Pemuda Umno provokasi Karpal sebab terlalu marah
Saturday, February 28, 2009
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemarahan mereka adalah akibat provokasi berulang kali oleh Karpal yang menghina Pemuda dengan memberi gelaran seperti "celaka", "gangster" dan "mafia" di samping tidak menghormati institusi raja-raja."Pergaduhan di bangunan Parlimen kelmarin m
embuktikan apa yang boleh berlaku bila emosi kemarahan tak dapat dibendung dan dalam keadaan seperti itu lebih mudah untuk membakar semangat supaya semuanya huru-hara, daripada membendung keadaan," katanya.Malah kelmarin Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk Karpal mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini.
Kelmarin, pekarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berhimpun untuk m
enuntut anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka pada satu perbahasan persidangan Dewan Rakyat.Keadaan bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen masuk campur, membawa kepada insiden tolak menolak sesama mereka.
Dipetik Bernama, Hishammuddin berkata, beliau sudah menghubungi Pemuda Umno yang terlibat dan mereka akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan Parlimen.
Courtesy: MStar
PARLIMEN KECOH-KARPAL SINGH DI SERBU AHLI PEMUDA UMNO
Friday, February 27, 2009
Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk u
tama bangunan Parlimen semalam.Suasana menjadi hangat apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Bagaima
napun, keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan N Gobalakrishnan (Padang Serai-PKR) cuba mempertahankan Karpal.Campur tangan mereka bagaimanapun menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak sehingga pihak polis terpaksa datang untuk mententeramkan keadaan.
Mengulas lanjut, Speaker Dewn Negara,Dr Abdul Hamid berkata, beliau berasa sedih mengenai insiden itu dan menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakya
t Malaysia..Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung insiden kekecohan di Parlimen semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan dan memberikan bantuan kepada pengawal keselamatan yang ditempatkan di Parlimen bagi memastikan kejadian semalam tidak berulang.
Courtesy: Mstar, Utusan Malaysia Online dan Berita Harian Online
Sultan Selangor berkecuali kedudukan Elizabeth Wong
Thursday, February 26, 2009
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengambil sikap berkecuali berhubung kedudukan Ahli Exco negeri, Elizabeth Wong Keat Ping, yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan berikutan kontroversi pengedaran gambar separuh bogelnya.Sehubungan itu, baginda menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk membuat keputusan berhubung kedudukan
Wong sebagai Exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan. Pendirian itu dinyatakan baginda selepas menerima menghadap Abdul Khalid di Istana Mestika di sini, semalam.Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata baginda tidak dapat memberi panduan atau nasihat kepada Abdul Khalid berkaitan hal berkenaan kerana isu itu masih dalam siasatan polis dan membabitkan kedudukan Wong dalam politik.
"Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik," katanya dalam kenyataan dua halaman yang dikeluarkan selepas Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyembahkan perkembangan hal ehwal pentadbiran negeri serta isu Wong.

Kontroversi berhubung penyebaran gambar separuh bogel Wong mendapat liputan meluas media sehingga Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Ahli Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.
Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor yakin atas apa jua keputusan yang akan diambil Menteri Besar berhubung isu itu dan percaya ia dibuat secara adil serta bijaksana dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri.
Courtesy: Berita Harian On Line
Kemelut krisis politik Perak berterusan, Hakim dengar kes Nizar Rabu ini
Tuesday, February 24, 2009


Rabu lepas,
Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.Mohamad Ariff harus memutuskan semakan kehakiman yang dipohon oleh Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.
Hari ini, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.
"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.
Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undang-undang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.
Courtesy: MStar..selanjutnya.
