sehingga Nov tahun lalu
Tuesday, January 20, 2009
KOTA KINABALU: Sehingga November tahun lalu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasi-onal (PTPTN) telah meluluskan sebanyak 78,086 pinjaman kepada pelajar Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) yang berasal daripada Sabah yang melibatkan peruntukan se-banyak RM1.6 bilion.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamaed Khaled Nordin berkata, ianya merupakan satu jumlah yang sangat besar yang disediakan oleh kerajaan kepada masyarakat Sabah
Beliau berkata, setiap tahun secara puratanya PTPTN menyediakan pinjaman pendidikan tinggi kepada sekurang-kurangnya 200, 000 pelajar dan jumlah itu sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap melancarkan ‘Info Center’ Negeri Sabah di sini, kelmarin .
Contohnya dari 11,956 peminjam sahaja pada tahun 1997, jumlah mereka yang telah menerima bantuan daripada PTPTN kini telah mencecah kepada 1.2 juta peminjam melibatkan dana ber-jumlah RM26 bilion.
Katanya, dengan jumlah pelajar yang berkelayakan yang semakin meningkat setiap tahun, cabaran PTPTN kini ialah bagaimana ia dapat terus relevan dengan komitmen untuk merealisasikan semua usaha dan hasrat kerajaan seperti yang dijanjikan kepada rakyat.
Ianya dengan membuka peluang dan akses yang seluas-luasnya kepada semua untuk mendapatkan pendidikan tinggi.
Terdahulu itu, beliau berkata, perancangan bagi megwujdukan Info Center di Malaysia Timur, merupakan salah satu usaha ber-terusan PTPTN menyalurkan maklumat penting kepada masyarakat selaras dengan Teras Ketuju Pelan Strategik Pengajian Tinggi negara iaitu untuk memperkukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi.
Menurutnya, kerajaan berha-rap, penubuhan Info Center itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber rujukan terdekat para pelajar dan keluarga yang memerlukan sebarang maklumat berhubung pinjaman dan tabungan.
Sehubungan itu, beliau men-yeru seluruh masyarakat di negeri ini agar tidak melepaskan peluang ini untuk menggunakan perkhidmatan Info Center PTPTN ini sepenuhnya.
“Komitmen yang jitu dan tidak berbelah bagi oleh kerajaan dalam memastikan kebajikan dan keperluan rakyat Sabah terjamin terbukti dengan pelbagai program kerajaan yang diatur dan dilaksanakan dari masa ke semasa dan pusat berkenaan adalah salah satu daripadanya,” ujarnya.
Terdahulu itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Sharum Osman berkata, penubuhan Info Center PTPTN di negeri ini, antara lain bertujuan untuk menyediakan khidmat kaunter pertanyaan berkaitan PTPTN bagi IPTA, IPTS, kutipan balik pinjaman dan urusan berkaitan Skim Simpanan Pendi-dikan Nasional (SSPN).
Menguruskan taklikat atau mesyuarat berkaitan pinjaman dan simpanan kepada IPTA, IPTS, sekolah, cawangan bank di negeri ini serta pameran atau ekspo yang melibatkan Pengajian Tinggi.
Kerajaan diminta kaji semula isu Beras Nasional
Monday, January 19, 2009
Pengerusi Pertubuhan Peladang Daerah, Ng Loi Tect, berkata sudah masuk lebih tiga bulan bekalan beras jenis berkenaan tidak memasuki Pitas dan mereka tidak tahu punca penyebabnya.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah PBS Dun Pitas dan Exco Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia berkata dengan ketiadaan beras nasional rakyat terpaksa menerima hakikat untuk membeli beras yang mahal dan tidak seratus peratus mampu dibeli oleh rakyat daerah ini tambahan lagi mereka yang ramai keluarga dan kurang pendapatan rezeki.
Ng berkata beliau mencadangkan supaya Pertubuhan Peladang diberi mandat untuk menjadi pengedar beras itu kerana semua daerah di negeri ini mempunyai pertubuhan peladang.
“Jika kerajaan tidak mengambil langkah-langkah perlu, besar kemungkinan bekalan Beras Nasional yang dikategorikan sebagai beras yang termurah yang diberikan subsidi kerajaan kepada rakyat tidak dapat dinikmati oleh semua lapi-san masyarakat,” katanya
Beliau mendakawa terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan membeli lebih banyak beras tersebut kemudian menjual semula melalui kedai-kedai runcit dengan harga yang berubah.
