Shafie Yakin BN Dapat Rampas Semula Negeri Ditawan Pembangkang
Sunday, May 31, 2009
SEMPORNA,Sabah: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula negeri-negeri yang ditawan pembangkang jika semua parti komponen BN bersatu padu.Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Perlis, satu-satunya negeri di utara semenanjung yang dipertahankan BN pada pilihan raya ke-12, tidak semudah yang disangka.
"Jika dia yakin tawan Perlis, saya pula yakin tawan Kedah," katanya kepada pemberita sempena Program Mesra Rakyat di Kampung Terusan, Pulau Bum-Bum di sini hari ini.
Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar semalam mengenai impiannya menawan negeri Perlis pada pilihan raya akan datang.
"Jika kita boleh bekerjasama dan mengelak berpecah hanya kerana perkara-perkara kecil, tiada alasan untuk kita tidak boleh menawan kembali negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang," katanya.
Mengenai pindaan Perlembagaan Umno, Shafie berkata pindaan berkenaan akan memberi ruang lebih besar kepada anggota parti peringkat akar umbi untuk memilih pemimpin mereka.
Shafie berkata sebelum ini kepimpinan parti cuma dipilih kira-kira 2,700 orang perwakilan namun melalui pindaan itu nanti anggota di peringkat bahagian juga berpeluang memilih calon pilihan mereka.
Sumber: BERNAMA

Anifah bangga dengan saman fitnah Anwar
Saturday, May 30, 2009
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman merasa bangga apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman beliau RM100 juta.Anifah berkata perkara tersebut menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpengaruh, dan merasa malu jika disaman dengan jumlah yang kecil ekoran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Washington baru-baru ini.
"Saya tidak ada masa untuk membaca isi kandungan saman yang dikemukakan dan saya belum fikir apa langkah seterusnya yang akan diambil.
"Ada perkara yang lebih besar untuk saya fikirkan terutamanya selepas menghadiri persidangan Kesatuan Asean- Eropah baru-baru ini," kata beliau kepada pemberita semalam.
Ketika ditanya adakah beliau tetap berpegang kenyataan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai insentif untuk beliau menyertai Pakatan Rakyat, Anifah berkata ia terpulang kepada rakyat untuk menilainya.
"Seorang calon Bebas di Penanti mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sedangkan ia hanya satu pilihan raya kecil yang tidak menentukan kepimpinan negeri atau Pusat. Cuba fikirkan jika ia melibatkan pemilihan pemimpin peringkat Pusat, anda pasti akan mempunyai jawapannya," katanya.
Rabu lepas, Anwar memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Anifah kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
Sumber: mStar

KEMELUT YANG TIDAK BERKESUDAHAN
Saturday, May 30, 2009
Analisis Solymone

Akhir-akhir ini memang terasa pergolakan dari aspek perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan bloggers ‘orang kita’. khas nya orang Melayu. Kalau di Sabah, golongan ini di label kan sebagai ‘ Bumiputera Islam’.
- Untuk kajian dan tujuan penambahan ilmu, saya telah luangkan masa melawat( website’s surfing) sebanyak mana laman web bloggers ‘ orang kita’ ini untuk mendalami pendapat dan pandangan masing-masing.
- Antara nya, saya tertarik dengan pendapat penulis dari Ikhwan today yangmana antara lain; penulis meluahkan kerisauan beliau terhadap kemelut dan krisis yang berlanjutan di kalangan orang Melayu masa kini.
- Antara nya, penulis merasakan kemelut dan krisis di kalangan bangsa Melayu kelihatan tidak pernah surut malah semakin menjadi-jadi, lepas satu, satu, ada sahaja isu yang berbangkit dan menyentuh sensitiviti ora
ng melayu. - Apatah lagi, baru-baru ini krisis di Perak menjadi seperti satu babak drama yang menyesakkan jiwa dan perasaan melihat perlawanan dan permainan kuasa di kalangan para kepimpinan kepartian.
- Sehinggakan berlaku satu peristiwa yang mengukir sejarah hitam negara ini bilamana sidang DUN menjadi seperti satu tempat yang persis bagai pasar harian.
- Menurut beliau, mungkin sudah tiba masanya kita semua melihat situasi ini dengan lebih serius, kerana jika kita masih menganggap ia hanya suatu yang tidak perlu difikirkan dan diberi perhatian, takut-takut apabila kita sedar implikasinya dan impaknya ke atas kita, waktu itu sudah terlambat untuk kita berbuat apa-apa lagi. Seperti kata pepatah melayu , "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidaklah berguna lagi".
- Selanjut nya beliau menyatakan , “ Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu. Tetapi pada perjuangan untuk Tuhan dan agama (Islam). Perjuangan atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali sesetengah individu Melayu”.
- Tegas beliau saterusnya “ Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji.
- Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.
- Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.
- Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan.
- rang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu. Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.
- Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.
- Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.
- Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya.
Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.Tetapi mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela. Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?! "
Itu lah lebih kurang persoalan penutup, penulis tersebut. Kita fikir fakirkan lah.
Sumber: Ikhwan TodayItu lah lebih kurang persoalan penutup, penulis tersebut. Kita fikir fakirkan lah.
Sambutan Kaamatan Dan Gawai Cerminkan Keakraban Dan Perpaduan
Saturday, May 30, 2009

