Ketua Menteri Sabah Terlibat Dalam Pemalsuan Plan Pembalakan?
Monday, August 31, 2009
Hari ini saya terbaca sebuah artikel menarik dari laman web SabahKini, yang menyiarkan sebuah syarikat pembalakan, Danagaya Sdn Bbhd, telah memalsukan pelan pembalakan sehingga dapat memperdayakan Jabatan perhutanan Sabah untuk mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan simpanan Kuamut, Sandakan Sabah.
Difaham kan, Jeffery juga merasa heran bagaimana Micheal Chia telah tiba-tiba sahaja menjadi kaya raya kerana hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah.
- Difahamkan lima lesen konsesi telah di keluarkan kepada seorang lelaki ber nama Micheasl Chia Tien Foh yangmana sebelum ini beliau di dilibatkan dengan kes penggubahan wang haram sebanyak 16 juta Dollar Singapura di Hong Kong.
- Michael Chia menggunakan proksi iaitu teman wanitanya bernama Yap Siaw Lin berasal dari Semenanjung Malaysia.
- Artikel tersebut juga menyentuh pengelibatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang meluluskan lesen pembalakan kepada Syarikat-syarikat Sabapioneer Sdn Bhd, Danagaya Sdn Bhd , Sinabumi Sdn Bhd , Wangsajadi (Sabah) Sdn Bhd dan Rimba Kita Sdn Bhd .
Difaham kan, Jeffery juga merasa heran bagaimana Micheal Chia telah tiba-tiba sahaja menjadi kaya raya kerana hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah.
- Dalam artikel tersebut menyatakan kan satu surat susulan telah di kemuakan kan kepada Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak, untuk menyiasat aktiviti penipuan dengan meluluskan peta kawasan pembalakan kawasan lereng bukit, walhal kerja-kerja pembalakan sebenar nya di jalankan di tempat lain ( kawasan tanah rata).
- Surat tersebut menamakan Micheal Chin , Datuk Seri Musa Haji Aman, Yayasan Sabah dan Jabatan Hutan yang terlibat dalam konspirasi meluluskan pembalakan tersebut.
- Surat itu juga menyetuh , jika pembalakan ini dibiar berleluasa ia nya akan memusnahkan eko-sistem negeri sabah di masa akan datang.
- Sumber: SabahKini. Net
Dapat kah UBN Runtuhkan Tembok Pemisah Dikalangan Rakyat Majmuk ?
Monday, August 31, 2009
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ada golongan yang telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.
Antara lain, pandangan beliau ada lah saperti berikut;
Rujukan mStar, Suara Keadilan
- Sehinggakan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan ini yangmana cuba menangguk di air keruh, kata beliau.
- Menurut beliau, Semepena meraihkan hari Kemerdekaan k52 ini, ia lah rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini. Disamping menerima cabaran terbesar untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.
- Najib juga turut berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang sedang dikecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.
- Nyata beliau selanjutnya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda.
- Najib berkata, setiap seorang daripada rakyat negara ini mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia dan yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan bekerja keras dan keberanian mengambil risiko.
- kewujudan ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas dan ditambah dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak pada ketika itu telah meramalkan bahawa Malaysia ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya. Namun, negara membuktikan bahawa ramalan itu adalah meleset sama sekali kerana dalam tempoh lima dekad merdeka, Malaysia telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju,katanya.


Antara lain, pandangan beliau ada lah saperti berikut;
- Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli.
Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan. - Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.
- Kefahaman ini ada lah Pergulatan yang menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.
- Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya ; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran
- Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir.
Gula kurang, Harga Makanan Naik Di Kota Kinabalu
Monday, August 31, 2009
Pergerakan Pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash) hari ini meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meningkatkan operasi pemantauan memandangkan masalah ketiadaan gula di Sabah masih berlarutan menjelang ketibaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
- Presidennya, Datuk Patrick Sindu, yang juga naib presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata hasil tinjauan dan aduan yang diterima, pihaknya mendapati masalah ketiadaan gula masih berlaku beberapa kawasan di Sabah.
- Walaupun pihak kementerian memberi jaminan, namun masalah kekurangan gula masih dikesan, ada kedai yang tidak ada stok gula langsung, katanya.
- Beliau berkata pada masa yang sama, harga barang-barang makanan seperti sayur, ikan dan ayam yang dijual di pasar-pasar juga didapati meningkat ketika musim perayaan hampir tiba.
- Beliau seterusnya mencadangkan supaya pihak kementerian membuka bilik operasi khusus bagi menerima aduan dan memantau keadaan, termasuk memantau harga barang dan memeriksa bekalan gula di pasaran.
- Jangan hanya tunggu terima aduan baru hendak buat pemantauan, tindakan perlu cepat dan berterusan,katanya.
- Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah tersebut adalah bagi mengelak pengguna membeli barang keperluan itu secara panik dan berlebihan sehingga menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.
- Bagaimanapun, katanya, bekalan gula di seluruh negara sebenarnya adalah lebih daripada mencukupi tetapi oleh kerana sikap pengguna maka berlaku kekurangan bekalan di beberapa kawasan.
Sidang DUN Perak Tetap Diadakan Rabu Ini
Monday, August 31, 2009
Semalam, Datuk R. Ganesan, Speaker yang diiktitaf Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.
Sumber: mStar
- Ganesan menegaskan, tindakan Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memanggil sidang itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.
- Namun, menurut bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tetap diadakan Rabu ini walaupun disifatkan sebagai tidak sah oleh Speaker diiktiraf Barisan Nasional (BN.
- " Sivakumar merupakan Speaker yang sah. Datuk Ganesan bukan Speaker," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.
- Oleh itu kata Nizar, Ganesan tidak boleh menghalang mana-mana ADUN daripada menghadiri sidang kali ini.
- Ketika ditanya kemungkinan akan ada usaha menghalang sidang yang dimaksudkan itu sebagaimana pernah disaksikan 3 Mac lalu, Nizar memberitahu, usaha sedang diambil oleh Sivakumar untuk mengelakkan suasana sedemikian.
Sejak Bila Penuntut Universiti Layak Mendesak Menteri Letak Jawatan ?
Sunday, August 30, 2009

Kelmarin saya agak terkejut bilamana terbaca artikel keluaran laman mahasiswakini, yang berjodol ‘Mahasiswa desak Jamil Khir meletak jawatan’ . Sejak akta Universiti dan Kolej Universiti di ‘enact’ kan, Saya belum lagi mendengar berita panas tentang keberanian warga mahasiwa yang menyuarakan pendapat lantang dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik negara; sapertimana yang berlaku kini.
- Dalam Artikel tersebut, menyentuh dua badan gabungan mahasiswa, ia itu Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) telah menyerah memorandum kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mej. Jeneral (B) Dato Jamil Khir agar menghalang konsert Micheal Learns To Rock untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 3 september akan datang. Menurut badan ini, konsert ini dilihat mencemarkan bulan ramadhan.