Ng berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Bantuan Beras kepada Mangsa Banjir sumbangan Wajar Gemilang Enterprise (WGE) di Lobi Pejabat Daerah Pitas dekat sini, kelmarin.
Source: NST
Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairi
Sunday, January 18, 2009
KUANTAN: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan bukan faktor calon semata-mata."Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
"Kalau dikatakan ini (faktor calon) adalah faktor yang sebabkan kekalahan BN, saya rasa itu (rumusan) terlalu mudah...kalau memang itulah faktornya, senanglah kerja kita," katanya di sini hari ini.
Khairy berkata beliau melihat perkara itu sebagai satu perkara yang rumit dan memerlukan kajian menyeluruh.
"Kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita daripada iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan, kita boleh gunakan pengalaman ini untuk kebaikan parti.
"Kita kena terima semua pandangan dan selepas ini kita kena baiki diri untuk hadapi pilihan raya akan datang," katanya.
Pada pilihan raya kecil itu, BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi, sementara calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.
Source: BERNAMA
RM21.96 bilion daripada pelancong Singapura tahun lalu
Sunday, January 18, 2009
JOHOR BAHARU: Sektor pelancongan negara menjana pendapatan sebanyak RM21.96 bilion daripada lebih 16 juta pelancong dari Singapura pada tahun lalu.“Kami menjangkakan ini akan meningkat lagi, dalam keadaan kelembapan ekonomi sekarang, semua orang akan berjimat cermat dan Malaysia menawarkan barangan pada harga berpatutan,” katanya berucap merasmikan jualan “ZOOM! Jualan Tengah Malam Gong Xi Fa Cai 2009” di Danga City Mall di sini. - Bernama
KESUKARAN HIDUP PENDUDUK KG. TAMBALANG TUARAN KERANA TIADA KEBENARAN LALUAN (Right Of Way) KE JALAN UTAMA
Thursday, January 15, 2009
YB Datuk Hj. Hajiji Bin Hj. Noor Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,
Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,
Untuk selanjut nya saya turunkan dibawah komen dari saya dan Saudara Nasirudin Anjud melalui Blog Saudara Mutalin M.D;
314 projek nilai RM16.5 juta untuk empat daerah pedalaman
Thursday, January 15, 2009
Projek Penyelenggaraan jalanraya
Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah Haji Matusin Sunsang berkata daripada jumlah itu sebanyak 146 projek bernilai kira-kira RM6.5 juta diagih-agihkan kepada 146 kontraktor kelas F bagi Daerah Keningau, 80 projek bernilai RM 4.7 juta bagi daerah Tenom, 53 projek ber-nilai RM3.2 juta bagi daerah Tambunan dan 35 projek bernilai RM2 juta bagi daerah Nabawan.
Katanya, Pejabat Daerah yang dipertanggungjawabkan sebagai pe-laksana perlu percepatkan pengeluaran tawaran kerja dan memantau pe-laksanaan projek agar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Beliau berkata, projek yang diagih-agihkan kepada kontraktor kelas F ini adalah membantu kerajaan menggerakkan ekonomi negara dan sebahagian daripada jumlah RM900 juta untuk kontraktor kelas F di seluruh negara yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghadapi kemelesetan ekonomi dunia.
Justeru itu katanya, pelaksanaan projek-projek berkenaan perlu dipercepatkan untuk percepatkan pembayarannya.
“Kelewatan melaksana atau menyiapkan projek menyebabkan pembayarannya lewat dan permohonan peruntukan berikutnya daripada Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri tidak dapat dibuat,” katanya kepada media selepas cabutan undi bagi kerja-kerja di bawah dan PIAS Bahagian Keningau yang berlangsung di Dewan Masyarakat di sini pada Isnin.
Katanya, untuk membolehkan Pejabat Pembangunan Negeri dapat memohon peruntukan tambahan para kontraktor yang mendapat projek fasa pertama ini haruslah menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetap dalam surat tawaran kerja masing-masing.
Amalkan konsep pertanian tumpang
Wednesday, January 14, 2009
TEMERLOH - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu syarikat-syarikat swasta yang terbabit dalam sektor pertanian berskala besar mengamalkan 'konsep tumpang' dengan melibatkan petani kecil tempatan di kawasan pertanian mereka.Perdana Menteri berkata, menerusi konsep itu, petani kecil tempatan boleh diberi peluang menjalankan pertanian di kawasan bersebelahan atau berdekatan tanah pertanian milik syarikat besar dengan mengusahakan tanaman yang sama.