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sambutan Tadau Kaamatan di Sabah, dan Gawai Dayak di Sarawak, bukan sahaja menghormati warisan dan budaya masyarakat etnik yang sudah lama bertapak di Malaysia Timur, tetapi juga mencerminkan keakraban dan perpaduan yang boleh dihasilkan melalui perkongsian nilai-nilai murni dan kepercayaan bersama.
- Najib dalam ucapan selamat sempena sambutan Tadau Keamatan kepada masyarakat Kadazandusun di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan, dan Hari Gawai kepada masyarakat di Sarawak hujung minggu ini berkata, sambutan itu benar-benar memberikan satu pandangan yang menyenangkan, satu gambaran sebenar tentang "perpaduan melalui kepelbagaian" yang hidup subur di Sabah dan Sarawak.
- "Saya menyarankan kita semua renungkan apa lagi yang boleh kita jayakan berdasar semangat 1Malaysia.
- "Di mana sahaja kita berada, kita mesti menerima sahabat handai kita yang berlainan kaum dan bersama-sama menyertai aktiviti-aktiviti yang sering kali kita lakukan, sama ada berjoging pada waktu pagi atau makan tengah hari bersama pada hari kita bekerja," katanya dalam laman blog www.1malaysia.com.my.
- Kemuncak perayaan Tadau Keamatan atau Perayaan Menuai akan disambut di Sabah pada 30 dan 31 Mei, iaitu satu perayaan selama sebulan khusus bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah.
- Sambutan Hari Gawai pula akan berlangsung pada 1 dan 2 Jun ini oleh masyarakat Dayak atau Iban di Sarawak.
Mayat ke-4 dikeluarkan dari runtuhan Jaya Supermarket
Friday, May 29, 2009
kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dilakukan membabitkan lebih 500 anggota penyelamat dari pelbagai agensi
PETALING JAYA: Pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat mangsa keempat dari runtuhan bangunan Jaya Supermarket pada pukul 4 petang tadi. Sehingga awal pagi tadi tiga orang telah disahkan terbunuh dalam tragedi itu.Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, mayat ketiga yang ditemui awal pagi tadi di bahagian bawah tempat letak kereta bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini yang runtuh semalam berjaya dikeluarkan pada 2 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat Muhamad Maskur, 31, warga Indonesia, dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Penemuan itu menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang setelah dua mayat ditemui semalam. Empat lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan yang berlaku 5 petang semalam.
Mayat pertama yang dikenali sebagai Maskor, 28, dikeluarkan dari tapak runtuhan pada 6.50 petang semalam manakala mayat kedua, yang belum dikenal pasti, dikeluarkan pada 10.20 malam. Arjunaidi yang ditemui di tempat kejadian hari ini berkata terdapat seorang atau dua lagi mangsa dipercayai berada berhampiran dengan kawasan mayat ketiga ditemui.
Sumber: mStar and ondscene
Bangunan Jaya Supermarket Runtuh, Dua Maut
Friday, May 29, 2009
Pemandangan dari udara tapak bangunan lama Jaya Supermarket yang runtuh petang tadi.

PETALING JAYA: Bangunan yang pernah menempatkan pasar raya Jaya Supermarket di Seksyen 14/20 di sini runtuh petang ini hingga mengorbankan seorang daripada sembilan pekerja yang terperangkap ketika mereka melakukan kerja-kerja merobohkan bangunan itu.
Kesemua sembilan mangsa yang terperangkap dalam insiden kira-kira 5.02 petang itu adalah warga Indonesia dan mereka gagal keluar dari tapak projek kerana berada di tingkat bawah bangunan itu ketika runtuhan berlaku, menurut polis.
Sehingga 10 malam, tiga mangsa telah dikeluarkan dari runtuhan itu di mana seorang terkorban akibat terperangkap dalam timbunan runtuhan manakala dua lagi telah dibawa Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan manakala enam lagi mangsa masih terperangkap.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad berkata, struktur bangunan yang runtuh itu adalah satu pertiga dari keseluruhan bangunan yang berkeluasan 6,400 meter persegi meliputi bangunan 10 tingkat yang bersambung dengan bangunan lima tingkat.

BETUL KAH UMNO MEMBENCI ORANG-ORANG CINA
Thursday, May 28, 2009
Untuk perubahan, saya perlawa pembaca untuk menghayati analisis blogger sensasi Sampah Seni atau Penulis Rahmat Haron yang berjodol " Hidup bersama menolak perkauman(1)* ".
Selaku seorang blogger, saya kagum dan merasa terkilan dengan kebijaksanaan Saudara Rahmat menyampaikan pandangan beliau.
Sama ada kita setuju atau pun tidak dengan pendapat beliau , ia nya ada lah satu penulisan yang menarik, unik dan mempunyai makna tersendiri yang dilihamkan oleh seorang Blogger Melayu.
Untuk membuat analisis ini lebih menarik, saya lanjutkan di bawah beberapa komen terhadap analisis Saudara Rahmat Harun;