Perarakan meraikan kemenangan di Bukit Gantang, Bukit Selambau di larang
Monday, February 23, 2009

PETALING JAYA: Pihak berkuasa telah memutuskan untuk tidak membenarkan perarakan meraikan kemenangan, diadakan ketika pilihan raya kecil kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau April ini.Keputusan bersama tersebut diambil bagi mengelakkan sebarang suasana tidak disenangi dan demi keselamatan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.
pilihan raya kecil Kuala Terengganu diumumkan. Perarakan meraikan kemenangan yang disaksikan di Kuala Terengganu sudah lama tidak berlaku dalam pilihan raya negara ini."Jadi, kami pun terkejut dengan perkembangan di Kuala Terengganu dan kami tidak mahu ia berulang (di Bukit Gantang dan Bukit Selambau) kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan," katanya lagi.
Kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dianggap sebagai bahagian yang agak "panas" berdasarkan perkembangan politik semasa.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar "Setiap perara
kan meraikan kemenangan akan melibatkan aktiviti provokasi, boleh mencetuskan pergaduan dan kejadian tidak diingini"."Kami akan memastikan di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, Ketua Polis Daerah masing-masing akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perarakan meraikan kemenangan diadakan," katanya.Courtesy : Mstar Online
Khairy desak Sivakumar digantikan
Sunday, February 22, 2009
Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang ditemui di Pasir Mas, Kelantan, mendesak supaya Sivakumar digantikan dengan tokoh lebih berwibawa.
"Dalam sidang DUN, antara isu yang dibincangkan ialah belanjawan dan jika Speaker menghalang urusan kerajaan negeri dengan menggantung Menteri Besar dan Exconya, belanjawan negeri tidak dapat dibentangkan.
"Ini memb
eri kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri sekali gus menyebabkan projek kecil tidak dapat dilaksanakan dan menyusahkan rakyat negeri itu sendiri."Oleh itu, saya berharap bila DUN Perak bersidang nanti, peraturan mesyuarat yang pertama harus diberikan perhatian ialah menggantikan Speaker itu (Sivakumar). Kalau tidak, saya rasa beliau (Sivakumar) akan menjadi penghalang kepada banyak urusan kerajaan negeri selain memberi kesan ke
pada ekonomi rakyat Perak," katanya.Khairy berkata, Pemuda Umno melihat tindakan Sivakumar itu sebagai usaha pembangkang dalam menghalang kerajaan BN di Perak dari terus menjalankan tugas.
"Pemuda Umno akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini dan menyokong supaya Zambry serta Exconya terus menyertai sidang DUN serta mengenepikan keputusan Speaker sebelum ini," katanya.
Berita Harian Online
Pekerja diberhenti tidak diserap secara automatik
Thursday, February 19, 2009
PUTRAJAYA: Pekerja-pekerja industri yang diberhentikan kerja akibat kega-watan ekonomi global masih perlu melalui prosedur biasa permohonan pekerjaan di sektor awam, sebelum boleh diserap sebagai kakitangan kerajaan.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata walaupun kerajaan bersetuju dengan cadangan supaya pekerja terbabit mengisi kekosongan jawatan dalam sektor awam, mereka perlu melalui proses itu terlebih dahulu dan akan diterima sekiranya didapati layak.
Beliau berkata peraturan sama terpakai kepada pekerja-pekerja kontrak dalam sektor awam yang ingin mendapatkan jawatan tetap.
“Ia bu
kannya automatik. Mereka sepatutnya memohon berdasarkan kelayakan dan pengalaman, dan saya cadangkan mereka melayari laman web JobsMalaysia kelolaan Kementerian Sumber Manusia atau laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri,” katanya kepada pemberita selepas me-nyampaikan ucaptama di Bengkel Pengurusan Perwakilan dan Agensi Kerajaan Lain di Luar Negeri Berdasarkan Konsep Organisasi Bersepadu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini kelmarin.Pada Jumaat lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Jumaat berkata kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan cadangan supaya 20,000
kekosongan jawatan dalam sektor awam diisi oleh pekerja-pekerja industri yang diberhentikan dan Ja-batan Tenaga Rakyat akan menyelaras serta mencari mekanisme bagi membolehkan pe-kerja industri mengisi jawatan berkenaan.Ismail berkata, 20,000 kekosongan jawatan itu hanya melibatkan kekosongan di peringkat perkeranian.
