PKR Amal Politik Dendam ?
Saturday, October 31, 2009
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mendedahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya mengamalkan politik berdendam terhadap pengundi yang tidak menyokong mereka.
Sumber: Utusan
- Katanya, perkara itu menyebabkan beliau yang mengambil pendekatan terbuka dengan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira ‘bendera’ parti politik telah ditekan pucuk pimpinan.
- Tekanan itu, katanya, datang dalam pelbagai bentuk seperti dianaktirikan dan dibiarkan ‘terkapai-kapai’ seorang diri tanpa sokongan parti.
- Kemuncaknya, jelas beliau, apabila peruntukan pembangunan untuk DUN Pelabuhan Klang disalurkan melalui pihak ketiga pada April lalu.
- Beliau meluangkan masa bersama Utusan Malaysia kira-kira 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi percutian yang dirahsiakan lokasinya di sini hari ini.
A. Murugan Didakwa Membunuh Mantik Hani Pembantu Rumah Warga Indonesia
Saturday, October 31, 2009
Empat hari selepas Mantik Hani meninggal dunia dipercayai angkara perbuatan keji majikannya, seorang penjual air tebu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia itu.
- A. Murugan, 35, didakwa membunuh wanita berusia 36 tahun itu di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa di sini di antara 18 dan 20 Oktober lalu.
- Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
- Pendakwaan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup manakala peniaga terbabit tidak diwakili peguam bela.
- Manoj memohon supaya kes tersebut dipindahkan segera ke Mahkamah Tinggi atas alasan kes itu menarik perhatian umum.
- Permohonan itu dibenarkan oleh Afifah yang menetapkan 3 November ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membolehkan pengakuan tertuduh direkodkan.
- Isteri dan ibu Murugan yang sebelum ini turut ditahan reman tidak didakwa di mahkamah selepas dibebaskan oleh pihak polis.
- Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan kerana terlalu lemah.
PKR Sabah Dapat Sokongan Dari Ahli Ex- USNO ?
Saturday, October 31, 2009
Menurut Abdullah Sani Haji Salleh (ASHS) (gambar diatas) selaku Pemimpin Ex-USNO, dengan terlantik nya Sdra Ahmad Tamrin Jaini (TJ), sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah yang baru , kemungkinan besar ahli-ahli EX-USNO akan bersama PKR dimasa akan datang.
Analisis Solymone, Rujukan: SabahDaily
- Menurut ASHS perlantikan TJ ini dijangka akan menguntungkan PKR Sabah untuk menarik perhatian EX-USNO dan memberi sinar baru bagi EX-USNO meneruskan perjuangan bersama PKR Sabah.
- Antara lain TJ merupakan seorang pemimpin yang ‘Versatile’ kerana mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi apabila berjuang bersama beliau dalam USNO pada suatu ketika.Ini lah ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki oleh majoriti EX-USNO, kata ASHD.
- Dalam pada itu ASHS menyatakan bahawa gandingan PKR - EX-USNO akan memberi cabaran kepada UBN dalam PRU13 nanti.
- Ini berpandukan kepada komposisi Undian hari ini telah berubah kepada keadaan yang sangat berbeza kerana Bumiputera Islam 41 kerusi: Cina 5 kerusi dan KDM 14 kerusi. Walaupun ada yang dipanggil ‘Marginal seat’ tetapi kerusi itu dikuasi oleh pengundi ISLAM.
- Selanjut nya, ASHS menghuraikan 3 kelompok besar daripada 36 Kerusi Majoriti yang ditentukan pola pengundi Sabah adalah:
- Bumiputera Islam : B.S.B.S.B.S (Triple BS) yang terdiri dari Bajau Suluk Pantai Timur (18 Kerusi), Bajau Pantai Barat (7 kerusi), Brunei (4 Kerusi), Bisaya (2 kerusi), Sungai (2 kerusi), Mix API – Arab Pakistan India (3 Kerusi).
- Bumiputera : (K.D.M.R) sebanyak 18 Kerusi
- Kadazan (1 kerusi), Dusun(12 kerusi), Murut (3 Kerusi), Rungus (2 kerusi). 2 Kerusi KDM dikuasai oleh Pengundi Islam di pedalaman Sabah (Kundasang 85% & Ranau 50%).
- Daripada 5 Kerusi Cina, terdapat 2 kerusi Cina di dominan oleh Bumiputera Islam 50% Pengundi (Karamunsing & Tg.Papat Sandakan), sementara 1 Kerusi Cina (Seri Tanjung 40% pengundi Islam Tawau). ketiga-tiga kerusi Islam ini dikuasi oleh kumpulan Bajau Suluk Sabah di Pantai Timur.
- Pada Kesimpulannya BAJAUSULUK menguasai 21 kerusi Islam di Sabah dan mendahului suku-suku lain di negeri ini yang kebetulan pula T.J datang daripada suku ini, kata beliau.
- Menurut ASHS ada desas-desus mengatakan secara senyap-senyap 24 jam selepas T.J diumumkan sebagai Pengerusi baru PKR Sabah, beliau telah berkerja dan menemui beberapa rakan lama dalam USNO, Pemimpin-Pemimpin USNO yang berada di luar kerajaan dan yang berkecuali dengan tujuan untuk menarik mereka berjuang bersama semula dalam PKR.
78 Sudu Dan Garpu Ditemui Dalam Perut Wanita
Saturday, October 31, 2009
PELIK TAPI BENAR: Inilah sebahagian daripada sudu dan garpu yang dikeluarkan daripada perut Cik Daalman. Sebelum pembedahan dijalankan, imej X-ray menunjukkan sudu dan garpu yang terdapat di dalam perut wanita berusia 52 tahun itu.
ROTTERDAM: Apabila Cik Margaret Daalman datang ke hospital mengadu perutnya berasa sakit, imej daripada X-ray dengan mudah memberikan jawapannya.
Sumber: Agensi.
- Doktor di sebuah hospital di Sittard terkejut melihat terdapat 78 batang sudu dan garpu pelbagai saiz di dalam perut wanita berusia 52 tahun itu.
- Cik Daalman segera dibedah bagi membolehkan objek-objek berkenaan dikeluarkan.
- 'Beliau mengalami keinginan pelik setiap kali menghadap makanan kerana nalurinya tertumpu kepada sudu dan garpu berbanding makanan,' kata seorang pakar perubatan.
- Imej pada perut Cik Daalman itu dirakamkan kira-kira 30 tahun lalu tetapi hanya diterbitkan kali pertama dalam sebuah majalah perubatan di Belanda kelmarin.
- Sebelum dibedah, setiausaha ejen harta- nah tempatan itu berkata beliau sendiri tidak tahu mengapa nalurinya terdesak menelan objek yang diperbuat daripada perak.
- 'Saya tidak dapat mengawal diri,' kata beliau.
- Pemeriksaan juga mendapati bahawa pembedahan di hospital di Sittard itu bukanlah kali pertama dilalui Cik Daalman.
- Pakar perubatan berkata wanita terbabit menghadapi kecelaruan personaliti menyebabkan beliau terdorong menelan sudu dan garpu.
- Bagaimanapun, tiada siapa dapat menjelaskan mengapa Cik Daalman tidak pernah menelan pisau.
- Selepas menjalani pembedahan, beliau dikatakan beransur pulih dan memberi tindak balas memberangsangkan terhadap terapi yang dijalankan ke atasnya.
Kawasan Kiulu, Tamparuli Perlu Bina Lebih Banyak Jalan Raya
Saturday, October 31, 2009
Persatuan Petani dan Penternak Bumiputera Sabah (Petanah) merayu kepada kerajaan negeri supaya membina lebih banyak jalan raya kampung khususnya di kawasan Kiulu, Tamparuli. Kerana masih banyak kampung di kawasan itu yang belum mempunyai jalan raya yang menghubungkan kampung mereka ke kampung lain.Petanah meminta kerajaan supaya memperbanyakkan lagi jalan ke kawasan pertanian bagi memudahkan para penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian mereka.
