SUARA BEBAS TUARAN

ADUN DAP ditahan ISA pula letak jawatan. Mungkin PRK lagi ?

Thursday, April 30, 2009
PETALING JAYA: Kemungkinan negara perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ketujuh? Kemungkinan ini mula 'terbayang' ekoran desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang kini ditahan di Kamunting akan melepaskan kedudukannya.
Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan diketahui Sabtu ini.
Puspaleela ditanya mengenai laporan media bahawa suaminya sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN."Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini," kata isterinya, S. Puspaleela ketika dihubungi sebentar tadi.
"Saya tidak tahu, tunggu sehingga saya menemui suami saya, tunggu saya di Kamunting Sabtu ini," katanya.
Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008. Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007. Empat yang lain ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.
Bagaimanapun Kenghadharan dan Ganabatirau telah pun dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini. Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi turut mengesahkan mengetahui mengenai khabar angin tersebut.
"Ya kita juga ada mendengar khabar angin tersebut, tapi saya tak dapat pastikan mengenai kesahihannya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Sumber: mStar Online
Read On 2 comments

Pemuda PAS juga mahu tanding di DUN Penanti

Thursday, April 30, 2009

Tidak sampai 24 jam selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calonnya Mansor Othman, Pemuda PAS Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh dilihat memberi kata dua, mahu meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.
PAS dikatakan menganggap kerusi tersebut sebagai kubu kuat parti itu walaupun pada pilihan raya umum lalu ia ditandingi oleh wakil PKR.
Difahamkan PAS Permatang Pauh mengambil langkah mahu 'memulau' pilihan raya kecil Penanti ekoran rasa tidak puas hati PKR bertanding.
Pemimpin-pemimpin PAS negeri itu mahu PKR memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Penanti bulan depan.
Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberitahu, parti tersebut mahu bertanding di kerusi tersebut kerana pengundi di bahagian itu sudah tiada keyakinan terhadap PKR.
"Penyokong akar umbi mahu perubahan. Kami akan menunggu dan lihat sama ada permintaan kami akan dipenuhi," kata beliau kepada The Star ketika dihubungi.
PAS Permatang Pauh memutuskan demikian pada mesyuarat malam tadi.Terdahulu, Ketua Pemuda PAS, Mohd. Hafiz Mohd Nordin berkata, satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.
"Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu, Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai," kata beliau.
Read On 0 comments

Permohonan Zamry untuk perisytiharan sebagai MB Perak ditolak mahkamah

Wednesday, April 29, 2009
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.
Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.
Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.
Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.
Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.

Sumber: Sabah Daily
Read On 0 comments

UMNO perlu buka pintu untuk semua lapisan masyarakat - Najib

Tuesday, April 28, 2009

NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin (dua dari kanan), Hishammuddin Tun Hussein (kiri), Mahathir Mohamad (kanan) dan Syed Ali Alhabshee pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-15 UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO tidak sepatutnya menjadi parti eksklusif sebaliknya bersifat inklusif yang membuka seluas-luas pintu untuk segenap lapisan rakyat.
Presiden UMNO berkata, orang Melayu dan bumiputera tanpa mengira kira latar belakang sosioekonomi sama ada bekerja sendiri atau profesional, peringkat umur termasuk tua dan remaja serta pendidikan, harus diterima menyertai parti itu.
Menurut beliau, UMNO juga perlu mewakili segenap lapisan masyarakat kerana hanya dengan cara itu parti berkenaan dapat dipulihkan dan menjadi kuat.
"Saya harap UMNO tidak menjadi parti eksklusif untuk golongan elitis apabila hanya orang tertentu boleh menjadi tunjang kepada parti ini dan kita juga jangan menolak golongan intelek yang boleh menyumbang idea-idea baru.
"Kita juga perlu memastikan budaya meminggirkan pihak tertentu yang dianggap tidak menyokong kita dan mencantas pihak yang dianggap sebagai pencabar, tidak akan berlaku lagi dalam parti," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.
Menurut Najib, UMNO juga mesti sentiasa berada di barisan hadapan dalam membuat pembaharuan bagi memastikan ia terus mendapat sokongan rakyat.
Dalam pada itu, katanya, konsep inklusif yang beliau maksudkan bukan saja merujuk kepada usaha membela orang Melayu dan bumiputera malah harus melibatkan kaum-kaum lain termasuk Cina dan India.
"Kita bukan sahaja perlu menjadi juara bagi orang Melayu dan bumiputera malah sepatutnya membela seluruh rakyat selaras dengan gagasan Satu Malaysia," katanya.
Utusan Malaysia Online
Read On 0 comments

