SPRM akan dedah kes besar tidak lama lagi
Tuesday, June 30, 2009
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.- Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keskes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.
- "Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah," katanya.
- Mohd Jamidan berkata berkata hasil perisikan yang dibuat berdasarkan maklumat orang ramai, pihaknya telah dapat menembusi sindiketsindiket tertentu dan mendapati ada kes yang perlu didedahkan.
- "Walaupun ada kes yang sukar untuk dibuktikan tetapi SPRM mempunyai sistem, keupayaan, kepakaran dan kebijaksanaan menembusi sindiket terbabit dan dapat mengatasi kebijaksanaan mereka.
- "Saya berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras rasuah atau sebarang penyelewengan," katanya.
- Menurutnya, menerusi kerjasama orang ramai, SPRM mencapai banyak kejayaan tahun lepas antaranya kes rasuah yang melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sindiket rasuh yang melibatkan Jabatan Hutan Sabah dan sindiket mencuri besi di Pahang.
Sumber: mStar
Isu Pembayaran Royalti Minyak timbul di manek urai
Tuesday, June 30, 2009
Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.- Manakala Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.
- ”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu. Ia nya dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelas beliau.
- Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.
Dr. jeffrey gesa SPRM siasat kes padang ragut kota belud
Monday, June 29, 2009

Pengerusi Yayasan Warisan Borneo, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, (gambar diatas) menyatakan bahawa yayasan beliau menerima banyak aduan berhubung isu tanah adat di Sabah yang sesuka hati 'disambar' untuk menjalankan projek atas angin yang dipelbagaikan jenamanya oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
- "Kita memandang serius pencerobohan dan rampasan tanah adat di Sabah termasuk di Kuala Pintasan ini kononnya untuk dijadikan projek Agropolitan, walaupun sebenarnya untuk mencipta kontrak kerja untuk pihak tertentu mengaut untung di atas kesengsaraan anak negeri Sabah yang lain," ujar Jeffrey lagi.
- Jeffrey menekankan, era SPRM Sabah begitu malap sejak Mantan Pengarah SPRM Sabah, Puan Latifah Md Yatim ditukarkan ke Pulau Pinang, seolah-olah SPRM Sabah lumpuh dan tidak mampu lagi membanteras rasuah terutama melibatkan pemimpin Sabah seperti Datuk Seri Musa Aman, Musbah Jamli, Japlin Akim dan sebagainya.
- "Banyak laporan dibuat terhadap Musbah terutama ketika beliau menjadi Pengerusi Supernesa (GLC) tetapi kesnya ditutup begitu sahaja.
- Saya harap dapat dibuka semula termasuk 81 Dalil yang saya failkan sendiri terhadap Musa Aman kerana ada bukti yang nyata untuk mensabitkan beliau," ujar Jefrey lagi yang memohon campurtangan ibu pejabat SPRM.
- Mesti ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat memberontak dengan berdemonstrasi secara aman untuk menghantar mesej yang jelas kepada pemimpin negara yang mengabaikan mereka ,demi mengejar 'Impiian Kosong' projek Agropolitan yang lebih elok dinamakan sebagai 'Agropolitikan' kerana merampas hak rakyat melalui manipulasi undang-undang yang mengabaikan hak asasi manusia.
- Jeffrey turut memuji Jawatankuasa Bertindak Tanah Rezab Padang Ragut Kuala Pintasan-Kampung Labuan (Lantas) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan 364 hektar tanah rizab Padang Ragut Kuala Pintasan, Kota Belud yang telah diberi hak miilik geran atas nama orang perseorangan dan syarikat tertentu.

Sementara itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mantan wakil rakyat Kota Belud, telah menyatakan kesudian beliau untuk turut menyelesaikan kes padang ragut tersebut.
"Sepatut nya kes ini seharus nya telah di tangani dengan bijak dan telus, demi untuk mengelakkan ia nya berlanjutan dan menyusahkan masyarakat di kawasan tersebut", kata beliau.
Menurut Salleh, beliau akan turun padang dan akan datang sendiri ke Kota Belud pada jumaat akan datang ini.
Sumber : Sabah Kini
"Sepatut nya kes ini seharus nya telah di tangani dengan bijak dan telus, demi untuk mengelakkan ia nya berlanjutan dan menyusahkan masyarakat di kawasan tersebut", kata beliau.
Menurut Salleh, beliau akan turun padang dan akan datang sendiri ke Kota Belud pada jumaat akan datang ini.
Sumber : Sabah Kini
najib percaya BN boleh menang di manek urai
Sunday, June 28, 2009