- Manakala satu isu lagi, mereka mahu kerajaan membiarkan Kartika Kartika Sri Dewi Shukarnor memilih hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Syariah Kuantan tanpa tekanan mana-mana pihak., bagi mengelakkan timbulnya persepsi negative berterusan kepada islam.
- Menurut sumber, memorandum itu diserahkan oleh wakil dua kumpulan front mahasiswa tersebut kepada Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri terbabit di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
- Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS),Mohd Idris Yusof Al-Hafiz berkata tindakan senyap pihak Kementerian yang menjaga agama ini boleh menjadi barah yang mengundang ancaman kepada umat islam di negara ini.
- Manakala Idris yang juga Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) juga menyatakan bahawa kedua-dua isu ini jika tidak ditangani dengan baik, akan menghasilkan satu gelombang mahasiswa yang mampu menjatuhkan kerajaan pada hari ini.
- Disamping itu, pengerusi MPMN, Mohd Ridhuan Mohammad dalam kenyataannya meminta agar Datuk Khir Johari meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Islam. Kerana beliau sudah tidak serius dalam menguruskan amanah rakyat khususnya berkaitan dengan islam.
- Beliau turut menempelak sikap Menteri yang enggan menerima sendiri memorandum itu dan hanya mewakilkan kepada Setiausahanya sahaja untuk menerima bantahan daripada mahasiswa ini.
- Menerut beliau selanjut nya, mereka masih menunggu jawapan daripada menteri terbabit dan jika tiada respon daripada beliau, badan mahasiswa tersebut tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong.
- Setelah menerima memorandum tersebut pihak Kementrian berjanji akan menyelesaikan kedua-dua isu tersebut dan meminta mahasiswa bertenang serta sabar dalam menunggu hasil keputusan mesyuarat melibatkan kedua-dua isu.
- Dalam isu yang lain, gabungan itu juga mempersoalkan Perdana Menteri, Menteri, Majlis Peguam dan NGO seperti Sister in Islam (SIS) yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
- Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka-mereka yang berterusan menghina agama islam dan juga institusi kehakiman itu sendiri, agar mereka ini didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, kata mereka.
Antara Blog yang ada pautan dengan akta Universiti sebagai rujukan :(i)politikampus.blogspot.com, (ii) HatiKering.word press
Sidang DUN Perak Rabu Ini Pelik Dan Tidak Sah
Sunday, August 30, 2009
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baru dilantik, Datuk R. Ganesan hari ini berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.
Sumber: mStar Online, BERNAMA
- Beliau berkata, tindakan ADUN Tronoh, V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.
- Bercakap kepada pemberita di sini, Ganesan berkata, Sivakumar masih mahu "menyamar" dan bertindak sebagai Yang Dipertua dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.
- Semalam, Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.
- Beliau berkata, ADUN Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.
- ADUN pembangkang daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 ADUN terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai "Sidang DUN bawah pokok".
- Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.
- Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai "rampasan kuasa" dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.
- Ganesan berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam "sidang DUN" pada Rabu ini.
Episode Bersama Khalid Samad Dalam Persoalan Kuil Seksyen 19
Saturday, August 29, 2009

Baru-baru ini saya terbaca ulasan YB. Ir. Khalid Samad selaku Ahli Parlimen Shah Alam(PAS), terhadap episode tuntuan ‘PEWARIS’ atas kegagalan kerajaan PR selanggor menghalang pembinaan kuil-kuil baru di merata Shah Alam.
Berita ini agak panas juga kerana Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar juga turut sama mengemukakan pandangan yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.
Untuk pelawat yang belum lagi mengikuti cerita ini, sila baca kisah seterus nya;
Tambah khalid , beliau telah mendapat persetujuan penduduk Sek. 19 untuk menyelesaikan masaalah tersebut dalam tempoh setahun.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam.
Berita ini agak panas juga kerana Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noh Omar juga turut sama mengemukakan pandangan yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.
Untuk pelawat yang belum lagi mengikuti cerita ini, sila baca kisah seterus nya;
- Menurut Khalid Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas mengambil alih kerajaan. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’.
- Peneranganbeliau selanjut nya ada lah saperti berikut, "Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
- Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya.
- Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
- Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil.
- Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap.
- Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian".
- Selanjut nya kata Khalid, dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
- Dalam lawatan beliau Pada Khamis 8hb Januari lalu beliau sempat menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!).
- Menurut maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19, ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Didapati sekumpulan orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut.
- Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut . Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan.
- Wakil kumpulan tersebut menyatakan bahawa gelanggang akan mereka bina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada pehak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran sebelum ini.
- Setelah di sisat, orang yang mengetuai kumpulan tersebut datang nya dari Melaka. Ketua tersebut menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon.
- Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun untuk membantu penduduk disana.
- Walhal mat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah semata-mata mahu provoke pihak kuil berkenaan.
- Saterusnya Khalid menyatakan bahawa ‘wakil rakyat’ di sini ada lah beliau, bukan orang Melaka tersebut (mungkin dia ingat dia masih di Melaka).
- "Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN", kata khalid.
Tambah khalid , beliau telah mendapat persetujuan penduduk Sek. 19 untuk menyelesaikan masaalah tersebut dalam tempoh setahun.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam.
kata Khalid. " Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”!
Maka saya mengekorinya; (hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam). Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15.
Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia.
Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.
Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris.
Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT.
Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman.
Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka.
Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia."
PAS Tolak Dakwaan Menjadi Penghalang Kepada Penubuhan Kerajaan Baru Terengganu
Saturday, August 29, 2009
Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib menolak dakwaan sebuah laman media Internet yang menuduh beliau menjadi penghalang kepada penubuhan kerajaan baru Terengganu.
Rujukan: Wan Kay (B.Online. Net)
- Katanya, beliau ada berjumpa dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah yang berlangsung di Kertih, Kemaman dua minggu lalu, namun tidak ada sebarang perbincangan berkaitan perkara yang disebut-sebut itu.
- Menurut beliau, ia tidak tahu menahu dalam bab ini, maklumat itu tidak sampai kepada beliau dan apa yang disebut-sebut itu tidak ada dalam maklumat beliau.
- Beliau yang juga ADUN Manir menafikan, ada perjumpaan yang berlaku diantara ADUN PAS dan ADUN BN sebagaimana yang ditulis dalam artikel yang disiarkan oleh Malaysian Insider.
- Beliau tidak pasti samada terdapat ADUN BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat, namun katanya beliau pernah menyarankan agar ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid supaya menyertai PKR.
Ahli MCA Kumpul Tanda Tangan Supaya Adakan EGM
Saturday, August 29, 2009

Anggota MCA bahagian Puchong Datuk Theng Book, selaku ketua jawatankuasa yang baru di tubuh untuk 'Selamatkan MCA', mendesak supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan.