Katanya, peluang graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam tidak terjejas kerana masih banyak kekosongan terutama dalam bidang profesional seperti doktor, guru dan polis.
NST
Bersihkan pantai timur dari pendatang asing
Monday, February 16, 2009

Katanya Cash memandang serius pembun
uhan itu kerana ia dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin.“Kami percaya pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati dan kami harap kerajaan akan memandangnya secara serius.
“Pihak berkuasa patut melancarkan dengan segera operasi secara besar-besaran bagi membersihkan pantai timur Sabah daripada pendatang asing tanpa izin demi kebaikan negeri ini dan rakyatnya,” katanya kepada di sini.
Khamis lepas, dua pekebun kecil yang bekerja di ladang sawit mereka di Kampung Tingkayu, Kunak, dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan pendatang asing tanpa izin.
Mayat mereka ditemui pada keesokan harinya di bawah timbunan pelepah sawit kering dengan keadaan anggota tubuh yang putus ditetak. Bernama difahamkan sekurang-kurang-nya lima pekebun kecil lain mengalami kecederaan teruk dalam serangan itu.
Patrick berkata penduduk tempatan mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap penj
enayah terbabit.“Kita tidak boleh biarkan pendatang asing tapa izin menggunakan undang-undang sendiri. Kerajaan jangan bertolak ansur tentang perkara ini dan mesti membuat sesuatu bagi melenyapkan persepsi negatif terhadap pendatang asing tanpa izin di negeri ini.
“Memanglah, kita memerlukan orang asing untuk bekerja dalam sektor kritikal kita seperti perladangan dan pembinaan, tapi mereka perlu memiliki dokumen yang sewajarnya dan menjadi pekerja yang berdisiplin,” katanya.
Berikutan bantahan keras rakyat Sabah beberapa bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pihak berkuasa akan melancarkan gerakan memburu pendatang asing tanpa izin di negeri ini yang dianggarkan antara 100,000 dan 150,000 orang.
BERNAMA
Seorang lagi Pemimpin PKR dilarang masuki Sarawak
Saturday, February 14, 2009
Peguam dan Ahli Parlimen Subang itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa pada pukul 1.30 tengah hari dan diberikan notis larangan masuk di bawah Seksyen 66(1) Akta Imigresen.
Alasan yang diberikan ialah oleh kerana beliau bukan dari Sarawak, tidak layak untuk memasuki negeri itu tanpa permit ataupun pas sah.
Sivarasa berkata, beliau berada di Sarawak untuk mengendalikan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin PKR dan merancang untuk kembali ke Kuala Lumpur esok.
"Apabila saya tiba, saya telah dimaklumkan bahawa saya telah disenaraihitamkan daripada memasuki Sarawak," kata beliau kepada pemberita sebelum pulang ke Kuala Lumpur menerusi pesaw
at AirAsia pukul 5.35 petang tadi.Pada Disember lalu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bercadang untuk menyambut Krismas bersama keluarga angkat daripada kalangan masyarakat Iban, telah dilarang daripada memasuki negeri itu atas alasan yang sama.
Kali terakhir Sivarasa berada di Sarawak Julai lalu untuk menghadiri World Rainforest Music Festival.
Kata Sivarasa, beliau tidak faham dengan alasan menghalangnya memasuki negeri itu.
"Kemungkinan ada lebih ramai pemimpin PKR telah disenarai hitam daripada memasuki dan saya percaya ia berkaitan dengan pilihan negeri.
"Mungkin ia berkaitan, jika tidak saya tidak nampak sebab harus menghalang kami," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan dari PKR, Dominique Ng berkata, beliau akan memfailkan semakan penghakiman berhubung larangan tersebut meskipun tindakan seumpama itu membabitkan kes Gobalakrishnan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuching.