Datuk Seri Najib Tun Razak percaya harapan BN untuk memenangi kerusi tetap ada tetapi ia memerlukan kesungguhan dan komitmen daripada semua jentera untuk menyampaikan mesej parti kepada rakyat. Namun beliau mengakui Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi laluan sukar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
- Perdana Menteri berkata, berdasarkan rekod terdahulu majoriti antara calon Pas dan BN adalah besar dan itu menunjukkan BN terpaksa bekerja keras untuk memenangi hati pengundi.
- Beliau mengulas kedudukan terkini BN dalam menghadapi pilihan raya DUN Manek Urai yang dijadual diadakan pada 14 Julai ini.
- DUN tersebut merupakan kubu kuat Pas dan parti itu tidak pernah tewas sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini kecuali pada 2004.
- Bagaimanapun pada 2008, kerusi itu kembali kepada Pas, apabila Ismail Yaacob bertanding semula dan menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
- Sementara itu Pas malam tadi telah mengumumkan seorang pemborong ikan di pasar Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN tersebut.
- Sumber: Utusan Malaysia, the nut Graph
Nik Aziz ajak PM berdebat secara terbuka
Saturday, June 27, 2009

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.
- Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
- "Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.
- Nik Aziz berkata, hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
- Katanya, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.
Sumber: mStar,BERNAMA
'SAPP' menyahut cabaran 'GERAKAN Sabah' Bertanding Semula Di Semua Kawasan
Friday, June 26, 2009

Gambar: SAPP dan Gerakan Sabah
Selain dari PAS-UMNO, perbalahan pendapat, di antara SAPP dan Gerakan Sabah pun tidak kurang juga hangat nya di Sabah.
Baru-baru ini, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Anggota Parlimen daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran Naib Presiden baru parti Gerakan Datuk Raymond Tan supaya bertanding semula kerusi di kawasan masing-masing menggunakan lambang SAPP.
Selain dari PAS-UMNO, perbalahan pendapat, di antara SAPP dan Gerakan Sabah pun tidak kurang juga hangat nya di Sabah.
Baru-baru ini, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Anggota Parlimen daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran Naib Presiden baru parti Gerakan Datuk Raymond Tan supaya bertanding semula kerusi di kawasan masing-masing menggunakan lambang SAPP.
- Mereka adalah Adun kawasan Likas Datuk Liew Teck Chan, Melanie Chia Chui Ket (Luyang) dan Anggota Parlimen masing-masing bagi Sepanggar dan Tawau, Datuk Eric Majimbun serta Datuk Chua Soon Bui.
- Keempat-empatnya mengeluarkan kenyataan yang ditandatangani bersama berhubung perkara itu di sini Khamis, sebagai respons kepada cabaran yang disuarakan oleh Tan semalam supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing.
- Bagaimanapun, mereka berkata memandangkan Tan mendakwa mempunyai nilai moral yang tinggi, SAPP membalas semula cabaran itu kepada beliau (Tan) dan rakannya dalam parti Gerakan Au Kam Wah, yang juga Adun Elopura, supaya mengosongkan kerusi mereka dan bertanding semula di bawah panji-panji BN-Gerakan.
- “Ini disebabkan mereka telah pun beralih parti selepas memenangi kerusi yang disandang oleh SAPP sejak 1994. Jika bukan kerana SAPP, mereka tidak akan menjadi calon dalam pilihan raya sebelum ini.
- “Kalaulah bukan kerana usaha anggota dan penyokong parti, mereka tidak akan menjadi YB (wakil rakyat), menyandang jawatan tinggi dan menguntungkan dalam kerajaan hari ini.
- “Raymond Tan dan Au Kam Wah tidak pernah menjadi anggota BN kerana tidak ada peruntukan bagi anggota individu dalam BN. Mereka adalah anggota SAPP yang menggunakan jentera dan anggota SAPP untuk memenangi pilihan raya,” dakwa mereka.
- Mereka berkata: “Sebagai seorang peguam dan YB selama empat penggal, Datuk Tan tidaklah jahil sangat bahawa Artikel 17 (5) Perlembagaan Sabah dan Artikel 48(6) Perlembagaan Persekutuan melarang anggota Dewan daripada bertanding semula dalam pilihan raya selama lima tahun sekiranya beliau mengosongkan kerusinya”.
- Sehubungan itu, SAPP menggesa Gerakan supaya meminta kerajaan BN menguatkuasakan, antara lain, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Sabah bagi membolehkan anggota DUN dan Parlimen bertanding semula bagi kerusi masing-masing dalam pilihan raya kecil selepas mereka mengosongkan kerusi berkenaan.
- SAPP juga mahukan pengosongan kerusi dilakukan secara serentak oleh Tan (Tanjong Papat) dan Au (Elopura) bersama-sama Adun daripada SAPP iaitu Liew (Likas), Chia (Luyang) dan Eric iaitu Anggota Parlimen Sepanggar serta Chua (Tawau).
Sumber: Sabah Daily
Warga Guru-Guru Manek Urai diPerbodohkan ?
Friday, June 26, 2009