- Menurut beliau, anggota jawatankuasa itu akan menjelajah ke seluruh negara dalam masa dua minggu akan datang untuk mendapatkan sokongan satu pertiga daripada 2,500 perwakilan pusat parti itu supaya EGM diadakan.
- Beliau berkata EGM itu bertujuan mengembalikan semula keanggotaan Dr Chua dan meluluskan usul tidak percaya terhadap Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.
- Pada sidang akhbar di sini Khamis, Thean mencabar Ong supaya mengadakan EGM sekiranya beliau yakin mendapat sokongan majoriti anggota parti.
- Beliau menafikan jawatankuasa 'Selamatkan MCA' ditubuhkan atas perintah Dr Chua.
Sumber: BERNAMA
Pemuda MIC Demonstrasi Jika UM Kekal Mahu Tukar Nama Jabatan Pengajian India
Friday, August 28, 2009
Pergerakan Pemuda MIC bercadang untuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sekiranya Universiti Malaya (UM) meneruskan hasrat mereka untuk menukar nama Jabatan Pengajian India universiti itu kepada Jabatan Pengajian India dan Asia Selatan.
Sumber: mStar Online
- Setiausahanya, C. Shivarraaj berkata, beliau berharap Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon mempertimbangkan permohonan mereka yang meminta nama jabatan itu dikekalkan.
- Memorandum bantahan yang diserahkan kepada Ghauth hari ini.Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan nama Jabatan Pengajian India akan ditukar kepada Jabatan Pengajian India dan Asia Selatan.
- Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kecewa dan marah di kalangan kaum India kerana jabatan tersebut dianggap sebagai lambang kebudayaan dan bahasa masyarakat India di negara ini.
- Shivarraaj berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa kertas cadangan untuk menukar nama jabatan itu telah diusulkan kepada senat. Justeru beliau mahu keputusan segera diambil berhubung perkara itu.
- Shivarraaj berkata, pihaknya turut menuntut supaya jabatan itu diterajui oleh tokoh akademik India kerana hanya kaum India sahaja yang lebih memahami kebudayaan dan bahasa mereka.
- Katanya, pihaknya juga sedia untuk duduk berbincang dan memberi kerjasama kepada UM sekiranya diperlukan.
- Dalam pada itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu MIC mahu UM mengekalkan nama Jabatan Pengajian India (ISD), dan sebarang langkah untuk menukar atau menambah namanya akan menyebabkan kesan serius.
- Samy Vellu menggesa Naib Canselor UM mempertimbangkan keputusan beliau untuk menukar nama jabatan itu kepada Jabatan Pengajian India dan Asia Tenggara.
krisis Umno Terengganu bertambah Tenat,Perlu Campur Tangan PM
Friday, August 28, 2009
Umno Terengganu kini sedang mengalami krisis berikutan masalah dalaman yang dihadapi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
- Terbaru, laporan sebuah portal turut menyatakan sembilan wakil rakyat Umno negeri itu bercadang meninggalkan parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.
- Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh salah seorang ADUN, Datuk Rosol Wahid.
- Dalam pada itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu.
- "Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan," kata nya.
Di Sebalik Kemenangan PAS-PR di Permatang Pasir
Friday, August 28, 2009
Analisis (dikemas kini)


Menurut lapuran Merdeka review, Calun PAS dari PR telah menundukkan calon UMNO-BN di Permatang Pasir, dengan kemenangan mutlak di kesemua saluran pengundian.
Sumber: Merdeka Review
- Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.
- Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu. PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.
- Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.
- Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.
- UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi). Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.
- Dalam lapuran itu, disebut memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini. Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN “berjaya merapatkan jurang”, golongan pengundi muda tetap bersama PR.
- Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.
- Walau macam mana pun, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti. Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim. Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO.
- Dikenalpasti, golongan yang tidak mengundi pada hari itu adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.
- Menrut rumusn Merdeka review penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR. Maka, kemenangan PAS-PR itu mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.
Tindakan Berani Mati Warga Keningau, Sabah
Friday, August 28, 2009
Kerana semata-mata untuk mengejar masa ke lokasi yang dituju, segolongan pelajar, remaja dan beberapa orang dewasa di Pekan Keningau sanggup ‘berani mati dengan memilih laluan bahaya untuk ke sekolah. Sedangkan jejambat telahpun disediakan di kawasan yang melintasi jalan tersebut.
- Kereta yang lalu lang disini,tidak mungkin akan melanggar kami, demikian jawapan seorang pelajar ketika ditanya.
- Masyarakat di sini timbulkan persoalan, kenapa perbuatan pelajar-pelajar di sekolah menengah yang terletak berhampiran dengan pekan itu, sanggup membahayakan diri sedangkan jejambat yang berharga ratusan ribu ringgit itu telah dibena di kawasan tersebut?
- Sebelum ini telah berkali-kali masyarakat disini, mendedahkan jejambat tersebut sebagai ‘gajah putih’, kerana tidak dimanafaatkan oleh pengguna.
- Tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata masyarakat menuding jari ke arah pihak berkuasa tempatan, khususnnya Majlis Daerah Keningau (MDK) kerana tidak menguatkuasakan undang-undang, sehinggakan membahayakan mereka yang merentasi kawsan berbahaya tersebut.
Sumber: warga keningau
Gara-Gara Politik Samy vellu Sanggup Putus Hubungan Dengan Anak Didik Nya
Friday, August 28, 2009
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau telah memutuskan hubungan dengan anak didiknya, Datuk S Sothinathan yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 12 September ini.
Sumber:mStar
- Menurut Samy, beliau tidak akan menerima Sothinathan kerana beliau telah membelakangkan hasrat nya dengan bertanding jawatan nombor dua.
- "Saya meminta beliau supaya menyokong penyandang jawatan timbalan presiden Datuk G Palanivel, tapi beliau tidak dengar cakap saya," katanya.
- Samy Vellu berkata, Sothinathan telah mengelirukan perwakilan dengan memberitahu cerita yang berlainan kepada orang yang berlainan bagi meraih undi.
- Sothinathan, 49, penyandang jawatan naib presiden akan mencabar Palanivel dan bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam bagi jawatan timbalan presiden.
- Samy Vellu, yang mengiktiraf Palanivel untuk terus memegang jawatan itu berkata, politik bukan satu permainan.
- Samy Vellu berkata, beliau adalah orang yang bertanggung jawab melantik Sothinathan sebagai setiausaha agung parti yang membolehkannya berhubung rapat dengan perwakilan dan pengerusi cawangan.
- Samy Vellu berkata, beliau mahu membina ahli-ahli pasukan dalam MIC namun Sothinathan ingin menjadi bekerja sendirian.