penakiri said...
Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan
Thursday, May 28, 2009
Beliau berkata, terdapat 99 kes keganasan terhadap wanita di Sabah pada suku tahun pertama 2009 berbanding 220 kes pada tempoh yang sama tahun lalu yang dilaporkan kepada pihak polis.
Dr Noorul berkata, keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri.
"Ia boleh menjadi kes apabila seorang suami memberitahu isterinya yang dia hodoh atau memalukannya sehingga membawa kepada tekanan emosi," katanya pada penghujung seminar tentang bagaimana untuk mengawal keganasan terhadap wanita di
Wisma Wanita, di sini.
Perancangan untuk meminda akta tersebut kini sedang dirangka dengan memasukkan fasal berhubung keganasan emosi terhadap wanita.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membawa cadangan pindaan itu ke Parlimen.
Sumber: mStar
Dr Noorul berkata, keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri.
"Ia boleh menjadi kes apabila seorang suami memberitahu isterinya yang dia hodoh atau memalukannya sehingga membawa kepada tekanan emosi," katanya pada penghujung seminar tentang bagaimana untuk mengawal keganasan terhadap wanita di
Wisma Wanita, di sini.Perancangan untuk meminda akta tersebut kini sedang dirangka dengan memasukkan fasal berhubung keganasan emosi terhadap wanita.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membawa cadangan pindaan itu ke Parlimen.
Sumber: mStar
Anwar saman Anifah RM100 juta
Wednesday, May 27, 2009
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Anifah Aman berhubung pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika sertai Pakatan tahun lalu.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini. Dalam satu sidang media bersama Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton baru-baru ini, Anifah mendakwa Anwar telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai ganjaran jika beliau melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.
Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 September tahun lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.
Mengulas lanjut mengenai isu itu Anifah menegaskan bahawa Anwar perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan keputusan pilihan raya lalu. Sumber: mStar

PERKHIDMATAN TROLI TENOM
Wednesday, May 27, 2009

Sejak tragedi pada jam 3 petang, 9 April 2008, penduduk di pedalaman Tenom, Sabah, terpaksa menggunakan khidmat pengangkutan persendirian. Dalam tragedi tersebut, dua terbunuh manakala 24 lagi cedera, termasuk tiga parah apabila kereta api yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Padas di Kampung Tenom Lama.
Terdesak dengan ketiadaan alat pengangkutan, mereka menggunakan kreativiti sendiri dengan membina troli untuk digerakkan di landasan kereta api.
Meskipun terpaksa bermandi peluh dan menahan lenguh, penduduk yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan terpaksa mencipta troli diperbuat daripada papan berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter untuk menyambung kehidupan.
Perkhidmatan troli ini lah yang mereka guna untuk berulang alik ke pekan Tenom.
Penduduk K
ampung Tenom Lama, Masisilau, Pangi Seberang, Motolob, Stesen Pangi, Kelandos, 78, 75 dan Rayoh yang terputus hubungan dengan dunia luar, terpaksa menggunakan troli untuk ke pekan Tenom.
Bagi perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke sembilan kampung itu, mereka mengerah tenaga selama kira-kira dua jam meniti landasan menuruni bukit. Keperitan itu kian menghimpit setiap kali mereka mendaki bukit sebelum tiba di pekan Tenom dalam tempoh tiga jam.
Perit-jerih mendaki bukit menyebabkan mereka terpaksa turun dari troli untuk menolak alat pengangkutan itu. Setiap kali bertembung dengan pengguna troli dari arah bertentangan, diplomasi dan kesabaran tahap tertinggi dituntut supaya tiada yang berkecil hati.
Dengan troli itulah, mereka membawa getah keping atau sekerap, selain hasil pertanian yang lain ke pekan Tenom. Selesai menjual getah atau hasil pertanian, lazimnya mereka membeli barangan makanan untuk dimuatkan di atas troli.
Keringat yang membasahi tubuh setiap kali menolak troli adalah rencam kehidupan masyarakat jauh di pedalaman Tenom. Walaupun terpaksa mengharungi kesukaran dan penderitaan, hidup mesti diteruskan.
Jauh di sudut sanubari mereka mengharapkan agar kerja membaiki landasan oleh JKNS segera disiapkan.
Sumber: Hassan Omar
Terdesak dengan ketiadaan alat pengangkutan, mereka menggunakan kreativiti sendiri dengan membina troli untuk digerakkan di landasan kereta api.
Meskipun terpaksa bermandi peluh dan menahan lenguh, penduduk yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan terpaksa mencipta troli diperbuat daripada papan berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter untuk menyambung kehidupan.
Perkhidmatan troli ini lah yang mereka guna untuk berulang alik ke pekan Tenom.
Penduduk K
ampung Tenom Lama, Masisilau, Pangi Seberang, Motolob, Stesen Pangi, Kelandos, 78, 75 dan Rayoh yang terputus hubungan dengan dunia luar, terpaksa menggunakan troli untuk ke pekan Tenom.Bagi perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke sembilan kampung itu, mereka mengerah tenaga selama kira-kira dua jam meniti landasan menuruni bukit. Keperitan itu kian menghimpit setiap kali mereka mendaki bukit sebelum tiba di pekan Tenom dalam tempoh tiga jam.
Perit-jerih mendaki bukit menyebabkan mereka terpaksa turun dari troli untuk menolak alat pengangkutan itu. Setiap kali bertembung dengan pengguna troli dari arah bertentangan, diplomasi dan kesabaran tahap tertinggi dituntut supaya tiada yang berkecil hati.
Dengan troli itulah, mereka membawa getah keping atau sekerap, selain hasil pertanian yang lain ke pekan Tenom. Selesai menjual getah atau hasil pertanian, lazimnya mereka membeli barangan makanan untuk dimuatkan di atas troli.
Keringat yang membasahi tubuh setiap kali menolak troli adalah rencam kehidupan masyarakat jauh di pedalaman Tenom. Walaupun terpaksa mengharungi kesukaran dan penderitaan, hidup mesti diteruskan.
Jauh di sudut sanubari mereka mengharapkan agar kerja membaiki landasan oleh JKNS segera disiapkan.
Sumber: Hassan Omar
Komunis tiada tempat di Malaysia, kata Rais
Tuesday, May 26, 2009
KUALA LUMPUR: Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini kerana dosa mereka membunuh beribu-ribu rakyat Tanah Melayu pada ketika itu tidak boleh dilupai, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Sehubungan itu beliau meminta pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas
dan tidak berlindung di belakang tabir parti politik masing-masing.
“Komen saya mudah, Chin Peng dan para komandonya yang bunuh ramai orang dahulu sekali-kali tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan 1Malaysia kepada para pegawai kanan kementerian itu di Angkasapuri di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Parti Gerakan Pulau Pinang supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas sebab kemanusiaan.
Rais juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar tidak terburu-buru mengikuti dan meminati pembaharuan yang dibuat sesetengah pihak khususnya penulis blog yang cuba mendewa-dewakan fahaman komunisme.
“Komunis telah mendera negara ini dan kita telah dibelenggu melalui pembunuhan dan pelbagai tindakan dahsyat, ribuan yang telah mati di tangan komunis sudah cukup bagi kita untuk insaf supaya kita tidak keluarkan sesuatu yang menyamarkan fikiran kita terhadap satu rejim yang begitu dahsyat ketika dulu,” katanya.
Sumber: BERNAMA
dan tidak berlindung di belakang tabir parti politik masing-masing.“Komen saya mudah, Chin Peng dan para komandonya yang bunuh ramai orang dahulu sekali-kali tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan 1Malaysia kepada para pegawai kanan kementerian itu di Angkasapuri di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Parti Gerakan Pulau Pinang supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas sebab kemanusiaan.
Rais juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar tidak terburu-buru mengikuti dan meminati pembaharuan yang dibuat sesetengah pihak khususnya penulis blog yang cuba mendewa-dewakan fahaman komunisme.