Dengan pendekatan tersebut kata beliau, petani terbabit dapat meniru kaedah atau amalan pertanian moden yang dilaksanakan syarikat tersebut bagi meningkatkan hasil pertanian sekali gus menambah pendapatan mereka.
'Jabatan Pertanian seharusnya menyalurkan pelbagai bantuan termasuk benih, baja dan teknik yang lebih moden kepada petani terbabit supaya hasil yang dikeluarkan setanding syarikat swasta," katanya.
Abdullah berkata, menerusi konsep tumpang itu, pasaran hasil pertanian milik petani terbabit lebih terjamin apabila syarikat swasta tersebut akan membeli hasil yang dikeluarkan oleh mereka.
Beliau yakin dengan menggunakan kaedah tersebut hasil pertanian negara dapat dipertingkatkan selain mengubah taraf hidup petani.
Beliau berucap melancarkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) peringkat kebangsaan dan Taman Pertanian Moden di Lanchang dekat sini hari ini.
OMBAK KUAT MUSNAHKAN RUMAH DAN JAMBATAN
Tuesday, January 13, 2009
SANDAKAN: Lebih 15 buah rumah roboh dan berpuluh-puluh jambatan kampung termasuk sebuah jambatan penghubung antara penduduk Kampung Api-Api dengan Trongli-man, di Pulau Bambangan terputus pada ke-jadian ombak kuat pada malam Ahad.Kejadian bermula jam 8 malam sehingga 11.08 malam itu dengan ketinggian paras air 2.8 meter diikuti ombak kuat telah menyebabkan ke-jadian mencemaskan di beberapa kampung se-perti Kampung Sim-Sim, Tinusa 2, Bokara dan Cahaya Baru, Batu 3, Api-Api dan Trongliman.
Laporan Jawatankuasa Bencana Alam Dearah yang bermesyuarat pada pagi Isnin yang dipeng-erusikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran San-dakan, Mohd Hamsan Haji Awang Supain memutuskan untuk mengaktifkan jawatan serta merta.
Laporan mengenai bencana alam di beberapa kampung di daerah pada awal pagi Isnin turut merekodkan dua buah kawasan pusat peranginan iaiatu Pulau Langkayan dan Pulau Selingan kerana dinaiki air sehingga ke kawasan pantainya.
Tinjauan ke lokasi kejadian di Tinusa 2 mendapati hanya dua buah rumah yang ranap itu terletak di hujung perkampungan berkenaan yang menghala ke laut dan kelihatan penduduk sedang membersihkan bahagian halaman rumah akibat terkena sampah sarap yang datangnya dari laut pada kejadian itu.
Berdasarkan laporan awal, antara yang teruk terjejas pada kejadian malam itu, ialah Kam-pung Tinusa 2, bahagian Laut Jambatan 5 di Batu 7, apabila dua buah rumah besar ranap serta sebuah jambatan putus dan enam lagi jambatan dalam keadaan bahaya.
Di lokasi lain, tujuh buah rumah di kawasan Cahaya Baru, Batu 3 dan di Sim-Sim pula empat jambatan rosak berserta lima buah dapur rumah penduduk.
Di Bokara, kejadian sama turut menjejaskan kemudahan penduduk apabila sebuah jambatan terputus dan lima buah rumah rosak di bahagian dapur sahaja dan beberapa lagi kerosakan kecil di beberapa kampung lain.
Ketua Kampung Tinusa 2, Pengiran Bidin Pengiran Timbang ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, kejadian pada Ahad mencetuskan sedikit kecemasan berikutan kejadian ombak kuat berserta air pasang itu.
“Apa yang membimbangkan penduduk kedudukan jambatan yang banyak rosak dan terputus menyebabkan beberapa rumah tidak dapat dihubungi.
Bagaimanapun keadaan penduduk semua terkawal dengan bantuan pasukan polis dan bomba,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk supaya memberi-kan kerjasama kepada pasukan yang bertugas demi melancarkan operasi menyelamat dan memindahkan penduduk sekiranya berlaku kejadian yang dijangka sehingga 14 Januari itu.