Pandikar Amin serah kepada mahkamah tentukan saman Gobind

Monday, April 27, 2009

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan perihal saman anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, terhadap beliau.
Pandikar Amin berkata, saman tersebut sudah pun difailkan dan kini terpulang kepada mahkamah untuk membuat interpretasi terhadap saman itu.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen di sini, beliau berkata tugasnya cuma untuk mempengerusikan mesyuarat supaya ia berjalan lancar.
Gobind memfailkan saman itu Khamis lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana membantah keputusan Speaker itu menggantungnya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun pada 16 Mac lalu.
Dalam pada itu, Pandikar Amin berkata, kedudukan kerusi Dewan Rakyat kini disusun semula kerana ada Ahli Parlimen yang dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.
Katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, akan duduk berhampiran Tan Sri Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar
).
Brita Harian Online
Read On 0 comments

Jeff Ooi gagal ketepi saman NST

Monday, April 27, 2009
Penulis blog Jeff Ooi Chuan Aun yang juga merupakan anggota Parlimen Jelutong gagal untuk mengenepikan keputusan timbalan pendaftar yang menolak permohonannya untuk menggugurkan saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya oleh New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan tiga yang lain.
Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof menolak rayuan Ooi di dalam kamarnya.
Pada 22 Jan, 2008, Timbalan Pendaftar Mohamad Kamil Nizam menolak permohonan Ooi untuk menggugurkan saman fitnah yang dikemukakan oleh NSTP, timbalan pengerusinya, Datuk Kalimullah Hassan, ketua pengarang kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan bekas editor kumpulan Brendan Pereira.
Mereka menyaman Ooi bagi memfitnah dan pembohongan dengan niat jahat berhubung beberapa artikel tertentu yang disiarkan atau dibenarkan disiarkan oleh Ooi dalam laman blognya.
Mereka mendakwa artikel itu merujuk kepada mereka dan berunsur fitnah.

BERNAMA
Read On 0 comments

KERAJAAN TAHU SEMUA TELAH BERAKHIR - NAJIB

Sunday, April 26, 2009

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengingatkan semua bahawa era "kerajaan tahu semua" telah berakhir, dan ini ditujukan kepada semua kerjaan negeri.
"Dengan itu adalah penting untuk kerajaan mendengar pandangan orang ramai daripada hanya segelintir yang mungkin tidak memberikan gambaran yang sebenar," kata beliau.
Katanya negara ini telah melalui lima pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum ke-12, Mac tahun lepas dan perhatian mestilah ditumpukan pada keputusan pilihan raya. Bagaimanapun ketika ini di Sabah, keputusan undian atau pandangan umum sahaja yang dikira.
Mengenai peranan LDP dalam campuran BN, beliau berkata ia adalah parti politik paling awal diterima masuk ke BN sejak 1992 dan telah berjuang untuk BN sepanjang masa, dengan terakhir memenangi empat kerusi yang diperuntukkan untuk ditandingi pada pilihan raya lepas.
"Saya tidak ingin meminta untuk lebih daripada apa yang kita perlu ada tidak juga kurang daripada apa yang ada. Apa yang kita lakukan, kita mestilah dipandu dengan kesedaran kita.
"Kita dalam LDP akan terus memainkan peranan berkesan dalam BN. kita mahu terus mendengar suara orang ramai, terus mendengar pandangan mereka dan terus membantu orang ramai menangani masalah mereka tanpa bimbang dan memihak," tambah beliau.
Mengenai LDP akan membawa Raymond Tan masuk ke parti ini jika beliau memohon, Liew berkata: "saya tidak terfikir lagi, jadi soalan itu kini tidak memerlukan jawapan."
Sumber: mStar
Read On 0 comments