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi meminta warga pendidik Manik Urai agar menyokong calon BN di sana selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaksanakan kerajaan.
Sebanyak 20 sekolah di Dun Manek Urai membabitkan seramai 2,223 murid miskin mendapat bantuan KWAPM berjumlah RM444,000 bagi tahun ini..
Namun terdapat juga beberapa orang guru disana yang tidak setuju dengan seruhan Timbalan Menteri tersebut. Menurut mereka;
Namun terdapat juga beberapa orang guru disana yang tidak setuju dengan seruhan Timbalan Menteri tersebut. Menurut mereka;
- Sebagai pendidik perlu menjadi model yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Kalau kami mengundi BN tidakkah ia dinamakan bersekongkol dengan segala dosa yang dilakukan pemimpin Umno dan BN.
- Timbalan Menteri Pelajaran cuba memperbodohkan kami warga pendidik untuk memejamkan mata setiap penyelewengan yang dilakukan Umno dan BN sekarang.
- Guru yang minat politik Umno mudah dicam kerana mereka kerap kali ponteng waktu mengajar. Ketika musim pemilihan di peringkat bahagian mereka agak sibuk.
- Selain itu gaya hidup mudah berubah dalam masa singkat. Biar pun mereka tidak mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi dilantik sebagai ketua unit di sekolah.
- Ada kawan yang mengajar di sebuah sekolah di Kota Bharu memberitahu guru besarnya sering hilang sehingga sukar untuk guru lain berurusan kerana sibuk dengan politik Umno.
- Sementara itu, seorang graduan lulusan UPM pada tahun awal 1990-an mendakwa Dr Puad ketika mengajar di universiti tersebut begitu lantang mengecam kerajaan.Sumber: Sabah Daily
Selepas Manek Urai PRK Perak?
Thursday, June 25, 2009

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai; dijangka akan berlaku Pilihan Raya Kecil Negeri Perak.“Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu sebab itu kita cadangkan mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak. " kata beliau dalam satu wawancara bersama Harakah Daily di bangunan Parlimen baru-baru ini.
- Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.
- Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan. “Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500". kata beliau.
- Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.
- Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.
- “Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak,” ujarnya ringkas.
Sumber: Harakahdaily, Sabah Daily, Kalam Perantau
Program BTN Bersifat Perkauman ?
Wednesday, June 24, 2009
Ibu Pejabat
BTN PutraJayaKerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Biro Tatanegara (BTN) terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman sempit sehingga menyebabkan perpecahan antara kaum.
Sumber: mStar, BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BTN, sejak penubuhannya pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara.
- "Terkini, BTN juga akan menumpu peranan kepada penerapan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin.
- Ngeh ingin tahu sejauh mana kebenaran dakwaan itu, seperti yang tersiar dalam surat khabar The Star pada 22 Mei lepas, bahawa BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman hinggakan ia menyebabkan perpecahan antara kaum.
- Najib berkata BTN berperanan dalam mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan dan usaha ke arah kecemerlangan negara serta mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
- "Setiap maklumat yang disampaikan kepada peserta kursus adalah berasaskan kepada fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.
- Beliau berkata peserta program diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan, idea serta pendirian semasa mengikuti program BTN dan tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
BN Masih Kukuh Tanpa Kerajaan Perpaduan
Tuesday, June 23, 2009

