Gempa Kuat Di Sumatera, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Wednesday, September 30, 2009
Satu gempa kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia. Gegaran itu berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) di barat daya bandar Padang di Sumatera Barat.
Sumber: AP
- Pada jam 6.59 petang ini, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.
- Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.
- Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.
- Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.
- Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini.
Seorang Suri Rumah Dituduh Hantar 205 SMS ganggu
Wednesday, September 30, 2009Bavani Subramaniam, 40 tahun, dituduh mengganggu Encik V. Kalaiselvan, 55 tahun, dengan mengirimkan sekitar 205 pesanan ringkas (SMS) berbaur hinaan sepanjang empat bulan setengah.
Bavani, yang minta dibicara, didakwa mengirim SMS kepada mangsa 59 kali dalam satu hari pada 22 Januari; sekali pada 23 Januari; dan berlanjutan sehingga 30 Mei lalu.
Antara lain, dia didakwa mengirim SMS berbunyi 'Kau pengecut' dan 'Kau tidak waras'.
Jika didapati bersalah, Bavani boleh didenda sehingga $5,000 bagi setiap tuduhan.
Bavani, yang minta dibicara, didakwa mengirim SMS kepada mangsa 59 kali dalam satu hari pada 22 Januari; sekali pada 23 Januari; dan berlanjutan sehingga 30 Mei lalu.
Antara lain, dia didakwa mengirim SMS berbunyi 'Kau pengecut' dan 'Kau tidak waras'.
Jika didapati bersalah, Bavani boleh didenda sehingga $5,000 bagi setiap tuduhan.
Obama Minta Malaysia Kekalkan Persafahaman Antara Agama
Tuesday, September 29, 2009
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sekali lagi menekankan bahawa negara itu menghormati dan menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam yang berjaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Negara AS, James B. Steinberg kepada beliau dalam kunjungan ke pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Menurutnya, Obama turut berharap Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama.
Sumber: Utusan malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Negara AS, James B. Steinberg kepada beliau dalam kunjungan ke pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Menurutnya, Obama turut berharap Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama.
Sumber: Utusan malaysia
Gudang Tayar Terbakar Di Kuching Sarawak
Tuesday, September 29, 2009
API MARAK..anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran yang melibatkan sebuah gudang menyimpan tayar terpakai seluas tiga padang bola sepak di Kilometer 15 Jalan Kuching-Serian, lewat malam semalam.
Sumber: BH
Kebakaran ini menyebabkan penduduk sekitar terpaksa menghidu asap tebal yang boleh mengancam kesihatan mereka.
Dalam kejadian jam 7 malam berkenaan, api dipercayai bermula dari longgokan tayar di luar gudang sebelum merebak ke kawasan kilang menyebabkan berlaku beberapa letupan kecil.
Dalam kejadian jam 7 malam berkenaan, api dipercayai bermula dari longgokan tayar di luar gudang sebelum merebak ke kawasan kilang menyebabkan berlaku beberapa letupan kecil.
Demonstrasi Menggunakan Lembu Trend Baru Di Selangor ?
Tuesday, September 29, 2009
Nampak nya aktiviti perarakan menggunakan Lembu sudah menjadi trend baru di Selangor.
Baru sahaja sebulan demonstrasi secara aman oleh 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 28 Ogos lepas, sekali lagi lembu diarak ke bangunan yang menempatkan kompleks pentadbiran kerajaan negeri itu kelmarin.
Sumber: BERNAMA
Baru sahaja sebulan demonstrasi secara aman oleh 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 28 Ogos lepas, sekali lagi lembu diarak ke bangunan yang menempatkan kompleks pentadbiran kerajaan negeri itu kelmarin.
- Kali ini 75 anggota Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak di hadapan pintu masuk utama bangunan itu membawa 30 kenderaan termasuk lori dan trak pikap yang memuatkan lembu, kambing dan tong susu.
- Pengerusinya Samad Kassim berkata demonstrasi secara aman itu diadakan kerana tidak berpuas hati dengan kelewatan pihak kerajaan negeri menangani masalah yang dihadapi dua orang anggota persatuan itu, malam Khamis lepas.
- Dalam insiden itu, ladang ternakan yang menempatkan lebih 300 ekor lembu dan kambing di Lembah Sungai Tua Hulu Yam ditenggelami air dan sampah sarap apabila sebuah empangan yang terletak berhampiran ladang itu pecah dan menghanyutkan sampah sarap dari sebuah kawasan pelupusan sampah berdekatan pada pukul 8.50 malam.
- Sehingga hari ini, tidak ada wakil rakyat atau Exco Pertanian Selangor Yaakob Sapari turun sendiri ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak, katanya kepada pemberita.
- Samad berkata bantuan yang diterima setakat ini ialah bantuan makanan haiwan yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor.
- Apa yang menyedihkan, katanya komen daripada seorang Ahli Majlis Perbandaran Selayang yang mempertikaikan kandang lembu dan kambing itu didirikan secara tidak sah sedangkan salah seorang daripada penternak, Mohd Sharif Gulam yang menternak 200 lembu daging mempunyai permit dan membayar cukai kepada Majlis Perbadaran.
- Samad kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum mengadakan pertemuan ringkas dengan Yaakob berhubung isu itu.
- Selepas pertemuan itu, beliau berkata pihak kerajaan negeri berjanji untuk memberi bantuan bekalan makanan, air bersih, bahan binaan bagi membina kandang sementara dan jentera bagi membersihkan kawasan kandang dan menanam bangkaibangkai haiwan.
- "Kita bagi tempoh seminggu, kalau tidak ada bantuan kita akan buat satu lagi press conference (sidang akhbar)," katanya.
- Selain itu, Samad berkata salah seorang pemilik kandang yang beroperasi di bawah talian Tenaga Nasional Bhd telah dijanjikan satu tapak yang sesuai untuk memindahkan ternakannya.
Lebuh Raya Cheras Menghala ke Petaling Jaya Sesak
Tuesday, September 29, 2009
Traffic Jam... Keadaan di plaza tol Lebuh Raya Cheras menghala ke Petaling Jaya sesak setelah warga kota kembali bekerja selepas bercuti selama seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.
Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini.
Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini.
Penguatkuasan Bertambah, Kadar Kematian Jalan Raya Juga Semakin Bertambah ?
Tuesday, September 29, 2009
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri melahirkan rasa terkilan kerana kadar kematian di jalan raya di negara ini khususnya di musim perayaan masih di tahap tinggi.- Sambil memberi contoh kadar kematian purata yang masih di tahap 17.5 orang setiap hari antara 13 Sept dan 24 Sept, beliau berkata catatan kemalangan itu perlu diberi perhatian.
- Dilapurkan, walaupun dengan kehadiran 2,000 orang anggota polis dan ramai penguatkuasa lain yang berada di sepanjang lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara namun kemalangan masih berlaku.
- “Kemalangan maut sebegini adalah sesuatu tragedi kerana di musim rakyat semua bergembira…setiap hari ada 18 ahli keluarga yang bersedih akibat ahli keluarga yang terlibat dengan kemalangan jalan raya sama ada membabitkan kereta dipandu laju atau secara yang tidak berhemah,” katanya.
