BERNAS SUDAH DILELONG DAN DI BELI OLEH SYARIKAT DARI CHINA
Friday, July 31, 2009
Pengarah Urusan Bernas Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Baru-baru in sahabat blogger saya Sabah Kita telah menulis perkara yang hampir sama. Dalam artikel , beliau menyatakan betapa kronik nya situasi pembekalan beras di negara kita. Dalam arti kata yang lain, kuasa pembekalan beras negara bukan lagi dalam bidang kuasa kita.
- Saperti Sabah Kita . saya juga terkilan bila terbaca berita yang di siarkan oleh Reuter berbunyi begini; "A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents”.
- Dengan itu, negara telah hampir kehilangan organisasi sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan strategik terhadap negara, kepentingan semua pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan kehilangan pengusaan terhadap industri strategik ini.
- Saperti yang di lapurkan,firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
- Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, minggu ini, Wang Tak Co telah menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
- Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.
- Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.
- Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.
- Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, ialah individu yang mempunyai kepentingan utama dalam Budaya Generasi dan Serba Etika.
- Nampak nya ‘Periuk Nasi’ rakyat kini dikuasai oleh kapitalis asing dari Hong Kong. Ini isu penting jika di banyak negara lain, isu sebesar ini sudah tentu akan ada Menteri yang akan bertanggungjawab termasuk akan meletakkan jawatan.
- Kadang-kadang timbul juga persoalan kita; kenapa ini dibenarkan berlaku ? Selain dari BERNAS, ada kah lagi lain sector ekonomi negara kita yang tergadai kepada kapitalis asing ?
- Kenapa kah hal saperti ini tidak di tangani dengan menghidup kembali agensi ‘people friendly’ saperti Lembaga Padi Negara (LPN) atau di Sabah Lembaga Padi Sabah (LPS)? Kenapa?
- Sama-sama lah kita fikirkan.
Info maklumat: Sabah Kita, Suara Keadilan
Dua Firma Guaman Malaysia Wakili Manohara
Friday, July 31, 2009

Kes 'fight fire with fire' kini timbul lagi di antara Manohara Odelia Pinot, dengan suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
Sumber: BERNAMA, mStar
- Manohara kali ini telah melantik dua firma guaman untuk mewakilinya dalam dua kes Mahkamah Syariah dan satu kes saman di Mahkamah Tinggi.
- Pada 5 Julai lepas, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu terhadap Manohara bagi menuntut isterinya kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.
- Dua minggu kemudian, Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan pula saman fitnah RM105 juta terhadap isteri dan ibu mertuanya kerana didakwa memfitnahnya dalam sidang media, antara April dan Jun lepas.
- Kenyataan yang dikeluarkan oleh firma guaman terbabit di sini, menyebut peguam dan wakil dari kedua-dua firma guaman telah bertemu dan berbincang dengan anak guam mereka (Manohara dan Daisy) di Jakarta pada 28 dan 29 Julai lepas bagi mendapatkan arahan seterusnya daripada mereka.
- Manohara telah melantik Tetuan Faiz Adnan & Associates dengan tiga barisan peguam syarie diketuai Mohd Faiz Adnan bagi kes di Mahkamah Syariah.
- manakala Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates akan mewakili Manohara serta ibunya Daisy Fajarina dalam kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
'Amanah Ikhtiar ' Bantu kewangan kepada Usahawan Kecil Kecilan
Thursday, July 30, 2009Menteri kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Hajiji Haji Noor mengharapkan para peniaga kecil Bumiputera supaya cekal dan tabah menghadapi pelbagai rintangan dalam perniagaan yang diceburi.
- Peniaga kecil Bumiputera dinasihatkan supaya memilih perniagaan yang benar-benar mampu dikuasai sambil mendalaminya dengan menyertai kursus berkaitan untuk menjamin perniagaan yang diceburi diyakini boleh mencapai kemajuan serta keuntungan.
- Menurut Hajiji, setiap peniaga sememangnya memerlukan modal pusingan ketika mula berkecimpung dalam bidang tersebut,oleh yang demikian dengan kewujudan Amanah Ikhtiar ia akan dapat menyediakan pinjaman kewangan kepada usahawan kecil yang memerlukan.
- Hajiji berharap mereka yang menceburi bidang perniagaan ini bukan sekadar minat sahaja malahan ia lebih daripada itu,kerana untuk mencapai kejayaaan seseorang itu perlu berkerja keras serta mempunyai kesungguhan menimba ilmu untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang berkaitan.
- Penutupan Program Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Blok Sulaman dan Blok Tenghilan turut dihadiri oleh Pengurus Wilayah Sabah, Norhayati Hussein dan Ketua Pengerusi Penganjur, Rohana Jaibin.
PR mohon mengadap Seri Paduka Baginda YDP AGONG.
Thursday, July 30, 2009

Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat memutuskan antaranya memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang mengadap Seri Paduka Baginda.
- Permohonan untuk mengadap YDPA tersebut ada lah untuk menzahirkan kebimbangan Pakatan Rakyat kerana Suruhanjaya DiRaja gagal menjadi wahana serius menangani permasalahan berbangkit.
- Menurut sumber, kegagalan sebegini memperlihatkan peranan Suruhanjaya DiRaja dengan sengaja diremehkan dan penggunaan nama Di Raja diperalatkan hanya untuk menutup kebobrokan yang berlaku.
- Selain dari itu, Pakatan Rakya juga memhon satu pertemuan segera diadakan di antara Dato Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan kepada pejabat PM.
- Dinyatakan juga ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga.
Jusrtu itu, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia(PDRM). - Pertemuan itu juga, dijangka akan membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada Perdana Menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
- Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter.
- Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).
Perbendaharaan diminta wujudkan ketelusan dalam tender terbuka
Wednesday, July 29, 2009

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz(gambar atas) telah meminta Perbendaharaan merangka kaedah yang boleh menampakkan ketelusan dalam pemberian tender terbuka.
- Sebagai contoh, katanya, sekiranya keputusan tender dibuat, proses dan cara tender ditawarkan kepada syarikat atau pihak yang berjaya mendapatkan tender itu perlu dilihat oleh orang ramai.
- "Mungkin tempoh dua minggu adalah masa yang sesuai untuk memaparkan tender tersebut kepada orang ramai dan ketelusan ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap rakyat," katanya.
- Beliau, yang dilantik sebagai menteri penerajui dalam bidang membanteras rasuah di bawah Bidang keberhasilan Utama Nasional (NKRA) semalam, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ALLtickets.my, sebuah sistem penjualan tiket bas ekpres secara online di sini malam ini.