Gula Bernilai RM58,000 Di Rampas
Thursday, August 27, 2009
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) hari ini merampas 42 tan metrik gula bernilai RM58,800 daripada seorang pemborong gula di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai di sini kerana menjual gula tanpa lesen.
Sumber: mStar,BERNAMA
- Timbalan Pengarah KPDNKK, Mohamad Shahar Osman berkata, berdasarkan daripada maklumat orang ramai, seramai 10 anggota KPDNKK telah mengadakan serbuan ke atas premis berkenaan pada pukul 2 petang tadi dan merampas 787 kampit (setiap kampit 50 kg) dan 125 bungkus gula (setiap bungkus 1 kg).
- Mohamad Shahar berkata, kesemua gula yang dirampas itu akan dijual semula kepada peruncit. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 AKB 1961 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.
- Katanya kilang Gula Felda Perlis juga akan disiasat kerana membekalkan gula kepada pemborong yang tidak berlesen.
DiSebalik Kekalahan UBN Di Permatang Pasir
Thursday, August 27, 2009
Analisis (dikemaskini)


keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang lepas, boleh dijadikan bekal menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-13.
Rujukan: DS, klpos
- Calon BN, Rohaizat Othman, yang dibelenggu pelbagai skandal, kalah di tangan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Mohd Salleh Man, dengan majoriti 4,551 undi.
- Manakala Ustaz Mohd Salleh mendapat sokongan 9,618 undi manakala Rohaizat hanya mampu menarik 5,067 undi.
- Walau ia mungkin rendah sedikit berbanding majoriti 5,433 undi yang diraih bekas penyandang kerusi DUN itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman,(juga daripada PAS), yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu, namun ia boleh dianggap sebagai satu kemenangan besar kepada PAS jika diambil kira peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi.
- Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, kawasan pimpinan Datuk Seri Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- Kira-kira 72 peratus pengundinya adalah orang Melayu, hampir 26 peratus pengundi Cina, dan bakinya pengundi kaum lain.
- Menurut Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr P. Sivamurugan, strategi menimbulkan isu perkauman dan agama, serta menyerang peribadi pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat orang Melayu menimbulkan kesan sebaliknya ke atas BN.
- Tindakan BN-Umno memainkan politik perkauman menjauhkan mereka daripada para pengundi Cina, manakala percubaannya memujuk pengundi Melayu dengan memaparkan PAS sebagai parti yang terlalu bertolak ansur dalam melaksanakan nilai Islam dan menjadi konco kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang anti-Islam, gagal.
- Disebaliknya, isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, rasuah, ketelusan, integriti dan moral yang diketengahkan pembangkang lebih melekat di hati pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata beliau kecewa dengan sikap pengundi kawasan Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.
- Beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kekalahan BN menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.
- Pengarah Pilihan Raya BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata penduduk Permatang Pasir 'sudah memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera'.
- BN kalah tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak peristiwa 'tsunami' politik yang berlaku dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun lalu.
- Tidak terlalu lama lagi, PRU13, akan menjelang. Dalam hal ini UBN terpaksa mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kekalahannya dalam tujuh pilihan raya kecil tersebut. Analisis harus dijalankan secara serius dan terperinci.
- Strategi dan taktik pilihan raya baru perlu diterokai, manakala pendekatannya pula perlu diubah supaya lebih sesuai dengan trend perkembangan dan selera politik generasi pengundi masa kini di Malaysia.
MCA Pecat Timbalan Presiden
Thursday, August 27, 2009
Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan, mesyuarat Majlis Presiden MCA menerima dengan sebulat suara cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat bekas Menteri Kesihatan berkuat kuasa serta-merta berikutan kes skandal seks beliau yang terpapar dalam DVD akhir 2007.
- Keputusan ini dibuat demi kepentingan parti,"kata Ong pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden yang bersidang hampir enam jam bermula pukul 7 petang semalam.
- Ong juga berkata, beliau akan menjelaskan keputusan majlis itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
- Sementara itu, Dr. Chua berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin.
- Dr. Chua meninggalkan mesyuarat itu sebelum keputusan pemecatan beliau diumumkan. Bagaimanapun beliau berkata, sebagai anggota yang cinta dan taat setia kepada parti beliau menghormati keputusan dan perakuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden.
- Ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden, beliau berkata belum memikirkan lagi mengenai keputusan itu.
SKN Perak Disaman Tuntut Ganti Rugi, Ganti Rugi Teruk dan Ganti Rugi Contoh ?
Thursday, August 27, 2009

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh V.Sivakumar, hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.
Sumber: BERNAMA, mStar..baca selanjut nya- Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi, meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari dari tarikh ia difailkan.
- Dalam writ saman itu, Sivakumar yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) turut memohon injuksi untuk menghalang defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman daripada menafikannya daripada memasuki dan menggunakan Dewan Negeri atau menghalang plaintif daripada menggunakan pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai Speaker DUN.
- Beliau turut memohon injuksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan atau pencerobohan daripada pihak defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman.
- Dalam pernyataan tuntutan itu, Sivakumar mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.
- Beliau juga mendakwa tindakan defendan menafikan aksesnya ke Dewan Negeri adalah tidak mematuhi undangundang dan tindakan itu adalah tidak berperlembagaan.
- Sivakumar turut mendakwa tindakan defendan bersifat dengki dan bertujuan menyakiti plaintif di mana defendan berpihak kepada Datuk R.Ganesan sebagai Speaker dan menafikan hak plaintif sebagai Speaker yang sah.
8 ADUN UMNO Terengganu Menyertai PKR?
Wednesday, August 26, 2009The Malaysian Insider pernah melaporkan, sembilan Adun Umno diketuai Rosol dikatakan bersetuju menyertai PKR dan akan bergabung dengan lapan Adun PAS bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.
- Namun, menurut laporan portal itu, hasrat berkenaan terganggu apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama Pas, tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
- Ditanya mengenai tiada penglibatan wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab dan perbahasan pada dua hari persidangan dewan itu berlangsung, Rosol mengakui perkara itu kerana masih ada masalah dalaman di kalangan wakil rakyat parti itu dengan Menteri Besar yang belum selesai.
- Hingga hari ini,kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pembangunan negeri. Bagaimana kita nak pertahankan (pendirian kerajaan negeri dalam dewan) sedangkan kita pun tiada maklumat, kata Rosol.
- Tanpa mahu menjelaskan masalah dalaman yang berlaku, beliau berkata perkara itu sudah dibangkitkan semasa pertemuan dengan Najib pada 23 Ogos lepas.
- Walau macam mana pun, beliau berkata Presiden Umno telah memberi jaminan bahawa kemelut politik yang berlaku di Terengganu akan diselesaikan segera.
- Ketika di tanya, Rosol menafikan laporan berita kononnya beliau dan lapan lagi Adun bercadang meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.
PAS BerTambah Aktif Di Sabah?
Wednesday, August 26, 2009

Baru-baru ini, Naib Presiden PAS Pusat, YB Hj. Salahuddin Ayob, telah berkunjung di Sabah untuk membentang Munaqasah Ucapan Dasar PAS peringkat Negeri Sabah di Madrasah Darul Hidaya, Tawau.
Sumber: PAS Sabah, Mahasiswa Kini, SK
- Antara lain, beliau mengingatkan semua ahli PAS di semua peringkat supaya sentiasa menjaga amanah dan tangungjawab yang diberikan.
- Mereka hendaklah istiqamah dalam perjuangan dan menjalankan tugas sebaik mungkin untuk mempastikan kelancaran gerak kerja parti.
- Menurut beliau, keutuhan Parti Islam SeMalaysia PAS sehingga kini adalah kerana didokong oleh tiga golongan utama yang bekerja bersama dan bergading bahu untuk mempastikan kejayaan PAS, sekiranya salah satu dari tiga golongan ini di kesampingkan maka akan berlaku kepincangan dalam gerak kerja parti.
- Mereka ialah golongan Ulama, Profesional dan aktivis parti.
- katanya ketiga-tiga golongan ini perlu meraffakkan saf supaya tidak terdapat ruang anasir-anasir jahat yang berusaha melaga-lagakan antara golongan ulama dan profesional, khasnya bila menjelang pemilihan kepimpinan.
- Ketiga-tiga golongan ini telah banyak memberi sumbangan besar terhadap perkembangan PAS, sehingga PAS disegani, dihormati bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa PAS banyak memainkan perananya khasnya yang berkaitan dengan kepentingan Umat Islam dan sejagat, kata nya
- Beliau turut mengingatkan ahli agar terus memandangkan jauh kehadapan, mengurus parti dengan sistem pengurusan terkini, disamping mengambil iktibar dari perjuangan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu sehingga kita mampu mengecapi kejayaan kini.
Hukuman Fizikal Terhadap Wanita Sepatutnya Pilihan Terakhir - Najib
Wednesday, August 26, 2009
Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Sumber: mStar..baca seterusnya
- Perdana Menteri berkata dalam pelaksanaan hukum syarak di negara ini, pihak yang berkenaan diingatkan supaya jangan menjadikan wanita sebagai mangsa.
- menurut najib, sudah terlalu banyak kes sama ada dalam kes tuntutan nafkah atau cerai yang mana wanita selalu menjadi mangsa dan tidak ada penguatkuasaan sama sekali dari segi keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah.
- Najib berkata rasa simpati, belas kasihan dan proses tarbiah merupakan intipati ajaran Islam yang menjadi ajaran dan amalan Nabi Muhammad S.A.W, dan ajaran itulah yang harus menjadi ikutan umat Islam pada masa kini.
- "Kita hendaklah jangan terlalu ghairah kita mesti lihat Islam sebagai ajaran yang mengamalkan keadilan, saksama, pengasih dan penyayang dan dan yang lebih penting, bersikap adil dan peluang untuk menebus dan memperbaiki kesalahan sendiri adalah lebih penting daripada hukuman", kata beliau
Kartika Boleh Membuat Rayuan Dari Hukuman Sebat-Najib
Tuesday, August 25, 2009

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum.
Sumber: mStar
- Perdana Menteri, menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan menambah kata soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.
- Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya. Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.
- Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak. Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.
- Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.
Pemuda PBS Matunggong usul pertahan 2 kerusi Dun dan 1 MP
Tuesday, August 25, 2009
Ketua Pemuda PBS Matunggong, Marius Masain dalam usul beliau, mohon agar Ketiga-tiga kerusi pilihan raya di Kota Marudu di kekalkan kepada PBS.
Sumber: PBS KM
- Dasar pembahagian kerusi sudah dikompromikan ketika penyertaan semula PBS ke dalam BN dan adalah tidak bijak sekiranya dasar itu mahu diubah sesuka hati hanya kerana mahu melayan permintaan pihak tertentu, kata Marius.
- Tiga kerusi yang dimaksudkan Marius ialah kawasan Parlimen Kota Marudu, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dan DUN Matunggong. Kesemua kerusi ini diwakili PBS.
- Kenyataan Marius itu merujuk kepada ucapan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri yang memohon kepada Perhubungan Umno Negeri dan Pusat agar memberikan salah satu kerusi berkenaan kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang.
- Menurut Marius lagi, kenyataan Wetrom yang turut tersiar di sebuah akhbar tempatan boleh melemahkan kekuatan BN dan bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Selanjutnya Marius berkata, baik ketika berada dalam pembangkang mahupun kerajaan, rakyat di kawasan Kota Marudu tidak pernah sekalipun mengabaikan mandat mereka untuk meletakkan PBS sebagai wakil di ketiga-tiga kawasan itu.
8 Peraturan Baru SPR bermula Di PRK Permatang Pasir
Tuesday, August 25, 2009
Pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir berlangsung hari ini dengan lapan peraturan baru - antara lain mana-mana kenderaan yang membawa pengundi tidak dibenarkan mempamerkan bendera dan lambang parti bertanding.
Ia merupakan sebahagian usaha suruhanjaya itu untuk mengawal perbuatan berkempen sebaik sahaja tempoh berkempen rasmi berakhir 12 tengah malam tadi.
Menurut Aziz, SPR akan menguatkuasakan beberapa perkara kali ini tidak dibenarkan memasang logo, lambang dan bendera pada kenderaan sama ada yang kecil ataupun besar.
Selain itu, larangan lain yang turut akan diguna pakai kali ini ialah:Menurut Aziz, SPR akan menguatkuasakan beberapa perkara kali ini tidak dibenarkan memasang logo, lambang dan bendera pada kenderaan sama ada yang kecil ataupun besar.
- Tiada kempen selepas 12 tengah malam tadi (Isnin) hingga keputusan diumumkan hari ini (Selasa);
- Tidak dibenarkan mengadakan barong oleh parti-parti politik;
- Tidak ada lagi meja semakan daftar pemilih;
- Tidak membenarkan rumah kediaman dan pondok dijadikan untuk tujuan kempen esok;
- Tidak dibenarkan Aktiviti meraih dan merayu undi di kawasan tempat mengundi
- Tidak dibenarkan aktiviti meraikan kemenangan
- Keputusan akan diumumkan tepat pukul 8 malam hari ini (Selasa) jika tiada apa-apa masalah, kata Aziz.
- Aziz juga berkata, SPR menyediakan lapan kerusi roda kepada pengundi-pengundi uzur dan cacat.
- SPR sedia maklum, kita masih hadapi wabak influenza A(H1N1). Jadi Pejabat Kesihatan akan menyediakan meja bantuan di beberapa tempat dan pengundi-pengundi dinasihatkan memakai topeng perlindungan pernafasan ketika keluar mengundi.Petugas-petugas SPR memang dibekalkan topeng ini. Air 'sanitizer' juga akan disembur setiap dua jam di tempat-tempat mengundi," katanya.
- Mengenai peratusan keluar mengundi, Aziz menjangkakan kira-kira 80 peratus.
- Sumber: mStar
Sultan Kedah Telah Menerima Surat MB Mohon Radzhi DiGugurkan daripada jawatan Exco
Tuesday, August 25, 2009
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyerahkan surat kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memohon supaya Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco.
Sumber: mStar
- Azizan berkata surat permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain dilampirkan bersama surat beliau.
- Menurut beliau, Tuanku terima surat beliau dan hanya menunggu keputusan Tuanku.
- Selagi baginda tidak buat keputusan, Mohd Radzhi masih lagi Exco, kata beliau.
- Semalam, Mohd Radzhi mengistiharkan keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas tetapi tidak melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.
Kartika, Disebalik ‘Mantoya’ dan kerajaan Malaysia yang Islamik?
Monday, August 24, 2009
Untuk memperingatkan kes Kartika yang dikatakan wanita pertama di negara ini dijatuhi hukuman maksimum itu, saya post kan di sini artikel sensasi lagi menarik yang telah di catat oleh sdra Tarmizi Mohd Jam; Atau lebih terkenal lagi sebagai blogger sanggahtoksago.
Sejauh mana kebenaran pandangan beliau, sama-sama lah kita kongsi kan dan fikir-fikirkan bersama.
Pandangan beliau ada lah saperti berikut:
Sejauh mana kebenaran pandangan beliau, sama-sama lah kita kongsi kan dan fikir-fikirkan bersama.
Pandangan beliau ada lah saperti berikut:
- "ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan dapat dibuat ekoran berlangsungnya perbahasan agak hangat mengenai isu hukuman sebat ke atas seorang pesalah meminum arak baru-baru ini.
- Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, 20 Julai lalu, menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap model sambilan dari Sungai Siput, Perak, Kartika Sari Dewi Shukarno. Beliau didapati bersalah atas dakwaan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, pada 11 Julai 2007.
- Difahamkan hukuman enam sebatan, denda RM5,000 dan penjara tiga tahun adalah hukuman maksimum diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah seluruh negara di bawah Akta Mahkamah Syariah. Kartika dikatakan wanita pertama di negara ini dijatuhi hukuman maksimum itu.
- Keputusan itu mengundang pertikaian beberapa pihak. Seorang menteri bagi hal ehwal wanita dilaporkan terkejut dengan tindakan hakim, terutama membabitkan hukuman sebat itu.
- Beberapa pihak lain turut melontarkan pandangan mereka, menerusi media cetak dan siber. hujah bersandarkan undang-undang, ada yang merujuk hak asasi manusia. pula menggunakan logik akal. Tidak kurang juga menghuraikannya dari sudut agama. Segala perbahasan pro dan kontra itu membawa kepada beberapa pemerhatian dan kesimpulan.
- Pertama, umat Islam tidak harus terkeliru mengatakan hukum digunapakai dalam memutuskan kes tersebut adalah hukum Islam. Meski pun dinamakan hukum syariah, ia sebenarnya masih jauh dari menepati syariat Islam sebenar.
- Menurut hukum Islam, peminum arak hendaklah disebat. Jumlah maksimum pernah dilaksanakan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar ialah 40 sebatan. Saidina Umar pula menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan.
- Jumlah maksimum enam sebatan dalam undang-undang syariah Malaysia masih terlalu jauh untuk menyamai apa yang dimaktubkan dalam hukum hudud Allah. Ertinya, pelaksanaannya tidak boleh dijadikan bukti sudah menyempurnakan tuntutan pelaksanaan hukum Islam sebenar. Bagaimana pun dari segi semangat pelaksanaannya, ia suatu pendekatan dialukan.
- Kedua, hukuman itu dibantah orang Islam dan bukan Islam. Kalangan bukan Islam selalunya atas hujah hak asasi manusia. pun bagi yang Islam, apakah penentangan mereka atas kemanusiaan juga? Ataukah memang dengan niat membantah pelaksanaan hukum Islam (mengambil kira fahaman mereka kononnya kanun syariah adalah hukum Islam)?
- Jika atas niat menentang pelaksanaan hukum Islam, tidakkah itu sudah menjebak diri kepada pertikaian akidah?
- Kebetulan pula seminggu-dua ini umat Islam negara kita tiba-tiba menzahirkan sikap sangat prihatin terhadap hukum Islam. Gara-gara seorang pemimpin politik pembangkang Islam memegang lilin dalam satu sidang media mengenai kematian kontroversi seorang pemuda Cina, seluruh negara mempertikaikan perbuatan beliau dari sudut akidah.
- Malah para pemimpin yang selama ini tidak mengambi berat pelanggaran hukum Tuhan yang berleluasa dalam pemerintahan mereka sendiri pun tiba-tiba begitu beriya-iya mahu tahu apa pandangan dan hukum Islam mengenai perbuatan memegang lilin itu.
- Mengambil semangat positif mereka yang begitu prihatin terhadap hukum Islam dalam kes lilin itu, maka elok juga ditanya apa hukumnya bagi seorang Islam membantah hukuman sebat pesalah meminum arak jika ia di atas hasrat membantah pelaksanaan hukum Islam?
- Apakah perbuatan itu tidak menyentuh soal akidahnya? Kita rasa itu juga perlukan penjelasan dan penerangan para ulama dan mufti.
- Ketiga, wujud salah faham ketara berhubung kaedah pelaksanaan hukum sebat itu. Dalam hal ini, pendekatan diambil sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad (26 Julai) lalu wajar dipuji.
- Ia menyiarkan dua kumpulan gambar urutan pergerakan tangan penyebat, satu untuk pesalah sivil dan satu pesalah syariah. Perbezaannya ketara, bukan sahaja pada saiz rotan digunakan, malah teknik dan kekuatan hayunan ketika menyebat.
- Keempat, sepertimana diharapkan Kartika sendiri, hukuman ke atasnya akan menyedarkan dirinya dan pihak lain agar tidak mengulangi kesalahan sama. Kita pula mengharapkan pihak yang melakukan kesalahan serupa dikenakan hukuman sama, sebagai pengajaran kepada umat Islam lain.
- Ya lah, bukankah kita kerap baca cerita artis terlibat kemalangan dalam perjalanan pulang dari disko? juga kes pergaduhan antara personaliti tersohor di luar bar. Itu hanyalah secebis contoh perlakuan buruk orang terkenal yang dikaitkan dengan pengaruh alkohol.
- Satu contoh klasik, ada seorang menteri besar ke majlis rasmi kerajaan terhoyong-hayang memakain pakaian “Mantoya”. Mungkin wajar ditanyakan, mengapa hanya Kartika diseret ke mahkamah? Mengapa pembesar mabuk yang disaksikan ratusan mata itu tidak didenda dan disebat sama?