NAJIB LANTIK SALLEH SEBAGAI TIMBALAN PENGURUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SABAH

Sunday, April 26, 2009

Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melantik Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
perlantikan tersebut ada lah tepat pada masa nya kerana ia nya dijangka akan mengukuhkan lagi UMNO Sabah kerana Salleh merupakan regu terbaik Datuk Seri Musa Aman.
Menurut sumber, gandingan antara Musa dan Salleh akan memberi kekuatan kepada UMNO untuk mempertahankan kubu kuat UMNO di Sabah pada pilihanraya umum akan datang.
Selaku Presiden USBO, dirasakan Salleh akan lebih meyakinkan sokongan masyarakat rangkaian Bajau dan etnik lain yang telah menyertai parti pembangkang menjelang pilihanraya lalu.
Dalam pada itu, Salleh ketika dihubungi, menyifatkan perlantikan tersebut merupakan satu amanah yang perlu ditunaikannya, terutama dalam membantu memperkukuhkan Umno di negeri ini yang disifatkan oleh Najib sebagai "simpanan tetap" (fixed deposit) bagi Barisan Nasional (BN).
"Saya berjanji untuk memberikan kerjasama penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman. Sabah merupakan kubu kuat Umno dan BN.
Keadaan ini perlu dipertahankan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya itu.
Salleh yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik dari Universiti Simon Fraser, Canada dan Ijazah Master Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kota Belud, Sabah.
Salleh amat berpengalaman kerana pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Sabah.
Sebelum ini, Salleh pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Ahli Parlimen Kota Belud dan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan.
Courtesy: Daily Express
Read On 1 comments

Anwar, jangan urus PKR sebagai "kedai runcit"

Saturday, April 25, 2009

PETALING JAYA: Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang telah dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah kelmarin, terus memuatkan tulisan beliau sambil menggesa pengunjungnya agar memberi komen yang konstruktif, bukannya ulasan yang boleh 'memusnahkan' laman web tersebut.
Malah, Raja Petra yang kini berada dalam "buangan kendiri" di luar Selangor ekoran perselisihan dengan Kerabat Diraja negeri itu menekankan, Malaysia Today bukan merupakan laman web yang propembangkang ataupun antikerajaan semata-mata.
Selain itu, dalam tulisannya semalam beliau menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menguruskan parti itu seakan-akan sebuah kedai runcit.
Beliau mengemukakan pandangan itu bagi mewajarkan bahawa Malaysia Today bukan laman web yang memuji atau mengecam satu-satu pihak sahaja."Tidak, Malaysia Today bukan propembangkang dan antikerajaan semata-mata."Apatah lagi bukan kesemua negeri berada di bawah Barisan Nasional (BN). Beberapa negeri berada bawah Pakatan Rakyat.
"Jadi, Pakatan Rakyat juga kerajaan. Dan, kita kita mengkritik kerajaan-kerajaan negeri, bermakna Paktan Rakyat," katanya.
Walaupun Pakatan Rakyat hanya berusia setahun, berbanding BN, terdapat aspek yang sudah cukup untuk dikritik.Sebagai contoh katanya, Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengendalikan PKR sebagai 'entiti kawalan peribadinya'.
"Kemungkinan 10 tahun lalu, pada 1999, ia mungkin boleh diamalkan. Ketika itu, Parti Keadilan seperti kedai runcit. Jadi anda boleh kendalikan parti seperti kedai runcit," katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, sepanjang satu dekad yang lalu PKR telah berkembang daripada sebuah "kedai runcit menjadi pasar raya besar."
"Tetapi Anwar masih menguruskan parti ini seperti kedai runcit, bukan seperti pasar raya besar yang ia telah berkembang sehingga sekarang," katanya lagi.
Beliau tidak merujuk kes-kes khusus bagi menggambarkan amalan "kedai runcit" di pihak Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehingga 1998.
Sambil menekankan ia sebagai satu kegagalan Anwar, Raja Petra menulis lagi, "beliau (Anwar) menganggap beliau sebagai pemimpin seorang yang bagus."
"Seorang pemimpin yang bagus bukan hanya mengendalikan partinya seorang diri. Seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang menguruskan orang dalam parti," jelas Raja Petra yang pernah digambarkan sebagai penyokong kuat Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat.
Oleh itu tambah beliau, Anwar mesti belajar untuk menguruskan orang-orang di bawahnya dengan baik."Terdapat ramai yang berbakat dalam partinya. Turunkan tanggungjawab kepada mereka dan biarkan mereka menguruskan parti menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan masing-masing," katanya.
Sumber: mStar
Read On 0 comments