- Ahli-ahli Petanah berasa sedih kerana selepas merdeka lebih 40 tahun lepas, masih banyak kampung di kawasan Kiulu yang belum dihubungkan dengan jalan raya, misalnya di Kampung Pukak ke Kampung Sinansag dan Kampung Gonipis ke Kampung Poring.
- Selaras dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan sedia ada yang mendahulukan kepentingan rakyat, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin dan wakil rakyat di Kiulu untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar berjiwa rakyat dengan mempercepatkan pembinaan jalan-jalan kampung.
Menurut Presidennya Gaibin Ransoi berkata, “Kita tidak mahu konsep 1Malaysia ini hanya permainan kata-kata di bibir saja. Penduduk Kiulu mahu melihat kawasan itu bertambah maju.“Kita tidak nafikan sudah ada pembangunan yang dilaksanakan di Kiulu kerana itu tanggungjawab kerajaan yang memerintah, namum rakyat di kawasan itu sedang memerhati dan berharap ada jalan kampung yang baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan peruntukan besar yang tersedia,” katanya.
- Ini penting bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung yang sekian lamanya mahu menikmati nikmat pembangunan selepas Sabah mencapai kemerdekaan melalui gagasan Malaysia,” katanya.
- Beliau juga berharap agar Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dapat memberi manfaat kepada semua petani dan penternak termasuk petani padi bukit yang mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan.
Badrul Didakwa Bermasalah Sejak Mac 2008
Friday, October 30, 2009
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan ‘perwatakan’ sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas semalam.
- Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.
- “Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yg menjadi sebab utama punca masalah di Dun Pelabuhan Klang dan sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor,” kenyataannya dipetik.
- Irwan ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan dakwaan tersebut.
- Badrul tegasnya tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.
- Beliau didakwa jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang deberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.
- Tegasnya lagi, tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.
- “Beliau tidak turun padang dan kurang mesra dgn rakyat, peruntukan beliau utk tahun 2008 sehingga pertengahan 2009 dihabiskan secara meragukan, dengan tiada program & sumbangan kepada mereka yg layak menerimanya,” katanya lagi.
- Selain itu, beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.
- Sifat Badrul yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan dutemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.
- AMK Cabang Klang ketanya telah berusaha membantu beliau dalam urusan pentadbiran Dun Klang selain memaklumkan program-program terkini parti, namun usaha menghubungi Badrul tetap gagal.
- Sehubungan itu AMK katanya menyeru agar seluruh rakyat di Pelabuhan Klang bertenang dan tidak terpedaya dengan putar belit Badrul.
- Mereka juga akan terus menjalankan program biarpun tanpa kehadiran Badrul demi memastikan hak dan kepentingan rakyat khususnya di Pelabuhan Klang terus dibela.
- Badrul Hisham pada satu sidang media semalam mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Adun bebas yang ‘mesra BN’.
- Beliau memberi alasan kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau berbuat demikian.
- Tiga lagi turut didakwa beliau sebagai punca adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad.
- AMK Klang juga bagaimanapun yakin tindakan Badrul itu akibat telah ‘dipengaruhi’ oleh ‘orang ezam’
- Ia kerana Badrul dilihat banyak dipandu bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli sewaktu menjawab soalan para wartawan.
- Nizam juga dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor meninggal PKR dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar.
- Sumber: Harakah Daily
PM Thai Sokong Idea Beri Autonomi Kepada Wilayah Selatannya
Friday, October 30, 2009
Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva hari ini menyokong cadangan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Bangkok memberi autonomi kepada wilayah selatannya.
- Abhisit berkata, beliau akan membincangkan rancangan untuk selatan Thai apabila Najib melawat negara itu pada Disember ini.
- Najib dalam satu wawancara akhbar yang disiarkan baru-baru ini berkata, Thailand hendaklah menawarkan autonomi ‘dalam bentuk tertentu’ kepada selatan Thai, di mana lebih 3,900 orang terbunuh sejak keganasan meletus pada Januari 2004.
- “Itulah pendekatan yang betul. Kerajaan saya sedang berusaha untuk merealisasikannya dan pada awal Disember nanti, saya dan rakan sejawatan saya dari Malaysia akan melawat wilayah selatan,” kata Abhisit dalam reaksinya terhadap kenyataan Najib itu.
- Najib memberitahu akhbar berbahasa Inggeris di Thailand, The Nation bahawa ‘anda mungkin tidak mahu menyebutnya sebagai autonomi tetapi sekurang-kurangnya terdapat autonomi dalam bentuk tertentu’.
- “Terserah kepada Thailand untuk membuat keputusan sejauh mana autonomi di selatan Thai patut dibenarkan dan Malaysia selaku negara jiran tidak akan campur tangan dalam hal itu,” katanya.
- Jurucakap kerajaan Thai, Panitan Wattanayagorn berkata, Perdana Menteri Malaysia itu mengakui keganasan di selatan Thai adalah ‘urusan dalaman Thai semata-mata’ dan telah berjanji untuk bekerjasama dengan negara jiran itu bagi menyelesaikan masalah tersebut.
- “Thailand menyokong pendekatan ini tetapi selatan Thai bukanlah wilayah merdeka.
- “Pendekatan ini tidak menyalahi perlembagaan tetapi sebaliknya membenarkan lebih banyak penyertaan rakyat dalam bentuk dewan perhimpunan tempatan,” kata Panitan.
Peminat MJ Sanggup Ambil Cuti Untuk Beli Tiket Konsert 'This Is It'
Friday, October 30, 2009
TEMPAHAN awal untuk tiket konsert 'Michael Jackson (MJ)'s This Is It: Discover The Man You Never Know' mendapat sambutan menggalakkan dari peminat-peminat Raja Pop dunia itu.
Sumber: mStar
- Konsert Michael Jackson mula ditayangkan hari ini di pawagam-pawagam tertentu seperti Signature GSC, Cathay Cineplexes dan TGV KLGCC & TGV Sunway, di seluruh negara.
- Filem ini akan ditayangkan selama dua minggu saja.
- Tiket-tiket untuk konsert terakhir Michael Jackson ini mula ditempah mulai 15 Oktober.
- Menurut sumber di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), MidValley Megamall hari ini mendapati orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli tiket tersebut. Ada juga yang sanggup mengambil cuti untuk membeli tiket.
- Dan waktu tinjauan dibuat ialah sekitar pukul 3 petang, hari bekerja. Secara rambang, daripada 10 orang yang beratur, tujuh orang daripada mereka, ingin membeli tiket untuk konsert 'This Is It' Michael Jackson.
- Sumber GSC MidValley memberitahu 40 peratus daripada tiket-tiket tempahan awal di pusat itu, telah laris dijual mulai 29 September hingga 11 Oktober lalu.
- Sementara itu, pekerja swasta, Suriati Salleh, 23 yang hadir bersama kawan-kawannya berkata, dia tidak ingin melepaskan peluang untuk menonton MJ beraksi buat kali terakhir.
- Katanya, MJ ialah idola yang sukar dicari ganti. "Saya ingin menyaksikan raptai terakhir MJ, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir," katanya yang mengambil cuti hari ini untuk membeli tiket.
- Bagi pelajar kolej, Calvin Gan, 20, dia membeli tiket awal-awal lagi bagi memastikan dia tidak terlepas peluang sekiranya tiket habis dijual.
- Menurut Gan, dia merupakan peminat MJ sejak di bangku sekolah rendah lagi.
- Malah, dia tidak keberatan berbelanja lebih RM1 bagi setiap tiket bagi memastikan dia dapat menonton filem itu dalam versi 2D (dua dimensi).
- "Saya membeli enam tiket untuk seisi keluarga saya. Saya masih teringat bagaimana kami sekeluarga berjaga malam semasa upacara memperingati arwah Raja Pop itu di Staples Center baru-baru ini," katanya.
- Sementara itu, pesara Gobinath a/l Krishnan, 58 pula memberitahu, dia ingin menonton 'konsert terakhir' Raja Pop itu bersama isterinya.