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mampu untuk meneruskan agenda pentadbiran negara meskipun Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS.
kerajaan BN masih kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya. "Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang.
Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan" katanya.
Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata: "Saya rasa tidak.
Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat.Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara".
Sumber: mStarSaya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat.Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara".
Selamat Tinggal Kerajaan Perpaduan
Tuesday, June 23, 2009

Sapertimana yang selalu saya nyatakan, tidak akan timbul perpecahan dalam PAS. Disamping itu, pernah juga saya katakan, perselisihan pandangan antara TG Nik Aziz dengan Nasharudin Mat Isa, tidak akan berkekalan.
- Ia nya saperti pelangi yang timbul dikala hujan gerimis di tengah hari. Bila hujan berhenti, maka hilang lah ia.
- Dugaan dan tekaan saya selama ini, tepat. kerana kelmarin, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa beliau menarik balik segala kenyataannya terhadap Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa serta menegaskan perkara itu tidak akan berbangkit lagi.
- Dalam masa yang sama, PAS sebulat suara bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti itu akibat daripada permainan politik Umno.
- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu juga kini bersetuju untuk menolak polemik Kerajaan Perpaduan sepertimana yang diputuskan oleh Presiden PAS dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen petang ini.
- "Kami bersama-sama dalam satu saf (pasukan) yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanah air," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan saf tertinggi kepimpinan PAS di ibu pejabat parti itu di sini, Isnin.
- Sebelum ini, krisis menubuhkan kerajaan Perpaduan yang telah dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat tentangan daripada Mursyidul Am PAS itu sehingga beliau meminta Nasharudin meletakkan jawatan sekiranya ingin meneruskan hasrat itu.
Sumber: mStar, BERNAMA
Bincang isu awam, bukan Kerajaan Perpaduan-Anwar
Monday, June 22, 2009


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat tidak menolak sebarang rundingan dengan UMNO-Barisan Nasional bersabit isu- isu berkepentingan awam tetapi bukan menjurus kepada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.
Beliau berkata isu kerajaan perpaduan langsung tidak timbul kerana pentadbiran negara dibawah UMNO-Barisan Nasional masih dibelit dengan kerakusan kuasa, kezaliman dan ketidakadilan melibatkan institusi awam.
Dalam isu yang sama Anwar telah mengemuka kan beberapa persoalan saperti berikut'
Beliau berkata isu kerajaan perpaduan langsung tidak timbul kerana pentadbiran negara dibawah UMNO-Barisan Nasional masih dibelit dengan kerakusan kuasa, kezaliman dan ketidakadilan melibatkan institusi awam.
Dalam isu yang sama Anwar telah mengemuka kan beberapa persoalan saperti berikut'
- kita bicara pasal perpaduan, untuk apa ?
- Untuk teruskan kezaliman?
- gunakan ISA untuk tangkap orang atau untuk menyalahgunakan proses mahkamah?,
- Untuk merampas Perak ?
- Kenapa kes tersebut tidak dibereskan?
- Mengapa tidak ada pilihan raya di Perak ?
- Mengapa jenayah meningkat ?
- Mengapa Peguam Negara tidak telus ?
- Mengapa badan kehakiman belum bebas ?
- Mengapa media jadi alat propaganda murahan ?
- “Kalau BN tegur kita sebab kritikan kita pedas, kita boleh dengar. Apa- apa penyesuaian yang boleh kita lakukan, kita akan lakukan. Untuk bicarakan tentang kerjaan perpaduan, itu bukan sesuatu yang munasabah sama sekali,”, tambah Anwar.
- Beliau yang juga ketua pembangkang berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama Wacana Pendidikan Rakyat anjuran sayap pemuda dan biro pendidikan PKR di Shah Alam. Merujuk usaha UMNO meminda perlembagaannya, Anwar berkata yang jelas PKR telah pun mengorak langkah itu jauh lebih awal dan secara komprehensif supaya menjadi parti yang lebih demokratik dan bebas dari rasuah politik.
- “Umno menimba sedikit idea kita. Tetapi proses demokrasi ini tunggaknya kepada falsafah perjuangan dan dasar dan diperkuatkan dengan kaedah yang demokratik,” jelas Anwar.
- Menurut Anwar, Umno memilih satu daripada aspek iaitu corak yang demokratik. tapi kerakusan, kezaliman masih menjadi falsafah mereka.
"Jadi saya tidak fikir ia (Umno) akan melakukan melakukan banyak perubahan, ia cuma babak drama yang baik saja,” kata Anwar.
Sumber: TVA
Dr Jeffrey menyambut baik perlantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Sabah
Sunday, June 21, 2009