- Mengenai sistem penjualan tiket bas ekpres itu yang dibangunkan oleh Pegasus Solutions Sdn Bhd, Nazri berharap berharap ia dapat digunakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
- Kemudahan ini dapat memberi keselesaan kepada penumpang menjelang musim perayaan di samping mencegah penjualan tiket haram yang berleluasa di Hentian Puduraya di sini sebelum ini, katanya.
Perhubungan komunikasi di Pantai Timor Sabah Terjejas
Tuesday, July 28, 2009
Kebakaran ibu sawat utama Telekom Malaysia Berhad menjejaskan komunikasi di Pantai Timur.
Gangguan perkhidmatan komunikasi teruk melandai Pantai Timur apabila kebakaran berlaku di bahagian pejabat dan komunikasi Telekom Malaysia Berhad di Sandakan kelmarin.
Sumber: NST
- Beribu-ribu pengguna dari Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan kawasan sekitarnya terjejas.
- Menurut kenyataan dari TM, kebakaran itu mengakibatkan gangguan perkhidmatan seperti suara, internet dan data TM seperti Telefoni, Litar Suwa, Data IPVPN, Metro E,TM Direct dan Streamyx/DSL.
- Kerosakan ini telah menjejaskan golongan peniaga apabila mereka yang menggunakan transaksi bank dan pelbagai jenis perkhidmatan yang menggunakan khidmat TM terjejas.
- Memandangkan khidmat Streamyx terjejas mereka menggunakan broadband untuk mengekses internet.
- Dalam kebakaran kira-kira pukul 6.30 pagi itu, bahagian pejabat dan komunikasi yang terletak di tingkat dua bangunan Tele- kom itu musnah.
- Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata tiga jentera bersama-sama 15 ang- gota bomba dikerah ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.32 pagi.
- Api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 10 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.
- Dalam pada itu, sehingga pukul 3 petang kelmarin, perkhidmatan talian telefon, internet dan mesin ATM masih lagi tidak berfungsi.
Nik Aziz Nafi Hulur Salam Perpaduan Kepada umno
Tuesday, July 28, 2009
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.
- Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.
- Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.
- “Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun’ kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap ‘desperado’ Umno ‘yang gilakan PAS’.
- “Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.
- “Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.
- Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.
- Sementara itu, ketika bercakap kepada media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, PAS tidak bercadang mengadakan hubungan peringkat ‘parti dengan parti’ sebagaimana di zaman Tun Abdul Razak “kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa”.
Sumber: The Malaysian Insider
Tanah mendap penduduk flat San Peng diarah kosong kediaman
Monday, July 27, 2009
Kira-kira 22 rumah dengan 100 penghuni kuaters Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan San Peng di sini diarah supaya mengosongkan kediaman masing-masing setelah berlakunya mendapan tanah di sekitar kawasan berkenaan.
Sumber: mStar, photo: Sin Chew.
- Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman berkata kejadian mendapan yang berlaku kira-kira pukul 7 malam itu dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah yang berusia lebih 40 tahun.
- "Kita difahamkan paip itu sedang diperbaiki selepas beberapa kali penduduk mengadu ada lelehan air dari paip itu, tetapi sebab kerja-kerja pembaikian belum selesai, masih ada air yang meleleh menyebabkan mendapan tanah berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
- Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
- Kejadian itu menyebabkan flat yang berusia kira-kira 30 tahun itu sedikit mendap menyebabkan kedudukannya agak senget selain beberapa rumah yang mengalami keretakan.
- Katanya kejadian itu juga dipercayai berlaku ekoran kerjakerja pembinaan satu blok pusat pemborong 19 tingkat, di Jalan Gelugor, hanya kira-kira 50 meter daripada kawasan perumahan berkenaan.
Bekas Naib Presiden MIC sertai PKR
Sunday, July 26, 2009
Bekas Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam bersama adiknya, yang juga Ketua MIC Cawangan, hari ini mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kedua-dua mereka merupakan Ketua Cawangan dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan.
- Ia diumumkan oleh mereka pada satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan di sini petang tadi. Turut hadir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- "Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata Subramaniam, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat.
- Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
- Subramaniam berkata, beliau sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR.
- "Sudah lama sokong PKR, dasar-dasar... baru sekarang berani untuk keluar," katanya.
- Subramaniam berkata, beliau akan memaklumkan MIC tentang keputusannya."Keputusan muktamad untuk keluar MIC hanya dibuat baru-baru ini," kata beliau ketika ditemui wartawan sambil menambah bahawa "keputusan mereka tidak dipengaruhi semangat adik-beradik."
- Turut sertai PKR hari ini ialah adik Subramaniam, Dr. Streram Sinnasamy yang merupakan Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa. Subramaniam merupakan Pengerusi MIC Cawangan Taman Perangsang.
- Kedua-dua merupakan antara 12 pengerusi cawangan dalam Petaling Jaya Selatan yang mengumumkan keluar MIC hari ini. Turut mengumumkan keluar ialah Ketua MIC Cawangan Pekan Meru. Kesemua 13 cawangan itu turut dibubarkan.
- Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama."
- "Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kapar.
67 D.O. DIBERI KURSUS PENGUATKUASA BANTERAS ALONG
Saturday, July 25, 2009
Peluasan pemakaian Akta pemberi pinjaman wang 1951 (Akta 400) dan peraturan peraturannya ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Januari 1, 2008, maka Ordinan Pemberi pinjaman wang negeri Sabah Cap.81 1901 telah dimansuhkan, supaya cara pentadbiran aktiviti pemberi pinjaman wang dinegeri ini terus diseragamkan sepertimana yang diamalkan di Semenanjong Malaysia.
Sumber: Sabah Daily
- Untuk menjayakan Akta tersebut supaya berjalan dengan lancar nya di Sabah, satu bengkel selama lima hari itu telah dijalankan.
Ia nya telah dihadiri kira kira 67 Pegawai yang mana terdiri daripada para Pegawai Daerah (DO) diseluruh Sabah termasuk para Pegawai Dewan Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah. - Manakala seramai 101 Pegawai disemua daerah daerah di Sabah telah juga dilantik sebagai Pegawai Pemeriksa (Inspektor) yang bertindak menjalankan aktiviti aktiviti penguatkuasaan.
- Menurut Pembantu Menteri Kewangan Sabah Donald Peter Mojuntin, tujuan bengkel ini adalah membekalkan para pegawai yang terlibat, beberapa kaedah yang akan digunapakai oleh mereka yang bukan sahaja tahu tentang tatacara penyiasatan keatas setiap aduan, tetapi lain lain tugas termasuk pendakwaan di Mahkamah.