“Komunis telah mendera negara ini dan kita telah dibelenggu melalui pembunuhan dan pelbagai tindakan dahsyat, ribuan yang telah mati di tangan komunis sudah cukup bagi kita untuk insaf supaya kita tidak keluarkan sesuatu yang menyamarkan fikiran kita terhadap satu rejim yang begitu dahsyat ketika dulu,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Pembangkang Jadikan BN Sasaran Kempen Kerana Tiada Modal Lain
Tuesday, May 26, 2009
PULAU PINANG : Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembangkang menjadikan Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai sasaran pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti memang dijangkakan kerana mereka ketiadaan modal untuk berkempen.Oleh kerana tidak dapat mengemukakan rancangan atau pelan pembangunan untuk rakyat di kawasan Penanti, Timbalan Perdana Menteri berkata pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan peluang kempen itu untuk menyerang peribadi, memfitnah dan memutarbelitkan fakta mengenai BN dan Umno.
"Oleh kerana tiada modal, BN yang tidak bertanding pun dijadikan "punching bag" tetapi saya mendapat maklum balas bahawa kempen mereka langsung tiada fokus kepada apa yang seharusnya menjadi perjuangan utama mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini, Isnin.
Tindakan itu jelas membuktikan bahawa PKR yang bertanding tidak mempunyai sebarang agenda yang khusus untuk membela rakyat di kawasan Penanti, kata Timbalan Presiden Umno itu sebagai mengulas tindakan pembangkang menghentam BN dan Umno dalam siri ceramah kempen mereka walaupun BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana kebenaran Kenyataan Halik Zaman; Pengundi Muda tolak BN/UMNO dalam Pilihan Raya
Monday, May 25, 2009
Gambar Datuk Halik Zaman
Datuk Halik Zaman telah menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan pengundi muda menolak UMNO/BN dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan di beberapa kawasan baru-baru ini. Analisis beliau telah di siarkan melalui website SabahKini.Net.
Antara lain, 'summary' analisis beliau yang saya rumuskan ada lah saperti berikut;
"Bila pemimpin UMNO bersuara lantang, nak turun padang untuk memperkukuhkan kembali kekuatan UMNO, maka seluruh anggota UMNO pun bersemangat seolah-olah UMNO itu telah hidup kembali dari mati.
Rakyat pun mendengar berita media perdana yang hangat memperkatakan kehebatan UMNO dan memperlekehkan PKR, PAS dan DAP kononnya kini "Pakatan Pembangkang" sudah lemah, sudah tidak disokong oleh rakyat lagi.
Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pun mula memainkan peranannya dengan menangkap YB PKR termasuk menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim rasuah lembu, buat kenyataan akhbar dan televisyen, Astro Awani.
Pemimpin UMNO pun mendabik dada, kononnya mereka lah 'the champion' dan bergema lah sorakan ahli ahli UMNO di seluruh kampung.
Bila Pilihan Raya Umum Malaysia pun diadakan pada Mac 2008, 5 Negeri telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat, Wilayah Persekutuan juga turut dirampas dari UMNO/BN.
Kerajaan BN pun membentuk Kerajaan Pusat tanpa suara 2/3 dalam Dewan Rakyat, maka pemimpin UMNO pun menggelabah. Ada juga yang mati sakit jantung.
Bila Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu diadakan. Segala kekuatan UMNO/BN dikeluarkan, termasuk memberikan Mi Segera Kerajaan BN kepada rakyat.
Satu demi satu keputusan Pilihan Raya Kecil itu berpihak kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat bertambah gah lagi. Pemimpin pemimpin UMNO diam seketika. Andaian mereka terpesong lagi.
Di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam bulan April 2009, berlaku lagi dua Pilihan Raya Kecil di Semenanjung, Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah.
Dalam PRU Mac 2008 Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah, majoriti kedua dua calon Pakatan Rakyat yang dahulu itu, cuma kecil sahaja. Tapi bila keputusan Pilihan Raya Kecil diumumkan kemenangan Pakatan Rakyat, majoriti calon Pakatan Rakyat, dua kali ganda lebih banyak dari PRU 2008.
Dibawah kepimpinan Dato Seri Najib juga, tidak dapat mengubah senario politik UMNO, kekalahan calon UMNO berlambangkan Barisan Nasional, dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah, sudah boleh dijadikan kayu pengukur bahawa rakyat sudah menolak Najib dan UMNO/BN
Walaupun kita sudah dengar suara pemimpin muda UMNO yang ada sekarang di bawah kepimpinan Najib, nak turun padang, untuk memperkukuhkan kembali kekuatan UMNO, biarpun seluruh pemimpin muda UMNO berusaha dengan penuh bersemangat, namun ianya tidak dapat merubah senario politik UMNO.
Najib sebagai 'Comander In Chief' dalam arena politik UMNO/BN, memberi arahan kepada semua peringkat pemimpin UMNO dan BN, turun padang berjumpa rakyat bersama-sama beliau.
Dalam stesyen TV kerajaan dan Astro Awani, memang betullah kita lihat ada tiga ribu orang hadir mendengar drama kutuk-mengutuk itu.
Masalahnya, yang datang mendengar ucapan Najib dan Menteri-Menteri UMNO/BN itu, cuma ahli-ahli UMNO sahaja, di sekitar mereka juga.
Sama juga senario politiknya berlaku dalam PRU 2008. Malah kini kebanyakan ahli UMNO dan BN pula yang tertarik dengan halatuju Pakatan Rakyat.
Buktinya semua Pilihan Raya Kecil di Semenanjung dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti berganda termasuk merampas kerusi UMNO/BN sendiri di Kuala Trengganu, dengan majoriti yang besar sekali.
Lagi buruk anggapan pengundi pengundi di seluruh Malaysia, bila kes lompat melompat terjadi di Perak, hingga Kerajaan Pakatan Rakyak terpaksa bertukar tangan.
Walaupun Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan dari segi perlembagaan BN menang dalam perbicaraan, namun dari segi etika dan moral, Pakatan Rakyat menang di mata pengundi pengundi Malaysia.
Yang penting kemenangan di hati dan di mata rakyat. Mungkin kekalahan Pakatan Rakyat di mahkamah itu satu hikmah dari Allah swt. mungkin juga boleh dikatakan PR "Lost The Battle And Win The War", dalam PRU13 nanti. Siapa tahu?. "
Sejauh mana kebenaran pandangan Datuk Halik Zaman, terpulang lah kepada pandangan pemerhati politik masing-masing.

Jangan guna Satu Malaysia kemuka tuntutan melampau: Najib
Monday, May 25, 2009
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berharap gagasan Satu Malaysia yang beliau cetuskan, antara lain bagi menyatukan rakyat negara ini tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah kepada kerajaan.
Perdana Menteri berkata, pengertian gagasan itu seharusnya didasarkan kepada tiga tunggak yang digariskan iaitu konsep penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
"Saya berharap bahawa gagasan Satu Malaysia ini merupakan satu konsep yang boleh menjurus kepada perpaduan lebih kental kerana konsep ini membawa penghayatan perpaduan itu ke tahap lebih tinggi.
"Bukanlah konsep Satu Malaysia ini disalahgunakan oleh sesiapa untuk membuat atau mendesak tuntutan yang keterlaluan atau tidak munasabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bahawa beberapa pihak daripada dalam dan luar kerajaan menggunakan konsep Satu Malaysia untuk membuat tuntutan bagi kaum mereka sendiri.

Jangan jejaskan Perpaduan dengan mengeluarkan sebarang kenyataan
Sunday, May 24, 2009
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pihak tertentu supaya tidak membuat kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan negara.Perdana Menteri mengingatkan sebarang kenyataan yang dikeluarkan mesti mempunyai hadnya terutama dari segi apa yang disuarakan.
"Jangan buat sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan negara," katanya.Ingatan Perdana Menteri itu jelas merujuk kepada pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan oleh pemimpin Hindraf sejak akhir-akhir ini.
"Mereka telah dibebaskan dan kini mereka membuat kenyataan yang keterlaluan dan saya serahkan kepada rakyat untuk menilai, ada had dari segi apa yang disuarakan.Jangan buat sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan menjejaskan perpaduan negara", katanya.
Najib berkata kerajaan ikhlas dalam membela nasib rakyat dan tidak mahu dituduh sebagai kerajaan yang zalim.
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertimbang rasa dan sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan semua kaum terpelihara.

Bukan Melayu Islam sahaja yang layak jadi Menteri Besar
Sunday, May 24, 2009
Pas sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama. Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.
Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.
“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini kelmarin.
Sumber: PAS Admin
DUN Selangor Tidak Wajar Gantung Elaun Khir: Lim Kit Siang
Saturday, May 23, 2009
Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR: D
ewan Undangan Negeri Selangor tidak wajar menggantung elaun bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian.
Lim Kit Siang, tokoh veteran DAP berkata Dewan Negeri boleh menggantung ahli-ahlinya daripada menghadiri sidang dewan kerana melanggar keistimewaan, tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana anggota-angguta DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri.
"Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri," kata Lim, anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata menggantung anggota dewan negeri kerana melanggar hak keistimewaan adalah hukuman wajar.
Pada 19 Mei, jawatankuasa berkenaan mendapati Khir (Adun Sungai Panjang) dan empat anggota DUN lain Barisan Nasional bersalah menghina dewan itu.
Jawatankuasa itu memperakukan Khir digantung selama setahun dari menghadiri sidang dewan tanpa elaun dan keistimewaan kerana gagal menghadiri siasatan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) pada Mac.
Sumber: BERNAMA
ewan Undangan Negeri Selangor tidak wajar menggantung elaun bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian.Lim Kit Siang, tokoh veteran DAP berkata Dewan Negeri boleh menggantung ahli-ahlinya daripada menghadiri sidang dewan kerana melanggar keistimewaan, tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana anggota-angguta DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri.
"Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri," kata Lim, anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata menggantung anggota dewan negeri kerana melanggar hak keistimewaan adalah hukuman wajar.

Pada 19 Mei, jawatankuasa berkenaan mendapati Khir (Adun Sungai Panjang) dan empat anggota DUN lain Barisan Nasional bersalah menghina dewan itu.
Jawatankuasa itu memperakukan Khir digantung selama setahun dari menghadiri sidang dewan tanpa elaun dan keistimewaan kerana gagal menghadiri siasatan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) pada Mac.
Sumber: BERNAMA
BN buat keputusan 'Berani Kalah' dengan meletakkan calon di kerusi DUN Manek Urai
Saturday, May 23, 2009
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan di Singapura bahawa BN akan meletakkan calonnya bagi mencabar PAS di kerusi manek Urai Kelantan,setelah ada kekosongan bila ADUN nya kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.Sementara itu Barisan Nasional dikatakan akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, umum timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin.
Seorang pemerhati politik merasa hairan mengapa begitu cepat pula Najib dan Muhyiddin membuat keputusan untuk bertanding sedangkan di penanti mereka sangat takut berhadapan dengan Pakatan rakyat.
Menurut pemerhati tersebut, UMNO nampaknya sudah membuat keputusan 'Berani Kalah' bila mengesahkan akan bertanding di DUN Manek Urai Kelantan.
"Sedangkan untuk memutuskan tidak bertanding di DUN Penanti, BN dan UMNO melalui sekurang-kurang tiga mesyuarat penting" , kata beliau.
MEMANG WAKIL PKR PERNAH JUMPA ANIFAH DI LE MERRIDIEN
Friday, May 22, 2009
Datuk Dr Jeffrey Kitingan selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat,ketika dihubungi Sabahkini.net mengesahkan bahawa mereka pernah berjumpa Anifah dan seorang lagi yang bernama Kiandee di Pent House' Le Merridien.
SabahKini.net menghubung Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk mendapatkan pengesahan beliau berhubung maklumat terkini mengenai isu Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Anifah Aman.
Jeffrey mengakui bahawa pihaknya hadir kerana dijemput untuk berbincang berhubung senario politik ketika itu dan bukannya datang menawarkan habuan atau membuat tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Jeffrey, PKR sedar ianya hanya perbincangan dua hala yang tidak akan membuahkan hasil dalam masa singkat kerana bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat.
"Anifah telah menawarkan alternatif untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat melalui parti tempatan. Dia tidak sebut parti mana itu." kata Jeffrey.
Selanjutnya kata Jeffrey "Kita bukanlah pembuat dasar dan kita bukan kerajaan dan alternatif yang diberikan hanyalah untuk menyelesaikan ketegangan dan bukannya membuat tawaran jawatan," .
Namun Jeffrey enggan memberitahu sama ada Anwar hadir atau tidak dalam perjumpaan khas berkenaan.
Dalam pada itu, menurut sumber Anifah pernah beremu dengan Anwar di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.
Namun Sabahkini.net belum memperolehi sebarang butiran lanjut berhubung pertemuan sulit Anifah dan Anwar secara empat mata dan selepas itu bersama beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
Sumber: SabahKini.Net