- Berikutan itu, beliau berkata terdapat keperluan untuk mempertingkatkan lagi mekanisme dan kaedah penguatkuasaan baru seperti yang dilakukan di kebanyakan negara maju supaya sasaran menurunkan kadar kemalangan ke tahap dua daripada setiap 10,000 kenderaan dapat dicapai.
Perkumpulan Diskusi Ilmiah Siswi Didenda RM1400 Kerana Berdiskusi ?
Monday, September 28, 2009

Ekoran daripada melakukan perkumpulan diskusi ilmiah atau ‘usrah’, beberapa orang siswi telah didenda RM1400 oleh pentadbiran kolej kediaman universiti, di Bangi.
Sumber: mahasiswakini
- Seorang siswi mendakwa dalam kejadian yang berlaku pada 14 Ogos tersebut, seorang felo yang bertugas telah menyerbu masuk surau yang menjadi lokasi program dijalankan atas alasan tidak mendapat kebenaran pihak pengurusan. Kad matrik mereka juga telah dirampas dengan alasan menceroboh dan dibawa kepada pengetua kolej berkenaan.
- Sambil mengkritik tindakan felo berkenaan, wakil mahasiswa Mohd Fikah Sanusi juga mempersoalkan pendirian pengurusan kolej yang tidak menyaman beberapa program kolej berkenaan yang disifatkan beliau sebagai “tidak berkualiti”.
- “Apa sebenarnya yang berada dibenak dan hati pengurusan kolej sebenarnya.? Usrah relate dengan pembangkang? Atau lebih advance lagi terrorist.? Siapa sebenarnya yang bertindak seperti pelampau? Pengurusan kolej ataupun siswi yang hadir usrah? Perkara ini akan cuba diselesaikan secepat mungkin agar tiada pihak lagi selepas ini yang teraniaya dek kedangkalan akal sesetangah pihak seperti ini,” tambah beliau dalam kenyataannya.
- Menurut sumber lain, kolej berkenaan yang dipimpin oleh pengetuanya, Prof Madya Dr Samsu Adabi yang merupakan tenaga akademik di Fakulti Pengajian Islam didakwa merupakan kolej yang paling ramai membuang pelajar dan mengugut pelajar untuk buang kolej berkenaan jika tidak aktif kolej.
- Dalam pada itu, pensyarah tersebut juga didakwa terlibat dalam jenayah akademik apabila tidak mendapat akreditasi atas status ‘Professor Madya’ sebaliknya menggunakan pihak yang berkepentingan dalam pengurusan universiti berkenaan.
- Wakil kolej kediaman tersebut cuba dihubungi tetapi tidak mendapat jawapan jelas berkenaan isu ini.
Lautan Coklat Di Manila
Monday, September 28, 2009
Sekurang-kurang 106 orang terkorban, 23 lagi hilang, manakala 330,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran daripada hujan lebat dan banjir besar menyusuli Taufan Ketsana (atau Taufan Ondoy) di pulau Luzon, menurut para pegawai semalam.
Sumber: AP, AFP, Reuters.
- Manila merayu bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan mereka yang terkandas, dan memohon maaf di atas kelambatan operasi menyelamat dalam banjir terburuk dalam masa empat dekad.
- Hujan selama sembilan jam kelmarin menukar ibu kota Manila menjadi lautan berwarna coklat, jalan raya menjadi sungai, banyak rumah tenggelam, sesetengahnya di hanyutkan arus, apabila banjir di sesetengah tempat mencapai ketinggian lebih enam meter.
- Penduduk yang terkandas mencari perlindungan di bumbung rumah atau kereta sementara menunggu kedatangan para penyelamat.
- Di tempat lain, penduduk yang tidak sabar menunggu untuk diselamatkan, meredah banjir sambil menggendung anak dan barangan lain di bahu atau kepala mereka.
- 'Kami tak ada pilihan lain kecuali meredah banjir ini. Kami tidak boleh menunggu pekerja penyelamat,' kata pegawai bank, Cik Rachelle Solis, 35 tahun, yang hampir hanyut ketika menjemput dua anaknya dari pusat jagaan siang apabila air banjir sudah setinggi satu meter.
- Di sana sini bangkai anjing dan ayam terapung di permukaan air sewaktu pekerja penyelamat mengemudi bot untuk mengelak timbunan sampah yang tersangkut.
- Operasi menyelamat menyaksikan helikopter tentera dan bot getah berkejar ke serata Manila untuk menyelamatkan penduduk yang berada di bumbung rumah dan kereta.
- Tentera Amerika Syarikat turut menyumbang sebuah helikopter dan enam bot dalam operasi menyelamat.
- Presiden Gloria Arroyo, yang menggesa rakyat Filipina supaya bertenang, mengarahkan semua kerja menyelamat diselesaikan menjelang tengah malam tadi.
Changi Singapura, Lapangan Terbang Terbaik Dunia
Monday, September 28, 2009
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Changi meraih lima anugerah kecemerlangan, termasuk Anugerah Lapangan Terbang Terbaik bulan ini.
Lapangan terbang itu telah diundi sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pembaca majalah Business Traveller, edisi Britain.
Sumber: Cy Online
Lapangan terbang itu telah diundi sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pembaca majalah Business Traveller, edisi Britain.
- Buat kali pertama ia memenangi anugerah tersebut ialah pada 1988.
- Sejak itu, ia dianugerahi pengiktirafan tersebut selama 22 tahun berturut-turut.
- Selain anugerah itu, ia juga telah diundi sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia buat kali ke-18 berturut-turut oleh pembaca Business Traveller's edisi Asia Pasifik.
- Lapangan Terbang Changi juga memenangi anugerah Lapangan Terbang Bebas Cukai Terbaik Dunia oleh majalah tersebut untuk kali ke-12 berturut-turut.
- Dalam satu lagi undian dalam talian yang dianjurkan majalah pelancongan Smart Travel Asia (www.smarttravelasia.com), Lapangan Terbang Changi diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Terbaik Sedunia.
- Ia terletak di tangga teratas, mengatasi lebih 100 lapangan terbang lain.
- Menurut Smart Tavel Asia, kemudahan membeli-belah, kehijauan dan warna-warni dan Terminal Tiga Changi yang baru telah membuat Changi sebagai salah satu 'pesaing hebat'.
- Selain itu, lapangan terbang tersebut juga meraih Lapangan Terbang Antarabangsa Terbaik daripada majalah Travel Weekly China.
- Sejak mula beroperasi pada 1981, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi telah memenangi lebih 300 anugerah.
Mayat ketua kumpulan Agama Dibalut Plastik Selama 13 Bulan
Monday, September 28, 2009
Polis sedang menyiasat kes kematian seorang lelaki Sabah yang mayatnya ditemui dibalut di dalam sebuah beg plastik selama 13 bulan di sebuah rumah di Taman Kobusak Villa, di Penampang, Kota Kinabalu.
Sumber: Cy Online
- Ini kerana mendiang Ching Chi Vui, yang merupakan ketua sebuah kumpulan keagamaan, Benevolent Missionary Association, dikatakan mengaku dirinya seorang nabi dan mendakwa akan hidup semula. Beliau telah mewasiatkan kepada para pengikutnya supaya tidak mengebumikan mayatnya.
- Polis yang melakukan serbuan di rumah itu menemui dua wanita adik beradik sedang berdoa supaya mayat Encik Ching kembali hidup.