Zaid sahut cabaran Rais berdepat

Saturday, April 25, 2009
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyahut cabaran berdebat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Rais mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar."Saya tidak tahu apa yang dicakap atau dirujuk oleh Rais mengenai serangan terhadap Najib melalui media asing," kata Zaid.
"Tetapi jika beliau memberitahu secara khusus mengenai apa yang beliau mahu debat, saya bersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya kepada Malaysiakini.
Bercakap kepada pemberita malam tadi, Rais juga berkata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memiliki peribadi yang mempunyai beberapa sifat "si lunchai" kerana Zaid tidak mengenal sifat kebijaksanaan atau faedah mengutuk pemimpin sendiri.
"Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu terhadap perdana menteri," kata Rais, lalu mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai bagi membuktikan dakwaannya itu.
Rais juga dilaporkan berkata, tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap Najib mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design".
Katanya, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.
"Media asing itu akan menggunakan pelbagai istilah mengaitkan pelbagai kelakuan (perdana menteri) yang kononnya tidak boleh diterima (oleh pihak tertentu)," katanya selepas menghadiri majlis bacaan yasin dan tahlil untuk bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba di Peringgit, Melaka malam tadi. Malaysiakini.
Rujukan: Malaysia Kini
Read On 0 comments

MUSA KEKAL, SHAFIE DILONTAR KE KEDAH

Saturday, April 25, 2009

Atas nama transformasi Datuk Seri Musa Aman telah dikekalkan sebagai Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Sabah. Keputusan in telah di buat oleh Presiden Parti UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Manakala Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang selama ini diwar-warkan akan di lantik sebagai Pengurusi Perhubungan UMNO Sabah untuk menggantikan Musa, telah di lontarkan ke Kedah, negeri yang di tadbirkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Dengan ini Musa akan meneruskan Dinasti beliau sehingga PRU13 nanti.
Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
SETIAUSAHA AGUNG: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
BENDAHARI AGUNG: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
KETUA PENERANGAN: Ahmad Maslan
PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI:
PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak (ganti Tan Sri Muhammad Muhd Taib)
WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
MELAKA : Datuk Seri Mohd Ali Rustam
JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
PAHANG : Datuk Seri Adnan Yaakob
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Manakala sembilan lagi dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu;
Datuk Seri Rais Yatim
Datuk Nazri Aziz
Datuk Jamil Khir Baharom
Datuk Raja Nong Chik
Datuk Aziz Sheikh Fadzir
Datuk Seri Ali Rustam
Tan Sri Rafidah Aziz
Datuk Seri Ghani Othman
Datuk Seri Shahidan Kassim
Walaupun baru-baru ini Musa telah mengisytiharkan bahawa Kabinet Sabah tidak perlu di transformasikan. Namun Najib menerimanya dengan penuh kepercayaan. Menurut sumber, Musa telah melakukan transformasi sebaik mungkin untuk Sabah sealiran dengan transformasi yang Najib impikan selama ini.
Seadanya, Musa telah berjaya menyatupadukan ahli-ahli komponen BN di Sabah kerana telah terbukti bilamana BN telah berjaya memenangi PRU12 dengan cemerlangnya.
Rujukan: Sabah Kini
Read On 0 comments

Najib beri jaminan Bumiputera tidak terjejas

Friday, April 24, 2009

Najib Tun Razak bersalaman dengan Susilo Bambang Yudhoyono selepas menghadiri upacara sambutan rasmi lawatan Perdana Menteri ke Indonesia di Istana Merdeka, Jakarta
JAKARTA – Perdana Menteri memberi jaminan kaum bumiputera tidak akan terjejas berikutan dasar liberalisasi sektor perkhidmatan yang dilaksanakan kerajaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum bumiputera boleh mengambil bahagian dalam persaingan terbuka dan beliau yakin golongan berkenaan mampu melakukannya.
“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan berkenaan (pengusaha bumiputera). Mereka telah dan boleh mengambil bahagian dalam persaingan lebih terbuka. Bumiputera ada kemampuan dan tidak rasa bimbang mereka akan pupus dan kalah dalam persaingan,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Merdeka di sini hari ini.
Semalam kerajaan memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.
Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.
Keputusan berkenaan juga tegas beliau, bukan dibuat secara terburu-buru, tetapi dilakukan selepas kajian yang lama, selaras komitmen Malaysia terhadap perjanjian dengan ASEAN.
Berbanding negara lain, ujar beliau, Malaysia terbelakang dalam melaksanakan komitmen itu dan liberalisasi sektor perkhidmatan akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara ASEAN lain kerana ia bukan hanya sehala, tetapi pelbagai hala.
“ASEAN pun akan buka, Malaysia ke belakang, Indonesia lagi terbuka, Indonesia boleh bersaing, apa yang tidak kena dengan Malaysia,” katanya.
Sementara itu mengulas kurangnya minat golongan bumiputera dan India berbanding kaum Cina dalam membeli unit Amanah Saham Malaysia (ASM), Najib berkata, ia perlu diberi sedikit masa lagi.
Utusan Malaysia
Read On 0 comments