Umno Perkenal Dua Formula Tawan Semula Kedah
Friday, May 22, 2009
Umno memperkenalkan dua formula dikenali "SMSS" dan "KBSM" dalam usaha menawan semula kerajaan negeri Kedah p
ada pilihan raya umum akan datang.
ALOR SETAR: Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata formula SMSS bermaksud bekerja "siang-malam subuh-senja" manakala KBSM pula bermaksud menghadiri "kenduri, bersalin, sakit dan mati" di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
"Tidak mustahil Barisan Nasional dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini," katanya kepada pemberita selepas menemui Jawatankuasa Penerangan Umno negeri di sini hari ini.
Ahmad berkata semua jentera Penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu.
Sumber: Bernama
ada pilihan raya umum akan datang.ALOR SETAR: Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata formula SMSS bermaksud bekerja "siang-malam subuh-senja" manakala KBSM pula bermaksud menghadiri "kenduri, bersalin, sakit dan mati" di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
"Tidak mustahil Barisan Nasional dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini," katanya kepada pemberita selepas menemui Jawatankuasa Penerangan Umno negeri di sini hari ini.
Ahmad berkata semua jentera Penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu.
Sumber: Bernama
Najib bincang isu jambatan
Friday, May 22, 2009NAJIB bersama (dari kiri) Mustapa, Nor Mohamed, Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Azman Mokhtar dan Abdul Ghani melihat model pembangunan Iskandar Malaysia
JOHOR BAHRU: Datuk Seri Najib Razak akan membincangkan semula cadangan pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang berusia 85 tahun, dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, sempena lawatan kerja dua hari ke republik itu.
Perdana Menteri yang dijangka bertemu Lee, petang ini menjelaskan isu jambatan berkenaan pasti akan dibangkitkan dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya itu.
"Sama ada ia jambatan bengkok, lurus, bawah atau atas tanah, kita akan membincangkannya. Kita akan lihat nanti bagaimana hasil perbincangan itu," katanya pada sidang media ketika singgah melawat Nusajaya, sebelum berlepas ke Singapura semalam.
Kerajaan, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, meluluskan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan separuh daripada Tambak Johor di kawasan Malaysia. Projek dilaksanakan Gerbang Perdana Selatan Bersepadu Sdn Bhd (GPSB) berharga RM620 juta itu dimulakan pada awal 2006 dan jangka mengambil masa 36 bulan.
Bagaimanapun, pada 12 April 2006, selepas kira-kira lima peratus kerja asas pembinaannya siap, kerajaan menghentikan projek itu serta semua rundingan membabitkannya dengan kerajaan Singapura.
Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkannya berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira suara dan sentimen rakyat secara keseluruhan terutama berhubung bekalan pasir dan ruang udara.
Dalam rundingan antara kedua-dua negara ketika itu, Singapura dikatakan meminta antara lain supaya Kuala Lumpur membenarkan pesawat pejuangnya menggunakan ruang udara negara ini dan membekalkan pasir sebagai balasan.
Perdana Menteri berkata, Malaysia mahu satu kajian menyeluruh membabitkan semua aspek berhubung perkara itu dibuat terlebih dulu tanpa menetapkan tempoh untuk membuat keputusan mengenainya.
Sumber: Berita Harian Online

PAS jangka PRU Ke-13 awal, yakin 3 negeri lagi dikuasai Pakatan
Thursday, May 21, 2009
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. "Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13. Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Selangor akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.
Muktamar Ta
hunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.
"Kita menjangk
a pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
Sumber: mStar Onlne
"Pesta Tagal" Tarikan Pelancong Ke Kota Belud
Thursday, May 21, 2009

Di Sabah, Negeri dibawah bayu, bulan Mei tanda bermulanya kemeriahan Pesta Menuai atau lebih di kenali lagi dengan nama Pesta Kaamatan .
Disamping meraihkan pesta menuai, beberapa buah kampung di pesisiran Sungai Kadamaian Daerah Kota Belud akan meraihkan acara "Pesta Tagal".
"Tagal" dalam bahasa Dusun merupakan larangan menangkap ikan di sungai-sungai tertentu biasanya bagi tempoh setahun atau dua tahun.Ia merupakan tradisi masyarakat Dusun yang sudah diamalkan sekian lama. Bagaimanapun larangan itu akan ditarik untuk sehari dan tahun ini, ia dilakukan pada Sabtu minggu lepas.
Pesta Tagal itu disertai kira-kira 800 orang penduduk Kampung Tambatuon di Sungai Kadamaian.
Sistem Tagal merupakan kaedah pemuliharaan sungai secara tradisi yang direka penduduk kampung sendiri supaya ia tidak tercemar serta melindungi hidupan di dalamnya daripada pupus.
Kini sungai ini menjadi penjana pendapatan baru kepada penduduk luar bandar melalui eko-pelancongan.
Larangan menangkap ikan yang dikuatkuasakan pemimpin kampung, biasanya oleh ketua kampung, mesti dipatuhi penduduk berkenaan atau orang luar yang datang ke kampung itu.
Mana-mana penduduk atau orang luar yang melanggar peraturan berkenaan bukan sahaja dicemuh penduduk kampung tetapi juga dikenakan "sogit", satu bentuk denda atau hukuman yang ditentukan pemimpin kampung.
Biasanya denda yang dikenakan berupa membayar seekor kerbau atau seekor babi atau membayar dalam bentuk wang setaraf dengan kesalahan yang dilakukan.
Semasa pesta ini, bagaimanapun penduduk kampung secara bergotong-royong, bebas menangkap ikan sepuas-puasnya dan semua ikan yang ditangkap, dikumpulkan sebelum dibahagi-bahagi
kan sesama mereka tetapi bukan untuk dijual.
Sebahagian ikan yang ditangkap itu dimasak penduduk kampung untuk dinikmati beramai-ramai bagaikan satu kenduri besar. Kenduri itu dalam bahasa Dusun Kota Belud dinamakan "moginakan".
Ketua Kampung Tambatuon, Singkui Tinggi, berkata acara "moginakan" yang diadakan masyarakat Dusun sejak dahulu amat penting dikekalkan bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan penduduk kampung.
Biasanya ikan yang ditangkap ialah jenis Kelah atau "Pait" dalam bahasa Dusun dan jenis lain seperti Sarawi, Betuan, Sinsilog (sejenis belut sungai).
Satu daripada keunikan pesta ini ialah penduduk hanya dibenarkan menangkap ikan menggunakan alat tradisi seperti rambat, pukat dan senapang ikan.
Penggunaan bahan lain seperti racun, tuba atau cara lain yang difikir boleh memudaratkan populasi ikan, ditegah sama sekali.
Pesta Tagal ini bukan sahaja boleh menjaga alam sekitar daripada dicemari dan sumber ikan daripada pupus tetapi juga dapat mendisiplinkan penduduk kampung .
Sumber: Zamain Singkui
Disamping meraihkan pesta menuai, beberapa buah kampung di pesisiran Sungai Kadamaian Daerah Kota Belud akan meraihkan acara "Pesta Tagal".