Dalam kejadian pada malam Ahad, Jabatan Bomba dan Penye-lamat berjaya menyelamatkan seorang warga emas di Kampung Cahaya Baru, Batu 3, dari lemas selepas terjatuh ke dalam laut gara-gara kejadian berkenaan.
Source: Sabah News Times
Luar bidang kuasa - Tee Keat
Tuesday, January 13, 2009BERITA NASIONAL
KUALA LUMPUR - Kelulusan membina terminal penerbangan tambang murah baru milik AirAsia Bhd. (AirAsia) di Labu, diberikan oleh Kementerian Kewangan dan bukannya Kementerian Pengangkutan.Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata: ''Bidang kuasa kami lebih menjurus kepada kawalan sistem trafik udara tetapi soal pembinaan terminal itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.'
Tee Keat berkata, kurangnya penjelasan tentang bidang kuasa kedua-dua kementerian itu telah menyebabkan pihaknya dipersalahkan kerana didakwa mengamal sikap pilih kasih dengan memberikan hak istimewa kepada Air Asia
Beliau menambah, bagai projek swasta yang menyaksikan gandingan usaha AirAsia dan Sime Darby Bhd., Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk memberi sebarang kelulusan.
'Kementerian juga berkecuali dalam sebarang keputusan yang dibuat Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berhubung perkara itu kelak,'' kata beliau selepas merasmikan Ekspo Kewangan Mikro-Kredit anjuran Pusat Sumber ICT MCA (MIRC) di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha dan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng.
Sime Darby dilaporkan sebelum ini akan membina KLIA- East dengan kos RM1.6 juta tidak termasuk harga tanah dan kemudian menjualnya kepada AirAsia.
Sementara itu, Tee Keat berkata, kerajaan sedang mempertingkatkan kawalan sistem trafik mengikut piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
'Ini termasuk perkara berkaitan hak pendaratan dan pelepasan kawalan udara,'' ujarnya.
Ditanya mengenai tentang skim pinjaman mikro-kredit, beliau berkata, pihaknya sedang memperluaskan Pelan Induk Pembangunan Ekonomi MCA bagi membantu para usahawan kecil mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.
Kebajikan rakyat dijaga sehingga ke liang lahad - Najib
Monday, January 12, 2009
NAJIB Tun Razak beramah mesra dengan pelatih Kem Perkembangan Kendiri Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang pada Program Cakna Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Kubang Tangga, semalam.
imbalan Perdana Menteri menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk menghulurkan bantuan kepada kumpulan sasar seperti golongan miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga tua sepanjang tahun tanpa menunggu waktu pilihan raya
Malah jelasnya, kerajaan juga tidak menunggu golongan itu tampil untuk diberi bantuan, sebaliknya usaha mencari dilakukan oleh agensi terlibat supaya sebanyak mungkin rakyat dapat diberikan bantuan.
'Melalui usaha ini, bilangan isi rumah yang mendapat bantuan telah meningkat daripada 54,000 orang kepada 110,000 orang di seluruh negara," ujarnya
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Cakna Rakyat anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam di sini hari ini
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Klinik Bergerak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk.
"Di Malaysia, sejak kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan BN," ujarnya.
Menurut Najib, di Malaysia kerajaan menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.
Pengusaha tanaman halia perlu lipatganda usaha: Pairin
Monday, January 12, 2009Katanya, selain itu ia sekaligus meningkatkan sumber pendapatan para petani yang terlibat dalam penanaman halia terutamanya di daerah Tambunan.
“Daerah ini berpotensi besar untuk dimajukan sektor penghasilan produk halia memandangkan kapasiti pengeluaran halia yang tinggi setiap bulan yang masih boleh dipertingkatkan.
“Bagaimanapun pengeluaran produk hiliran berasaskan halia di sini tidak mampu memenuhi permintaan yang kian meningkat khususnya dari luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penyerahan bangunan pemprosesan halia daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri (LPP), kepada pengusaha halia di kampung Tikolod Ulu, Tambunan, Josep Sokudim, baru-baru ini.
Difahamkan produk halia Tambunan mendapat sambutan amat menggalakkan khususnya pembeli dari luar.
“Peniaga dari Algeria berminat untuk membeli produk halia madu sebanyak 20 metrik tan. Bagaimanapun sukar dibekalkan buat sementara waktu", kata beliau.