Gambar : Azmin Ali dan Datuk Dr. Jeffry Kitingan
Menurut berita yang di petik dari Sabah Kini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyambut baik perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah selaras dengan Dasar PKR menyusun semula jentera dan perlembagaan Parti untuk menawan lebih banyak negeri pada pilihanraya Umum ke 13.
Kata Dr. Jeffry, "Kita terima siapa sahaja yang dilantik kerana saya boleh memberi tumpuan kepada kerja mengukuhkan parti dan membantu beliau mengemaskan jentera parti,"Beliau menolak dakwaan Barisan Nasional bahawa PKR mengalami krisis kepimpinan di Sabah kerana sebelum ini tempat tersebut diisi oleh Anwar Ibrahim.
- Menurut Jeffrey, beliau merasa lega kerana pemimpin Pusat PKR mengutamakan Sabah sebagai salah satu agenda mereka untuk menawan negeri ini daripada BN setelah sibuk menawan lima buah negeri pada PRU 12 yang lalu.
- "Perlantikan salah seorang Naib Presiden PKR, saudara Azmin tepat pada masanya kerana PKR adalah parti Nasional dan bukannya parti tempatan," ujar Jeffrey lagi yang menggesa supaya semua ahli PKR meningkatkan prestasi diri berkhidmat untuk rakyat setiap masa kerana penyokong atas pagar yang memberikan undi kepada PKR selama ini.
- Sekalipun gagal memperolehi sebarang kerusi pada pilihanraya lalu namun kata Jeffrey ia merupakan pengajaran terbaik kepada PKR Sabah untuk belajar daripada kejayaan pemimpin Pusat, seperti Azmin yang berjaya menawan negeri paling maju di Malaysia iaitu Selangor dan beberapa negeri lain.
- Dalam hal ini kata Jeffrey, ahli PKR tidak harus mempedulikan kritikan BN bahawa PKR Sabah ketandusan pemimpin kerana UMNO yang mendakwa diri mereka gagah juga mengamalkan dasar yang serupa apabila menghantar Naib Presiden UMNO daripada Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO di Kedah.
- "Kita harus menumpukan usaha untuk menawan hati rakyat dan bukannya ahli kita sahaja kerana yang akan memenangkan kita adalah mereka yang di luar sana yang bersimpati dengan perjuangan kita dan menyokong kita dalam setiap pilihanraya," ujar Jeffrey yang menggesa agar setiap Cabang dan Ranting (Bahagian dan cawangan) mengadakan kempen menambah keahlian dalam kadar segera.
- Jeffrey menekankan bahawa perebutan calon sebelum ini menjadi punca ahli menderhaka kepada parti menjelang pilihanraya, namun ianya adalah lumrah bagi dunia politik dan yakin dengan proses mematangkan ahli PKR yang dianjurkan oleh PKR PUsat akan memudahkan Pakatan Rakyat mensasarkan Sabah sebagai 'Hot Spot' pada PRU 13.
Pusat Serenti terbakar, 30 Penghunai Melarikan Diri
Saturday, June 20, 2009

Seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor Butterworth dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam.
- Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.
- Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta.
- Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah.
- Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.
- Ayub berkata, rusuhan itu berjaya ditamatkan dan seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi berkenaan sejak lewat petang semalam.
- Selain anggota polis, katanya, 57 anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam pemadaman kebakaran di pusat itu.
- Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan 11 daripada 12 bangunan yang ada di pusat itu didapati rosak termasuk tiga yang musnah dalam kebakaran, antaranya blok klinik dan pusat latihan.
- "Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada sesiapa yang cedera dalam rusuhan itu ataupun ditahan sebagai tebusan," katanya.
- Beliau berkata, rusuhan itu dipercayai berpunca daripada sembilan penghuni pusat yang ditahan di dalam sel kerana didapati masih positif dadah walaupun menjalani proses pemulihan.
- Ketika ditanya jumlah petugas pusat itu yang berada di kawasan berkenaan ketika kejadian, tanpa menyatakan dengan jelas Ayub berkata, jumlah mereka adalah mencukupi.
Program Satu Daerah Satu Industri terus diperkasakan di Sabah
Saturday, June 20, 2009