"Tagal" dalam bahasa Dusun merupakan larangan menangkap ikan di sungai-sungai tertentu biasanya bagi tempoh setahun atau dua tahun.Ia merupakan tradisi masyarakat Dusun yang sudah diamalkan sekian lama. Bagaimanapun larangan itu akan ditarik untuk sehari dan tahun ini, ia dilakukan pada Sabtu minggu lepas.
Pesta Tagal itu disertai kira-kira 800 orang penduduk Kampung Tambatuon di Sungai Kadamaian.
Sistem Tagal merupakan kaedah pemuliharaan sungai secara tradisi yang direka penduduk kampung sendiri supaya ia tidak tercemar serta melindungi hidupan di dalamnya daripada pupus.
Kini sungai ini menjadi penjana pendapatan baru kepada penduduk luar bandar melalui eko-pelancongan.
Larangan menangkap ikan yang dikuatkuasakan pemimpin kampung, biasanya oleh ketua kampung, mesti dipatuhi penduduk berkenaan atau orang luar yang datang ke kampung itu.
Mana-mana penduduk atau orang luar yang melanggar peraturan berkenaan bukan sahaja dicemuh penduduk kampung tetapi juga dikenakan "sogit", satu bentuk denda atau hukuman yang ditentukan pemimpin kampung.
Biasanya denda yang dikenakan berupa membayar seekor kerbau atau seekor babi atau membayar dalam bentuk wang setaraf dengan kesalahan yang dilakukan.
Semasa pesta ini, bagaimanapun penduduk kampung secara bergotong-royong, bebas menangkap ikan sepuas-puasnya dan semua ikan yang ditangkap, dikumpulkan sebelum dibahagi-bahagi
kan sesama mereka tetapi bukan untuk dijual.Sebahagian ikan yang ditangkap itu dimasak penduduk kampung untuk dinikmati beramai-ramai bagaikan satu kenduri besar. Kenduri itu dalam bahasa Dusun Kota Belud dinamakan "moginakan".
Ketua Kampung Tambatuon, Singkui Tinggi, berkata acara "moginakan" yang diadakan masyarakat Dusun sejak dahulu amat penting dikekalkan bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan penduduk kampung.
Biasanya ikan yang ditangkap ialah jenis Kelah atau "Pait" dalam bahasa Dusun dan jenis lain seperti Sarawi, Betuan, Sinsilog (sejenis belut sungai).
Satu daripada keunikan pesta ini ialah penduduk hanya dibenarkan menangkap ikan menggunakan alat tradisi seperti rambat, pukat dan senapang ikan.
Penggunaan bahan lain seperti racun, tuba atau cara lain yang difikir boleh memudaratkan populasi ikan, ditegah sama sekali.
Pesta Tagal ini bukan sahaja boleh menjaga alam sekitar daripada dicemari dan sumber ikan daripada pupus tetapi juga dapat mendisiplinkan penduduk kampung .
Sumber: Zamain Singkui

tulisan yang baik ..
Perlu dihayati oleh semua orang..
sapa dia jugak yang bagi cina tu kaya? DEB? pegi mampos la sama dia..
Tiada seorang pun manusia pernah memohon untuk dilahirkan sebagai bangsa atau kaum tertentu.
Alangkah meriahnya alam dihuni oleh ribuan bangsa serta kaum.
Interesting facts.
Interesting reading.
Keep on writing this sort of good stuff.
LU KASI GUA ILMU BARU MAT...HAHAHA INI YG MEREKA MAU DGR DARI SEORANG PENULIS MALAYSIA..
TABIK KAWANKU..