- Justeru itu katanya lagi, kerajaan tidak mahu para peminjam yang kurang berpengetahuan teraniaya dan dieksploitasi oleh pemberi pinjaman wang yang tidak bertanggung jawab dan tidak berperikemanusiaan terutamanya ‘Along’.
- “ Kita mahu sedarkan masyarakat sekeliling kita bahawa sekali pun mereka berada dalam kesempitan kewangan…jangan sekali kali terus terpedaya dan terperangkap dengan cengkaman ‘Along’…maka itu kita benarkan juga perkhidmatan peminjam wang berlesen sepertimana dalam Akta 400,” tegasnya.
Perjuangkan Hak Kaum Sendiri Tak Bermakna Umno Parti Perkauman
Friday, July 24, 2009
Umno tidak harus dilihat sebagai parti perkauman hanya kerana ia memperjuangkan hak-hak kaum Melayu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar diatas).
- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sebaliknya berkata memperjuangkan hak kaum sendiri adalah merupakan tuntutan dan keperluan setiap insan di muka bumi.
- "Cuma kita harus lihat bila kita nak perjuangkan hak kita dan agenda kita, kita tak mengenepikan atau menidakkan keperluan orang lain," katanya.
- Mohd Shafie berkata atas dasar itulah Umno bergabung dengan parti-parti lain di atas landasan Barisan Nasional untuk memastikan kebajikan kaum-kaum lain juga terbela.
- "Tapi takkanlah setiap yang kita katakan keperluan orang Melayu itu perkauman, mana boleh macam tu...jangan dilihat bila Umno memperjuangkan keperluan orang Melayu, sebagai perkauman, ia merupakan tanggungjawab kita sebagai orang Melayu untuk membantu masyarakat kita," katanya.
- Beliau mengulas dakwaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim di dalam blognya bahawa Umno merupakan parti perkauman.
Benar kah Kebebasan Media Masa di malaysia terkongkong?
Thursday, July 23, 2009

Menurut sumber yang saya dapati dari website PKR, Media Prima dan akbar-akbar utama di Malaysia kini, di larang melaporkan sebarang komen atau pun pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pehak rasmi di benarkan untuk disiar.
- Menurut sumber tersebut, dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama:
TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan. - Disamping itu, dikatakan bahawa Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi “Adakah Pakatan Rakyat telah mengeksploitasi isu Beng Huat. 88 peratus responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA.
- Namun arahan “atas” memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.
- Selanjut nya, Penerbit berita Saluran 8 atu 8TV dibidas oleh pihak “atasan” kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.
- Selain dari itu, RTM, TV3,NTV7, 8TV, RTM juga diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan Barisan Nasional, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan Menteri Besar Selangor itu.
- -Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.
- Seterus nya sumber tersebut menyatakan, akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak “lebih-lebih’ dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM.
- Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.
- Dilapurkan juga bahawa minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat Perdana Menteri.
- menurut sumber tersebut, semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.
- Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib.
- Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam.
- “Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)” itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.
- Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3,NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.
- Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.
- Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.
- Semuanya tentu dibuat atas nama “kebebasan media” yang dicanang oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib.
Sumber: TV Ankara
Golongan Profesional lebih tertarik Kerja Di luar Malaysia
Wednesday, July 22, 2009

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan perlu mewujudkan satu daya tarikan dalam suasana kerja di Malaysia agar golongan profesional memilih untuk berkhidmat di negara sendiri dan bukannya di seberang laut.
Sumber: BERNAMA
- Perdana Menteri berkata satu daripada sebab kenapa golongan profesional Malaysia kurang berminat bekerja di negara sendiri ialah pendapatan yang agak rendah di Malaysia berbanding dengan di luar negara.
- "Ianya bukan kerana tidak adanya 'Semangat Malaysia', tetapi semata-mata kerana kita kurang kompetitif daripada segi gaji yang kita tawarkan kepada golongan profesional.
- "Ini adalah satu daripada tumpuan yang akan diberikan dalam model ekonomi baru kita," katanya pada satu sesi dialog di sini pada Isnin dengan sekumpulan profesional dari Malaysia dan wakil syarikat-syarikat Malaysia yang bekerja di Abu Dhabi dan Dubai.
- Najib berkata usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan ilmu dan berinovasi akan terjejas tanpa cerdik pandai daripada kalangan rakyat sendiri.
- Beliau berkata langkah yang akan diambil oleh kerajaan perlu menarik minat bukan saja rakyat Malaysia yang berbakat tetapi juga golongan profesional luar negara.
- "Terdapat aliran negatif, iaitu lebih ramai rakyat Malaysia lebih gemar bekerja di luar negara jika mereka diberi peluang. Kita perlu kurangkannya supaya kecenderungan ini menjurus kepada memikat mereka untuk bekerja di Malaysia," kata Perdana Menteri.
- Beliau berkata walau apapun keadaannya, akan ada rakyat Malaysia yang memilih bekerja di luar negara tetapi yang penting ialah mewujudkan suasana bekerja di Malaysia supaya menjadi menarik.
Konflik antara agama dan kaum tidak boleh dibiar berlarutan
Wednesday, July 22, 2009


Konflik antara agama dan kaum tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga menimbulkan perbalahan dan mengancam kesejahteraan rakyat Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
POLIS TAHAN 9 ‘AH LONG’ DI SABAH
Tuesday, July 21, 2009
Baru-baru ini, Polis telah menahan sembilan orang ‘Ah Long’ dari tiga daerah utama di seluruh negeri Sabah. Kesembilan orang ‘Ah Long’ itu telah ditahan di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan sejak awal tahun ini.- Pesuruhjaya Polis (PjP) Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim (gambar) berkata semasa dihubungi oleh New Sabah Times kelmarin.
- “Setakat ini kami telah menahan sembilan orang Ah Long dari tiga daerah utama termasuk Kota Kinabalu,” kata Noor Rashid.
- Beliau berkata kebanyakan mereka ditahan dalam beberapa operasi berasingan yang diadakan dan telah didakwa di mahkamah.
- Polis akan meneruskan operasi membenteras kegiatan Ah Long di semua daerah utama termasuk di kawasan daerah kecil.
- Noor Rashid menasihatkan orang ramai terutama sekali mangsa yang menerima ugutan daripada Ah Long supaya tampil ke hadapan membuat laporan dan membantu siasatan polis.
- Beliau berkata ketua polis daerah di tempat kejadian akan mengarahkan pegawai penyiasat untuk membuat siasatan serta merta apabila menerima laporan daripada mangsa yang menerima ugutan.
Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Tangani kes Kematian Teoh
Monday, July 20, 2009
PAS Selangor mengesa agar kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas yang di Angotai oleh semua Parti politik serta panel berkecuali di dalam tempoh 14 hari dari tarikh insiden.- PAS Selangor juga mendesak agar semua siasatan yang dilakukan terhadap mana-mana EXCO kerajaan Negeri Selangor dihentikan serta merta sehingga suruhanjaya siasatan selesai melakukan siasatan.