- Mayat beliau yang dibalut kemas dengan plastik diletak di tengah ruang tamu rumah berkenaan.
- Polis setakat ini telah menahan tiga wanita berumur antara 26 tahun dengan 44 tahun berasal dari Tawau bagi membantu siasatan.
- Penghuni rumah itu juga dikatakan tidak menjelaskan sewa tertunggak kira-kira RM20,000.
- Malah, bekalan elektrik dan air telah dipotong kerana penghuninya gagal menjelaskan bil.
- Seorang jiran yang enggan dikenali berkata beliau sering mendengar suara seperti orang berdoa daripada rumah itu pada waktu malam.
- Ketua Polis Penampang, DSP Madang Usat, mengesahkan kes itu tetapi enggan membuat sebarang ulasan.
Samy Vellu Patutnya Cuti 20 Tahun ?
Monday, September 28, 2009- Menurut Tun Mahathir, Datuk Seri Samy Vellu sepatutnya sambung cuti se hingga 20 tahun lagi. Dua bulan itu tak cukup.
- Dr Mahathir berkata begitu semasa mengulas laporan bahawa Datuk Seri Samy Vellu akan bercuti selama dua bulan daripada bertugas sebagai Presiden MIC.
- Ia ekoran desakan pelbagai pihak supaya Datuk Samy Vellu menimbang semula pelan persaraannya.
- Dr Mahathir berkata Datuk Seri Samy Vellu sepatutnya tidak lagi memegang jawatan nombor satu dalam parti itu.
- Menurut beliau, Datuk Seri Samy Vellu telah terlalu lama menjadi Presiden MIC. Tindakannya tidak mahu melepaskan jawatan hanya akan menimbulkan kebencian ramai orang.
- Dia tak boleh dah duduk situ. Dah 30 tahun. Dia lebih lama daripada saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan, tegas Dr Mahathir.
- 'Masa saya letak jawatan, bukannya orang benci sangat. Tapi saya masih letak jawatan. Ini dia lagi duduk situ, lagi orang benci,' jelas beliau.
- Dr Mahathir menyifatkan penubuhan Parti Makkal Sakthi sebagai langkah terbaik bagi memastikan sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat diraih semula.
- Menurutnya, parti itu mampu menjadi pengganti kepada MIC yang semakin kehilangan pengaruh di kalangan kaum India di Malaysia.
- 'Saya lihat banyak sokongan terhadap penubuhannya. Saya rasa ia sesuatu yang bagus kerana kita tidak mahu kehilangan sokongan kaum India,' kata beliau seperti ditukil akhbar Sunday Star semalam selepas mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan di sini, semalam.
- Kelmarin, Presiden Makkal Sakthi, Encik R.S.Thanenthiran, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka melancarkan penubuhan parti itu pada 10 Oktober ini.
- Menurut Encik Thanenthiran sekitar 50,000 orang sudah mendaftar jadi ahli.
- Makkal Sakhti ialah serpihan pertubuhan haram Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), malah Encik Thanenthiran sendiri pernah menjadi penyelaras pergerakan itu.
Rumah Dibakar Gara-Gara Larikan Anak Dara Orang
Monday, September 28, 2009
Kerana cinta, seorang pemuda bertindak nekad melarikan teman wanitanya. Namun, perbuatan itu mengundang padah apabila bapa gadis itu menjadi berang lalu membakar rumah keluarga pemuda tersebut.
Sumber: Cy Online
- Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood, berkata suspek berusia 44 tahun itu datang ke rumah bapa pemuda itu semata-mata untuk berbuat demikian.
- 'Suspek dan rakannya turut memukul bapa pemuda itu dengan menggunakan paip getah sebelum menghumban motosikal mangsa ke dalam rumah dan membakar kenderaan itu.
- 'Akibatnya, keseluruhan perabot dan barangan dalam rumah mangsa rosak dan mengakibatkan kerugian kira-kira RM80,000.
- Menurut Superintendan Zundin, mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Beliau kini telah pulih dan sudah dibenarkan pulang.
- Polis menerima laporan pada 12.10 tengah malam pada hari kejadian dan terus menjejaki kedua-dua suspek.
- Berdasarkan maklumat awam, polis berjaya memberkas suspek bersama rakannya di Kuala Lumpur tidak sampai 24 jam selepas serangan berlaku.
- Menurut Superintendan Zundin lagi, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan.
- Mereka boleh dikenakan hukuman tujuh tahun penjara jika sabit kesalahan.
- Kedua-dua suspek juga disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
- Superintendan Zundin menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang membelakangi undang-undang jika berlaku perselisihan faham.
Cabaran Letak Jawatan Isu Lama Yang Tidak Perlu Dilayan - Nik Abdul Aziz
Sunday, September 27, 2009
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.
- Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.
- Banyak perubahan daripada segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di sini, pada Ahad.
- Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.
- Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan Menteri Besar itu supaya anggota Parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.
- Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.
Rumah Pengerusi DAP Sarawak Dibaling Bahan Letupan
Sunday, September 27, 2009
Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dikejutkan dengan penemuan bahan letupan bunga api yang gagal meletup yang ditemui di perkarangan rumahnya kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Sumber: BERNAMA
- "Bahan yang ditemui itu mampu menghasilkan letupan yang kuat dan memekakkan telinga, malah lebih berbahaya daripada bom botol (molotov cocktail)," katanya kepada pemberita di rumahnya di Jalan Ipoh di sini.
- Wong yang juga seorang peguam dan anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek berkata beliau telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
- "Saya tidak pernah menyangka saya menjadi sasaran sebegini. Polis ada bertanyakan sama ada saya ada musuh, secara jujur adalah mustahil bagi seorang ahli politik tidak mempunyai musuh politik," katanya.
- Beliau percaya bahan letupan itu dilempar ke perkarangan rumahnya selepas pukul 1 pagi kerana beliau tidak melihat apaapa sebaik pulang daripada menghadiri satu majlis kira-kira pukul 12 tengah malam.
- Beliau berkata ini bukan kejadian pertama ahli politik DAP di negeri itu menjadi sasaran sedemikian.
- Baru-baru ini bom botol telah dilempar ke perkarangan rumah anggota Parlimen Bandar Kuching dari DAP, Chong Chieng Jen.
BN Perlu Menang di Bagan Pinang
Saturday, September 26, 2009
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang walaupun beliau menganggap "kerusi itu agak selamat".- Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah persiapan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu 11 Nov ini dan Pemuda Umno kini dalam proses mengenal pasti pengundi muda."Bagi soal pencalonan, kami serahkan kepada pucuk pimpinan dan tidak perlu dibahaskan lagi.
- "Bagi jentera Pemuda Umno tiada masalah dan bagi diri saya, Pemuda di Teluk Kemang memang bersatu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.
- Katanya beliau telah berbincang dengan Pemuda MIC untuk saling bekerjasama dengan BN, bukan sebagai parti komponen tetapi sebagai jentera pilihan raya tunggal.
- "Semua sayap Pemuda BN akan bekerjasama, bukan sebagai parti komponen berlainan. Sebagai contoh, saya akan mengadakan ceramah di sebuah ladang yang penduduknya majoriti India kerana ia berjiran dengan kawasan yang diwakili saya, Rembau". Katanya respons daripada Pemuda MIC amat baik dan beliau tidak menjangkakan sebarang masalah untuk bekerjasama.
PAS Tetap Komited Bersama Pakatan Rakyat.
Saturday, September 26, 2009
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.
- Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.
- Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar, kata nya.
- PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas beliau.
- Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS, kata beliau.
- PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.
Walau Pun Dipecat Murugiah Tidak Akan Sertai Pembangkang
Saturday, September 26, 2009
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah menegaskan beliau tidak akan menyertai pembangkang walaupun sudah dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP).
- Murugiah berkata, walaupun kini beliau tidak mempunyai sebarang parti, namun beliau adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN).
- “Walaupun saya tiada parti sekarang, saya mempunyai seramai 157,000 penyokong bersama saya yang turut keluar daripada PPP.
- Saya masih belum menentukan parti politik mana yang akan saya sertai, sedang tunggu arahan pucuk pimpinan BN untuk keputusan seterusnya," katanya pada sidang media.
PM Lancar Parti Makkal Sakti 10 Oktober
Friday, September 25, 2009
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijadual melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini, 10 Oktober ini. Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu.
- Setiausaha Agung parti, Kannan Ramasamy berkata, Perdana Menteri telah menerima jemputan untuk melancarkan parti itu.
- "Kami gembira beliau menerima jemputan kami dan ia permulaan yang baik untuk mempunyai Perdana Menteri melancarkan parti kami," kata Kannan.
- Ia akan dilancarkan pada pukul 10 pagi di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.
- Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.
- Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran merupakan Presidennya.
- Dalam masa yang sama, Parti Makkal Sakti Malaysia ini bersedia untuk menerima bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam.
- "Pintu untuk Parti Makkal Sakti terbuka kepada sesiapa saja termasuk Subramaniam. Kami sedia untuk menerima jika mereka berminat untuk menyertai kami," kata Presiden Parti Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran.
2009 - Tahun Bersama Pilihan Raya Kecil ?
Friday, September 25, 2009Baru-baru ini, SPR telah menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional. Dikatakan, punca pengutusan surat tersebut kerana ADUN nya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.
Sumber: SD
- Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.
- Dalam pada itu, di katakan SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.
- Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.
- Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).
- Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.
- Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).
19 Warga Bangladesh Ditahan Di Pesta Seks
Friday, September 25, 2009
Ketika umat Islam bertakbir dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri, sekumpulan warga Bangladesh mencemari kemuliaan Syawal dengan menganjurkan pesta seks di sebuah rumah kongsi, di Felda Krau 4 dekat sini, baru-baru ini.
- Pesta maksiat membabitkan 19 warga Bangladesh itu dikesan pada malam Isnin lalu apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub menyerbu rumah kongsi itu pada 2.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
- Selain warga Bangladesh berusia 20 hingga 30 tahun yang kebanyakannya pekerja ladang, polis menahan tiga wanita tempatan, termasuk seorang berusia 17 tahun dipercayai pelacur.
- Seorang lelaki rakyat tempatan berusia 56 tahun, dipercayai bapa ayam, turut ditahan tidak jauh dari premis berkenaan.
- Polis turut menemui beberapa kondom terpakai dan yang belum digunakan bersepah di atas lantai rumah kongsi itu.
- Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Samsuddin Wan Osman, berkata siasatan awal mendapati bahawa wanita berusia antara 17 dengan 43 tahun itu berada di rumah kongsi tersebut sejak malam Ahad lalu untuk melayan nafsu warga Bangladesh yang terlibat.
- 'Gadis berusia 17 tahun yang juga penduduk tempatan itu sudah berhenti sekolah dan dipercayai mempunyai masalah keluarga,' katanya.
- Menurut Superintenden Wan Samsuddin, selepas polis memasuki rumah kongsi itu, beberapa warga Bangladesh cuba melarikan diri, namun usaha mereka itu gagal kerana kawasan tersebut sudah dikepung.
- 'Hasil pemeriksaan, kami dapati rumah berkenaan dibahagikan kepada beberapa bilik,' katanya.
- Beliau berkata semua warga Bangladesh terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan tidak bermoral itu.
- Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, ketika diminta mengulas mengenai tangkapan itu berkata sebagai orang Islam, mereka sepatutnya menghidupkan kedatangan Syawal dengan beribadat, bukan melakukan maksiat.
- 'Sepatutnya umat Islam menjaga kesucian agamanya dengan melakukan ibadat dengan penuh ketakwaan setiap masa, bukan hanya dalam bulan tertentu,' katanya.
- Menurut beliau, individu yang melakukan perkara terkutuk seperti itu boleh dianggap memisahkan agama dengan diri mereka sendiri.
Anifah Pelik Dengan Media Indonesia
Thursday, September 24, 2009
Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berasa pelik dengan sikap media Indonesia yang enggan menerima penjelasan akan isu tarian Pendet yang telah mencetuskan insiden anti-Malaysia di negara itu.- Sebaliknya, para pemberita Indonesia terus mengulangi isu itu di surat khabar, kata beliau kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, di sini, hari ini.
- Beliau berkata, Malaysia telah pun menerima penjelasan Discovery Channel mengenai kontroversi tarian Pendet itu dan penjelasan itu juga telah disampaikan kepada kerajaan Indonesia dan mereka juga telah menerima penjelasan itu.
- Beliau berkata, Malaysia tidak pernah mengakui tarian Pendet itu adalah tarian Malaysia dan ianya adalah kesilapan pihak Discovery Channel.
- Anifah berkata beliau telah membuat penjelasan dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Indonesia, Hassan Wirajuda pada Khamis lalu.
- Beliau berharap selepas pertemuan itu, yang telah berjalan dengan baik, segala masalah yang dihadapi oleh kedua-dua negara akan dapat diselesaikan dalam cara yang terbaik.
- “Saya telah perjelaskan dalam sidang akhbar (di Indonesia) bahawa Malaysia tidak ada masalah dengan Indonesia,” katanya.
- Pertemuan dengan Hassan Wirajuda itu adalah berikutan insiden anti-Malaysia dan laporan media yang negatif terhadap Malaysia di republik berkenaan.
Undi Pos Tetap Diguna, SPR tak Risau Jika Pakatan Saman
Wednesday, September 23, 2009
Undi pos akan tetap dilaksanakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan terserah kepada mana-mana pihak jika mahu mengambil tindakan mahkamah mempertikaikan kaedah itu, tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
- SPR akan tetap melaksanakan pengundian pos. Anggota tentera dan pasangan mereka berhak untuk mengundi secara pos.
- Di bawah undang-undang, pengundi-pengundi ini dikategorikan sebagai pengundi yang tidak dapat hadir pada hari pengundian seperti biasa.
- Hak ini diberikan di bawah undang-undang. SPR hanya melaksanakan undang-undang ini," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang turut mengesahkan pihaknya akan memperjelaskan perkara ini kepada wakil-wakil PAS mengenai sistem pengundian pos, Isnin ini.
- Wan Ahmad yang dihubungi mStar Online mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Yusmadi Yusof bahawa beliau akan membawa isu itu ke mahkamah jika pengundi pos, khususnya dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.
- Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang memberitahu, dengan mengenakan undi pos ke atas warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah Perlembagaan Persekutuan, tindakan itu akan menyebabkan diskriminasi terhadap mereka.
- Dalam hal ini, kata Yusmadi, beliau yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi.
PAS Terengganu Lancar Jentera Bantu PR Dalam PRK Bagan Pinang Pada 28 September
Tuesday, September 22, 2009
Menurut sumber,PAS Terengganu akan melancarkan jenteranya bagi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang (PRK Bagan Pinang), Negeri Sembilan dan memulakan kerja-kerja kempen secara rasmi pada 28 September depan.
Sumber: Buletin Online
- Jentera petugas dari Terengganu akan turun ke Bagan Pinang dalam dua gelombang, yang pertama pada 27 Sept hingga 3 Oktober dan yang kedua pada 3 Oktober sehingga hari pilihanraya pada 11 Oktober,kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu, haji Hanafiah Mat@Ramly ketika dihubungi Buletinonline semalam.
- Beliau bersama-sama 10 petugas Terengganu diketuai Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berada di DUN Bagan Pinang, bagi membuat tinjauan dan mendapat taklimat.
- Menurutnya, Pengarah Jentera PRK Bagan Pinang, Salahudin Ayob dalam taklimat tersebut menyeru supaya, negeri-negeri pembantu menghantar seramai mana petugas.
- Sehubungan itu, Haji Hanafiah berkata, kontinjen Terengganu akan melaksanakan gerak kerja kempen berdasarkan modus operandi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir yang baru berlalu.
Koridor Pembangunan Sabah - Tales Of The 2 Cities
Monday, September 21, 2009

Sempena menyambut hari Raya Aidilfitri iyang mulia ini dan disamping meraihkan kuih mueh yang ada, sekali lagi saya sentuh tentang alkisah Sabah Development Corridor (SDC) atau Koridor Pembangunan Sabah yang pada suatu ketika selalu di war-warkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (DSNA) , sebagai satu program Mega yang akan dapat membasmikan gejala kemiskinan dan kemelut pengangguran di Sabah.
Siapa tidak ingat, tag line yang beliau banggakan "NONE WILL BE LEFT BEHIND" AND ONE DISTRICT WITH ONE INDUSTRY". Maksud nya dalam usaha untuk membangunkan Sabah, semua rakyat diseluruh daerah Sabah akan terasa dan tiada yang terkecuali.
Suka atau tidak nya, secara tidak lansung hal-hal saperti ini telah mempotrietkan kelemahan pemimpin dan sekali gus kerajaan BN.
To DSMA, nothing personal, but as it is; it is sad to know that in your governance, the rakyat of sabah is not only left behind but had been projected out into the era of darkest poverty and everlasting unemployment.
Siapa tidak ingat, tag line yang beliau banggakan "NONE WILL BE LEFT BEHIND" AND ONE DISTRICT WITH ONE INDUSTRY". Maksud nya dalam usaha untuk membangunkan Sabah, semua rakyat diseluruh daerah Sabah akan terasa dan tiada yang terkecuali.
- SDC ada lah program serius yang melibatkan masa depan rakyat Sabah, Selaku rakyat yang perihatin, saya telah membuat kajian sama ada program ini akan menepati sasaran untuk membasmikan kemiskinan dan dapat mengurangkan gejala pengangguran.
Untuk tujuan tersebut saya telah membuat kajian dengan bertemu beberapa orang pakar terdiri dari pegawai-pegawai kanan kerajaan di peringkat Ibu Pejabat dan daerah .
Disamping itu saya telah juga sempat bertemu dengan beberapa orang pemimpin politik di sini. Antara persoalan yang saya kemukakan ada lah saperti berikut;
- 1)Sama ada individu-individu yang saya temui telah terlibat secara lansung dalam kajian dan detail perancangan SDC.
- 2)Dengan keadaan kegawatan ekonomi yang sedia ada, dapat kah kerajaan merealisasikan program yang begini mega untuk di laksana kan dalam masa yang di tentukan khas untuk SDC.
- 3)Dengan berkonsepkan “ No district will be left out “ ada kah semua Ahli-Ahli YB Di seluruh negeri Sabah terlibat secara lansung dalam program SDC ini.
- Dalam hypothesis, saya mendapati bahawa program SDC yang di bangga-bangga kan oleh DSMA, tidak lah seindah saperti yang di katakan. Terlalu banyak 'loop hole' yang melambangkan kegagalan.
- Pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli YB yang bertanggung jawab secara terus kepada masyarakat tidak di libatkan secara lansung dalam perancangan awal.
Saya di faham kan bahawa perancangan dan 'Blue Print' ini telah di kendali kan dengan cepat oleh pakar perunding private yang hanya di ‘hand-picked ‘ oleh pehak atasan. - Saya di faham kan bahawa Pakar Perunding ini kurang pengalaman dalam kerja-kerja mengumpul fakta sebenar masaalah sosio-political kawasan–kawasan yang di target kan.
kerana masa yang begitu singkat, analisa mereka terlalu akedimik dan hanya fokus pada hal-hal yang selesa untuk kerja-kerja mereka. Justru itu, banyak perkara yang di kira penting tercicir. - Program SDC tidak menampakkan ketelusan yang di impi-impikan oleh segenap rakyat Sabah. Ia nya lebih berpehak kepada ‘Group interest dan profit oriented team’ . Setakat ini kita difahamkan cuma tiga lokasi yang telah di kenal pasti dan telah mendapat kelulusan ia itu di Sepangar KK, keningau dan Lahad Datu. Yang lain maseh dalam pertimbangan. Kelulusan nya hanya tertaalok kepada nasib.
- GHOST TOWNS
- Contoh nya Tuaran, daerah saya, hingga saat ini kita belum pun mendengar bahawa ada nya program Mega yang sehaluan dengan program SDC.
- Sedang kan penduduk daerah tersebut kebanyakan nya terdiri dari warga miskin dan Penganggur.
Mala kebanyakan pekan-pekan di daerah ini layak di gelarkan 'Ghost Town'.Demikian juga kisah nya dengan daerah-daerah saperti Kota Belud, Kota Marudu dan Pitas. Saperti Tuaran, daerah-daerah ini juga mengalami nasib yang sama dahsyat nya.
Suka atau tidak nya, secara tidak lansung hal-hal saperti ini telah mempotrietkan kelemahan pemimpin dan sekali gus kerajaan BN.
To DSMA, nothing personal, but as it is; it is sad to know that in your governance, the rakyat of sabah is not only left behind but had been projected out into the era of darkest poverty and everlasting unemployment.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Sunday, September 20, 2009
Mohon maaf atas lisan yg tak terjaga....
Janji yang terabaikan....
Hati yang berprasangka & .....
Sikap yang pernah menyakitkan....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
______________________________
Selamat MeYambut Lebaran
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...
______________________________
Janji yang terabaikan....
Hati yang berprasangka & .....
Sikap yang pernah menyakitkan....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
______________________________
Selamat MeYambut Lebaran
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...
______________________________
Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala.
Tersasul yang tak sengaja
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
______________________________Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala.
Tersasul yang tak sengaja
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
Ayam Dilemaskan Dalam Tong Supaya Cepat Mati
Sunday, September 20, 2009
Sebahagian pusat penyembelihan ayam di pasar utama, termasuk bekalannya bakal dijadikan juadah Aidilfitri, dikesan melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan kematian sebelum diproses dan dijual.