Source; New Sabah Times
Kerajaan jamin kontraktor Kelas F tidak terjejas: Najib
Sunday, January 11, 2009
KUALA TERENGGANU: Kerajaan kelmarin memberi jaminan bahawa nasib kontraktor kelas F di seluruh negara akan terus terbela walaupun Malaysia menerima tempias krisis ekonomi dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.- Beliau berkata menerusi pakej rangsangan ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM900 juta tahun ini, kerajaan mewujudkan projek-projek untuk kontraktor kelas F di seluruh negara.
- “Kita akan pastikan negara tidak turut terjerumus dalam kemelesetan ekonomi sepertimana yang dialami kebanyakan negara termasuk di Eropah. Kita nak ada juga pertumbuhan, walaupun tak tinggi, kerana krisis yang dialami ini, kita nak sekurang-kurangnya ada pertumbuhan di negara kita,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.- Najib berkata peruntukan RM900 juta itu merupakan peningkatan berbanding RM600 juta peruntukan yang diberikan kerajaan tahun lalu.
- Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan bilion pada 4 Nov tahun lepas untuk membantu menangani kelembapan ekonomi global.
- Najib baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau tidak menolak untuk me-nyediakan satu lagi pelan pakej rangsangan fiskal bagi negara sekiranya ekonomi semakin buruk pada 2009.
- Beliau berkata kerajaan membuat pertimbangan ‘menongkah arus’, ketika ramai yang terpaksa menganggur di negara-negara maju termasuk di Amerika Syarikat sehingga rakyat perlu berbaris untuk mendapatkan makanan percuma, bagi membolehkan ekonomi negara bertahan.
- Malah, katanya, kerajaan masih lagi mampu mengeluarkan peruntukan untuk pembangunan dan jumlahnya juga semakin bertambah berbanding tahun lalu.
- Di Malaysia, kontraktor kelas F paling ramai dan paling istimewa. Apa yang dilakukan kerajaan membuktikan mereka ini mendapat pembelaan daripada kerajaan.
- “Inilah kerajaan Barisan Nasional (BN). Bila BN kalahpun kontraktor masih juga dapat projek. Wang ihsan yang kita beri pun ada bahagian untuk kontraktor kelas F,” katanya dalam nada berseloroh.
Kontraktor landasan keretapi Tanjung Aru-Tenom didenda RM 2Juta sehari
Saturday, January 10, 2009
LAJIM bersama PEHAK JURUTERA semasa melawat tapak rel keretapi di Petagas kelmarin.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Lajim Ukim mengatakan dua kontraktor Suria Capital Holdings Berhad dan Hikmat Asia Sdn Bhd telah denda dengan kadar harian satelah gagal untuk menyelesaikan kontrak yang sepatut nya telah siap sapenuh nya pada Mei 2008.
Lajim mengatakan 'public listed 'Suria Capital sepatut nya telah menyempurnakan projek landasan diantara Tanjung Aru dan Kimanis. namun ia nya telah tertunda selama 137 hari sejak 31 Desember dan kontraktor tersebut didenda dengan kadar RM9,600 sehari.
"kontraktor sepatutnya telah menyempurnakankan projek pada 23 Mei tetapi mereka telah meminta melanjutkan tempoh sampai 12 Februari, tahun ini.
"Saya telah difahamkan bahawa mereka memohon untuk melanjutkan lagi jangka masa projek tersebut." katanya.
menurut beliau selanjut nya, Projek yang bernilaiRM133.8 juta Suria Capital telah mencapai progress sekitar 85%
Manakala projek kedua yang bernilai sebanyak RM201 juta dari Beaufort ke Tenom dilakukan oleh Hikmat Asia Sdn Bhd, telah tertunda selama 83 bulan dan ia nya telah kenakan denda sebanyak RM14, 500 sehari.
menurut llajim projek landasan kereta api yang bermula pada bulan November 2005, telah mendapat perhatian ramai. beliau telah banyka menerima aduan tentang projek tersebut.
Sebelum ini, lebih 100 penduduk Kampung Petagas mengadakan de-monstrasi membantah pembinaan laluan masuk oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah yang mereka dakwa boleh mengancam keselamatan penduduk kampung berkenaan.
Source: New Sabah Times
Kebakaran di Balai Pelepasan Antarabangsa LCCT
Friday, January 09, 2009
Ia dikatakan bermula kira-kira jam 11.30 pagi di Balai Pelepasan Antarabangsa terminal itu.