- Menurut PAS Selangor, peristiwa ini amat memalukan SPM dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap SPRM, terutama sekali terhadap tahap keselamatn saksi semasa di dalam tahanan.
- Selanjut nya , jika Suruhanjaya tidak di lakukan maka proses pengambilan keyakinan tidak berlaku, kredibiliti dan profesionalisme SPRM sebagai agensi penguatkuasa kerajaan akan di pertikaikan oleh masyarakat.
Manakala Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan suatu perhimpunan menyalakan lilin berhampiran dengan Wisma DAP disini baru-baru ini.
Perhimpunan secara aman tersebut dihadiri lapisan masyarakat yang turut bersimpati diatas trajedi malang yang penuh bermisteri itu.
Mereka hadir untuk menyatakan tanda kegelisahan rakyat dan menuntut keadilan untuk simangsa. Turut hadhir dalam majlis itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang antaranya ialah, Lim Kit Siang , Ngeh Khoo Ham, Idham Lim dan lain-lain.
Sumber: SU PAS Selangor, alhusseyn51.blogspot.com
Anwar akan dedah kepentingan awam hari ini
Sunday, July 19, 2009
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama utama pada forum hari ini. Beliau dijangka akan memerincikan isu-isu kepentingan awam yang mencengkam politik negara.
Sumber: Sabah Daily, Suara Keadilan
- Kira-kira 1,000 wakil dari pelbagai pertubuhan dan badan-badan politik serta kemasyarakatan akan menghadiri forum itu yang bertajuk “Kebenaran di sebalik skandal PKFZ, Krisis Perak dan Konspirasi BN” di Hotel Sunway Lagoon, Subang Selangor.
- Selain Datuk Seri Anwar, turut memberi ucapan pada majlis itu ialah bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng, Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah dan Bendahari Keadilan, William Leong.
- Forum itu akan memerinci perkembangan mutakhir politik tanah air dan isu-isu yang semakin membimbangkan rakyat. Ini termasuk peranan UMNO-BN dalam skandal pembaziran dana awam RM12.5 bilion untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang, rampasan kuasa di Perak dan konspirasi politik yang memperalatkan institusi awam untuk mengheret Anwar ke mahkamah.
- Kehadiran Chua pada forum itu esok adalah atas sifat tegasnya bersabit isu-isu usus tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban pemimpin dalam menguruskan parti dan negara.
- Dalam ucap tamanya, Anwar dijangka turut mengupas keghairahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menjalankan penyiasatan dan pendakwaan terpilih.
- Amalan itu berlanjutan sehingga dikatakan membawa kepada kematian Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah setelah beliau disoal siasat oleh badan itu selama 10 jam mulai Rabu lalu.
- Mayat Teo Beng Hock, 30, yang dijadual melangsungkan perkahwinannya hari ini, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut tengahhari semalam.
- SPRM dan polis cuba memberi gambaran bahawa Teoh telah membunuh diri setelah sesi soal siasat itu tetapi belum menjelaskan butiran penuh siasatan dan keperluan untuk menyoal siasat seorang saksi sehingga awal pagi tanpa kehadiran peguamnya.
SU Politik Exco DAP mati jatuh bangunan SPRM
Thursday, July 16, 2009
Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Sumber: The Malaysian Insider, Sabah Daily
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
- Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
- Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.
- Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.
- Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.
- Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.
- Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
- Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
- Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
- SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
KPI Najib Versus IKP Pak lah
Wednesday, July 15, 2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sebulan dari sekarang, Petunjuk Prestasi Utama Nasional (KPI) akan dilaksanakan di peringkat perkhidmatan awam.
NOSTALGIA Indek Kepuasan Pengundi (IKP) PAK LAH
Objektif Pak lah untuk mengujudkan IKP ini ada lah untuk memenuhi janji BN ketika berkempen musim PRU11. Janji tersebut ada lah, semua Pemimpin BN akan turun padang untuk mendengar komplen rakyat. (Walau pun IKP Pak lah ini, tidak sedetail PKI Najib, namun kedua-dua nya memainkan peranaan yang sama).
Antara lain cadangan saya( telah juga saya klip video kan) ada lah saperti berikut;
Dalam proses untuk mendapat IKP ini, YB-YB semesti nya mengagihkan tugas-tugas kepada Pegawai tersebut dalam dua kategori:
SINOPSIS
- Objektif ini ada lah bertujuan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam berpandukan kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama (KRA) atau 6 M, iaitu ; mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman,dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
- Sejauh mana kah program ini akan berjaya, kita mungkin hanya mengetahui keputusan tersebut selepas 2 atau pun 3 tahun dari sekarang. Atau pun selepas Pilihan Raya Umum ke13.
- Dimana keputusan PRU tersebut yang akan menentu sama ada program ini berjaya atau tidak.
- Mungkin banyak di kalangan kita sudah lupa, bahawa program saperti KPI ini telah pernah ditimbulkan oleh Pak Lah selepas PRU11, di mana BN ketika itu, telah memenangi pilihan raya tersebut dengan jaya nya.
NOSTALGIA Indek Kepuasan Pengundi (IKP) PAK LAH
Objektif Pak lah untuk mengujudkan IKP ini ada lah untuk memenuhi janji BN ketika berkempen musim PRU11. Janji tersebut ada lah, semua Pemimpin BN akan turun padang untuk mendengar komplen rakyat. (Walau pun IKP Pak lah ini, tidak sedetail PKI Najib, namun kedua-dua nya memainkan peranaan yang sama).
- Untuk menjayakan IKP ini, semua komplen ini akan di rekod (report cards) dan di kemukakan kepada pehak Perdana Menteri untuk pernilaian dan tindakan selanjut nya.
- Sehubungan dengan itu, Pak Lah telah mengagihkan peruntukan 'Pre-Emptive' kepada YB-YB yang telah mengemukan 'Report Card' tersebut kepada beliau.
- Dari apa yang kita tahu, peruntukan sumbangan Pak Lah ini telah di manfaatkan dengan sepenuhnya oleh negeri-negeri di Semenanjung dan Sarawak. Manakala di Sabah hanya di kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.
- Program tersebut gagal disempurna kan oleh kebanyakan YB-YB diSabah. Banyak yang keliru dengan tata-cara melaksana kan program IKP tersebut.
- Justru itu, pehak perkhidmatan Awan di Sabah telah di minta untuk membantu menjayakan program tersebut.