PEMBALAKKAN BERLEBIHAN PUNCA GEJALA BANJIR DI BEAUFORT ?

Thursday, April 23, 2009
April 23, 2009

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam ucapan penggulungan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu menolak dakwaan bahawa pembalakan penyebab masalah banjir besar di sungai Padas dan Pegalan.
  • Namun, Mantan Kapitan Cina Ng Choon Soon ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri, berkata, kerajaan BN yang telah mewarisi permasalahan tanah mendap, banjir besar dan timbunan lumpur didasar air yang mencetekkan sungai Padas dan Pegalan oleh kerajaan terdahulu, kini menjadi tanggung jawab kerajaan BN yang memerintah ketika ini.
  • Menurut Ng Menafikan secara ‘total’ aktiviti pembalakan bukan sebahagian daripada penyebab banjir besar sungai Padas dan Pegalan mungkin sukar diterima kerana kegiatan itu telah bermula lebih dua puluh tahun lalu iaitu sejak tahun 1988 sehinggalah kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994.
  • Ng masih berpegang teguh kepada kenyataannya sebelum ini bahawa kegiatan pembalakkan secara berlebihan sekitar tahun 1988 semasa era kerajaan PBS, telah banyak menghasilkan kemusnahan terhadap ekologi sehingga kelihatan tanah bukit terus botak dan terdedah kepada hakisan ketika musim hujan.
  • Manakala dipihak kerajaan pada ketika itu, menampakkkan seolah olah tiada usaha untuk merancang pemuliharaan hutan secara jangka panjang, apatah lagi untuk menghalangnya malah ada segelintir pemimpin itu sendiri turut menjadi orang tengah (broker) sebagai perancang kegiatan pembalakkan yang dikenali projek ‘Form 2B’.
  • Pembalakan tanpa batas telah memberikan kesan kepada kecetekan air sungai Padas dan Pegalan. Seharusnya masalah kemendapan dan lumpur yang mencetekkan sungai Padas dan Pegalan tidak semata mata terpikul dibahu sesuatu pihak sahaja…bahkan harus melibatkan pemimpin pada ketika itu dan kini”. tegas beliau lagi.
  • Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah semasa lawatan beliau ke Beaufort beberapa bulan lalu pernah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk mendapatkan khidmat Juruperunding antarabangsa untuk mencarai formula penyelesaian masalah banjir di Tenom dan Beaufort.
  • Namun demikian kata Ng, para penduduk yang mendiami di sepanjang pesisiran sungai Padas dan Pegalan yang dianggarkan kira kira 3,000 orang akan terus menanti usaha dan janji kerajaan dalam menangani masalah banjir di sini.
Sumber: Sabah Kini
Read On 2 comments

Dilarang hadir Dewan Rakyat: Gobind saman 4 pihak termasuk kerajaan

Thursday, April 23, 2009
April 23, 2009

Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat , Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan tiga pihak yang lain berhubung keputusan menggantungnya daripada menghadiri sidang Parlimen selama tahun.
Tiga pihak lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan Kerajaan Malaysia.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.Gobind diwakili oleh Karpal Singh & Co.
Sumber mStar
Read On 0 comments