- Gobinath, yang tinggal di Bangsar berkata, dia tidak keberatan untuk beratur panjang kerana ianya berbaloi.
- "Peluang menonton konsert terakhir MJ tidak sewajarnya dilepaskan begitu sahaja," katanya.
ADUN Pelabuhan Klang Isytihar Keluar PKR ?
Thursday, October 29, 2009
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan bahawa beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sumber: mStar
- Dalam satu sidang media pada petang Khamis, Badrul berkata keputusan tersebut dibuat kerana beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.
- Bagaimanapun,Badrul enggan mendedahkan sama ada beliau akan menyertai Umno atau mana-mana parti politik.
- Badrul berkata beliau juga menjadi sebagai ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional.
- Tegasnya, beliau juga tidak akan mengosongkan kerusi DUN yang disandangnya ketika ini.
- Terdahulu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu supaya Badrul melepaskan jawatan kerana gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.
- "Kerajaan negeri sedar mengenai aduan yang banyak daripada rakyat terhadap beliau," kata Nik Nazmi Nik Ahmad, setiausaha politik Khalid, dalam satu kenyataan hari ini.
- Katanya, Menteri Besar akan menghantar wakil untuk menemui Badrul Hisham bagi memintanya berundur.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan kerana ADUN tersebut adalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
- Kata Najib, dalam hal ini hanya ADUN tersebut yang berhak menentukan sama ada hendak meletakkan jawatan atau tidak.
Mayat Mangsa Terakhir Jambatan Runtuh Di Sg Kampar Ditemui
Thursday, October 29, 2009
Mayat mangsa ketiga dan terakhir yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di sini runtuh Isnin lalu ditemui hari ini.
- Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Diryasree a/p Vasudevan, 12, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng ditemui pada pukul 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat kejadian.
- Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya di sini hari ini.
- Dengan itu, Operasi mencari dan menyelamat berikutan kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini Isnin lalu, ditamatkan hari ini ekoran penemuan mayat mangsa kedua dan ketiga pada malam tadi dan pagi ini.
- Mayat mangsa kedua. M. Devatharsini, 11, ditemui oleh anggota Rela di Kampung Tanjung Tualang pada pukul 11.30 malam tadi.
- Manakala mayat mangsa ketiga, V. Diryasree, 12, dijumpai di persimpangan Sungai Chenderiang, Tronoh Mines dekat Batu Gajah pada pukul 9.45 pagi ini.
- Kelmarin, mayat mangsa pertama, N. Dina Deve, 11, dijumpai di jalan lama Kuala Dipang pada pukul 8.40 pagi.
Kerajaan Yakin Capai 80 Peratus Tahap Sara Diri Beras Tahun Depan ?
Thursday, October 29, 2009
Kerajaan yakin negara dapat mencapai 80 peratus tahap sara diri beras menjelang tahun depan, memandangkan usaha-usaha yang dijalankan, seperti pemberian insentif dan subsidi, projek mini estet dan projek sawah padi berkelompok, kelihatan sudah menampakkan hasil.
Sumber: NST
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata Projek Padi 10 tan yang dilaksanakan kerajaan menunjukkan peningkatan dan kini projek itu mencapai keluasan 85,081 hektar dengan peningkatan purata hasil 26.55 peratus serta melibatkan 24,600 orang pesawah di seluruh negara.
- Hasil projek ini menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun, dengan ada insentif dan subsidi yang diberi pada pesawah, saya yakin usaha kerajaan untuk capai ‘rice self-sufficiency’ pada 2010 kepada 80 peratus boleh dicapai, katanya.
- Perlaksanaan Projek Tanaman Padi 10 Tan sehektar atau lebih dikenali sebagai Projek 10 tan diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian, yang antara lain bertujuan meningkatkan pengeluaran nilai padi negara menjelang 2010.
- Bagaimanapun Noh berkata setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mensasar tahap sara diri penanaman padi 100 peratus tanpa mengharapkan import negara luar.
- Beliau berkata kerajaan juga memberikan peruntukan yang cukup besar iaitu RM3.5 bilion bagi tahun 2008 hingga 2010, untuk melaksanakan Projek Padi 10 tan termasuk meningkatkan sistem pengairan di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (KADA).
Jeffrey Kitingan Dialu-Alukan Sertai BN ?
Thursday, October 29, 2009
Satu perkembangan baru hari ini, dimana Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang meletakkan jawatan naib presiden dan anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), dialu-alukan menyertai Barisan Nasional (BN), kata seorang pemimpin kanan Umno Sabah pada rabu.
Sumber: BERNAMA
- 'Memang, kita alu-alukan beliau (Jeffrey) kembali ke dalam BN, kerana beliau tidak bersendirian, beliau juga mempunyai penyokong," kata timbalan ketua menteri Datuk Seri Yahya Hussin yang juga setiausaha umno negeri.
- Sementara itu, Parti Bersatu Sabah (PBS) kini berdiam diri mengenai isu berkenaan, sehingga Dr Jeffrey memutuskan untuk menyertai PBS.
- "Bila tiba masanya kita akan seberangi jambatan. Buat masa ini kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi," kata setiausaha agungnya Datuk Radin Malleh bila ditanya sama ada Dr Jeffrey bercadang menyertai PBS.
- Dipercayai Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya.
kenyataan Penulis Thomas Lajinun Disifat Sebagai Suatu Penghinaan Dan Fitnah
Wednesday, October 28, 2009
kenyataan yang ditulis oleh penulis Thomas Lajinun yang ternyata bukan bersifat kebaikan untuk perpaduan parti tetapi lebih kepada kehancuran perpaduan parti pada keseluruhannya.
Demekian menurut Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Gonsubin Yosundang, Lajinun mungkin hanya seorang pemimpin baru dalam PKR atau pun sekadar ibarat pemimpin ‘tumpang sekaki’ dalam PKR.
Demekian menurut Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Gonsubin Yosundang, Lajinun mungkin hanya seorang pemimpin baru dalam PKR atau pun sekadar ibarat pemimpin ‘tumpang sekaki’ dalam PKR.
- Kerana selama ini sejak PKR bertapak diSabah nama Thomas Lajinun tidak pernah ‘popular’ dikalangan barisan kepimpinan PKR sebelum ini, kata nya.
- Bagaimanapun, menurut Gonsubin selanjut nya, pemimpin baru atau golongan muda dan cendikiawan seperti Lajinun mungkin baik dan menjadi aset kepada PKR secara jangka panjang, jika penglibatan beliau itu dalam PKR telus demi untuk tujuan mengukuhkan parti.
- Disamping itu, Gonsubin merasa berang bilamana Lajinun dalam kenyataan nya memperkecil-kecilkan kewibawan “J’ atau pun Dr Jeffrey dan Daniel John Jambun.
- Menurut Gonsubin kedua-dua pemimpin tersebut pernah berbakti kepada Sabah , PKR dan masyarakat KDM sebelum ini.
- Selanjutnya Gonsubin merasa khuatir jika Lajinun terus bersikap ‘arrogant’ seperti dalam tulisan beliau yang separuh mengejek kumpulan J, mungkin lebih ramai ahli PKR yang sudah ‘senior’ dari Lajinun akan cabut lari, kerana tidak tahan dengan gelagat ‘egoist’ itu, kata nya.
Ketua Wanita PKR Sabah Christina Liew Dan Dr Jeffrey Letak Jawatan
Wednesday, October 28, 2009
- Menurut sumber, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
- Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.
- Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
- "Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.
- Sebelum itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah pun meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.
- Dr Jeffrey, dijangka akan menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat parti hari ini. Walau macam mana pun, beliau akan kekal sebagai anggota biasa parti itu.
- Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
Polis Halang 10 Wakil Rakyat Pembangkang Perak Masuk Dewan
Wednesday, October 28, 2009
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Tawar yang juga Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bersama kira-kira 10 wakil rakyat pembangkang cuba memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan tetapi tidak dibenarkan polis.