- Kursus dan ' workshop' telah di jalankan di sana-sini. Untuk itu, JKR Sabah telah mengadakan kursus dan workshop yang di kendali kan oleh pehak JPM dan telah memakan masa selama 3 hari.
Kursus ini telah di hadiri oleh semua pegawai kanan JKR. - However, hingga kini, program tersebut gagal di mentarikan kerana beberapa 'items' yang mengelirukan. Antara nya 'logistic' dan format yang di syorkan tidak mengambarkan data sebenar 'kepuasan Pengundi' di seluruh kawasan-kawasan mengundi di seluruh Sabah.
- Kerana keluasan skop logistic sebenar mengenai persepsi pengundi-pengundi tersebut, Jentera Perkhidmatan Awan tidak mampu untuk melakukan nya di segenap pelusuk kawasan yang perlu di lapurkan. Apa lagi bila memikirkan tempuh yang ditentukan; ada lah terhad
- Dalam kontek yang sama, saya pernah mencadangkan agar YB-YB tersebut menggunakan 'Smart mechanism' untuk menangani situasi yang agak rumit ini.
Antara lain cadangan saya( telah juga saya klip video kan) ada lah saperti berikut;
Dalam proses untuk mendapat IKP ini, YB-YB semesti nya mengagihkan tugas-tugas kepada Pegawai tersebut dalam dua kategori:
- Satu pasukan melaksanakan kerja-kerja siasatan dan menggutip
data-data. Terdiri dari Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat dan JKKK Setempat - Pasukan kedua yang ditugaskan untuk menyimpan dan memproses data-data tersebut ada lah PKR, ADDO ,CDO dan kaki-kaki tangan pejabat
- Manakala YB ada lah selaku Pengurusi yang membuat keputusan terakhir.
Data-data yang telah di process (stimulate) ini akan memperlihatkan indek atau peratusan kepuasan para penggundi (customers) terhadap kemudahan (services) yang dilaksana kan oleh agency-agency kerajaan di kawasan masing-masing.
SINOPSIS
- Justru kegagalan menyempurnakan lapuran Indek Kepuasan Penggundi (IKP) tersebut , ia nya telah melibatkan kerugian kepada rakyat Negeri Sabah, dianggarkan sekurang2 nya RM 120 million peruntukan setahun dari kerajaan pusat yang berupakan peruntukan ‘Pre-emptive’.
- Ini berpandukan kiraan kasar tiap-tiap DUN sepatut nya mendapat bantuan minima RM 2 million setahun untuk tujuan penyempurnaan kemudahan rakyat di seluruh kawasan di Sabah.
- Dari sudut yang lain, kita andaikan bahawa ada diantara YB tidak tahu bahawa program ‘Aku janji’ ini telah ujud.
Sedangkan ia nya telah di manfaatkan dengan sepenuhnya oleh negeri-negeri di Semenanjung dan Sarawak. Atau pun YB tersebut tidak pandai merealisasikan IKP ini.
Now, persoalan nya kalau IKP gagal menepati sasaran, kenapa pula KPI tidak? Sedangkan kebanyakan YB-YB ada lah terdiri muka yang sama. Manakala sistem Perkhidmatan Awam pun tidak banyak yang berubah.
Fikir-fikirkan lah.
Pirates of Sabah Sea
Tuesday, July 14, 2009
Kalau dulu kita kerap mendengar berita mengenai lanun-lanun(pirates) samolia yang berleluasa merompak kapal-kapal besar Antarabangsa di teluk Eden.
- Namun, akhir-akhir ini, empat kejadian rompakan bersenjata ala-ala the 'pirates of samolia' ini telah di jalankan di kawasan perairan Pantai Barat negeri ini sejak awal tahun hingga 12 Julai.
- Dalam kejadian terbaru rompakan laut di kawasan perairan Pantai Barat.Lanun-lanun tersebut telah melakukan rompakan ke atas sebuah bot yang belayar dari Labuan menuju Kota Kinabalu berhampiran Pulau Tiga.
- Modus operandi keempat lanun-lanun yang berumur antara 25 dan 33 tahun ini, ialah merompak nelayan yang pergi ke laut menangkap ikan selepas jam 7 malam.
Siasatan menunjukkan lanun-lanun tersebut telah melepaskan tembakan dalam satu daripada empat rompakan laut yang dilaporkan. - Baru-baru ini, lanun-lanun yang sama telah ditahan dalam operasi berasingan di Kota Kinabalu dan Kudat awal pagi Ahad lalu.
- Polis merampas dua pucuk pistol automatik dan 15 biji peluru termasuk barang rompakan bernilai RM6,000 daripada suspek. kesemua barang rompakan bernilai RM6,000 termasuk enjin bot, jam tangan, telefon bimbit, wang tunai dan peralatan maritime dalam rumah suspek.
- Keempat- empat lanun tersbut kini di reman untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api.
Sediakan mekanisme praktikal permudah daftar sijil lahir-Jahid Jahim
Monday, July 13, 2009
Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Jahid Jahim, berharap kerajaan menyediakan mekanisma yang praktikal berhubung pengumuman Perdana Menteri untuk mempermudah pendaftaran sijil kelahiran rakyat tempatan di Sabah.- Beliau berkata, ini penting bagi mengelak ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyalah gunakan atau mengambil kesempatan mendaftarkan anak-anak yang tidak layak mendapatkan sijil kelahiran.
- “Kita perlu berhati-hati dalam hal ini, supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menyalahgunakannya", kata beliau.
- Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kerisauan rakyat Sabah mengenai pendaftaran sijil kelahiran yang lebih mudah, disalahgunakan pihak tertentu terutama pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah memperolehi dokumen yang sah secara meragukan.
- Laporan akhbar sebelum ini menyatakan dianggarkan terdapat 440,000 orang asing di Sabah dan daripada jumlah itu, 230,000 adalah orang asing yang bekerja secara sah, 130,000 pendatang asing tanpa izin, manakala selebihnya adalah pelarian dari Filipina.
KPI nasional meningkatkan prestasi perkhidmatan awam ?
Monday, July 13, 2009
Petunjuk Prestasi Utama Nasional (KPI), yang bertujuan meningkatkan prestasi perkhidmatan awam, kini dalam proses terakhir dan akan diumumkan pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Menurut beliau KPI kini dalam proses menentukan penanda aras dan sasarannya secara spesifik.
- KPI Nasional merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) iaitu mencegah;
i) jenayah,
ii) memerangi rasuah,
iii) meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan,
iv) meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah,
v) memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman,
vi)menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. - Najib berkata, dengan adanya KPI Nasional, tanggungjawab untuk meningkatkan pretasi perkhidmatan awam bukan terletak di atas bahu beliau sematamata, sebaliknya semua anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam perlu bersamasama berkongsi tanggungjawab berkenaan.