Sumber: Harian Metro
- Kegiatan para peniaga itu terbongkar dalam operasi khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di beberapa pusat penyembelihan di pasar utama sekitar Kuala Lumpur, awal pagi kelmarin.
- Ada antara pusat penyembelihan ayam terbuka itu 'berjiran' dengan gerai atau tempat penjualan daging babi, sekali gus menimbulkan kebimbangan sama ada ayam terbabit halal dimakan.
- Pegawai penguatkuasa Jakim yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila menemui tong biru berisi air yang dipenuhi puluhan ayam mati di dalamnya.
- Penemuan memeranjatkan itu membuktikan pekerja premis terbabit sengaja menenggelamkan ayam yang baru disembelih ke dalam tong berkenaan untuk mempercepatkan kematiannya.
- Soal siasat terhadap seorang pekerja mendapati, penyembelihan dilakukan oleh warga Bangladesh dan Indonesia yang diambil bekerja tanpa sijil pentauliahan penyembelihan sah.
- Selain melemaskan dalam tong besar berisi air, ada pekerja memasukkan puluhan ayam yang sudah disembelih ke dalam tong sempit menyebabkan ayam lemas dan mati akibat tertindih.
- Dalam operasi bersepadu yang turut disertai anggota penguatkuasa Dewan Bandarraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dua kawasan pasar di Chow Kit dan Jalan Pudu di sini, diserbu kira-kira 3 pagi.
- Operasi yang disertai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jakim, Haji Othman Mustapha, dan Pengarah Hub Halal Jakim, Hajah Saimah Mukhtar, disasarkan terhadap lebih 12 premis penyembelihan yang statusnya meragukan.
Negara Islam ASEAN DI Jangka Sambut Raya Esok ?
Saturday, September 19, 2009
Menurut sumber, MASYARAKAT Islam negara-negara ASEAN dijangka serentak akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok .
Sumber:Cy Online
- Mufti Singapura, Syed Isa Semait dijadualkan membuat pengumuman mengenai penentuan tarikh 1 Syawal itu menerusi radio dan televisyen malam ini.
- Sementara itu, negara jiran - Malaysia, Brunei dan Indonesia - bakal menentukan tarikh awal Syawal negara masing-masing setelah melihat anak bulan petang ini.
- Mereka juga berpandukan kepada kiraan hisab dalam membuat penentuan tersebut.
- Keputusan penentuan itu akan diumumkan menerusi radio dan televisyen di negara masing-masing malam ini.
- Di Malaysia, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja minggu lalu mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan bagi melihat anak bulan Syawal hari ini.
- Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan malam ini.
- Menteri Agama Indonesia, Encik Muhammad Maftuh Basyuni, pula dijadualkan membuat pengumuman penetapan 1 Syawal di Indonesia setelah satu mesyuarat diadakan petang ini.
Krisis MCA: Sama Ong Pergi Atau Chua
Saturday, September 19, 2009
Nampak nya kemelut politik MCA telah bertambah berat, lagi kronik Datuk Seri Ong Tee Keat berpendirian bahawa beliau akan melepaskan jawatan Presiden MCA jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dikembalikan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.
- Jelas beliau, "Mereka perlu membuat pilihan."
- Ong berkata, keputusan membawa kembali Dr. Chua meskipun dengan majoriti kecil, adalah satu bentuk undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau dan keseluruhan Majlis Presiden parti itu.
- Ong dipilih sebagai Presiden MCA pada pemilihan parti tahun lalu.
- "Keputusannya adalah jelas. Jika ia berlaku, maka prinsip demokrasi saya ialah kesemua daripada kami perlu pergi, keseluruhan anggota Majlis Presiden," kata beliau dalam temu bual khas dengan The Star semalam.
- Ong yang juga Menteri Pengangkutan ditanya pandangan sekiranya perwakilan mahu beliau kekal sebagai Presiden tetapi Dr. Chua dikembalikan jawatan Timbalan Presiden.
- "Keputusannya adalah jelas. Jika ia berlaku, maka prinsip demokrasi saya ialah kesemua daripada kami perlu pergi, keseluruhan anggota Majlis Presiden," kata beliau dalam temu bual khas dengan The Star semalam.
Kerabat Istana Johor Tolak Tuntutan RM 50 Juta Dari Kerabat DiRaja Negeri Sembilan ?
Saturday, September 19, 2009
Menurut sumber dari seorang kerabat diraja Johor menegaskan bahawa dakwaan serangan oleh kumpulan kerabat diraja negeri itu ditimbulkan secara terbuka kerana mereka enggan menerima tuntutan ganti rugi RM50 juta ($20 juta) dan permohonan maaf tanpa syarat daripada kerabat diraja Negeri Sembilan.
- Sumber istana Johor itu memberitahu, dakwaan itu tidak berasas dan jumlah yang dituntut 'terlalu mahal dan tidak masuk akal', sambil menambah pihak istana Johor tidak akan 'tertipu'.
- 'RM50 juta adalah terlalu berlebihan untuk hidung yang patah. Periksa rekod mahkamah dan anda akan lihat yang kes melibatkan hidung patah atau yang berkaitan kecederaan hidung adalah antara RM3,500 dan RM27,000,' kata sumber istana tersebut.
- Cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang Ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, kelmarin menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim.
- Tuanku Nadzimuddin mendakwa Tuanku Ismail telah menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.
- Insiden itu didakwa berlaku di sebuah kelab, Heritage Mansion, di mana seorang kerabat Negeri Sembilan mendakwa telah bertindak biadab dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Johor dan Raja Muda Johor.
- Sumber itu berkata Raja Muda Johor pada awalnya telah menempah tempat di Heritage Mansion bagi satu majlis pada malam itu, sementara kumpulan kerabat Negeri Sembilan pergi ke tempat tersebut secara berasingan.
- Menurutnya, perbalahan yang tercetus antara dua kumpulan itu melibatkan pengawal-pengawal peribadi mereka. Sejurus selepas itu, ahli kerabat Negeri Sembilan itu pula mendakwa mereka 'diserbu' di hotel Crown Plaza oleh kumpulan kerabat diraja Johor.
- Sementara itu, Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata sebanyak 41 kenyataan telah direkod daripada saksi-saksi berhubung pergaduhan membabitkan anggota dua kerabat diraja itu pada 25 Oktober tahun lalu.
- 'Oleh yang demikian, kertas siasatan perlu dikaji dengan mendalam dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan saya sebaik sahaja ianya selesai dilakukan,' kata Tan Sri Abdul Gani dalam kenyataan di sini.
- Menurutnya, sebelum ini ada percubaan untuk menyelesaikan hal itu secara baik antara dua kerabat diraja berkenaan.
RM60 juta sebulan subsidi untuk golongan miskin membeli beras ST15
Saturday, September 19, 2009Kabinet telah meluluskan pelaksanaan pemberian subsidi beras Standard Tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST15) kepada golongan miskin dan miskin tegar melalui sistem baucar, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.
Sumber: Utusan
- Buat masa ini, katanya kerajaan membelanjakan RM60 juta sebulan sebagai subsidi bagi beras ST15 yang diberikan kepada 135 pengilang untuk mereka mengeluarkan beras gred iitu supaya mampu dibeli oleh mereka yang kurang berkemampuan.