Wakil pembangkang sepatutnya memasuki bangunan itu selepas pukul 9.30 pagi.
Sumber: Utusan
Wakil pembangkang sepatutnya memasuki bangunan itu selepas pukul 9.30 pagi.
Awie Suruh Akhil Tutup Mulut Cuba Tarbiah Artis
Wednesday, October 28, 2009
Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, seorang penyanyi rok, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 42 tahun, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.
Sumber: Harian Metro.
- Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya 'panas' apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.
- Awie mendakwa gelaran 'ustaz' yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.
- Tanpa berselindung Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan.
- 'Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat. Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingatmengingati,' katanya kelmarin.
- Awie, yang popular dengan lagu Sejati, mengulas dakwaan Akhil bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain agar melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.
- Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat.
- Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat golongan artis yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperolehi daripada 'guru ghaib' yang sukar dikesan.
- Mengulas, Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor.
- Walaupun mengakui ada artis yang tergelincir dalam maksiat, Awie mempertikaikan mengapa hanya golongan itu dikaitkan dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral, termasuk ajaran sesat.
- 'Sebagai artis kita fokus terhadap apa yang hendak kita lakukan dan tidak berdiri di pentas ceramah sambil memaki dan mencerca orang lain,' katanya sambil meminta Akhil supaya tidak menilai seseorang itu secara melulu dan pada kulitnya sahaja kerana 'dia baru setahun jagung dalam dunia artis'.
Kesatuan Guru Sokong Skim Insentif Istimewa
Wednesday, October 28, 2009
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik dan menyokong cadangan kerajaan untuk memberi insentif istimewa kepada sekolah-sekolah yang mencapai prestasi cemerlang, kata setiausaha agungnya Lok Yim Pheng kelmarin.
Sumber: BERNAMA
- “Kami selama ini berjuang untuk melahirkan guru-guru dan pelajar berkualiti dan langkah kerajaan ini sesuai dengan rancangan kami,” katanya kepada Bernama.
- Bagaimanapun, insentif itu tidak harus diberi hanya kepada pengetua dan guru besar tetapi wajar meliputi semua guru dan kakitangan bukan pengajar sekolah.
- “Ini kerana prestasi sesebuah sekolah adalah hasil usaha berpasukan dan semua mereka yang menyumbang harus diberi ganjaran,” kata Lok.
- Beliau mengulas langkah kerajaan untuk memilih 20 sekolah prestasi terbaik dan memberikan mereka insentif dan ganjaran kepada pengetua dan guru besar.
- Lok berkata NUTP tidak bersetuju dengan cadangan untuk menghukum sekolah terpilih yang didapati gagal menghasilkan prestasi baik selama dua tahun.
- “Kami berpendapat menghukum sekolah adalah tindakan drastik, sebaliknya apa yang boleh dilakukan ialah menyekat insentif kepada sekolah itu pada tahun ia gagal mencapai prestasi baik,” katanya.
- Menghukum sekolah, katanya, akan menyebabkan guru berada dalam keadaan tertekan dan tidak ada guru yang mahu berkhidmat di sekolah yang dikenakan hukuman.
- Bernama difahamkan kementerian sedang membincangkan dengan pemegang kepentingan untuk menghasilkan kriteria dan garis panduan yang boleh diterima tentang cara melaksanakan cadangan itu.
Mantik Hani, Pembantu Rumah Indonesia Yang Didera Meninggal DiHospital
Tuesday, October 27, 2009
Berita Dikemas Kini


Pembantu rumah warga Indonesia, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka hampir seluruh badan, dipercayai didera oleh majikannya di dalam tandas sebuah rumah di Taman Sentosa di Klang telah meninggal dunia kelmarin.
- Mangsa dikenali sebagai Mantik Hani, 36, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas.
- Pengarah HTAR, Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata mangsa meninggal dunia selepas didapati tidak bertindak balas dengan rawatan yang diberikan sepasukan doktor pakar.
- “Mangsa sepatutnya menjalani pembedahan tetapi ia tidak dapat diteruskan disebabkan keadaannya tidak mengizinkan,” kata beliau ketika ditemui pemberita di HTAR di sini.
- Dua pegawai wanita yang mewakili pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia turut berada di HTAR untuk melawat mangsa tetapi membatalkan rancangan itu selepas dimaklumkan wanita berkenaan telah meninggal dunia. Pembantu rumah terbabit pada 20 Okt lepas ditemui dalam keadaan “nyawa-nyawa ikan” dipercayai didera, dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.
- Polis menyelamatkan pembantu rumah itu pada pukul 7 petang hari sama selepas menerima laporan mengenai penderaan itu daripada seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek, dan terus menghantar wanita berkenaan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan lanjut.
- Susulan itu, polis menahan reman majikan pembantu rumah itu, yang bekerja sebagai peniaga pasar dan isterinya untuk membantu siasatan.
- Lelaki itu menyerah diri kepada polis sehari selepas pembantu rumah itu ditemui dan direman sehingga 28 Okt manakala isterinya direman sehingga kelmarin.
- Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata dua suspek itu disiasat kini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihaknya masih mencari saksi untuk membantu siasatan termasuk ibu majikan dan bekas majikan pembantu rumah itu.
- Jenazah mangsa akan dilakukan bedah siasat di HTAR bagi menentukan punca kematiannya, katanya.
Cinta Terlarang Di Kota Singa
Tuesday, October 27, 2009
Akhir-akhir ini tercetus berita yang mengemparkan di negara Singapura, , dimana semakin ramai suami, yang mengesyaki isteri mereka main kayu tiga. Sang suami kini sibuk mengumpulkan bukti yang boleh mengesahkan perbuatan sumbang isteri-isteri mereka.
Sumber: Cyberita
- Cinta terlarang yang dijalin wanita-wanita bergelar isteri itu dengan suami orang ada lah satu trend yang disifatkan sebagai agak ketara di sini . Dikhuatiri boleh menyumbang kepada masalah perceraian di kalangan pasangan Islam setempat yang semakin berkurang kini.
- Perangkaan terbaru menunjukkan 1,697 pasangan Islam bercerai tahun lalu berbanding 1,747 pada 2007 dan 1,944 pada 2006.
- Antara punca perceraian ialah bertemu 'orang ketiga' di alam siber yang semakin berleluasa seperti di laman Facebook, Twitter, MSN dan banyak lagi yang muncul bak cendawan selepas hujan.
Akibat Jembatan Gantung Kampar Runtuh 22 Murid Di Khuatiri Hilang Di Hanyut Air
Tuesday, October 27, 2009
Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang Perak, runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.
Sumber: mStar
- Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.
- Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
- Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.
- Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan
- Dalam masa yang sama MB Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir mengarahkan perkhemahan Satu Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini yang menyebabkan 22 pelajar hanyut di Sungai Kampar selepas sebuah jambatan gantung runtuh malam tadi ditamatkan serta merta.
Kemana Kah Ala Tuju PKR Sabah Sesudah Azmin Ali ?
Tuesday, October 27, 2009
Baru-baru ini kita telah di beritakan bahawa PKR Sabah telah diberi nafas baru dengan pengumuman perlantikan Sdra Tamrin Haji Zaini selaku Ketua perhubungan PKR baru di Sabah mengganti tempat Yb Azmin Ali yang dikatakan pelantikan beliau disini penuh dengan ‘controversy’.
- Pasti nya, perlantikan Tamrin ini kan membuka ruang untuk persoalan terutama sekali
- Credibility atau kewibawaan Tamrin untuk meneruskan perjuangan PKR Sabah
- Peranaan Pemimpin veteran duo, Tuan Hj Ansari dan Dr Jeffrey Kitingan, dimasa akan datang
- Penerimaan kaum KDM terhadap perlantikan Tamrin selaku Ketua PKR negeri yang baru
- Tanpa memperkecilkan kebolehan dan peranaan Tamrin beliau selama ini, kita maseh juga tertanya-tanya sama ada Tuan Hj Ansari dan Dr Jeffrey akan memberi kerja sama sepenuh nya kepada Tamrin dalam usaha untuk memperkuatkan lagi PKR dalam missi untuk menawan Sabah pada PRU13 nanti.