Jurucakap Balai Bomba KLIA ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan operasi memadam kebakaran masih berjalan.
Jurucakap Balai Polis KLIA pula berkata kebakaran itu membabitkan sebuah stor di terminal itu.
SOURCE: BERITA HARIAN ONLINE
Pengguna kesal gagal dapat rebat
Thursday, January 08, 2009
Seorang pengguna yang tidak berpuas hati setelah gagal mendapatkan rebat menghubungi Actionline bagi meluahkan kekesalan beliau.Beliau mempersoalkan kenapa kereta dari Semenanjung yang didaftarkan di Negeri Sembilan tidak layak mendapat rebat?
Katanya, “Sepatutnya kenderaan di bawah 3000cc layak mendapat rebat sebagaimana yang pernah diumumkan oleh TPM Dato Seri Najib Tun Razak. Tetapi sedikit menghairankan kenapa kenderaan yang saya beli dari Universal Motor KK dengan nombor pendaftran NAQ5626 pula tidak layak mendapat rebat”.
“Saya pergi ke Pejabat Pos Ranau untuk membuat tuntutan rebat namun staf tersebut mengatakan bahawa kenderaan saya tidak layak mendapatkan rebat tersebut. Jadi saya Cuma hairan kenapa hal ini boleh berlaku?”jelasnya.
Jurucakap JPJ Kota Kinabalu ketika dihubungi oleh Actionline bagaimanapun menjelaskan bahawa syarat utama untuk mendapatkan rebat ialah kenderaan tersebut haruslah didaftarkan dan digunakan di Sabah.
Beliau turut mengalu-alukan pengadu untuk menghubungi pihak mereka jika masih terdapat sebarang keraguan berhubung rebat di talian 088511874 dan bercakap secara langsung dengan pegawai perhubungan pelanggan mereka.
Tanah runtuh ranapkan hampir 100 kubur orang Islam di Bukit Sim-Sim
Wednesday, January 07, 2009
TINJAU… Raymond melihat dari dekat kubur-kubur yang runtuh dalam kejadian itu.
Selain kuburan ranap ditimbus runtuhan tanah pada kejadian jam 1.30 pagi itu, sebuah masjid yang terletak di lereng bukit ini juga berisiko apabila sebahagian perkarangan masjid tanahnya telah merekah.
Tinjauan mendapati kawasan berhampiran terutama jalan menuju ke bandar dan arah bertentangan telah ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja membersihkan dijalankan yang membabitkan Polis, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan serta agensi berkaitan.
Kejadian tanah runtuh itu di tapak sama adalah kerap kali, apabila kejadian berulang sama pada Januari tahun lepas yang juga meranapkan lebih 30 kuburan di tanah perkuburan yang sama.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang melawat tapak kejadian memberitahu pemberita bahawa sebarang keputusan untuk membaiki infrastruktur tanah per-kuburan dan mengebumikan semula rangka yang ditemui adalah berdasarkan keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains).
“Kita serah keputusan kepada Jabatan Agama Islam dan sebaik-baiknya ia diputuskan segera demi kebaikan semua pihak terutama penduduk kampung di sini,” katanya.
Sehubungan itu, Raymond meminta semua waris-waris mereka yang dikebumikan di ka-wasan perkuburan itu supaya tampil untuk mengenal pasti kedudukan kuburan keluarga mereka bagi memudahkan urusan seterusnya.
Menurutnya antara langkah yang dibuat oleh pihaknya adalah mengenal pasti keluarga si mati yang dikebumikan di kawasan ini.
Bagaimanapun katanya tiada cadangan untuk memindahkan tanah perkuburan itu dalam tempoh terdekat sebaliknya tidak menolak cadangan jika ada permohonan untuk mendapatkan lokasi baru.
Sementara itu, Pengerusi Badan Dakwah Daerah Sandakan, A.B.M. Fajeer berkata projek tanah perkuburan baru di Batu 13 kini dalam proses pelaksanaan yang mana sudah enam ekar telah dibuka untuk tujuan pengebumian.
Fajeer yang juga Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berkata kawasan tanah perkuburan baru itu adalah seluas 65 ekar dan dijangka digunakan bermula tahun ini bagi menampung keperluan perkuburan masyarakat Islam di daerah ini.