- Kejayaan kerajaan dan pentadbiran bergantung kepada pencapaian KPI Nasional itu, Katanya.
Sumber: mStar, BERNAMA
NOSTALGIA PEMBANGUNAN BERSEPADU DAERAH TUARAN
Sunday, July 12, 2009
Analisis Solymone

Pandangan dari sudut jendila rumah penulis dan Peta Simbolik Daerah Tuaran

Pandangan dari sudut jendila rumah penulis dan Peta Simbolik Daerah Tuaran
Untuk perubahan, kali ini saya pelawakan pelawat serta pembaca berkongsi pengalaman untuk membaca kisah yang ringan, tetapi penuh bermakna lagi menyayatkan hati.
Kisah pengalaman yang saya alami semasa berada di kampung saya, di Tenghilan dalam Daerah Tuaran.
Kisah pengalaman yang saya alami semasa berada di kampung saya, di Tenghilan dalam Daerah Tuaran.
- Selalu nya bila saya berkunjung ke kampung, saya mengambil peluang untuk berborak-borak dan bertukar-tukar pendapat dengan saudara-saudara dan sahabat andai di sana.
- Ada dua tempat yang saya kunjungi (tertaklok kepada keadaan. Ia itu gerai ‘Ma Mauli’ atau gerai ‘Yang Indong’).
- Gerai-gerai tersebut hanya boleh menampung lebih kurang 20 orang pelanggan.
- Hingga setakat ini, kehadiran saya nya maseh di alu-alu kan oleh mereka, mungkin;
i)Mereka minat mendengar pandangan saya tentang senario politik dan hal-hal semasa.
ii)Sebagai adat, saya di pertanggung jawabkan untuk menyelasaikan kos makan minum di gerai tersebut. Bukan nya mahal sangat pun ( secawan kopi cuma berharga RM0.80 dan kueh mueh RM0.50. Manakala kos Sup ada lah mengikut pasaran, RM 2.00 ). Saperti biasa, saya tidak berkira sangat, kerana ia nya hanya setakat lebih kurang RM35.00 (Itu pun hanya sekali-dua sebulan).
Skop perbincangan kami, selalu nya berkisar kepada politik, ekonomi dan perkembangan pembangunan semasa kawasan Tenghilan dan juga Daerah Tuaran. - Walau pun pada keseluruhan nya penduduk di sana, ada lah terdiri dari kumpulan pegawai rendah kerajaan dan petani kecil-kecilan yang berpendapatan rendah.
However, terbayang juga lunas-lunas kegembiranan tersinar diwajah mereka.
Ini ada lah petanda, bahawa mereka telah menerima keadaan nasib hidup mereka selama ini . Sungguh menyayat hati - Secara am nya, kebanyakan belia-belia di sini terdiri dari mereka yang tidak berpendapatan tetap. Actually, 70 % dikalangan mereka ada lah warga penganggur dan berkelayakan tidak lebih dari SPM.
- Kadang-kadang kalau saya mendapat rezeki dan pendapatan lebih, saya undang belia-belia ini untuk bekerja sambilan (sekali sekala) di ladang getah saya. Untuk membersehkan kawasan yang semak.
- Kerja-kerja di sana, di ketuai oleh anak saya sendiri (Berkelulusan BA (International Business of New Castle University U.K) ).
- Setakat ini, bilangan yang saya mampu bantu, hanya lah sekadar 20% sahaja. Kadang-kadang mereka bekerja bergilir-gilir.
- Namun akhir-akhir ini, ekonomi menurun, selaras dengan harga getah yang menjunam. Kebanyakan mereka terpaksa kena ‘lay off’ atau di berhentikan.
- Isu yang berhubung kait dengan ‘pengangguran’ ini sangat menyayat hati saya. Namun, selaku orang biasa, tidak banyak yang dapat saya lakukan selain dari berdoa dan berharap, disuatu masa kelak, keadaan di kawasan saya ini akan berubah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Impian atau pun visi saya; ingin melihat agar suatu hari nanti para pemimpin di kawasan saya dapat memahami dan serba sedikit menerima cadangan yang saya dokumentarikan dalam klip video yang pernah saya edarkan kepada mereka. - Objektif yang di suarakan dalam klip video tersebut ada lah merangkumi strategi yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan jurang kemiskinan dan gejala pengangguran di kalangan belia, daerah Tuaran.
- Antara lain, strategi tersebut ada lah;
- i) Mengujudkan kilang process produk dari bahan getah di koridor Topokon
- ii) Pusat-pusat pelancongan ( Eko dan Agro ) di kawasan koridor Kiulu dan Warisan Sulaman.
- iii) Tamparuli selaku Pekan Universiti

- iv) Sealiran dengan cadangan tersebut, saya cadangkan pembangunan infrastruktur berupa naik taraf jalan raya. Bekalan air dan Letrik di jangka menyusul kemudian.Rujukan: Klip Video "Pembangunan Bersepadu Daerah Tuaran "
(Untuk rekod, sebelum klip video ini diedarkan, ia nya telah mendapat kelulusan (secara prinsip ) dari cawangan khas Bukit Aman).
Walau pun saya di fahamkan klip video tersebut telah sampai kepengetahuan para pemimpin di sana dan mereka rata-rata menerima konsep dan realiti perancangan tersebut , namun hingga kini cadangan tersebut hanya lah nostalgia dan khayalan ngeri penduduk di daerah saya, Tuaran.
Manoharan perlu ditahan ISA cuba mencetuskan huru hara?
Saturday, July 11, 2009
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan itu memandangkan Manoharan sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara.
- Beliau berkata, tindakan menegur rakannya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok atas alasan bukan bumiputera merupakan bukti Manoharan sengaja mencetuskan provokasi di kalangan orang Melayu.
- Manoharan ketika muncul buat kali pertama di persidangan DUN Selangor kelmarin iaitu selepas dibebaskan daripada ISA Mei lalu, telah menyatakan kurang senangnya melihat Chang Khim memakai songkok semasa menjalankan tugas pada persidangan itu.
- Ujar Manoharan, beliau tidak berapa gembira dengan pemakaian songkok kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan berbeza.
- Syed Anuar berkata, pemakaian songkok oleh Speaker bagi satu-satu DUN adalah untuk menghormati institusi raja kerana DUN merupakan lambang kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan bagi sesebuah negeri.
- Nada serupa turut disuarakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Megat Zulkarnain Omardin yang mahu kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap Manoharan.
- Beliau berkata, orang Manoharan itu tidak harus dibiarkan kerana tindakannya terus mempertikaikan status bumiputera dan sengaja mencetus kontroversi pada persidangan DUN Selangor kelmarin boleh mengundang kemarahan masyarakat Melayu.