MStar
Sabah rancang pintu masuk baru dari Kudat - Lahad Datu - Semporna
Friday, February 13, 2009
ingkat 15, Wisma Innoprise, kelmarin.Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini merupakan tambahan kepada dua pintu masuk sedia ada iaitu di Sandakan dan Tawau.
“Ketiga-tiga pintu masuk itu akan dibuka dalam tahun ini dengan pintu masuk ke Semporna dijangka dibuka dalam bulan ini. Ia bagi memastikan rakyat asing menggunakan pintu masuk dan dokumen yang sah.
“Jabatan Imigresen juga akan menguatkuasakan sepenuhnya sistem kawalan biometrik di pintu-pintu masuk utama bagi mengenal pasti dan mengesan pendatang tanpa izin,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di sini, kelmarin.
Musa berkata demikian bagi mengulas mengenai operasi bersepadu fasa dua 2009, yang akan ditumpukan di kawasan pantai timur Sabah.
Beliau berkata semasa operasi bersepadu fasa pertama tahun lepas yang memfokuskan penangkapan dan pengusiran pendatang tanpa izin di negeri ini, seramai 32,530 rakyat asing diperiksa dalam 35 siri operasi yang dijalankan.
“Sepanjang tahun 2008, seramai 24,269 orang ditahan dan ditempatkan di pusat tahanan sementara di seluruh negeri dan daripada jumlah itu, seramai 19,151 telah diusir ke negara asal iaitu 13,615 rakyat Filipina, 5,278 Indonesia dan 258 lagi membabitkan rakyat negara lain.
“Enam puluh empat peratus daripada jumlah yang diusir itu telah dihadapkan ke mahkamah khas pendatang tanpa izin dan dikenakan hukuman sekurang-kurangnya satu bulan penjara dan dua kali sebatan,” katanya.
Musa berkata tindakan juga diambil terhadap 99 kes kanak-kanak jalanan dengan menempatkan mereka di rumah kebajikan atau rumah perlindungan ehsan.
NST
.....................................................................................
Komen saya..
Rancangan dan cadangan jalan perhubungan antara Pekan di Sabah, sape
rtimana yang di war-warkan dalam berita hari ini, bagi saya; ada lah sangat-sangat di alukan oleh rakyat
Apa lagi, bilamana kita mendengar ,
Pembangunan jalan raya ini ada lah salah satu factor utama yang boleh digunapakai untuk membantu rakyat luar bandar dari segi pengangkutan dan perjalanan.
Namun yang
membuat saya terkilan ia lah setakat ini saya belum pun mendengar kelulusan jalan lintas selaku penghubung daerah Tamparuli-Kadamaian (Kota Belud) atau Kiulu-Ranau. Demikian juga dengan jalan penghubung Sulaman-Kota Belud.
Yangmana pada suatu ketika pernah dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin yang memerintah.
Persoalan saya; mungkin kah permohonan pemimpin-pemimpin tempatan daerah Tuaran telah tercicir(diketepikan) kerana memang nya tiada permohonan cadangan atau pun permohonan kurang berbaloi (prioriti rendah) ?
Harus juga diingatkan bahawa Daerah Tuaran mempunyai bilangan penduduk yang ramai ( lebih kurang 90,000 orang) dan kawasan perladangan serta pertanian yang luas lagi sesuai untuk di bangunkan.
Justru itu, jalan-jalan yang baru saperti yang di luluskan untuk daerah Kudat, Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini.
Saperti daerah-daerah lain Tuaran pun sangat perlu jalan-jalan ini selaras dengan janji-janji yang di laungkan beberapa kali dalam pilihan raya yang sudah-sudah.
Akhir-akhir ini ( kecuali jalan penghubung Keningau-Tawau, Kimanis-Keningau, Beaufort-Tenom dan Kota Marudu-Ranau) perancangan dan pembinaan jalan raya terlalu difokuskan di pesisiran pantai. Apa dah jadi dengan kawasan daratan Tuaran dan Kota Belud?