- Banyak persoalan yang tidak terjawab, terutama sekali dari pehak Tuan Hj Ansari; dimana selama ini beliau telah mendiamkan diri dari hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti PKR di Sabah. Harapan kita persoalan ini akan terjawab juga dimasa terdekat ini.
- Kita selalu mendengar cerita yang berupa spekulasi mengenai Dr Jeffrey yang dikatakan akan menyertai parti abang beliau Datuk Joseph Pairin Kitingan dalam masa yang belum ditentukan.
- Namun, telah berkali-kali Dr Jeffrey menyatakan hasrat beliau untuk bersama parti pembangkang; khas nya PKR.
- Walau macam mana pun, kenyataan itu beliau laungkan sebelum ketetapan untuk melantik Tamrin selaku Ketua Perhubungan Sabah PKR di umum kan baru-baru ini.
- Apa yang kita boleh pastikan setakat ini , kebanyakan penyokong-penyokong Dr Jeffrey dalam PKR akan bersama beliau dalam apa jua tidakan yang beliau lakukan selepas ini. Dalam hal ini, bukan mudah untuk kita rumuskan, kecuali Dr Jeffrey sendiri yang akan menentukan nya kelak.
- Dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan, banyak pemerhati politik pro BN akan merasakan bahawa perlantikan Tamrin, sebagai satu kelemahan dalam parti PKR. Dengan itu, mereka merasa agak selesa dengan kedudukan BN di Sabah, terutama sekali parti UMNO.
- Namun, kita harus juga ingatkan bahawa sebenar nya yang merunsingkan bukan lah kekuatan parti pembangkang di Sabah ini.
Tetapi ada lah kelemahan BN sendiri dalam pengurusan untuk mengubahkan nasib rakyat Sabah. Terutama sekali kaum belia yang nampak nya bilangan mereka semakin hari semakin bertambah untuk layak mengundi pada PRU13 akan datang ini.
KEPERLUAN AKAR UMBI PEMANGKIN KELULUSAN BARU PROJEK LUAR BANDAR
Monday, October 26, 2009
Semua projek luar bandar yang baru khususnya di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan berdasarkan keperluan golongan akar umbi dan bukannya atas kehendak pengurusan atasan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
- Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan projek luar bandar itu benar-benar menepati sasaran dan memberi manfaat kepada rakyat seperti yang diharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Menurut beliau, kali ini satu jawatankuasa khas akan meneliti kesesuaian semua senarai projek luar bandar yang dikemukakan dan hanya meluluskan projek memenuhi keperluan rakyat.
- kerajaan memerlukan senarai lengkap projek pembangunan luar bandar yang diperlukan di setiap kawasan daripada Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri sebelum melaksanakannya,katanya.
- Beliau berkata daripada jumlah itu, RM857 juta diperuntukkan untuk membina jalan luar bandar dan jalan kampung manakala RM530 juta untuk projek bekalan air dan RM825 juta lagi bagi menyediakan kemudahan elektrik luar bandar.
Raja Petra Kamaruddin Di Gesa Pulang Hadapi Undang-Undang Negara
Monday, October 26, 2009
Teman rapat Raja Petra Kamaruddin sewaktu zaman persekolahan semalam menggesanya pulang dan berhadapan dengan tiga saman fitnah yang sedang dihadapinya serta membiarkan undang-undang untuk memutuskan siapa yang bersalah dalam kes tersebut.
Sumber: mStar
- Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang juga Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beliau bimbang akan keselamatan Raja Petra namun beliau tidak faham mengapa pengendali laman blog Malaysia Today itu perlu melarikan diri kerana dia pernah berkata dia seorang yang berani menegakkan kebenaran.
- Menurut Megat Najimuddin, ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar beliau ibarat seorang abang kepada Raja Petra namun pada ketika ini beliau bingung siapa yang membiayai perbelanjaan kehidupan sahabatnya itu di luar negera lebih-lebih lagi setelah dia diisytiharkan muflis. “Jika dia (Raja Petra) tinggal di Australia atau Eropah, kos hidup di sana lebih mahal,” katanya.
- Beliau turut mendengar mengenai pihak tertentu yang didakwa membiayai sumber kewangan Raja Petra tinggal di sana.
- Beliau turut menyoal apakah kepentingan pihak tersebut berbuat demikian dan jika mereka tidak mempunyai kepentingan mengapa mereka perlu membiayai sumber kewangan Raja Petra di sana?
- Baru-baru ini, dalam laman web Malaysia Today beberapa keping gambar Raja Petra dan isterinya sedang bercuti disiarkan namun lokasi tempat tersebut dirahsiakan.
- Megat Najmuddin yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia dan ahli Lembaga Disiplin Umno berkata, tidak mustahil Raja Petra tinggal di luar negara dengan menggunakan pembiayaiaan sendiri kerana dia hanya mengendalikan laman web Malaysia Today yang jumlah pendapatannya tidak seberapa.
Sebuah Pemerintahan Islam Perlu Cekap Dan Adil - Dr Mahathir
Monday, October 26, 2009
Sebuah pemerintahan yang cekap dan adil yang diterajui oleh orang Islam perlu bertunjangkan kepada nilai-nilai Islam iaitu adil dalam semua perkara, bersih daripada rasuah, menghormati undang-undang serta prihatin kepada semua kaum.
Sumber: NST
- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata justeru, mendirikan pemerintahan yang baik apabila berkuasa amatlah penting untuk menentukan Islam berkembang dengan baik dan mereka yang bukan Islam tidak menjauhkan diri daripada orang Islam.
- “Percayalah jika kita dapat dirikan pemerintahan seperti ini (nilai-nilai Islam), banyak manafaat akan diperoleh antaranya kefahaman tentang ajaran Islam akan meningkat di samping masyarakat lebih bersedia menerima saranan pemerintahan,” katanya.
- Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Perkim sejak 2006, berkata apabila pemerintahan orang Islam dicemar dengan kebengisan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kurang kecekapan dan penindasan terhadap orang lain, maka persepsi orang lain terhadap agama Islam juga akan menjadi buruk.
- “Hari ini tidak ada satu pun negara Islam yang boleh ditakrif sebagai negara maju di dunia ini. Sekali lagi ada yang berpendapat kemajuan negara Islam tidak penting.
- “Tetapi kita tahu nasib buruk ramai negara Islam kerana mereka tidak maju. Mereka terpaksa mengemis, meminta-minta bantuan daripada orang lain dan akibatnya mereka sering ditekan oleh orang yang membantu mereka yang mungkin sebenarnya musuh mereka,” katanya.
- Sebaliknya, kata beliau, kemajuan negara Islam akan menjana penghormatan kepada Islam dan segala ajarannya sebagaimana berlaku pada zaman tamadun kegemilangan Islam.
- “Betapa pentingnya orang Islam berjaya dalam semua bidang, sosial, ekonomi, politik dan lain-lain sebagai satu daripada cara menarik perhatian, menambahkan kefahaman dan kehormatan, bahkan menawan hati orang bukan Islam untuk mengenali agama Islam dan kebaikannya,” katanya.
Bajet 2010 Elak Wanita Berhenti Kerja
Sunday, October 25, 2009
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, dengan adanya lebih banyak penubuhan pusat sedemikian ia mampu menurunkan peratus wanita berhenti kerja untuk menjaga anak-anak mereka.
Sumber: Borneo Post
- Kata nya, Bajet 2010 yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi penubuhan pusat harian dan pendidikan kanak-kanak dijangka mampu mempertingkatkan pembangunan wanita dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
- “Penyelidikan yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Keluarga dan Populasi Negara mengenai penjagaan anak-anak di kalangan ibu bekerja pada tahun 2004, mendapati 55.7 peratus responden berhenti kerja kerana masalah penjagaan anak mereka,” katanya.