- Bagaimanapun, Noh berkata maklumat yang diterimanya ialah beras ST15 yang disubsidi kerajaan tidak banyak di pasaran dan mengakibatkan tidak ramai golongan yang kurang kemampuan dapat membeli beras yang dijual dengan harga RM18 bagi setiap pek 10kg.
- Ketika ditanya kenapa keadaan itu berlaku, beliau berkata ada di antara pemborong yang menerima beras ST15 telah membungkus semula beras ST15 itu dan menjualkannya di pasaran sebagai beras Standard Malaysia dengan peratusan beras hancur 10 peratus yang dijual pada harga RM24 bagi setiap pek 10kg kerana ia lebih menguntungkan.
- Beliau berkata ada juga pemborong atau pengilang sendiri yang membuat bihun daripada beras ST15 kerana ia adalah jauh lebih murah daripada harga beras hancur di pasaran sekarang.
- Noh berkata diharapkan dengan pengenalan baucar itu nanti, kerajaan hanya perlu memperuntukkan RM10 juta sebulan dalam bentuk subsidi beras ST15 dan dengan itu kerajaan dapat menjimatkan RM50 juta sebulan daripada subsidi ST15.
80 peratus Golongan Muda Menentang BN ?
Friday, September 18, 2009
Dipetik dari China Press Ahad lalu, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN).
Sumber: The Sun Online
- Menurut beliau, para siswazah banyak yang menganggur dan kebanyakannya Melayu. Akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, akhirnya mereka terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS.
- Kata beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran. Universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
- Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya."Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.
- Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat."Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.
- Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.
- Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.Rakyat, katanya, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang.
- "Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.Itulah kekecewaan terbesar rakyat, katanya.
Samy Vellu Satu Liabiliti Pada BN ?
Friday, September 18, 2009
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.
- Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah.
- "Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.
- "You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.
- Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.
- "Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.
Kelambatan Polis Bertindak Mendesak Tunku Nadzimuddin Bersuara Di Media Massa ?
Friday, September 18, 2009
Tunku Nadzimuddin berkata beliau terpaksa bersuara, apabila tiada sebarang perkembangan berhubung kes itu walaupun laporan polis telah dibuat sejurus selepas kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 24 Oktober 2008,
- Saya menjadi mangsa serangan bersenjata. Saya diserang dengan senjata api dan saya telah dipukul di kepala dan muka saya. Tulang hidung saya retak dan saya mengalami kecederaan serius yang lain," katanya.
- Tunku Nadzimuddin berkata beliau tidak mengetahui punca sebenar kejadian itu dan meminta agar polis segera menyiasat dengan adil bagi menyelesaikan kes berkenaan.
- ketika dihubung, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, polis telah pun menjalankan tugas dengan membuat beberapa siasiatan termasuk merekod sebanyak 41 kenyataan daripada saksi-saksi berhubung pergaduhan membabitkan anggota dua kerabat diraja di dua tempat di Kuala Lumpur pada 24 Oktober tahun lepas.
- Beliau berkata perkara itu perlu dikaji dengan terperinci dan mendalam bagi membuat keputusan yang adil dan saksama sebelum mendakwa mana-mana pihak.
- "Oleh yang demikian, kertas siasatan perlu dikaji dengan mendalam dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan saya sebaik sahaja ianya selesai dilakukan," kata Abdul Gani.
- Kertas siasatan itu pertama kali diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 18 Nov, 2008 dan selepas diteliti oleh para pegawai saya, ia dikembalikan kepada polis pada 1 Disember untuk siasatan lanjut.
- Menurut beliau selanjut nya, beliau telah menerima semula lapuran tersebut pada 16 September, 2009.
- Kata Abd Gani, beliau difahamkan pada mula nya terdapat cubaan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik antara kerabat diraja berkenaan.
Samy Vellu Mohon Pertemuan Dengan Dr Mahathir Untuk Tujuan Minta Maaf
Friday, September 18, 2009
Samy Vellu berkata beliau akan memohon pertemuan dengan bekas perdana menteri itu untuk menyampaikan permohonan maaf berhubung insiden penghinaan "kalungan selipar" yang ditimbulkan oleh seorang anggota MIC pada persidangan parti itu baru-baru ini.
- Beliau sendiri akan temui beliau untuk menjelaskan seluruh episod itu dan menyampaikan permohonan maaf,kata Samy Vellu dalam satu kenyataan.
- Samy Vellu berkata, "Saya sentiasa menyanjung tinggi Tun Dr Mahathir. Beliau seorang pemimpin dan negarawan agung".
- Beliau berkata Dr Mahathir telah membawa pembangunan besar kepada negara dan menyatupadukan rakyat.
- Ketika ditanya mengenai perkara tersebut,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.
- Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa". Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan ianya tidak merugikannya, katanya.
- Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.
Gambar MB Perak Disimbah Cat Merah
Friday, September 18, 2009
gambar illustrasi
Gambar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sebuah papan iklan di Seri Manjung telah disimbah cat merah, kelmarin.
Sumber; Utusan
- Setiausaha UMNO Bahagian Lumut, Azri Jaafar dengan di iringi oleh seramai 20 ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Lumut telah membuat laporan polis di Balai Sitiawan kira-kira pukul 11.30 pagi kelmarin.
- Menurut Azri , selain menyimbah cat merah, pihak yang tidak bertanggungjawab itu turut merosakkan kain rentang ucapan Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Hari Raya oleh Dr. Zambry di Bangunan UMNO di sini.
- Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, poster berukuran enam meter lebar dan lapan meter panjang yang disimbah cat itu mengandungi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri oleh Menteri Besar.
- Cat berwarna merah yang diisi dalam sebuah beg plastik itu kemudian dipercayai dibaling ke arah gambar Menteri Besar yang diletakkan di persimpangan hadapan stadium mini Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Raja Muda Johor Serang Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ?
Friday, September 18, 2009
Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.
- Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.
- "Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.
- "Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.
- Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.
- Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.
- Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.
- Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
- Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.
- "Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.
- "Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.
- Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.
- Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.
- "Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.
- "Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.
- Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.
- "Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.
- "Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.
- Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.
- Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.
1Malaysia ,1Harga DiAlu-Alukan di Sabah?
Thursday, September 17, 2009
Pengurusi CASH, Datuk Patrick Sindu, mengatakan bahawa beliau menyambut baik kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon baru-baru mengenai idea memperkenalkan “Satu Harga” bagi barangan di seluruh negara.
- Walaupun itu sekadar satu idea, ia menunjukkan bahawa seorang yang penting dalam kerajaan pusat mengambil berat. Kini harap ia akan menjadi realiti, katanya.
- Seterusnya beliau menekankan jika konsep 1Malaysia diamalkan dengan jayanya, rakyat Malaysia akan hidup dalam suasana yang penuh harapan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata nya.
- Bagi Sabah dan Sarawak, katanya, kerajaan pusat memang mengambil berat mengenai keperluan pembangunan di kedua-dua negeri itu sejak 46 tahun lepas apabila Malaysia dilahirkan.Sindu juga berkata kerajaan pusat telah mengotakan pelbagai janjinya untuk meningkatkan mutu pelajaran, kesihatan, infrastruktur dan keselamatan di Sabah.