DAP Kedah batal keputusan keluar Pakatan
Saturday, July 11, 2009
Berita Di Kemas Kini

DAP Kedah baru-baru ini, telah menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.

DAP Kedah baru-baru ini, telah menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.- Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu .
- "Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.
- Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
- Bagaimanapun Thomas berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.
- "Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun," katanya.
- Selain itu menurut Thomas lagi, Azizan juga telah memberi jaminan bahawa isu untuk merobohkan kuil dan tokong hanya akan dilakukan dengan kebenaran beliau.
- Ditanya sama ada keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada DAP Pusat, Thomas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng bagi memaklumkan mengenai perkara itu.
HASRAT LAJIM DALAM ICT HANYA MEMBUANG MASA DAN WANG-PBS
Friday, July 10, 2009
PERSATUAN Blogger Sabah (PBS) menentang cadangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Haji Ukin yang mencetuskan idea agar Umno dapat menubuhkan pasukan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di setiap negeri, bahagian dan cawangan bagi membendung dan memantau penyebaran fitnah yang dibuat menerusi laman blog.
Sumber: Sabah Kini
- Presidennya, Mutalib M.D berkata, cadangan berkenaan amat tidak wajar kerana hanya membuang masa dan wang dan bertentangan dengan Dasar ICT negara yang menerima konsep Langit Terbuka dan tidak akan menapis internet.
- Tegas Mutalib, cadangan Lajim berkenaan bercanggah dengan Fasal 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu "Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet."
- Akta berkenaan kata Mutalib, telah meletakkan taraf Multimedia Super Corridor (MSC) dan Cyberjaya ke taraf dunia dan jika berlaku sebarang penapisan internet maka MSC dan Cyberjaya bertaraf 'kelas kambing' dan Malaysia akan tersisih daripada bidang ICT.
- Mutalib mengulas kenyataan Lajim yang berkata, pasukan yang ditubuhkan UMNO akan menjawab segala fitnah dan propaganda pembangkang dan pada masa yang sama bertanggungjawab menyebarkan maklumat tepat berkaitan perancangan kerajaan untuk membela rakyat.
- "Para pemimpin UMNO tidak perlu takut bayang mereka sendiri dan seharusnya bersedia dikritik jika gagal berfungsi sebagai pemimpin atau wakil rakyat. Kerja memantau blog atau web hanya membuang masa kerana UMNO perlu lebih pro-aktif dan profesional menangani sebarang kritikan kritis," ujar Mutalib yang tidak bersetuju dengan label 'fitnah' yang dilemparkan sesetengah pihak.
- Walaupun banyak kritikan pedas dilemparkan melalui blog dan laman web, namun ianya akan mendewasakan pemimpin UMNO yang selama ini tidak ubah seperti pokok pisang yang tidak mahu turun jika tidak ditebang atau dicantas.
- Jika mereka bekerja dengan jujur dan ikhlas, kata Mutalib, tidak ada pihak yang akan memfitnah atau menjatuhkan mereka, namun jika terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa, kaki perempuan, kaki judi, kaki janji, kaki hutang atau pelbagai kaki lagi, maka sudah tentunya pihak yang tidak berpuas hati melemparkan kritikan drastik akan berusaha menghentikan kezaliman mereka.
Ancaman hakisan tebing Sungai Padas diatasi tidak lama lagi ?
Friday, July 10, 2009
Menurut Pegawai Daerah Tenom Haji Faimin Kamin, kebimbangan lebih 300 penduduk Kg. Pantongan Sapong yang diancam hakisan tebing Sungai Padas akan berakhir tidak lama lagi apabila kerja pemotongan pelurusan sungai siap kelak.- kawasan tanah yang terbabit dengan pelurusan sungai itu telah diwartakan untuk projek pemotongan tanah dan kerja-kerja yang berkaitan, kata beliau.
- segala proses pengurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan sudah selasai dan kerja awalan seperti pembersihan dan yang berkaitan sudah bermula, kata nya.
- Bagaimanapun katanya, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) diberi tanggugjawab untuk mengawasi dan memantau pelaksanaan projek tersebut. Sementara itu Juruteknik JPS Daerah Tenom Andy Fung ketika dihubungi berkata, projek pelurusan sungai itu sudah bermula dengan kerja pembersihan sebelum kerja-kerja selanjut dilaksanakan.
- Katanya, pembersihan kawasan yang telah diwartakan untuk kerja pemotongan tanah perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membolehkan kerja-kerja yang berkaitan dapat dijalan dengan sempurna.
- Beliau berkata, apabila kerja pelurusan sungai itu siap kelak ia dapat menyelamatkan kawasan Kg. Pantongan dari terus terhakis dan runtuh terutama pada musim banjir.
- Namun katanya, sebelum ini terdapat beberapa buah rumah penduduk terpaksa dibongkar bagi mengelakkan jatuh dalam sungai akibat runtuhan tebing.
- Kg. Pantongan dilaporkan sudah sekian lama terancam dengan hakisan dan tebing runtuh menyebabkan berpuluh ekar tanah pertanian penduduk terhakis dan kawasan perkampungan kini diambang bahaya.
KM SABAH SERAH HUTAN SIMPANAN KEPADA KUMPULAN CHINA
Thursday, July 09, 2009
Analisis Solymone

Sejumlah RM230 juta pelaburan untuk ‘Bornion Guangken Rubber Forest Plantation’ bagi menerokai kawasan seluas 25,000 hektar dengan tanaman getah klon kayu balak dalam tempoh 6 hingga 8 tahun di kawasan Bornion Timber di Hutan Simpan FMU 11 Ulu Sungai Millian.
Pengarah Urusan Bornion Timber Sdn. Bhd, Wee Kok Tiong berkata, kawasan itu dibangunkan bersama dengan Guangdong Guangken Agri Business Group dari Negara China.
“Bagi keluasan itu, rakan kongsi kami Guangdong Guangken Agri Business
Group akan mengusahakan kawasan seluas 12,000 hektar mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 13 September 2008 di Kota Kinabalu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bornion Guangken Rubber Forest Plantation di Kem Bornion Timber Sook pada Isnin.
Perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.
Sumber: New Sabah Times
Analisis Solymone.

Sejumlah RM230 juta pelaburan untuk ‘Bornion Guangken Rubber Forest Plantation’ bagi menerokai kawasan seluas 25,000 hektar dengan tanaman getah klon kayu balak dalam tempoh 6 hingga 8 tahun di kawasan Bornion Timber di Hutan Simpan FMU 11 Ulu Sungai Millian.Pengarah Urusan Bornion Timber Sdn. Bhd, Wee Kok Tiong berkata, kawasan itu dibangunkan bersama dengan Guangdong Guangken Agri Business Group dari Negara China.
“Bagi keluasan itu, rakan kongsi kami Guangdong Guangken Agri Business
Group akan mengusahakan kawasan seluas 12,000 hektar mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 13 September 2008 di Kota Kinabalu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bornion Guangken Rubber Forest Plantation di Kem Bornion Timber Sook pada Isnin.Perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.
Sumber: New Sabah Times
Analisis Solymone.- Satu yang mengherankan saya, ia lah kenapa mesti KM DSMA maseh tergamak menchoroboh hutan simpanan FMU tersebut ?.
- Sedangkan di kawasan utara, pantai barat dan selatan maseh banyak terdapat kawasan yang terbiar atau pun boleh di tanam semula.
- Kita tahu dan semua warga Dunia pun tahu bahawa masa kini gejala pemanasan Dunia telah mencapai tahap yang sangat critical lagi chronic. sehinggakan negara Amerika dan Europa sanggup mengeluarkan wang berbillion dollar untuk membentras perkara ini dari berlanjutan.
- Gejala ini bukan sahaja akan mengubahkan iklim di seluruh dunia ini, tetapi ia nya juga akan memusnahkan habitat haiwan. Lama kelamahan, haiwan akan mati atau pupus.
- Disamping itu, kita selalu mendengar; "Chained reaction" antara kemusnahan hutan dengan isu pemanasan global akan mengakibatkan cuaca berubah yang mengakibatkan kesan negatif kepada tanaman pertanian secara am.
- Rantaian dari ini akan mengakibatkan pendapatan petani dari hasil pertanian akan "terancam" atau menurun.
- Secara am nya kita di 'camouflage' kan atau di tipu untuk memikirkan bahawa penanaman getah dan hasil nya, baik untuk rakyat dan negara. Justru itu, kemusnahan Hutan,kita halal kan . Itu lah paradox nya.
- Kita mesti ingat bahawa untuk menanam getah di hutan rimba, pokok-pokok yang sedia ada terpaksa di 'balakkan' dehulu dengan tujuan untuk memberi laluan kepada penanaman getah.
- Now, persoalan timbul; Apa kah yang akan berlaku nanti, kira nya kompeni dari kumpulan Guangdong ini berkemungkinan tidak dapat meneruskan penanaman tersebut. Atas alasan 'kekurangan wang di sebabkan recession bertambah teruk di China? dan sebagai nya. Tidak dapat di nafikan, bahawa hal-hal saperti ini pernah berlaku di mana-mana di Nusantara ini.
- Namun, Apa kah akan jadi dengan kawasan beribu hektar tersebut? Di biar kan begitu sehingga kan kawasan tersebut menjadi 'pusat hakisan' yang berterusan ? Mengalakan Banjir ? dan sebagai nya .
- Atau pun, untuk tujuan menutup 'kesilapan yang di sengajakan' kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan dari Dana yang sedia ada sebagai 'compensation' . Dalam masa yang sama, peruntukan yang di khas kan untuk pembangunan rakyat terpaksa di korban kan.
- Oleh itu, kita fikir-fikirkan bersama demi untuk masa depan anak cucu kita di bumi yang tercinta ini.
- Dengan penutup kata, " World is no longer bigger and beautiful than it used to be ".
MASALAH BANJIR DI PENDALAMAN DAPAT DI ATASI MENJELANG RMK10 ?
Wednesday, July 08, 2009

Tan Sri Joseph Kurup berkata, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serius untuk memperbaiki keadaan seperti kekerapan banjir kilat yang sering berlaku di kawasan pedalaman setiap kali berlakunya hujan lebat, seperti mana bencana terburuk pada Februari lalu.
Sehubungan dengan itu kata Kurup, pihaknya telah mengarahkan agar satu penelitian dan kajian dibuat oleh kementerian itu segera bagi memperbaiki keadaan dan pelaksanaan itu dilakukan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10).
- Menurut beliau, antara punca berlakunya banjir kilat ialah kedudukan anak sungai yang berbengkang bengkok dan terdapat kayu atau semak di dalamnya yang menyebabkan air tidak mengalir dengan baik apabila hujan lebat.
- “ Kerajaan sedar akan bahaya yang dihadapi oleh rakyat jika kita tidak ambil perhatian. Sehubungan dengan itu kita serahkan kepada jurutera, dan mereka tahu apa yang patut mereka harus lakukan,” kata Kurup.
- Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan telah mengarahkan agar Sungai Pampang dan Sungai Pegalan dimasukkan dalam kajian tersebut.
- Sambil mengimbas mengenai kejadian Greg pada tahun 1996, Kurup berkata , banjir itu juga berpunca dari air yang tersekat di antara kayu balak yang terkumpul di Ulu Pampang yang akhirnya pecah dan melimpah. oleh itu katanya, beliau mahu tindakan segera dilakukan agar rakyat tidak merasa bimbang apabila berlakunya hujan lebat.
- Namun katanya, perancangan itu tidak akan berlaku dengan sekelip mata, kerana kajian dari pihak kementerian juga memakan masa.
Nik Aziz akur dengan keputusan Najib menolak debat terbuka
Tuesday, July 07, 2009
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.
- Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.
- "Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
- Semalam, ketika diminta mengulas hasrat Nik Abdul Aziz untuk bertemu beliau bagi membincangkan mengenai perdebatan yang dicadangkan antara kedua-dua mereka, Najib berkata: "Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian.
- "Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu," kata Perdana Menteri.
- Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.
- Walau macam mana pun, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih beranggapan baik kepada Perdana Menteri yang belum menghantar surat jawapan rasmi menolak tawaran itu.
Sumber: mStar
Lajim cadang umno tubuh pasukan ICT pantau fitnah
Monday, July 06, 2009
- Beliau berkata, pasukan itu juga akan menjawab segala fitnah dan propaganda pembangkang dan pada masa yang sama bertanggungjawab menyebarkan maklumat tepat berkaitan perancangan kerajaan untuk membela rakyat.
- Menurut Lajim pihak pembangkang atau individu tertentu kini lebih gemar menggunakan laman blog untuk menyampaikan mesej dan menabur fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan kerana ianya lebih mudah dalam era kemajuan teknologi maklumat masa kini.
- Mengulas program Penubuhan pasukan khas ICT, Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, ianya merupakan nilai tambah kepada penyaluran maklumat yang tepat kepada rakyat serta ahli-ahli parti di peringkat akar umbi berhubung dengan isu isu semasa termasuklah dasar dan program pembangunan kerajaan.