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, Kerajaan Negeri akan terus memperkasa dan mempertingkatkan pembangunan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di seluruh negeri.
Langkah-langkah yang di ambil ada lah saperti berikut;
- i)Menggembleng peranan Jawatankuasa Program SDSI peringkat negeri dan daerah dari segi perancangan penyelarasan dan pelaksanan bagi memastikan program berkenaan mencapai matlamat dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengusaha yang terlibat.
- ii)Mengadakan program khusus seperti menganjurkan inisiatif promosi dan pemasaran seperti Showcase dsn
- iii)Melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui kursus-kursus tertentu dan peningkatan dan pembangunan pembungkusan (packaging), pelabelan (labelling) dan penandaan (branding) serta khidmat nasihat dan bimbingan dengan kerjasama agensi-agensi Kerajan Persekutuan yang berkaitan.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam program berkenaan agar memberi tumpuan secara khusus bagi menjana pembangunan ekonomi negeri seterusnya merangsang pembangunan keusahawanan dalam kalangan kaum Bumiputera terutamanya di peringkat daerah.
Musa berkata, bagi tempoh 2009-2010 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM23 juta bagi meningkat dan memperkembangkan lagi program SDSI di bawah pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Tugas utama agensi-agensi yang terlibat ada lah untuk memfokuskan kepada usaha-usaha pengeluaran dan memperkembangkan lebih banyak jenis produk dengan kualiti yang tinggi di semua daerah dan daerah kecil di negeri ini.
Strategi ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dengan memberi bantuan dari segi akses kewangan, pemasaran dan promosi, peningkatan keupayaan pengeluaran dan kemahiran, pengetahuan, peningkatan kualiti dan penampilan produk yang dihasilkan, kata beliau.
Sumber: New Sabah Times
Musa berkata, bagi tempoh 2009-2010 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM23 juta bagi meningkat dan memperkembangkan lagi program SDSI di bawah pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Tugas utama agensi-agensi yang terlibat ada lah untuk memfokuskan kepada usaha-usaha pengeluaran dan memperkembangkan lebih banyak jenis produk dengan kualiti yang tinggi di semua daerah dan daerah kecil di negeri ini.
Strategi ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dengan memberi bantuan dari segi akses kewangan, pemasaran dan promosi, peningkatan keupayaan pengeluaran dan kemahiran, pengetahuan, peningkatan kualiti dan penampilan produk yang dihasilkan, kata beliau.
Sumber: New Sabah Times
Usaha pulih Umno diteruskan tanpa mengira hasil Kerajaan Perpaduan
Friday, June 19, 2009
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Umno akan meneruskan usaha bagi meningkatkan imej parti itu tidak kira sama ada isu kerajaan perpaduan tersebut berjaya ataupun tidak."Kalau sekiranya ada syarat-syarat dan ia tidak dapat dijalankan, ini tidak bermakna bahawa kerja kita tidak boleh diteruskan.Kita dalam Umno, sama ada jadi ataupun tidak perbincangan perpaduan ini... yang bagus kita alukan tapi kerja kita mesti teruskan,'' katanya .


Di Sabah, Negeri dibawah bayu, kini semua orang tahu UMNO di ketuai oleh gandingan Musa-Salleh. Namun. Setakat ini kita belum mendengar berita dari kedua-dua pemimpin yang menyatakan sama ada Sabah terlibat dalam arus perubahan ini.
Ini jelas , kerana hingga hari ini, ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi, ( bahagian dan cawangan) disini maseh lagi dalam situasi samar-samar, tentang sebesar mana kah perubahan perlu di lakukan oleh UMNO Sabah.
Beberapa orang ketua cawangan bila di tanya, sama ada mereka telah bersedia untuk menerima perubahan dalam bentuk transformasi sapertimana yang di sarankan oleh Presiden Parti merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rajak.
- Menurut kenyataan dari ketua-ketua cawangan tersebut, mereka tidak memahami lansung apa kah jenis transformasi yang perlu di lakukan dalam cawangan mereka.
- Mala ada yang akur untuk dilucutkan, kalau perlu untuk menjayakan transformasi parti diperingkat cawangan mereka.
- Disamping itu, ada dikalangan mereka yang pernah mengajukan persoalan yang berkaitan dengan transformasi ini kepada ahli-ahli jawatan kuasa bahagian. Namun mereka di seru untuk bersabar lebih lama lagi.
- Menurut mereka, selalu nya kalau ada sesuatu perkembangan berlaku di perengkat bahagian atau pun negeri, semua ketua-ketua cawangan di jemput untuk mengikuti kursus atau pun 'workshop' yang dikendalikan oleh oleh pehak Biro Tata Negara (BTN). Namun hingga setakat ini, belum pun ada sebarang panggilan., kata mereka
- Dalam pada itu, ada juga ketua cawangan UMNO yang menyatakan bahawa parti komponen BN lain saperti parti PBS telah mengorak langkah kehadapan. Parti tersebut telah menubuhkan satu unit persatuan belia NGO.
Di mana fungsi persatuan tersebut ada lah sebagai jentera penghubung diantara belia-belia setempat dengan kerajaan. - Dalam sessi akhir, soal jawab; ada diantara ketua-ketua cawangan UMNO yang lantang menyatakan bahawa mereka akan membuat perubahan sabelum mereka di transformasi (ubahkan) kan.
Perubahan jenis apa, sama-sama lah kita tunggu nanti.
10 MP PAS Sokong Nik Aziz Tolak Usul Kerajaan Perpaduan
Friday, June 19, 2009

10 ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang kelmarin, mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti. Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen,
Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut:Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
Khalid Samad (Shah Alam),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).
- Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.
- Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.
- Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.
- Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.
- “Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS,” katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Dalam masa yang sama Nasharudin Mat Isa yang telah menghilang diri dari Parlimen sejak tengahari semalam ditekan lagi, kali ini oleh dua naib presiden parti itu.
Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar secara berasingan memberitahu wartawan bahawa Nasharudin mesti bersemuka dengan Nik Aziz sebelum mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat minggu depan untuk meleraikan kekusutan dan keresahan dalam isu kerjasama dengan Umno.
Sumber: Sabah Daily
‘Kerajaan perpaduan’ perlu libatkan PR
Thursday, June 18, 2009PAS m
enegaskan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno-BN perlu melibatkan komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
enegaskan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno-BN perlu melibatkan komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, BN perlu faham konsep kerajaan perpaduan yang sebenar iaitu perlu melibatkan parti-parti politik utama.
“Kalau nak buat kerajaan perpaduan, semua parti politik perlu terlibat. Oleh itu bincang dengan PAS sahaja untuk buat kerajaan perpaduan tak tepat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
“Kalau nak buat kerajaan perpaduan, semua parti politik perlu terlibat. Oleh itu bincang dengan PAS sahaja untuk buat kerajaan perpaduan tak tepat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
- Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang menaruh keyakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.
- Bagaimanapun Mustafa berkata, PAS tetap dengan pendirian mereka sebelum ini untuk terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
- Menurut beliau “PAS menjadikan Islam sebagai dasar, oleh itu dalam Islam kita hormati perjanjian. PAS tidak akan mengkhianati kawan dalam perjanjian. Oleh yang demikian jika Najib cakap tentang kerajaan perpaduan, tak boleh hanya dengan PAS, tetapi perlu bersedia dengan PKR dan DAP juga, itu Najib dan BN perlu faham".
- “Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN,” katanya.
- Mustafa juga menjelaskan isu perbincangan antara PAS dan Umno yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 sudah lama berakhir dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
- “Soal PAS-Umno dan BN dah lama selesai… kali ini perlu sertai semua sekali (Pakatan Rakyat),” katanya.
- Walau bagaimanapun Mustafa berkata, PAS sentiasa bersedia untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan BN jika melibatkan isu-isu yang perlu diselesaikan untuk kepentingan rakyat.
Diantara Wira atau Penjenayah 7 Mahasiswa Dihukum?
Thursday, June 18, 2009
Hari ini mahkamah Majistret jalan Duta, menjatuhkan hukuman denda RM 3,900 atau 3 bulan penjara kepada Mahasiswa yang telah melalui perbicaraan selama bertahun-tahun.Seramai 7 orang Mahasiswa dibicarakan atas tuduhan terlibat dengan demonstrasi membantah akta zalim ISA yang diadakan di Masjid Negara, pada 8 Jun 2001
- 6 org dijatuhkan hukuman bersalah, kecuali Helman Sanuddin yg didapati tidak bersalah dan dibebaskan. manakala Wan Mohd Sanusi Wan Mohd Noor pula tidak dapat dikesan.
- Pada 22hb April 2005, ketujuh-tujuh mereka, Rafzan Ramli dan Helman Sanudin (UiTM), Nik Mohd Norhafizi dan Ahmad Kamal Abd. Hamid (UKM), Wan Sanusi Wan Mohd Nor dan Khairul Amar Mohamad (UM) dan Zulkifli Salleh (UTM) telah tidak dipanggil untuk membela diri dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur setelah menghadapi perbicaraan yang memakan masa selama hampir empat tahun.
- Selama tempoh empat tahun,ketujuh-tujuh mahasiswa tersebut telah digantung pengajian mereka berdasarkan kepada Seksyen 15D (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang memperuntukkan jika seorang pelajar universiti didakwa di mahkamah di atas sebarang kesalahan jenayah, maka pelajar terbabit hendaklah digantung dari menjadi seorang pelajar universiti sepanjang prosiding kes tersebut berjalan di mahkamah.
- Seramai 7 orang Mahasiswa yang dibicarakan ada lah atas tuduhan terlibat dengan demonstrasi membantah akta zalim ISA yang diadakan di Masjid Negara, pada 8 Jun 2001.
- Susulan daripada kes ini, kesemua Mahasiswa yang dibicarakan telah digantung (ada juga yg dibuang) universiti walaupun masih belum dibuktikan bersalah.
- Setakat ini hanya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang bertindak untuk merayu agar Yang Berhormat Dato Mustafa Mohamad selaku Menteri Pengajian Tinggi yang baru turut campur tangan agar mengambil tindakan segera mengarahkan kesemua IPTA terbabit untuk menerima kembali pelajar-pelajat tersebut bagi menyambung kembali pengajian mereka bersempena dengan Sesi Akademik 2006/2007 yang akan bermula pada awal bulan Julai ini.
- Bagi pandangan DPPP, kesemua mahasiswa tersebut tidak seharusnya dihukum atas kesalahan yang sebenar nya tidak mereka lakukan.
Antara Gimik Politik atau Cabaran Realiti " Nik Aziz Minta Nasharuddin Lepas Jawatan
Thursday, June 18, 2009


Desakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, dijangka akan dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini.
- Masyuarat tersebut, dipengerusikan sendiri oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata beberapa orang pemimpin parti itu.Menurut mereka, Abdul Hadi yang kini berada di London, dijadual pulang Sabtu ini.
- Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata beliau memang terkejut dengan kenyataan yang agak keras oleh Nik Aziz terhadap Nasharuddin.
- Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menganggap ianya adalah satu permulaan perpecahan parti.
- Seorang lagi Naib Presiden Pas Salahudin Ayub pula berkata, mengikut tradisi parti, perkara sedemikian akan diputuskan pada mesyuarat parti.
- Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Taib Azamuddin Md Taib pula berkata beliau yakin pemimpin peringkat tertinggi parti itu mampu menyelesaikan perkara tersebut.
- Nik Abdul Aziz hari ini secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Anggota Parlimen Bachok, jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
Manakala pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau akan mendengar sendiri penjelasan berhubung perkara itu daripada Presiden Pas pada mesyuarat Isnin ini.
Di ALOR SETAR, Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Nik Abdul Aziz seharusnya meminta penjelasan daripada Nasharuddin sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.
"Sebagai ketua, tok guru (Nik Aziz) boleh panggil Nasharuddin, minta penjelasan, tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan kenyataan akhbar semata-mata.
"Memang tok guru menentang (kerajaan perpaduan) tapi terlampau awal untuk buat keputusan begini kerana akan timbul kekeliruan dan jadi tidak seronok di kalangan ahli," katanya.
"Sebagai ketua, tok guru (Nik Aziz) boleh panggil Nasharuddin, minta penjelasan, tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan kenyataan akhbar semata-mata.
"Memang tok guru menentang (kerajaan perpaduan) tapi terlampau awal untuk buat keputusan begini kerana akan timbul kekeliruan dan jadi tidak seronok di kalangan ahli," katanya.