MB baru Perak salah guna kuasa
Thursday, February 12, 2009
laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamby Abd Kadir hari ini.Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang be
rtaraf exco.Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM250,000 setahun.
Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kira-kira 20 orang penyokong parti itu.
Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.
Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu
Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.
Chang merupakan timbalan pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah naib presiden MIC.
Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai.
Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.
Sabah Daily
SIAPA ITU KARPAL SINGH ?
Wednesday, February 11, 2009
Ulasan: Dr. Novandri Hasan Basri

Dan selama dua penggal, beliau tidak memberikan sebarang sumbangan langsung untuk Parlimen Bukit Gelugor hanya suara-suara sumbang beliau di dalam parlimen.
Kita semua tahu kenapa beliau dipilih sebagai ahli parlimen. Kononnya, agar berlaku check & balance di dalam segala aktiviti yang diputuskan di dalam parlimen. Dan Karpal Singh diharapkan agar menggunakan skil berhujah yang beliau mahir sebagai seorang peguam untuk meneliti serta melawan segala yang diusulkan oleh parti pemerintah.
Tetapi kita tahu beliau tidak dapat menyumbang apa-apa untuk parlimen beliau sendiri. Parlimen Bukit Gelugor hanya tinggal sebagai nama sahaja.
Mujurlah Parlimen Bukit Gelugor mempunyai beberapa ADUN yang menjaga kawasan-kawasan di dalam Parlimen Bukit Gelugor. Itu pun sekadar menuruti prosedur dan perlaksanaan yang telah dirancang oleh parti pemerintah negeri sebelum ini.
Kini, Karpal Singh dengan begitu sinis mengatakan bahawa beliau sudah lama di dalam politik sejak 1974 jika dibandingkan dengan Pemuda Umno yang membuat kenyataan polis mengenai tindakan Karpal Singh mempersoalkan titah Sultan Perak.
Jika beliau benar-benar sudah terlalu pandai kerana berpolitik sejak 1974, beliau sepatutnya lebih mahir di dalam soal-soal sensitif yang melibatkan Sultan beliau sendiri.
Realitinya, beliau perlu ingat bahawa beliau juga tertakluk kepada system Raja perlembagaan dan perlembagaan itu sendiri. Apakah beliau sudah lupa “Kesetiaan kepada Raja dan Negara" ?
THE MALAYSIAN Insider.... selanjutnya.
5,000 pertahan Sultan Azlan Shah
Tuesday, February 10, 2009
00 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berkumpul menyatakan ikrar taat setia akan mempertahankan kedaulatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hingga ke titisan darah terakhir.Mereka yang menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pemuda UMNO Perak itu meluahkan rasa marah terhadap sikap biadap dan kurang ajar pemimpin pembangkang iaitu Karpal Singh, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap Sultan Perak.
Luahan kemarahan yang meluap-luap itu bukan sahaja dapat didengar melalui kata-kata mereka, malah tertera pada tulisan pada sepanduk yang dibawa.
Antaranya, ‘Jangan Hina Raja Kami,’ ‘Kumpulan Gerakan Melayu Bersedia Menjadi Benteng Utama Mempertahankan Kedaulatan Raja-raja,’ ‘Pakatan Rakyat Jadi Kuda DAP’ dan ‘Usir Nizar dari Perak.’
Malah, di saat-saat akhir perhimpunan, para peserta yang semakin bersemangat hampir berarak menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar Perak untuk menghalau keluar Mohammad Nizar selepas seorang wakil NGO mengajak mereka semua berbuat demikian.
Bagaimanapun, sepasukan polis yang diketuai Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner, Azisman Alias berjaya menenangkan keadaan dan meminta perhimpunan itu ditamatkan serta merta bagi mengelak kejadian tidak diingini dan provokasi.
Utusan Malaysia selanjut nya
2 pilihan raya kecil bulan depan?