- Kelima, kes Kartika membuka ruang kepada kita merenung betapa ia sebenarnya hanyalah satu titik kecil dalam lautan hitam pelanggaran hukum Tuhan, khususnya berkaitan pengambilan arak.
- Contohnya, sepertimana ditegaskan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia ‘menyebat’ Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak.
- “Begitu juga perlu ‘disebat’ pihak terbabit (Umno) yang berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak,” katanya."
Anggota polis dikasari, pertimbang saman Gobalakrishnan
Monday, August 24, 2009
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ,anggota polis yang dikasari Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan semasa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di nasihati untuk mengambil tindakan itu secara peribadi.
Sumber:mStar, BERNAMA
- Menurut Hishammuddin, anggota polis terbabit akan mengambil tindakan undang-undang secara peribadi terhadap Anggota Parlimen berkenaan.
- seperti orang biasa dan mempunyai hak untuk berbuat demikian. Jadi terpulanglah kepadanya untuk mengambil tindakan berkenaan. kata beliau.
- Isnin lepas, Gobalakrishnan ditahan polis bagi membantu siasatan selepas mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
- Dalam kejadian itu, seorang anggota polis yang sedang bertugas dikasari semasa cuba meleraikan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu.
- Sementara itu, Hishammuddin berkata polis akan menyiasat dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang menyatakan tindakan Gobalakrishnan pada hari berkenaan didalangi oleh pihak tertentu.
Dr. Jeffery Tetap Dengan PKR
Monday, August 24, 2009
Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak perlawaan Parti Bersatu Sabah (PBS), sebaliknya menjemput pemimpin dan ahli PBS menyertai beliau dalam Keadilan dan Pakatan Rakyat bagi membela rakyat.
Dengan ada nya perkembangan baru ini, maka ia nya telah memansuhkan khabar-khabar angin yang menjangkakan, beliau akan menerima perlawaan untuk kembali ke pangkuan PBS.Jeffrey berkata PBS harus sedar bahawa keanggotaannya dalam Barisan Nasional semakin ditolak oleh rakyat termasuk kaum Kadazan yang menjadi teras sokongan parti itu. “Apakah yang sedang berlaku sekarang di bawah pimpinan BN? Masalah pendatang tanpa izin bertambah teruk, kemiskinan semakin berleluasa dan sebagainya,” kata Jeffrey. Jeffrey berkata tsunami politik yang berlaku di Semenanjung pada pilihanraya umum Mac 2008 akan bersambung di Sabah dan Sarawak. Menurut beliau, rakyat di kedua-dua negeri itu semakin sedar mereka kini mempunyai pilihan dalam Pakatan Rakyat untuk mengubah kerajaan bagi membebaskan diri daripada kemiskinan yang berbuah daripada enyelewengan kuasa dan kerakuasan Umno-BN. Beliau berkata Umno-BN akan terus melaksanakan dasar-dasar untuk sengaja “memiskinkan” rakyat Sabah bagi memastikan mereka terus bergantung kepada parti itu bagi bantuan asas. Jeffrey juga menolak slogan 1Malaysia yang dibawa oleh Najib Razak dan dicanang kepada rakyat Malaysia oleh Ketua Menteri Musa Aman. “Umno-BN naikkan gaji menteri-menteri. kalau rakyat didahulukan, kenapa bertindak untuk kepentingan pemimpin sahaja, rakyat dapat apa. Kenapa rakyat yang duduk atas tanah kerajaan dan rizab hutan di halau, rumah mereka di bakar, tanaman mereka di racun. Sebaliknya syarikat-syarikat dibenarkan bertanam kelapa sawit,” kata Jeffrey.
Rujukan: Sabah daily
Dengan ada nya perkembangan baru ini, maka ia nya telah memansuhkan khabar-khabar angin yang menjangkakan, beliau akan menerima perlawaan untuk kembali ke pangkuan PBS.
kekurangan Gula di sebabkan kelemahan rangkaian pengedaran gula?
Sunday, August 23, 2009kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mencari kaedah bagaimana untuk menstruktur semula rangkaian pengedaran gula di negeri tertentu supaya pengedar boleh menghantar bekalan kepada pengguna secara efektif.
- Menurut Timbalan Menteri Datuk Tan Lian Hoe,sesetengah pengedar dari kawasan utara sebuah negeri menghantar gula ke kawasan selatan dan dari selatan ke timur, dan jarak merupakan satu daripada faktor kelewatan bekalan sampai kepada pengedar berkenaan.
- Tan berkata kementerian juga mengkaji untuk menghadkan pengedaran gula kepada sesebuah negeri tanpa perlu mengedarkan komoditi itu ke negeri-negeri lain.
- Selanjut nya beliau menekankan agar di masa depan, pengedar di Selangor (sebagai contoh) hanya perlu membekalkan gula di Selangor sahaja, tanpa perlu menghantarnya ke negeri-negeri lain.
- langkah ini akan dapat menjimatkan kos pengangkutan dan masa penghantaran, kata beliau.
- Sumber: NST
Kerajaan Terengganu di minta Gazette kan Bangunan Parti Pembangkang ?
Sunday, August 23, 2009Kerajaan Terengganu telah diminta untuk 'gazette' kan bangunan yang digunakan untuk solat Jumaat oleh pemimpin pembangkang dan pengikutnya demi untuk mengurangkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini karena perbedaan fahaman politik.
Sumber:BERNAMA
- Wakil Rakyat dari Hulu Besut, YB. Nawi Mohamad mengatakan hingga saat ini, terdapat sekurang-kurang nya enam bangunan termasuk surau telah dikenal pasti, yang digunakan oleh parti pembangkang untuk melakukan solat Jumat kerana mereka tidak ingin menggunakan masjid yang telah dibangunkan oleh kerajaan.
- Menurut Nawi, bangunan-bangunan tersebut terdapat di Kampung Awek Kampung dan Pak Sik di Hulu Besut, Padang Landak di Jerteh, Kampung Tok Sabuh di Kuala Besut, Kampung di Kota Lahar Putera dan Kampung Tok Dat Jabi.
- Selaku timbalan ketua jawatan kuasa kebajikan negeri, hal-ehwal wanita dan Pembangunan Masyarakat, Nawi merasakan hal-ehwal agama harus menangani hal yang berhubung dengan 'gazette' terhadap bangunan tersebut.
- Masaalah ini telah berlarutan sejak tahun lapan puluhan lagi sehingga PAS mengambil tampuk kerajaan pada tahun 1999.
- Namun, ketika PAS kalah kepada Barisan Nasional pada tahun 2004, para pengikutnya kembalikan ke surau dan bangunan parti untuk menyempurnakan solat mereka.
- Nawi berharap hal ini akan diberikan perhatian serius demi untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
Dr Jeffrey Di jemput kembali Ke pangkuan PBS
Saturday, August 22, 2009
Baru-baru ini Parti Bersatu Sabah (PBS), menerusi naib presidennya Herbert Timbon Lagadan, telah menghulurkan jemputan terbuka kepada naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menyertai semula PBS.
- Dr Jeffrey harus mengkaji secara serius kedudukannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang kini lebih cenderung kepada tindakan menimbulkan keganasan dalam corak politik yang disemai ke arah keterlaluan.
Saya menggesa Dr Jeffrey, seorang penggalak keamanan dan undang-undang, supaya keluar dari pembangkang dan kembali semula kepada PBS sebagai bantahan dengan tingkah laku tidak etika beberapa pemimpin PKR, kata Timbon dalam kenyataan beliau. - Timbon mendakwa penyokong Dr Jeffrey, dalam dan luar PKR, telah mengadu mengenai sikap penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim yang merendahkan kedudukan hal ehwal Malaysia Timur serta tidak menghormati secara terbuka layanan terhadap pemimpin Sabah.
- Selanjut nya Herbert menegaskan, PBS sentiasa mempelawa Dr Jeffrey supaya kembali kepada PBS berikutan dia merupakan tokoh penting dalam penubuhan PBS pada 1983 dan 1984,” kata Timbon, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri.
Pemuda Pas kesal dengan keputusan Majlis Fatwa
Saturday, August 22, 2009Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi kesal keputusan muzakarah dibuat hanya berdasarkan andaian dan laporan media tanpa merujuk kepada maksud sebenar penuturnya, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sumber: BERNAMA
- Nasruddin mendakwa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu sokong Umno tidak masuk syurga dibuat atas kepentingan pihak tertentu.
- Keputusan tersebut menunjukkan Majlis Fatwa sanggup dipergunakan kerana tidak mendapatkan penjelasan tok guru (Nik Abdul Aziz) terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat, kata nya.
- Nasruddin berkata demikian bagi merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam yang memutuskan kenyataan Nik Abdul Aziz pada Isnin lepas kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada Islam sebenar.
- Pengerusi jawatankuasa itu Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dilaporkan berkata, keputusan muzakarah itu sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 dan tidak boleh dipertikaikan.
Pemuda PAS Pertikaikan Kedudukan Isteri Ke-2 Rohaizat ?
Saturday, August 22, 2009
Nampak nya medan “membunuh karektor” teruskan memainkan peranaan bilamana, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan mendakwa Calon BN Rohaizat Othman mempunyai isteri yang kedua yang dikenali sebagai ‘Hafizah’.
- Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.
- Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat “mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya”.
- Menurut Nasrudin Rohaizat telah mengabaikan Hafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil.
- "Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir,” kata Nasrudin selanjut nya.
- Namun Rohaizat menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri yang kedua yang dikenali sebagai ‘Hafizah’.
“Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama, Hafizah. ", kata beliau.
“Pembunuhan karektor” kini menguasai kempen Permatang Pasir
Friday, August 21, 2009
Ramai pemerhati politik melihat kempen pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kini telah bertukar menjadi medan “membunuh karektor”.
Sumber: mStar
- Nampak gaya nya, di Permatang Pasir sejak kedua-dua parti menamakan calon masing-masing, yang menjadi isu dan diperkatakan orang ialah soal-soal yang berkisar kepada isu-isu peribadi calon dan amat jelas sekali ia sedang menuju ke arah “pembunuhan karektor” bukannya soal siapa yang boleh membawa pembaharuan, pembangunan atau perubahan kepada untung nasib masyarakat setempat.
- suasana ini tidak berlaku pada beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu; samada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang mahupun yang terbaru di Manek Urai.
- Jelas kelihatan, kedua-dua parti menamakan calon masing-masing, yang menjadi isu dan diperkatakan orang ialah soal-soal yang berkisar kepada isu-isu peribadi calon dan amat jelas sekali ia sedang menuju ke arah “pembunuhan karektor” bukannya soal siapa yang boleh membawa pembaharuan, pembangunan atau perubahan kepada untung nasib masyarakat setempat.
- Rohaizat dan lain-lain pemimpin UMNO telah memberikan penjelasan bahawa isu tersebut diselesaikan secara baik antara Rohaizat dan pelanggan firma gaumannya itu malah Rohaizat tidak dicaj di mahkamah atas apa jua pertuduhan atau disabitkan dengan apa jua kesalahan sivil mahupun jenayah.
- Namun sebagai calon, beliau maseh lagi dikaitkan dengan soal integriti iaitu tindak tanduk firma guamannya mengendalikan satu kes yang melibatkan pelanggan mereka, sebuah koperasi Bumiputera di Pulau Pinang berhubung soal pembelian tanah sehingga menyebabkan lesen amalan guamannya ditarik balik oleh badan yang mengawalselia aktiviti dan etika profesion guaman di Malaysia.
Kenderaan SPRM Di Lempar Bom Molotov Koktil
Friday, August 21, 2009
Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dipercayai selepas dilempar dengan enam bom molotov koktil awal pagi tadi.
Sumber: mStar..baca berita selanjut nya
- Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Klang Lama di sini pagi tadi mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh pegawai penyiasat SPRM telah rosak.
- Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai "tindakan pengecut" dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan.
- Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, pegawainya akan membuat laporan kepada pihak polis Klang berhubung insiden itu.
Sairin Umpamakan Pakatan Rakyat Sebagai Kerak Nasi
Friday, August 21, 2009
Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Hj. Sairin Hj. Karno berkata, pakatan Rakyat (PR) tidak kekal lama. menurut beliau PR ada lah komponen parti yang rapuh dan dia umpamakan sebagai kerak nasi yang apabila dibasahi air, akan berpecah secara perlahan-lahan.
Sumber: NST
- Sairin berkata, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim tidak mempunyai kekuatan dalam perjuangannya.
- Sejarah telah terbukti bahawa ramai ahli-ahli parti itu yang akhirnnya menyertai perjuangan Barisan Nasional, kata nya.
- Menurut Sairin, rakyat tahu pembangkang tidak setanding dengan kerajaan , tetapi bertahan dalam perjuangan itu kerana menegakkan sesuatu yang mereka sendiri tidak faham.
- Sairin berkata, beberapa parti yang memerintah di negeri ini mengalami kekalahan drastik, disebabkan pemimpinnnya gagal menyatupadukan rakyat.
- Bermula daripada Usno, Berjaya dan PBS, akhirnya mereka kecundang di tangan rakyat, disebabkan perpaduan tidak dijadikan agenda penting untuk mengekalkan kuasa, katannya.
- Selanjutnya beliau berkata, BN yang diterajui oleh parti Umno memiliki kekuatan yang luar biasa, kerana pemimpinnnya menjadikan perpaduan sebagai teras utama.