- Bagaimanapun kata beliau, terdapat beberapa perkara yang perlu ditangani, satu daripadanya ialah perbezaan kos barangan antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.
Singapura Bebas 3 Tahanan ISA
Thursday, September 17, 2009
Tiga warga Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam rangkaian pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah dibebaskan.
Sumber: Cy Online
- Satu kenyataan akhbar Kementerian Dalam Negeri (MHA) semalam berkata Mohammad Sharif Rahmat telah dibebaskan dan kini diletakkan di bawah perintah sekatan (RO) setelah tempoh perintah tahanan (OD) tamat pada 5 Ogos lalu.
- Seorang lagi anggota JI, Simon Sabtu, dan anggota MILF, Husin Abdul Aziz, dibebaskan dengan perintah penggantungan (SD) kelmarin.
- Sharif, yang ditahan pada Ogos 2005 menyusuli penglibatannya dalam JI, pernah melibatkan diri dengan latihan fizikal JI.
- Dia juga pernah mengikuti latihan ketenteraan dengan sebuah kumpulan militan di Pakistan, Laskare-Tayyiba (LeT), sebagai persiapan bagi suatu konflik bersenjata.
- Simon dan Husin ditahan pada Ogos 2002.
- Simon, seorang anggota mapan JI, pernah melaksanakan latihan separa tentera untuk anggota JI dan melakukan aktiviti pengintipan bagi memudahkan JI melakukan serangan pengganas ke atas Singapura.
- Husin pula pernah secara aktif memberikan sokongan kewangan dan logistik kepada MILF dan telah menerima latihan ketenteraan bersama MILF di Mindanao.
- MHA berkata sejak ditahan, ketiga-tiga tahanan itu telah bekerjasama dengan pihak penyiasat dan telah menunjukkan perkembangaan positif yang ketara dalam menjalani pemulihan semula.
- Dengan demikian, mereka kini dinilai sebagai tidak lagi menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, ujar MHA.
Khir Toyo Terima Ugutan Bunuh ?
Thursday, September 17, 2009
Mantan menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menerima ugutan dalam sepucuk surat yang di hantar ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang, kelmarin.
- Surat itu antaranya bertulis: “Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor.”
- “Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja,” surat itu dipetik.
- Sekeping surat itu yang bertulisan tangan di kedua-dua halamannya dikirim dari Bukti Raja, Kelang pada 15 Sept berdasarkan cop pada setemnya.
- Dalam pada itu, Khir Toyo telah membuat laporan polis mengenai ugutan tersebut di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas konon nya beliau menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.
- Menurut pemerhati seolah-olah Khir Toyo mengakui fakta bahawa beliau terlibat di dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.
Kemelut Politik Trengganu Disebabkan Ada Nya Campur Tangan Luar?
Thursday, September 17, 2009
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata kemelut politik di negeri itu disebabkan campur tangan luar oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Sumber: BERNAMA
- Beliau berkata sebenarnya tiada alasan bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Terengganu menentang kepimpinannya.
- "Sebenarnya semua wakil rakyat BN di Terengganu, anak buah saya. Kalau saya yang paling junior, munasabah orang tak puas hati, tetapi di kalangan 28 Adun BN di Terengganu, saya paling senior.
- "Lagipun saya pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Pemuda negeri, Exco Pemuda Umno dan exco kerajaan negeri selama dua penggal. Malah, saya lebih dulu bertanding dalam pilihan raya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.
- Mengenai pertemuan enam ADUN Terengganu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Putrajaya semalam, Ahmad berkata mereka telah menemui beliau terlebih dahulu sebelum perjumpaan itu dibuat.
Cubaan Menyeludup Keluar Gula Ke Indonesia Gagal
Wednesday, September 16, 2009
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup keluar 304kg gula pasir menggunakan feri penumpang ke Indonesia semalam.
Sumber: BERNAMA
- Pengarah Operasi Maritim Tawau Amran Daud berkata kesemua gula berkenaan dirampas daripada tiga buah feri penumpang yang dalam perjalanan ke Nunukan, Indonesia kira-kira jam 5.30 petang.
- Katanya operasi pemeriksaan ke atas tiga buah feri berkenaan mendapati ketigatiga feri berkenaan masingmasing membawa 172kg, 118kg dan 14kg barangan kawalan berkenaan.
- Bagaimanapun Amran berkata tiada sebarang tangkapan dibuat kerana tidak ada penumpang mengaku pemilik gula berkenaan dan feri dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemeriksaan dijalankan.
- Katanya rampasan kali ini merupakan kejayaan ketiga APMM sepanjang bulan Ogos lepas menjadikan jumlah kesemua gula yang dirampas sebanyak 1,104kg bernilai RM1,711.20.
- Menurut Amran pihak APMM akan meneruskan rondaan dan memperketatkan pemeriksaan di perairan Tawau bagi mencegah sebarang penyeludupan barangan kawalan terutama pada musim perayaan ini.
Warga Asing Pun DiHukum Sebat kerana Minum Alkohol Di Pahang?
Wednesday, September 16, 2009
Mahkamah Syariah Pahang sekali lagi telah mengarahkan hukum sebat kerana minum alkohol . Kali ini seorang lelaki Indonesia telah dijatuhkan hukum disebat kerana meminum minuman beralkohol, selang beberapa minggu selepas hakim itu dikritik kerana mengenakan hukuman yang sama ke atas seorang wanita.
Sumber: Reuters, photo (YMRS)
- Akhbar New Straits Times (NST) berkata Nazarudin Kamaruddin, 46 tahun, menjadi orang pertama yang akan disebat kerana minum alkohol di Pahang.
- Hakim Abdul Rahman Mohd Yunos mencetuskan kritikan di kalangan kumpulan hak asasi serta kebimbangan mengenai semakin berpengaruhnya hukum Islam di Malaysia.
- Ini selepas beliau mengenakan hukuman sebat ke atas Cik Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 tahun, ibu dua orang anak, kerana meminum arak.
- 'Hukuman yang dijatuhkan ke atas dia (Nazarudin) bukan bermaksud menghukum tetapi sebagai satu pengajaran,' kata Hakim Abdul Rahman, seperti yang dilaporkan akhbar itu.
- Kes Cik Kartika sedang disemak semula oleh hakim mahkamah rayuan Syariah dan hukum sebatan ke atasnya akan dijalankan selepas Ramadan ini.
- Pahang adalah negeri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berikar untuk memodenkan eknomi negara yang mempunyai 27 juta penduduk itu dan menambat pelaburan asing baru.
Selanjut nya Hukuman sebat oleh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Sy
ariah walaupun matlamatnya sama iaitu untuk memberi pengajaran kepada pesalah, namun ia mempunyai perbezaan yang ketara khususnya dalam kaedah pelaksanaannya.
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sebatan syariah hanyalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah tanpa mendatangkan kecederaan parah.
Contoh hukuman sebat syariah di Pahang yang diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu.
ariah walaupun matlamatnya sama iaitu untuk memberi pengajaran kepada pesalah, namun ia mempunyai perbezaan yang ketara khususnya dalam kaedah pelaksanaannya.Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sebatan syariah hanyalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah tanpa mendatangkan kecederaan parah.
Contoh hukuman sebat syariah di Pahang yang diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu.