Kerajaan Tempatan perlu bina lebih banyak rumah PPRT di Telupid
Tuesday, January 06, 2009
TELUPID: Kerajaan Tempatan dan Perumahan perlu membina lebih banyak kemudahan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR), di daerah ini termasuk membinanya di Pekan Telupid yang kini padat dengan penduduk.Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata keperluan kediaman seumpama itu adalah untuk penduduk yang mendiami kawasan setinggan di perkampungan di sekitar daerah berkenaan.
Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata kerajaan di kementerian berkenaan perlu melihat keperluan penduduk yang rata-ratanya berada di bawah tahap pendapatan rendah.
“Kemudahan ini juga akan dapat mengurangkan kadar penempatan setinggan terutama di kawasan di Pekan Beluran yang semakin berkembang maju sebagai sebuah bandar di kawasan pantai timur Sabah,” katanya selepas mengadakan majlis rumah terbuka Krismas dan Tahun Baru di Dewan Masyarakat Daerah Kecil, pekan Telupid di sini kelmarin.
Dalam perkembangan sama, Ronald berkata projek PPR yang pertama di bina di Pekan Beluran akan siap dalam tempoh dua bulan dari sekarang.
Projek itu akan menempatkan seramai 400 keluarga yang datangnya dari golongan yang dipilih dari serata daerah.
Katanya, keutamaan bagi PPR Pekan Beluran yang akan diberikan kepada penduduk di kawasan ini adalah mereka yang mendirikan rumah secara setinggan di kawasan perkampungan seperti Kam-pung Air dan Keramat




Selaku penduduk Tuaran dan mengenali situasi tempat yang di maksudkan oleh sdra Nasrudin Anjud ini, agak terkejut juga bilamana menatapi kes ini terpapar dalam blog saudara.
Penulisan beliau agak kemas penuh dengan detail yang mudah untuk di fahami. Isu yang di ketengahkan oleh sdra Nasrudin ini nampak nya berciri melodramatic dan traumatic.
Dalam pengalaman saya selaku Mantan Jurutera Daerah kanan dan pernah berurusan dengan kes-kes saperti ini agak terkejut kenapa kes yang mudah ini menjadi komplek .
Sabenar nya hal ini tidak lah begitu unik. Namun kerana tiada bantuan dan pemantauan serius dari pehak Pejabat Daerah atau agensi yang berkaitan, maka begini lah jadi nya. YB pun terlibat.
Entah siapa lagi di Malaysia ini yang akan turut terlibat kalau ia nya tidak dapat diurus dengan baik.
Walau macammana pun saya akan tunggu dan lihat kesudahan nya nanti.
Salam
January 14, 2009 7:15 PM
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara MutalibMD kerana mengenengahkan permasalahan orang di Kampung Saya.
Untuk makluman saya telah berpindah dan belum pernah kembali ke rumah ibu kerana khuatir keselamatan saya tetapi sering mendapat berita dari masa ke semasa.
Baru-baru ini saya diberitahu oleh pakcik saya iaitu Encik Yusuf Bin Jata bahawa salah seorang penduduk yang masih terperangkap iaitu Muji Bin Hj. Ibrahim seorang warga emas telah disahkan sebagai pesakit buah pinggang kronik dan memerlukan belanja dialisis sebanyak RM2,000.00 sebulan. Yusuf sendiri ada melawat dan tertanya kenapa jalan masuk susah betul kena masuk kawat sana sini.
Persoalannya bagaimana kita hendak membantu atau beri peluang kepada orang lain untuk membantu sedangkan prasarana asas seperti jalan raya pun tidak diadakan. Kalau sakit teruk nanti bagaimana hendak ambulan datang ambil? Mungkin boleh kalau pakai helikopter ambulan. Itu pun kalau ada tempat hendak landing!
Kepada sesiapa yang berkemampuan dari segi kewangan, kepakaran undang-undang ataupun pihak berkuasa di sana sya amat hargai kiranya dapat memantau dan membantu dalam perkara ini.
Saya, selagi mampu akan terus beri khabaran ke sana sini supaya berita seperti ini sampai kepada seramai orang yang mungkin dan memberi peluang kepada yang ingin bantu untuk menghulurkan tangan. Saya tidak akan berpuas hati sehingga perkara ini diselesaikan secara baik oleh pihak berkuasa.
Kepada Solymone terima kasih atas sokongan yang diberikan.