LDP desak Najib memecat Japlin sebagai Pembantu Menteri

Wednesday, April 22, 2009
April 22, 2009
Kelmarin, Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat Japlin sebagai Pembantu Menteri yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 setelah ditahan SPRM kerana terlibat dengan politik wang kerana Musa Aman masih mempertahankan Japlin tidak melakukan sebarang kesalahan dan mengekalkan jawatannya.
Manakala Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang, hari ini menetapkan 14 Mei depan bagi mendengar semula kes rasuah politik membabitkan Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Datuk Mohamad Norza Zakaria.
Hakim Azuar Che Yusof menetapkan tarikh berkenaan bagi menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara mempertimbangkan surat cadangan perbicaraan yang dihantar pihak peguambela pemimpin berkenaan. Surat cadangan perbicaraan membabitkan kes terbabit dihantar ke pejabat Peguam Negara pada 4 April lalu.
Bagaimanapun, belum ada tanda-tanda Pembantu Menteri Infrastruktur, Japlin Akim dan empat Ketua Pemuda lain iaitu Nizam Abu Bakar Titingan, Faisal Ampong dan Hasnol Ayub akan didakwa di mahkamah dalam waktu terdekat setelah mereka ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga hari untuk disoal siasat.
Difahamkan SPRM akan mendakwa ketiga mereka dan Japlin dalam waktu terdekat membuatkan ramai jurugambar berkampung di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu sebaik sahaja menerima tips terutama ketika Nizam dan Faisal ditahan di Balai Polis Karamunsing.
Sumber: Sabah Kini
Read On 0 comments

Media asing sudah mula burukkan imej Najib

Wednesday, April 22, 2009

PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.
Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.
"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.
"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."
Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".
"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.
Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism". "Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.
Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau. Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.
Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka.
mStar
Read On 0 comments

Makhamah tolak permohonan Ketua Menteri Sabah

Tuesday, April 21, 2009
April 21, 2009

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan tiga yang lain untuk mengenepikan saman bekas Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat berhubung pembinaan patung Mazu di Kudat.
Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Yew Jen Kie berkata sama ada Chong atau Yayasan Amal Thean Hou Kudat, yang mana Chong sebagai pengerusi, mempunyai locus standi dalam saman itu, hanya boleh ditentukan menerusi bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan itu.
Peguam utama bagi para pemohon Datuk Mohammad Shafee Abdullah memohon penggantungan prosiding bagi merayu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, peguam Chong, Ansari Abdullah meminta permohonan itu ditolak dan meneruskan perbicaraan yang telah bermula sejak 12 Jan, sehingga mahkamah rayuan memihak kepada pemohon.
Tetapi Mohammad Shafee menegaskan bahawa sekiranya perbicaraan diteruskan ia akan membazirkan masa dan wang dan oleh itu, meminta perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu permohonan pemohon di mahkamah rayuan yang mendapat bantahan Yew.
Pada 18 April, mahkamah mendengar permohonan untuk membatalkan permohonan Chong, Ketua Menteri Sabah ke-13 (2001) yang mendakwa bahawa Musa dan tiga yang lain telah menyalahgunakan kuasa berhubung projek Mazu.
Mereka (pemohon) membantah bahawa Chong tidak mempunyai locus standi dalam saman itu memandangkan Yayasan Amal Thean Hou Kudat tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan oleh itu tidak mempunyai kesahan untuk mencabar keputusan bagi menarik balik kebenaran yang diberi oleh Lembaga Bandar Kudat kepada yayasan, untuk membina patung Mazu setinggi 88 kaki.
Mohammad Shafee mendesak supaya yayasan itu didaftarkan dengan ROS kerana ia merupakan keperluan yang ditetapkan undang-undang termasuk mendaftarkannya di bawah badan amanah swasta di mana Chong bertindak sebagai pemegang amanah dan bukan sebagai anggota.
Menurut Ansari, tidak terdapat keperluan yang ditetapkan undangundang bahawa seseorang itu perlu mendaftar badan amanah di bawah Akta Pemegang Amanah atau Ordinan Penggabungan Pemegang Amanah, kecuali mereka mahu berbuat demikian.
BERNAMA
Read On 0 comments