- Justeru katanya melalui bajet, pusat harian dan pendidikan yang akan ditubuhkan dengan banyak dapat memberi peluang kepada wanita-wanita yang bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara.
- Akhirnya, kata beliau ia dapat mempertingkatkan status pembangunan ekonomi wanita dan untuk itu JPW bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mencapai matlamat berkenaan.
KEMELESETAN EKONOMI DUNIA TIDAK HALANG KEMASUKAN PELABURAN ASING KE SABAH ?
Sunday, October 25, 2009
Aliran kemasukan pelaburan asing ke Sabah terus memperlihatkan trend positif seperti tahun-tahun sebelumnya walaupun krisis ekonomi dunia belum pulih, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kelmarin.
- Katanya, keadaan itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap asas-asas ekonomi, kestabilan politik dan tahap keselamatan di Sabah.
- Kata nya Sabah yakin dengan kejayaan menarik pelaburan asing membuktikan bahawa iklim pelaburan di negeri ini benar-benar kondusif dengan prospek ekonomi yang meyakinkan,” katanya.
- Musa berkata, aktiviti pelaburan sektor swasta di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) amat menggalakkan dengan komitmen pelaburan sehingga kini dianggarkan bernilai RM4.04 bilion.
- Musa berkata, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui pelbagai galakan dan insentif kepada pelaburan asing.
Anwar Pertikai BN Tidak Membela Askar
Saturday, October 24, 2009
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan.
Sumber: Malaysiakini
- Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini.
- “Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku,” katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam.
- Dalam masa yang sama, Penasihat PKR itu berkata terdapat beberapa kelemahan asas dalam menangani defisit belanjawan.
- “Walaupun unjuran itu akan berkurangan kepada 7.4 peratus, tetapi kenyataan bahawa pelaburan kita menjunam – ini angka yang cukup mengejutkan – daripada RM19.7 bilion kepada RM3.3 bilion,” katanya.
- “Jumlah ini yang perlu disiasat dan diteliti kerana ia tidak selaras dengan negara-negara serantau seperti China dan India yang pelaburannya meningkat akhir-akhir ini.”
- Anwar juga berkata, bajet tersebut juga memperkenalkan bebanan baru kepada rakyat melalui caj penggunaan kad kredit sebanyak RM50.
- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, bajet itu satu bentuk diskriminasi dan tidak selari dengan tema ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’ apabila hanya memberikan pengurangan cukai kepada pekerja pengetahuan di Wilayah Iskandar semata-mata.
- “Sebenarnya kemajuan hanya dipilih untuk kawasan-kawasan tertentu dan golongan-golongan tertentu sahaja,” katanya.
- Sementara itu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyifatkan isu pembangunan industri halal “sekadar pengulangan tanpa pembaharuan seperti yang dinyatakan dalam belanjawan terdahulu”.
- Secara realitinya Malaysia masih lagi ketinggalan dalam bidang ini berbanding dengan Thailand dan China yang bukan beragama Islam.
- “Perkara ini tidak dipindahkan dalam bentuk tindakan walaupun sudah lama kita dengar,” katanya.
- Beliau menyambut baik manfaat-manfaat yang diberikan kepada rakyat melalui bajet tersebut, misalnya pengurangan cukai individu.
Swasta Buka Kelas Pra Sekolah Di Beri Insentif
Saturday, October 24, 2009Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra sekolah di bandar dan luar bandar.
Sumber: BERNAMA
- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan kelas-kelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.
- Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya, katanya.
- Muhyiddin seterusnya berkata kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Akan Di Tubuh.
Saturday, October 24, 2009
kerajaan kelmarin telah mengumumkan akan menubuh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk kemudahan pengangkutan awam yang efisien mampu meningkatkan produktivi dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.
Sumber: Bernama
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkannya berkata kerajaan akan mempercepatkan penubuhan dan operasi SPAD sebagai pihak berkuasa tunggal untuk mengawasi dan menguatkuasakan piawaian perkhidmatan serta menyedia rancangan jangka panjang pengangkutan awam bandar.
- "SPAD dijangka mula beroperasi pada 2010," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat kelmarin.
Anwar Rasakan Bajet 2010 Mampu Tangani Krisis ?
Saturday, October 24, 2009
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. merasakan, bajet 2010 mampu menangani beberapa masalah yang dihadapi negara ketika berdepan dengan krisis ekonomi global.
- Bagaimanapun, Anwar berkata masih wujud beberapa kelemahan asas dalam Bajet 2010, seperti unjuran pengurangan defisit daripada 7.4 peratus ketika ini kurang jelas .
- "Selain itu, pelaburan yang menjunam kepada RM3.36 bilion bagi Bajet 2010 daripada RM19.7 bilion adalah satu kejutan kerana ia tidak selaras dengan peningkatan pelaburan di China dan India sejak kebelakangan ini," katanya.
Ayat Quran Dikatakan Muncul Di Tubuh Bayi
Friday, October 23, 2009
Seorang bayi di Dagestan, Russia membingungkan para doktor apabila ayat suci Al-Quran didapati tertera pada tubunya.
Sumber: Agensi.
- Ibu bapa budak lelaki berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan 'Allah' muncul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.
- Sejak itu beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul di belikat, lengan, kaki dan perut Ali.
- Keluarganya mendakwa ayat yang lama akan lenyap sebelum ayat baru timbul dua kali dalam masa seminggu.
- Para pegawai perubatan berkata mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu.
- Tetapi mereka menafikan ayat itu ditulis oleh seseorang pada kulit bayi mereka.
- Ibunya, Cik Madina, berkata beliau dan suaminya semakin patuh melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.
- Pada mulanya Cik Madina dan suaminya tidak menunjukkan ayat-ayat penuh misteri itu kepada sesiapa tetapi akhirnya mereka mendedahkan hal itu kepada doktor mereka.
- Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan, yang terletak berhampiran Chechnya, di selatan Russia.
- Anggota parlimen setempat, Encik Akhmedpasha Amiralaev, berkata budak lelaki itu adalah tanda kebesaran Tuhan.
- 'Allah menghantarnya ke Dagestan untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negara kami,' kata beliau.
- Menurut Cik Madina, ayat-ayat itu muncul dua kali dalam seminggu iaitu pada Isnin dan malam Jumaat.
- 'Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar memegangnya ketika itu.
- 'Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian. Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,' katanya.
- Seorang imam, Encik Abdulla, memberitahu penduduk setempat bahawa memang ada ayat dalam Al-Quran yang menyatakan Allah akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa Al-Quran itu kitab yang benar.
- 'Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,' kata beliau.
Satu Lagi Kes Amah Warga Indon Dipukul Teruk Dan Dikurung Oleh Majikan
Friday, October 23, 2009
Sepasang suami isteri ditahan kerana didakwa memukul teruk dan mengurung pembantu rumah Indonesia mereka dalam bilik air selama dua malam, kata polis semalam.
- Lelaki penjaja pasar itu dan isterinya didakwa memukul teruk Cik Mantik Hani, 36 tahun, dari Surabaya, yang ditemui dikurung dalam rumah mereka.
- Ketua polis daerah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohamad Mat Yusop, berkata lelaki 30-an tahun itu menyerah diri kelmarin manakala isterinya, 29 tahun, ditangkap Selasa lalu.
- Laporan-laporan akhbar berkata seorang lagi pekerja Indonesia yang digajikan untuk menggantikan Cik Mantik menemui beliau dengan kaki dan tangannya diikat.
- Pekerja baru itu terhidu bau busuk dari arah bilik air yang terkunci.
- 'Apabila dia ditemui, dia berada dalam bilik air di belakang rumah itu. Mata kirinya bengkak, kaki kanannya mempunyai luka besar yang mendedahkan tulangnya dan dia luka pada seluruh badan,' kata ACP Mohamad .
- Menurutnya, pembantu rumah itu masih dirawat di hospital.
- Akhbar The New Straits Times melaporkan Cik Mantik didera majikannya hampir saban hari dalam tempoh dua bulan dia bekerja dengan mereka.