Tuesday, February 10, 2009
ihan raya kecil.Kedua-dua peristiwa itu terjadi dalam tempoh 12 jam semalam, sekali gus perkembangan tersebut - sesuatu di luar jangkaan - memberi ruang untuk diadakan pilihan raya kecil.
Kedua-dua peristiwa itu juga melibatkan negeri jiran - Perak dan Kedah.
Malah, sebab bagi kedua-dua pilihan raya kecil kali ini dilihat sebagai "sesuatu yang bersejarah" dalam sistem pilihan raya negara ini.
Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, dua pilihan raya kecil sudah ada diadakan iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya dimenangi oleh wakil Pakatan Rakyat.
Sambil mengakui kematian Ahli Parlimen dan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meletakkan jawatan semalam sebagai sesuatu yang jarang berlaku secara serentak, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat secepat yang mungkin untuk mengambil tindakan susulan termasuk pilihan raya kecil.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak sudah pasti berlangsung dan ia akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujudnya kekosongan.
Pen
gerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi mStar Online malam tadi berkata, pihaknya akan meneliti segala dokumen sebelum menentukan tarikh pilihan raya.Apabila ditanya sama ada akan mengadakan dua pilihan raya kecil serentak, beliau berkata: "Kami juga kena melihat Perlembagaan Negeri Kedah sebaik sahaja menerima notis kekosongan."
Mstar
P59 - BUKIT GANTANG : Jumlah Pemilih (55,471)
M. Morgan (Bebas) 872
Roslan Shaharum (PAS) 20,015
Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449
Majoriti: 1,566
N13 - KUALA SAPETANG : Jumlah Pemilih (19,699)
Tai Sing Ng (PKR) 7,285
See Tean Seng (BN) 6,721
Majoriti: 564
N14 - CHANGKAT JERING : Jumlah Pemilih (24,864)
Mat Isa Ismail (BN) 8,309
Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) 9,411
Majoriti: 1,102
N15 - TRONG : Jumlah Pemilih (10,908)
Norazli Musa (PAS) 3,296
Rosli Husin (BN) 4,212
Majoriti: 916
Sabah paling banyak terima peruntukan pendidikan
Monday, February 09, 2009
GAN: Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, Sabah merupakan negeri paling bertuah di negara ini kerana diberikan peruntukan paling besar da-lam pembangunan pelajaran.Katanya, 16.5 peratus atau RM3.43 bilion daripada jumlah peruntukan keseluruhan RMK-9, diperuntukkan kepada negeri di bawah bayu itu.
“Jumlah ini jauh lebih tinggi daripada jumlah yang diterima di bawah RMK-8, iaitu RM 2.1 bilion,” katanya, ketika berucap di majlis pelancaran Kampus Astro bersama Ko-muniti Sekolah di SMK Nabawan 2, pada Ahad.
Menteri itu berkata, dengan penyediaan peruntukan yang amat besar itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN), amat prihatin terhadap kesulitan yang terpaksa ditempuhi oleh rakyat Sabah bagi memperolehi pendidikan.
“Kita memberi keutamaan negeri ini berbanding dengan negeri-negeri yang lain di Semenanjung,” jelasnya.
Daripada segi bantuan, Hishammuddin memberitahu Sabah merupakan penerima terbesar pelbagai bantuan dan subsidi pendidikan, iaitu sebanyak RM343.8 juta.
Katanya, bagi Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Termiskin, sebanyak RM 113.2 juta diperuntukkan kepada Sabah pada tahun 2009, untuk membantu seramai 156,386 orang murid.
Sebanyak RM 54.6 juta diperuntukkan untuk membiayai program Rancangan Ma-kanan Tambahan (MT) melibatkan seramai 140,201 orang murid.
Katanya, di kawasan Parli-men Pensiangan sebanyak RM3.2 juta diperuntukkan menerusi KWAPM kepada 4,707 orang murid, dan RM1.4 juta diperuntukkan melalui RMT kepada 3,705 orang murid.