PM ingatkan pemimpin BN jangan amal retorik politik

Tuesday, April 21, 2009
April 21, 2009

JOHOR BAHARU: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengamalkan retorik politik kerana ia akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap parti.
Perdana Menteri berkata rakyat amat pantang sekiranya apa yang dijanjikan kepada mereka tidak ditunaikan. "Kalau kita katakan sesuatu, kita mesti kotakan dan pentadbiran kita akan memastikan harapan rakyat akan dapat dipastikan dengan sebaiknya," kata beliau semasa berucap pada majlis makan malam bersama pemimpin komponen BN Negeri Johor di sini malam tadi.
Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN negeri Datuk Abdul Ghani Othman dan pengerusi-pengerusi parti komponen BN negeri.
Najib berkata BN harus menjadi parti nakhoda zaman di mana ia mendahalui segala perubahan yang patut dilakukan.
Oleh yang demikian, katanya BN tidak lagi boleh beranggapan bahawa situasi sekarang adalah seperti "urusan seperti biasa". Perubahan yang perlu dibawa BN termasuk meruntuhkan tembok pemisah antara kaum dan menjadikan ia sebuah parti yang mewakili semua kaum sepenuhnya, katanya.
"Saya percaya tembok pemisah antara kaum itu akan dapat diruntuhkan," katanya melahirkan keyakinannya terhadap usaha berkenaan.
Terdahulu, Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor melahirkan sokongan padu BN Johor terhadap kepimpinan Najib dan akan berusaha untuk mempertahankan negeri ini sebagai kubu kuat BN.
BERNAMA
Read On 0 comments

Jimmy Wong (DAP) tidak mahu Ketua Menteri Sabah diganti

Monday, April 20, 2009
April 20, 2009

KOTA KINABALU: Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjong) mahu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dikekalkan sebagai pemimpin negeri.
Beliau berkata, ini berikutan pelbagai pembangunan yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat di Sabah.
"Perdana Menteri sudah berubah. Saya berharap ketua menteri Sabah sekarang tidak akan diganti. "Sabah kini banyak berubah dan semakin membangun.
"Ekonomi kebanyakan rakyat miskin juga semakin baik," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau juga berharap kerajaan negeri tidak putus membawa pembangunan kepada rakyat kerana masih terdapat golongan yang masih menunggu pembelaan.
"Saya berharap Datuk Seri Musa dan anggota kabinetnya bekerja lebih keras dan lebih tekun lagi kerana banyak lagi projek pembangunan yang perlu dilaksanakan," tambahnya. BERNAMA
Read On 0 comments

PKR BIDAS AHLI PARLIMEN YANG TIDAK KELIHATAN BATANG HIDUNG KETIKA BANJIR?

Monday, April 20, 2009
April 20, 2009
Saya bersetuju dengan saranan Perdana Menteri yang baru yang menuntut semua pemimpin harus turun padang mendekati rakyat akar umbi bertanya sendiri masalah mereka…dan menerapkan konsep one Malaysia.
Tetapi tidak ada gunanya turun padang kalau seseorang wakil rakyat itu turun padang untuk menemui kaum keluarganya sahaja” Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Gonsubin Yosundang.
Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Gonsubin Yosundang (gambar) menggesa Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi memainkan peranan yang proaktif bagi membantu melobi di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan bagi menjana peruntukkan kos membaikpulih kemusnahan pelbagai frasarana infrastruktur yang diakibatkan oleh banjir baru baru ini.
Katanya, Raimie boleh memainkan peranan untuk membantu rakan rakannya dikawasan dua DUN iaitu Kemabong dan Melalap, dalam usaha membaikpulih kemudahan yang mengalami kerosakan teruk seperti jambatan, jalanraya terputus dan infrastruktur sekolah-sekolah.“ Tidak ada ertinya beliau berada di Parlimen kalau tidak dapat bantu masalah rakyat dikawasannya sendiri…lebih lebih lagi ketika keadaan memerlukan perkhidmatan dan bantuan beliau…yang anehnya semasa banjir batang hidungnya pun tidak kelihatan,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Sabtu.
Gonsubin berkata demikian ketika mengulas beberapa rungutan rakyat akar umbi khususnya dikawasan yang dilanda banjir seperti Kg Binsilon, Kg Tumantalik, Kg Pantongan, Kg Enubai, Kg Mandalom, Kg Pagukon, Kg Kanar dan RTM, yang mendakwa sehingga sekarang kelibat Raimie tidak kelihatan melawat para mangsa.
Read On 0 comments