- Malaysia amat bergantung pada tenaga pembantu rumah dari Indonesia, namun Jakarta mengharamkan penghantaran tenaga pembantu rumah ke sana sedang dua negara itu berunding mengenai paras gaji dan sekitaran kerja bagi mencegah penderaan.
Pairin Kekal Jawatan Presiden PBS
Friday, October 23, 2009
Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBs) untuk tempoh tiga tahun lagi selepas diisytiharkan menang tanpa bertanding apabila menerima 55 pencalonan daripada 60 bahagian parti itu di Sabah.
Sumber: BERNAMA
- Mengumumkan keputusan itu hari ini, Ketua Penerangan PBS Johnny Mositun berkata pencalonan tidak diterima daripada lima bahagian kerana mereka tidak dapat mengadakan mesyuarat perwakilan tahunan untuk tahun ini.
- Juga kekal tanpa bertanding adalah dua timbalan presiden, Datuk Dr Maximus Ongkili bagi kuota Bumiputera bukan Islam dan Dr Yee Moh Chai yang mewakili anggota Cina dalam parti itu.
- Mositun berkata bagaimanapun bagi jawatan timbalan presiden untuk kuota anggota Islam akan menyaksikan pertandingan selepas penyandang A. K. Aliudin, Naib Presiden Rakam Sijim, Ketua Pemuda Datuk Jahid Jahim dan anggota Majlis Tertinggi Almudin Kaida menerima pencalonan yang cukup untuk melayakkan mereka bertanding jawatan itu.
- Beliau berkata Jahid juga dicalonkan untuk jawatan ketua pemuda, yang membuka ruang kepada pertandingan satu lawan satu dengan Timbalan Bendahari yang juga Ketua Bahagian Liawan, Jake Nointin.
- "Jahid hanya boleh bertanding satu jawatan, jadi beliau kena buat keputusan selewat-lewatnya 27 Okt iaitu tarikh tutup untuk menerima pencalonan. Kami akan mengetahui calon-calon bertanding pada 28 Okt," katanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan kongres PBS, yang diadakan tiga tahun sekali, pada 7 Nov depan.
Kerana Gigit Polis Tian Chua Hadapi Hukuman Penjara 6 Bulan ?
Thursday, October 22, 2009
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis, dua tahun lalu.
Sumber: mStar
- Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000.
- Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan.
- Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberikan masa selama 14 hari untuk berbuat demikian.
- Tian Chua yang berbaju kut dan bertali leher hadir bersama kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan. Mahkamah sesak sehingga ada yang terpaksa berdiri menyaksikan prosiding hari ini.
- Beliau diwakili oleh peguam-peguam Ranjit Singh, Amir Hamzah Arshad dan Radzlan Hadri.
- Pihak pendakwa raya pula terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Zakaria, Lee Keng Fatt dan Ishak Mohd Yusuff.
- Tian Chua kelihatan tenang dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi semasa hukuman dijatuhkan mahkamah.
Perhimpunan Umno Bergilir Belum Sesuai Untuk Sabah
Thursday, October 22, 2009
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lajim Haji Ukin berkata, cadangan untuk mengadakan perhimpunan agung Umno secara bergilir di setiap ibu negeri perlu kajian mendalam terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
- Katanya, bagi negeri Sabah ia amat sukar dan tidak relevan untuk dilaksanakan ketika ini, kerana ia memerlukan persediaan logistik yang lebih besar di samping memerlukan kos yang tinggi.
- “Bagi negeri-negeri di Semenanjung mungkin ia dapat dilaksanakan kerana ahli-ahli perwakilan boleh menaiki bas untuk menghadiri perhimpunan yang dibuat di luar daripada Kuala Lumpur… tetapi bagi Sabah ia memerlukan penerbangan yang sudah pasti kos pengangkutannya terlalu mahal,” katanya ketika mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang mahu Perhimpunan Agung Umno di bawa ke setiap ibu negeri secara bergilir-gilir.
- Menurut Lajim, persidangan yang diadakan setiap tahun di PWTC tidak seharusnya dibawa keluar daripada Kuala Lumpur kerana PWTC adalah pusat dan ibu pejabat Umno yang bukan saja mempunyai kelengkapan serta kemudahan yang lebih baik tetapi juga dapat memberikan keselesaan kepada ahli-ahli Umno yang menghadiri persidangan itu.
Phenomenon Pengangguran Perlu Dapat Perhatian
Thursday, October 22, 2009
Menurut Kementerian Sumber Manusia dari 1 Oktober 2008 hingga 19 Oktober 2009, seramai 32,877 pekerja telah diberhentikan kerja secara tetap dan seramai 10,372 lagi dikatakan diberhentikan secara sukarela. Ini tidak termasuk mereka yang bekerja sendiri.
Sumber: MerdekaReview, fenomena- Syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby dan Petronas perlu mengkaji cara-cara untuk menolong para pekerja tempatan.
- Ekonomi Malaysia menghadapi kelembapan kerana kemerosotan ekonomi dunia. Kerajaan mengadakan dua pakej berjumlah RM 67 bilion untuk merangsangkan ekonomi. Setakat ini, Kementerian Kewangan belum lagi boleh meyakinkan rakyat, dengan hanya RM7.9 bilion dibelanjakan, apakah manfaatnya kepada orang ramai.
- Usaha haruslah dipertingkatkan untuk membelanjakan wang ini dengan berkesan tanpa ketirisan seperti rasuah.
- Sementara itu, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk program latihan semula dan penempatan pekerja-pekerja. Seramai 19,892 pekerja disebutkan sedang menyertai program ini.
- Sebanyak 80 bilik operasi pemantauan pemberhentian pekerja dan penempatan semula telah ditubuhkan di seluruh negara. Pada 19 Oktober 2009, 19,345 pekerja telah ditempatkan semula.
- Para pendatang dengan dan tanpa izin dengan jumlah berjuta-juta merupakan faktor yang rumit. Ada kerja yang sudi dibuat oleh pendatang. Ketika ekonomi lembap, rakyat tempatan memerlukan kerja. Syarikat besar seperti Sime Darby perlu mengkaji bagaimana rakyat sendiri boleh dibantu.
- Semoga rakyat semua kaum dapat bantuan dari bilik operasi, program latihan dan Jawatankuasa Tripartite. Kita haruslah berikhtiar menjadikan bilik, program dan jawatankuasa lebih berkesan untuk membantu para pekerja yang diberhentikan kerja.
21 Maut Dalam Nahas 2 Kereta Api
Thursday, October 22, 2009
Seramai 21 orang maut apabila sebuah kereta api ekspres dari Goa ke New Delhi merempuh sebuah kereta api yang sedang berhenti di stesen Mathura, 50 kilometer ke utara bandar Agra, semalam, kata polis.
Sumber: Reuters.
- Jurucakap ketua polis daerah, Encik B.D. Polson, memberitahu AFP 21 orang terkorban, sementara pegawai daerah, Encik D.C. Shukla, memberitahu Reuters lebih 20 orang cedera parah.
- Namun, pengurus kereta api setempat, Encik Rajendra Dutt Tripathi, berkata 13 orang terkorban dan 22 cedera dalam nahas itu.
- Menurutnya, laporan awal menunjukkan kereta api Mewar Express berada di stesen selepas seorang penumpang menarik rantai kecemasan tetapi pemandu kereta api dari Goa itu tidak nampak isyarat yang meminta beliau menghentikan kereta api tersebut.
- Gerabak terjejas dikhaskan bagi wanita dan orang cacat.
- Sebanyak 19 mayat dijumpai dalam operasi tujuh jam, manakala dua mangsa meninggal dunia di hospital, kata jurucakap polis, Encik Rajesh Dikshit, kepada The Associated Press.
- Tidak ada rakyat asing di kalangan mangsa, ujar beliau.
- Ketua jurucakap kereta api utara India, Encik R.D. Vajpayee, memberitahu stesen NDTV syarikat kereta api akan membayar pampasan 500,000 rupee ($15,060) kepada keluarga mangsa yang terkorban.
PAS Akui Hilang Sokongan Bukan Melayu Kerana Parti Baru
Thursday, October 22, 2009
Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Mustafa Ali, mengakui bahawa penubuhan parti baru kaum India, Makkal Sakthi, telah menyebabkan PAS kehilangan sokongan kaum bukan Melayu dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang baru-baru ini, demikian lapor sebuah laman berita dalam talian tempatan semalam.
- Dalam kekalahan pertama pilihan raya kecil parti itu sejak pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac tahun lalu, calon PAS, Encik Zukefly Omar, ditewaskan dengan majoriti 5,435 undi oleh calon Barisan Nasional (BN)-Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
- Pada Mac tahun lalu, Umno memenangi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 undi. Parti Islam itu juga tewas dalam semua 19 aliran undi. Ia memenangi lima aliran undi pada pilihan raya 2008, empat daripadanya dalam kawasan yang sebahagian besarnya didiami penduduk bukan Melayu.
- 'Secara tidak langsung, Makkal Sakthi menjejas penguasaan undi bukan Melayu kami, di samping pengumuman bahawa parti itu menyokong BN,' kata Datuk Mustafa dalam satu wawancara dengan laman berita The Malaysian Insider.
- Parti Makkal Sakthi, yang diketuai bekas pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), Encik R.S. Thanenthiran, dilancarkan semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Ia disifatkan oleh para pengamat politik setempat sebagai satu usaha Datuk Seri Najib mendapatkan 'rakan parti' kaum India baru selepas sokongan kaum tersebut terhadap Kongres India Malaysia (MIC) mulai terhakis.
- 'Kami tidak boleh mengetepikan mereka. Mereka telah mengurangkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR), bukan saja PAS,' kata Datuk Mustafa semasa membentangkan dapatannya berikutan kekalahan PAS di Bagan Pinang itu.
- Datuk Mustafa berkata beliau juga sedar mengenai dakwaan bahawa ramai ahli Parti Makkal Sakthi terdiri daripada anggota kelab penyokong PAS.
- Apabila ditanya sama ada PAS akan mempercepatkan langkah merasmikan peranan penyokong bukan Islamnya dalam parti itu, Datuk Mustafa berkata hal itu masih diteliti secara berhati-hati.
- 'Penyokong utama PAS masih lagi kaum Melayu. Perbincangan sama ada kami akan mempunyai keanggotaan penuh penyokong atau tidak perlu menimbangkan faktor ini iaitu adakah ia akan menjejas kumpulan utama ini,' jelasnya sambil menambah bahawa pembentukan cabang bukan Islam dalam PAS sedang dirancang.
- Datuk Mustafa, bagaimanapun, menolak andaian bahawa pelbagai kontroversi yang membabitkan ketua PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, telah menjejas usaha kempen parti itu dalam kawasan-kawasan penduduk India.
Laporan Audit Negara Tahun 2008 Merusingkan, SPRM Buat Siasatan
Wednesday, October 21, 2009
Laporan Audit Negara tahun 2008 yang baru diperoleh oleh ahli parlimen menunjukkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban sebahagian dari kerugian projek mega yang bernilai ribuan juta dana awam.
Sumber: Ahli parlimen, BH
- Jabatan Audit Negara menganggarkan jumlah kerugian projek rel keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh berjumlah sekitar RM 1.14 billion.
- Sehingga bulan Disember 2008 sebanyak RM 5.77 billion telah dibelanjakan untuk projek tersebut, bermaksud 32.9%(RM 1.43billion) lebih tinggi dari nilai sebenar, iaitu sekitar RM 4.34 billion.
- Malahan Laporan tersebut mengakui bahawa kelemahan pengurusan yang mengakibatkan kerugian yang sebegini besar.
- Menurut sumber dalam Laporan Audit terdapat ada bukti ada penyelewengan serta kelemahan dalam tadbir urus, ketelusan dan pemborosan. Apa lagi ketika memikirkan kelembapan ekonomi masih terasa, wajarlah pengurusan ekonomi mengambil langkah segera memperbetulkan dasar sumbang sebegini.
- Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam.
- Kajian itu adalah prosedur biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memastikan ketelusan dalam setiap penyata dan pengurusan kewangan yang telah diaudit Jabatan Audit Negara.
- Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini, hari ini jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada.
Universal Studios S'pore Sediakan 7 Zon Tarikan Bertaraf Dunia
Wednesday, October 21, 2009
Lebih 24 permainan dan tarikan bertaraf dunia di tujuh zon tema itu merupakan antara tarikan di Universal Studios Singapore apabila Resorts World Sentosa yang menelan belanja AS$4.4 bilion ($6.6 bilion) dibuka awal tahun depan.
- Lebih menarik lagi, lebih 18 permainan dan tarikan bertaraf dunia itu merupakan permainan baru atau disesuaikan khusus bagi Singapura - lantas membawa keunikan tersendiri dan berbeza berbanding taman tema Universal Studios yang lain di Hollywood, California, Orlando, Florida dan Osaka, Jepun.
- Tujuh zon bertema itu ialah Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar.
- Di Zon New York misalnya, para pengunjung dapat menyelami pengalaman membuat filem ala pengarah Steven Spielberg dalam studio filem yang menyaksikan taufan yang kuat melanda New York.
- Di Zon Sci-Fi City, para pengunjung dapat beraksi sebagai manusia atau siklon, sejenis robot, menaiki roller coaster yang tertinggi di dunia - Battlestar Galactica.
- Para pengunjung juga boleh menonton aksi-aksi nekad dan juga letupan sewaktu pertunjukan air ala filem Waterworld di Zon The Lost World.
- Malah, bagi menyokong tarikan-tarikan bertaraf dunia itu, Universal Studios Singapore turut menyediakan lebih 13 pusat makanan yang menyediakan makanan Barat, Asia dan tempatan.
- Satu-satu pusat makanan halal di situ ialah Oasis Spice Cafe yang menyediakan makanan Mediterranean, India dan Melayu.
- Menurut Pengarah Eksekutif, Ride & Show, Universal Studios Singapore, Encik Steve Ryan, pihaknya telah mendapatkan kepakaran pengarah mapan Steven Spielberg sebagai Pengarah Kreatif bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman yang unik dan sukar dilupakan.
- 'Kami mahu memastikan imaginasi dapat dihidupkan menjadi realiti,' ujarnya sewaktu memberi perkembangan terkini mengenai kerja pembinaan Resorts World Sentosa, semalam.
- Pengarah Operasi Taman Universal Studios Singapore, Encik John Hallenbeck, pula berkata pihaknya berkemungkinan besar akan menjual tiket bagi orang dewasa, kanak-kanak dan juga warga tua.
- 'Kami kini sedang menimbangkan pas sehari, pas dua hari atau pas musiman selama setahun bagi para pengunjung yang ingin ke Universal Studios Singapore. Namun, harga tiket masih di peringkat perbincangan tetapi kami akan memastikan harga tiket itu agak kompetitif,' ujarnya lagi.
Pemangku Raja Kelantan Minta Petronas Bayar Royalti Petroleum
Wednesday, October 21, 2009
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.
Sumber: BERNAMA
- Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.
- "Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.
- "Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usahausaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
- Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.
- Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.
- "Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.
- "Beta juga berharap Petronas dan kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.
- Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.
- Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.
- Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya.
kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah Ditahan Bersama Wang Beratus Ribu Ringgit
Wednesday, October 21, 2009Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang terdiri daripada seorang pegawai kanan, seorang pegawai dan dua orang renjer hutan semalam dan hari ini kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah.
- “Mereka telah ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000 sebagai balasan meluluskan kompatmen pembalakan (logging compartment,” demikian menurut kenyataan SPRM.
- SPRM juga turut menyita wang tunai berjumlah RM300,000 yang dijumpai di dalam rumah salah seorang pegawai yang ditangkap dan SPRM sedang menyiasat sumber wang yang telah disita tersebut.
- Mereka kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
- Sumber: mStar