MUSA AMAN AKAN TERUS MENARAJUI UMNO SABAH

Sunday, April 19, 2009
April 19, 2009

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman diwar-warkan akan dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dalam rombakan khas yang akan dilakukan oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak walaupun tidak melepasi kriteria yang ditetapkan.
Menurut sumber dalaman UMNO, Musa sepatutnya memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Dato' Seri Mohd Shafie Afdal menggantikannya kerana tidak melepasi meritokrasi dan saringan ketat yang digariskan Najib namun akhirnya Najib terpaksa akur untuk membiarkan Musa Aman meneruskan tugasnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
"Sabah tidak ada pemimpin berwibawa yang boleh menggantikan Musa dan Dato' Seri Najib terpaksa mengekalkan beliau buat sementara waktu kerana Dato' Seri Shafie mahu menumpukan tugas beliau di Kementerian baru demi untuk membangunkan Sabah," ujar sumber itu lagi yang mengesahkan Najib akan melawat Sabah dalam waktu yang terdekat.
Lebih mengejutkan, menurut sumber itu lagi, anak Musa, Hafiz akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Sabah dan memangku tugas Japlin Akim yang digantung jawatan selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Pemilihan Hafiz dijangka akan memperkukuhkan hiraki Musa Aman di persada politik Sabah yang dianggap sebagai kucar-kacir sejak Musa memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.
Perlantikan ini mengejutkan hampir 20 Ketua Bahagian UMNO Sabah yang pro-Shafie yang menjangkakan Musa akan digugurkan setelah terlibat dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dikaitkan dengan penggubahan wang haram di Hong Kong.
Mengikut rekod, ketika Musa dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Ketua Bahagian yang Pro-Shafie membantah, namun Shafie berjaya memujuk mereka agar patut kepada arahan Presiden UMNO. Sabah kini mempunyai 25 Ketua Bahagian.
Dalam kedudukan yang agak selamat sekarang dan sebagai Naib Presiden UMNO, apakah Shafie akan melepaskan peluang 'keemasan' kepada Musa sementara menunggu pilihanraya umum akan datang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke -14?
Read On 0 comments

Lantik Hasnol, Jeffrey gesa SPRM siasat Musa

Sunday, April 19, 2009
UPDATED April 19, 2009


Mohd Hasnol bin Ayub, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IDS

PERLANTIKAN anak saudara Ketua Menteri Sabah, Hasnol Ayub Aman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS) baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila ramai pihak beranggapan Hasnol tidak mempunyai kredibiliti mengetuai ‘Think Tank’ Kerajaan Negeri.
Naib Pengerusi Parti Keadilan rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang menghubungi Sabahkini.net berkata beliau melihat perlantikan tersebut akan menurunkan taraf IDS sebagai sebuah organisasi yang disegani selama ini dan mendorong berlakunya kepincangan integriti.
“Kita mahu tahu siapa lantik Hasnol terajui IDS? Apa kapasiti dan kelayakan Hasnol untuk menerajui institusi amat penting untuk menjana pembangunan Sabah yang ternyata kurang berkesan sejak Musa Aman menjadi Ketua Menteri,” ujar Jeffrey yang kesal kerana Musa melakukan kesilapan demi kesilapan dengan memperakukan perlantikan saudara mara di IDS yang terletak di bawah jurisdiksi Ketua Menteri.
Jeffrey menekankan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera menyiasat perlantikan di ‘luar tabii’ ini kerana melibatkan bapa saudara melantik anak saudara sebagaimana tertakluk di bawah takrifan di Akta Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sehubungan itu, kata Jeffrey, Musa secara sedar telah menyalahi Akta berkenaan dan melakukan rasuah dengan melantik anak saudaranya dan memperoleh keuntungan peribadi di atas perlantikan berkenaan.
Jeffrey menegaskan, IDS telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1985 untuk menyelaras polisi yang bertunjangkan kegiatan penyelidikan menyelesaikan masalah sosio-ekonomi dan pentadbiran pembangunan dan berjaya diperbadankan pada 1 April 1986.
“Saya kesal kerana mereka yang berkelayakan seperti Dr Yakub Johari dipindahkan ke Koridor Sabah dan Musa melantik mereka yang bukan sahaja tidak layak kerana mempunyai kaitan saudara, malah tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan dan pembangunan,” kata Jeffrey yang juga Mantan Pengerusi IDS.
Sabahdaily..
Read On 0 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails