SUARA BEBAS TUARAN

Samseng Jalanan Tajan BN Membuat Kecoh Di Luar Dun Pulau Pinang ?

Monday, November 30, 2009

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merasa kesal bilamana pasukan polis dikatakan membiarkan samseng jalanan tajaan Barisan Nasional (BN) membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.
  • Menurut Lim beliau tiada halangan dengan mengadakan demonstrasi dengan syarat ia nya di lakukan dengan bersopan bukan seperti samseng jalanan tanpa menghormati dewan yang sedang bersidang.
  • “Polis hendaklah bertindak wajar dengan tugasan mereka menjagai keamanan. Bukan membiarkan pendemo bertindak sesuka hati, riuh rendah dan memalukan, ” terangnya dalam sidang akhbar ketika masa berehat Persidangan Kali Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Penggal Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke Dua Belas pagi tadi.
  • Lim mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo dan menghamburkan kata-kata kesat, mereka juga membakar gambar Lim Guan Eng serta menaikkan sepanduk kononnya Lim menipu kaum India dalam isu Kampung Buah Pala.
  • Lim berharap polis tidak berat sebelah dalam menanganu demontrasi yang dijalankan oleh pendokong Pakatan Rakyat di mana juga selepas ini.
  • kata beliau sebelum ini, apa yang berlaku adalah, bila pendokong Pakatan Rakyat berdemo, pihak polis cepat bertindak menahan, menangkap serta bertindak kasar atau mengurung mereka dalam lokap atau diletakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Lebih malang lagi ada yang cedera dipukul bertalu-talu oleh pasukan polis yang tidak berunifom.
Sumber:Harakahdaily, Photo: ASD
Read On 0 comments

Dana Sebanyak AS$10b Setahun Untuk Tangani Perubahan Iklim ,Di Tubuh

Monday, November 30, 2009
Para pemimpin 53 negara anggota Komanwel menyokong rancangan penubuhan segera sebuah dana perubahan iklim dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di Port of Spain, ibu kota Trinidad dan Tobago, kelmarin.
Mereka menegaskan bahawa satu perjanjian mengenai perubahan iklim 'adalah perlu' dan menyokong rundingan di Copenhagen dari 7 hingga 18 Disember ini yang bakal melakar satu perjanjian baru bagi menggantikan Protokol Kyoto.
  • Deklarasi Perubahan Iklim Komanwel itu mengalu-alukan usul Britain dan Perancis untuk menubuhkan sebuah dana berjumlah AS$10 bilion ($13.8 bilion) setahun mulai tahun depan bagi membantu negara-negara miskin mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.
  • Jumaat lalu, Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, berkata beliau dan Perdana Menteri Britain, Encik Gordon Brown, mencadangkan dana yang akan membayar AS$10 bilion setahun pada 2010, 2011 dan 2012.
  • Tawaran kewangan itu diganding dengan pengurangan gas rumah hijau yang diumumkan dua minggu lalu oleh negara pencemar utama membuat para pemimpin Komanwel berasa lebih optimis.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, yakin ada momentum bagi mencapai satu persetujuan. Namun beliau memberi amaran bahawa masih belum pasti satu perjanjian dapat dicapai di Copenhagen untuk ditandatangani pada tahun depan.
Sumber: The Agencies
Read On 0 comments

Presiden Filipina Putuskan Hubungan Dengan Keluarga Gabenor Yang Didakwa

Monday, November 30, 2009

Presiden Filipina, Cik Gloria Arroyo, semalam memutuskan hubungan dengan keluarga Gabenor wilayah Maguindanao, Encik Andal Ampatuan Sr, selepas anak beliau, Andal Ampatuan Jr, didakwa melakukan pembunuhan 57 orang pada 23 November lalu.
  • Presiden gabungan parti pemerintah, Lakas Kampi CMD, memecat keluarga Ampatuan daripada parti tersebut menyusuli pembunuhan yang bertujuan melenyapkan peluang naib datuk bandar Buluan, Encik Esmail Magundadatu, daripada menjadi calon merebut jawatan gabenor wilayah Maguindanao.
  • Namun pegawai hak asasi Filipina, Cik Lilia de Lima, menarik perhatian bahawa keluarga Ampatuan sudah terkenal sebagai panglima suku kaum yang berpengaruh.
  • 'Mereka tidak mengumpul senjata dan membangunkan askar peribadi dalam masa sehari. Semua ini hanya boleh berlaku apabila pihak berkuasa membenarkan penularan senjata di kalangan elit politik di wilayah terpencil,' kata Cik de Lima dalam satu kenyataan.
  • Militia keluarga Ampatuan dibenarkan beroperasi kerana ia membantu pihak tentera membendung kumpulan pemisah Moro, kata pensyarah sains politik di Universiti Filipina, Profesor Alex Magno.
  • Politik Filipina sering dicemari pakatan tidak sihat. Para penganalisis menyifatkan negara itu sebagai sangat rasuah dan pemerintah pusat terpaksa berpakat dengan tokoh politik yang licik demi memenangi undi.
  • Namun semalam, 12 datuk bandar dari tiga wilayah, yang menjadi sekutu keluarga Ampatuan, mengadakan pertemuan di rumah gabenor Zaldy Ampatuan bagi menyatakan sokongan terhadap keluarga berkenaan.
Sumber: AFP.
Read On 0 comments

Benar kah Ada 'Kolonel Mat' Yang Mahu Singkir Nik Aziz?

Monday, November 30, 2009

Pelbagai pihak dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) tertanya-tanya siapakah 'Kolonel Mat' yang dimaksudkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai 'dalang utama' yang merancang untuk menjatuhkannya dan kerajaan PAS di Kelantan.
  • Gelaran yang diberikan Datuk Nik Aziz dalam ucapannya pada majlis memperingati Hari Wukuf di Kota Bharu Khamis lalu menjadi persoalan sama ada watak 'Kolonel Mat' adalah seseorang dalam PAS atau orang luar.
  • Ketua Dewan Pemuda PAS, Encik Nasruddin Hassan, mengakui turut tertanya-tanya siapakah 'Kolonel Mat' itu, lapor Berita Harian Malaysia semalam.
  • Namun, Dewan Pemuda PAS mahu kepemimpinan tertinggi parti memandang serius dakwaan Datuk Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS itu.
  • 'Oleh kerana dakwaan itu datang daripada mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat,' katanya.
  • Menurut Datuk Nik Aziz, konspirasi hendak menjatuhkannya daripada jawatan Menteri Besar dan dalam PAS sudah lama dilakukan oleh pihak tertentu.
  • Malah beliau percaya seorang bekas pegawai tentera terbabit di sebalik konspirasi tersebut.
  • Namun beliau enggan mendedahkan dalang tersebut, tetapi hanya menamakan orang berkenaan sebagai 'Kolonel Mat'.
  • Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Encik Fatah Harun, yang juga besan Datuk Nik Aziz berkata, 'Kolonel Mat' yang disebut Datuk Nik Aziz sebagai dalang konspirasi untuk menjatuhkannya hanyalah 'satu kiasan' sahaja.
  • 'Tok Guru (Datuk Nik Aziz) banyak ilmu mantik, banyak perbandingan. Kalau tak belajar, tak boleh baca maksud dia.
Sumber: CyNews, Photo:msomelayu
Read On 0 comments

Pulau Pinang Timbang Ikut Jejak Selangor Haramkan Kursus BTN?

Sunday, November 29, 2009
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menimbangkan secara serius untuk mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Selangor mengharamkan kursus Biro Tata Negara (BTN) kepada kakitangannya.
  • Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman berkata kerajaan negeri memandang serius cadangan anggota Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yussof bagi kerajaan negeri mengikuti langkah Selangor.
  • Usul cadangan itu dijangka dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri esok untuk kelulusan, kata Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan perdana Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang di Yayasan Aman, di sini pada hari Ahad.
  • Beberapa hari lalu, Yusmadi mencadangkan supaya kerajaan negeri mencontohi Selangor berhubung isu BTN dan mengulangi cadangan itu pada perhimpunan hari ini.
  • Sementara itu, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, sebuah sekretariat yang diketuai oleh Yusmadi akan ditubuhkan untuk mengumpulkan pandangan rakyat mengenai BTN, yang didakwa mengindoktrinasikan ideologi Barisan Nasional (BN).
  • Katanya, orang ramai yang mempunyai pengalaman dan pandangan mengenai BTN boleh mengemukakannya kepada sekretariat itu.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

Pembohongan Pemimpin UMNO Sepanggar Dari Kaca mata Penulis Hamzah Abdullah

Sunday, November 29, 2009

Saya tertarik dengan penulisan 'skeptical' Saudara Hamzah Abdullah, selaku penulis jemputan SabahKini. Menurut Hamzah, pengusiran para penduduk kampung Kg. Lembaga Padi (terletak di DUN Sepanggar), membuktikan kebenaran bahawa slogan 1 Malaysia sebenarnya adalah "rakyat didahulukan untuk dijadikan mangsa, kepentingan UMNO/BN mesti diutamakan"
  • Kata beliau kenyataan Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Jumat Idris, yang mengaku tidak mengetahui tentang arahan mahkamah (court order) yang menghendaki penduduk Kg. Lembaga Padi mengosongkan penempatan mereka dalam tempoh 2 minggu, juga adalah manifestasi bahawa para pemimpin UMNO hidup di suatu alam yang sebenarnya terpisah dengan masyarakat miskin dan golongan peneroka bandar (UMNO menggelar mereka setinggan dan penghuni rumah haram).
  • "Ini juga adalah bukti pembohongan yang kononnya para pemimpin UMNO akan bersama merasai denyutan nadi dan jantung rakyat! Whheeek!, dengar ucapan sebegini pun sudah cukup untuk masyarakat yang celik dengan sepak terajang UMNO menjadikan mereka merasa mual dan muntah", kata nya.
  • Beliau membawa pembaca untuk menengok di mana kesudahannya episod pengusiran para penduduk Kg. Lembaga Padi ini. Disamping menyaksikan sendiri sejauh mana seriusnya Wakil Rakyat Karambunai, Datuk Jainab Ahmad, yang konon mahu melantik seorang peguam bagi mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang sementara arahan mengosongkan kawasan penempatan Kg. Lembaga Padi ini.
  • Selanjut nya kata beliau, Datuk Jainab Ahmad ini pun bukan calang-calang Menteri dari kalangan Mak Datin UMNO. Dulu bila dia kempen di Kuala Trengganu, dia pandai-pandai buat tuduhan kononnya Kerajaan PAS Trengganu telah mewujudkan Jawatankuasa Syurga Rakyat, kata Hamzah
  • kata Hamzah, "Apalah bebal dan bengap punya pemimpin! Mujur tidak kena saman malu oleh pemimpin PAS Trengganu. Untuk pengetahuan Datuk Jainab, yang diwujudkan itu ialah Jawatankuasa Syura Rakyat yang bererti ‘People's Consultative Committee’, bukannya Syurga Rakyat.
  • Sebab itu, kalau tidak tahu jangan cakaplah Mak Datin oooii. Buat-buat senyap dan bisu lagi bagus daripada buat tuduhan melulu yang hanya menambah dosa yang semakin bertimbun".
Sumber: SabahKini, Photo: kpsepangar
Read On 0 comments

Tragedi Bot Karam Di Perairan Pulau Banggi, Sabah

Sunday, November 29, 2009

Seorang mangsa bot karam berhampiran Karakit Pulau Banggi, Yahya Osman
Sebuah bot, yang membawa 28 penumpang, karam kira-kira pukul 5.30 petang, sejam selepas bertolak dari jeti Kudat ke Pulau Banggi, baru-baru ini.
Kebanyakan penumpang merupakan anggota sebuah keluarga iaitu seramai 21 orang dari Papar yang pulang ke Pulau Banggi untuk merayakan Hari Raya Aidiladha serta beberapa penumpang lain.
  • Jumlah mangsa yang hilang dalam tragedi bot karam di Pulau Banggi dekat sini adalah 12 orang dan bukannya empat orang seperti yang dilaporkan sebelum itu, kata Ketua Polis Kudat DSP Dawi Ossen semalam.
  • Katanya angka mangsa terselamat masih 13 orang manakala tiga mangsa yang meninggal sudah ditemui.
  • Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan melibatkan pelbagai agensi seperti polis Marin, Unit Udara polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Darat, katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kudat di sini.
Sumber: BERNAMA
Read On 1 comments

Kes Kanak-Kanak Perempuan Mati Akibat Didera

Saturday, November 28, 2009

gambar illustrasi
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar Perlis Khamis lepas dipercayai akibat didera.
  • Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata ekoran kes itu, polis pada hari Sabtu memberkas kedua-dua ibu bapa mangsa yang dipercayai pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.
  • Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman pasangan itu selama tujuh hari untuk siasatan lanjut selepas HTF mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius di bahagian usus perut.
  • Khamis lepas, kanak-kanak itu dibawa ke HTF oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan atas alasan kanak-kanak itu tidak mempunyai selera makan tetapi mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaa
Sumber: Bernama
Read On 0 comments

Kegiatan Manusia Merubah Iklim Ketahap Yang Kritikal ?

Saturday, November 28, 2009

IKLIM dan cuaca adalah fenomena semula jadi persekitaran yang banyak mempengaruhi pelbagai kegiatan dan aspek kehidupan penduduk kemarau berpanjangan, fenomena jerebu, kejadian banjir yang teruk, ribut kencang adalah fenomena-fenomena yang berkait dengan cuaca dan iklim dan membawa kesan yang besar kepada penduduk dan negara.
  • Persoalannya bagaimana keadaan iklim akan dipengaruhi pada dekad-dekad mendatang memandangkan iklim dunia semakin dipengaruhi oleh pembebasan gas-gas rumah hijau akibat pemba­karan bahan api fosil dan disegerakan oleh kegiatan pemusnahan alam semula jadi oleh manusia sejagat itu sendiri.
  • Menurut pakar kaji iklim Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Fredolin Tangang, kesimpulan penting dibuat dalam Laporan Penilaian ke-4 Intergovemmental Panel on Climate Change (IPCC) yang diterbitkan pada tahun 2007 menunjukkan bukti-bukti saintifik peningkatan suhu purata dunia sejak 50 tahun lalu adalah akibat dari peningkatan gas-gas rumah hijau terutama gas karbon dioksida (CO2) berpunca pembakaran bahan api fosil.
  • Fakta yang perlu diberi perhatian adalah peningkatan suhu purata dunia sejak 100 tahun lalu hanyalah sekitar 0.7 darjah celsius tetapi pelbagai perubahan dalam sistem fizikal, biologi, ekosistem bumi telah direkodkan di seluruh dunia. Peningkatan kejadian cuaca ekstrem masa lampau dikaitkan dengan peningkatan suhu ini.
  • Fakta yang tidak boleh diabaikan adalah di laporan yang sama, suhu purata dunia pada penghujung abad ini adalah antara 2 hingga 6 darjah celsius bergantung kepada senario pembebasan gas-gas rumah hijau.
  • Dr Fredolin berkata, peningkatan suhu setinggi beberapa darjah Celsius akan meletakkan bumi ke keadaan yang bertahap kritikal. Sekurang-kurangnya sejak setengah juta tahun lalu.
  • Katanya, bukanlah sesuatu yang sukar memahami bagaimana kepekatan gas-gas rumah hijau terutama karbon dioksida (CO2) memainkan peranan dalam sistem iklim dunia.
  • Kesan rumah hijau dikaitkan sebagai kesan di mana gas-gas rumah hijau yang membenarkan sebahagian besar sinaran matahari sampai ke permukaan bumi tetapi memerangkap pancaran radiasi yang dipancarkan semula oleh permukaan bumi.
  • Peningkatan kepekatan gas-gas rumah hijau di atmosfera meningkatkan kesan ru­mah hijau dan meningkatkan kandungan haba dalam sistem iklim dunia dan seterusnya menyebabkan peningkatan suhu dunia.
  • Secara semula jadi kepekatan CO2 di atmosfera dikawal oleh komponen sistem iklim itu sendiri seperti lautan dan biosfera.
  • Bagaimanapun, sejak zaman industri bermula manusia terbukti mampu meningkatkan kandungan gas-gas rumah dan merubah sistem iklim dunia pada jangka masa yang singkat berbanding perubahan yang disebabkan oleh faktor semulajadi.
  • Kepekatan terkini CO2 di atmosfera adalah sekitar 400 bahagian berjuta (ppm), meningkat melebihi 100 ppm sejak bermula era perindustrian.
  • Ini merupakan suatu nilai yang tinggi jika diambil kira julat kepekatan CO2 dalam tempoh sejak lebih dari setengah juta tahun lalu hanyalah antara 190 - 280 ppm.
  • Kajian berdasarkan teras ais (ice-core)yang diperolehi di Antartika mendapati sejak lebih dari setengah juta tahun lalu, bumi telah mengalami perubahan iklim semula jadi di mana ia mengalami tempoh glasial dan anti-glasial pada skala masa lebih kurang 100,000 sekali.
  • Perubahan semulajadi ini adalah disebabkan oleh perubahan orbit bumi mengelilingi matahari yang lebih dikenali seba­gai kitaran Milankovitch.
  • Perubahan orbit ini mempengaruhi intensiti pancaran matahari sampai ke bumi.
  • Katanya, saintis juga dapat menganggar­kan kepekatan C02 dan metana (CH4) berdasarkan udara yang terperangkap dalam buih-buih udara dalam sampel teras ais tersebut.
  • Kepekatan kedua-dua gas ternyata berubah secara sepadan dengan perubahan suhu tetapi hanya pada julat 190 - 280 ppm bagi C02 dan peningkatan dari nilai minimum ke nilai maksimum mengambil tempoh masa lebih kurang 50,000 tahun.
  • Bagaimanapun, dalam masa begitu singkat sahaja, kegiatan manusia telah meningkatkan kepekatan 400 ppm dari 280 ppm sebelum era perindustrian bermula, satu tahap kepekatan yang tidak pernah dialami bumi sejak setengah juta tahun lalu.
  • Dalam tempoh pertengahan abad ini di­jangka kepekatan akan mencapai dua kali ganda kepekatan sebelum era perindustrian jika manusia sejagat tidak mengambil lang­kah-langkah mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau ke udara.
  • Beliau menerangkan bahawa kajian menunjukkan bahawa perubahan iklim yang dialami sejak 50 tahun lalu adalah akibat dari peningkatan kepekatan gas-gas rummah hijau ini.
  • Faktor semula jadi hanyalah sekitar 7.5 peratus berbanding faktor antropogenik berkaitan dengan peningkatan kepekatan gas-gas rumah hijau ini. Perubahan iklim adalah satu cabaran baru kepada kepada negara dan penyelidik tempatan perlu memahami dan menyelidik bagaimana dan sejauh mana perubahan iklim mendatangkan impak ke­pada negara pada dekad-dekad mendatang.
  • Sejauh mana sistem fizikal, biologik ekosistem, sumber-sumber semulajadi akan dipengaruhi. Usaha mengumpul dan mendapatkan maklumat berkaitan perubahan iklim ini perlu dilakukan secara bersepadu.
Sumber: CyNews
Read On 0 comments

Kerajaan Didesak Agar Telus Ketika Tawar Kontrak Awam

Friday, November 27, 2009
Kerajaan Malaysia menghadapi tekanan yang semakin hebat semalam agar ia mengamalkan ketelusan dalam menawarkan kontrak-kontrak awam selepas ia menandatangani satu perjanjian pertukaran tanah besar tanpa melalui proses bida secara terbuka.
  • Perjanjian itu mencetuskan semula permintaan pembangkang agar kerajaan menghentikan amalan menawarkan kebanyakan kontrak kepada perniagaan milik Melayu melalui proses tender secara sulit.
  • Terdapat kebimbangan di kalangan pelabur asing bahawa dasar memberi kontrak itu boleh membiakkan amalan kronisme dan rasuah.
  • Kerajaan Malaysia menandatangani satu perjanjian dengan syarikat pemaju hartanah, Naza TTDI Sdn Bhd, minggu lalu dengan menawarkannya sebidang tanah milik kerajaan seluas 26 hektar di Kuala Lumpur sebagai tukaran kepada rancangan syarikat itu hendak membina pusat konvensyen terbesar bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
  • Ia merupakan projek yang dijangka siap dalam masa lima tahun.
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed, mempertahankan perjanjian itu di parlimen kelmarin, sambil berkata bahawa kementeriannya 'memerlukan satu ruang yang besar' bagi acara-acara pameran yang dianjurkannya secara tetap.
  • Beliau menolak dakwaan pembangkang bahawa Naza TTDI telah menerima satu perjanjian yang sangat baik.
  • Tanah itu bernilai sekitar RM197 juta, sementara kos pembinaan pusat konvensyen itu pula dijangka sekitar RM628 juta, kata beliau.
  • Kerajaan Malaysia tidak mengadakan tender terbuka kerana Naza TTDI telah mengusulkan projek tersebut, tambahnya.
  • Para pemimpin pembangkang menegaskan bahawa pusat itu tidak diperlukan kerana terdapat bangunan-bangunan serupa di tempat lain di bandar terbesar Malaysia itu yang masih belum digunakan sepenuhnya.
  • Mereka juga menekankan bahawa nilai pasaran tanah dijangka meningkat selepas Naza membina pejabat-pejabat lain dan tempat-tempat tinggal di sana.
  • 'Kurangnya ketelusan dalam perjanjian pembinaan bagi tanah itu mungkin boleh menyebabkan merosotnya daya saing dan kedudukan tanggapan rasuah di Malaysia tahun depan,' kata ahli parlimen pembangkang, Encik Lim Kit Siang, dalam satu kenyataannya.
  • Penelitian terhadap projek-projek besar yang disokong kerajaan meningkat selepas pihak berkuasa pelabuhan utama Malaysia menanggung hutang lebih AS$1 bilion semasa membangunkan satu hab perusahaan yang dibuka pada 2006.
  • Para pegawai antirasuah sedang menyiasat pegawai kerajaan dan korporat, termasuk seorang bekas menteri pengangkutan, berhubung kes itu.
Sumber:AP.
Read On 0 comments

7 WANITA ASING YANG DIPAKSA MELACUR DIRI, DISELAMATKAN

Friday, November 27, 2009

Polis berjaya menyelamatkan tujuh orang wanita asing yang di- kurung dalam sebuah rumah dan dipercayai dipaksa melacurkan diri.
Kesemua wanita berusia antara 19 dan 24 tahun itu diselamatkan oleh sepasukan polis D7 (Pencegahan Maksiat/Perjudian/Gangsterism) dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sabah di sebuah rumah papan dua tingkat di Tawau pada 24 November lalu.
  • Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah, SAC II Zainal Abidin Kasim (gambar) memberitahu wartawan dalam satu sidang akh- bar di Kepayan kelmarin.
  • “Polis turut menahan tiga orang lelaki berumur antara 21 dan 30 tahun serta seorang wanita, 24, kesemua mereka warga asing di rumah tersebut serta merampas sebuah kereta proton wira,” kata Zainal.
  • Polis percaya ketiga-tiga lelaki dan wanita itu merupakan penjaga ketujuh-tujuh wanita yang dikurung dan menghantar mereka kepada pelangan ke tempat yang telah dijanjikan dengan kereta yang dirampas.
  • Ketujuh-tujuh wanita yang diselamatkan kini di bawah jagaan sementara di bawah Perintah Perlindungan Interim (KPI).
  • “Keempat suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 12, Akta Anti Trafficking Persons 2007 (Akta 670) untuk membantu siasatan lanjut.
  • Jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut, pesalah akan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda.
  • Zainal berkata sejak awal tahun hingga kelmarin,polis telah berjaya menyelamatkan seramai 26 wanita yang melacur secara dipaksa.
  • “Sembilan orang wanita diselamatkan di Kota Kinabalu, lima di Labuan, sembilan di Ta wau dan tiga orang di Beluran,” tambah Zainal.
Sumber: NST
Read On 0 comments

48 Maut Dalam Banjir Kilat Di Saudi

Friday, November 27, 2009

Banjir kilat disebabkan hujan lebat di barat Arab Saudi mengorbankan 48 orang manakala lebih 900 lagi diselamatkan daripada dihanyutkan arus deras, kata pihak berkuasa pertahanan awam, menurut agensi berita rasmi SPA semalam.
Menurut mereka, 44 orang terkorban di Jeddah, manakala empat lagi di Makkah.
  • Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki, berkata angka korban itu tidak melibatkan jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji.
  • Menurut akhbar Arab News ramai jemaah terkandas di beberapa tempat antara Mina dengan Makkah, kelmarin.
  • Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji, bagaimanapun berkata bahawa semua jemaah telah selamat tiba di Mina meskipun berlaku hujan lebat di Makkah dan Mina.
  • Hujan selebat 90 milimeter yang melanda Jeddah Rabu lalu menyebabkan jalan raya dan terowong ditenggelami air, malah beberapa rumah lama turut roboh.
  • Kawasan paling teruk terjejas banjir ialah daerah Quwazah dan Abraq Al-Raghama ke timur lebuh raya Jeddah-Makkah.
  • Di Abraq Al-Raghama, dekat universiti, penduduk naik ke bumbung untuk menyelamatkan diri. Di daerah Safa pula bekalan elektrik terputus sejak dua pagi Rabu lalu. Bekalan belum pulih sekitar 8 malam kelmarin, menyebabkan penduduk menggunakan lilin.
  • Tiga helikopter dan beberapa bot getah terlibat dalam operasi menyelamat yang dijalankan pasukan pertahanan awam.
  • Sorotan televisyen menunjukkan bas-bas hampir tenggelam dalam terowong di Jeddah, sementara para penyelam berusaha menyelamatkan para pemandu yang terkandas.
  • Gabenor Jeddah, Putera Mishaal bin Majed, mengarahkan bilik kawalan darurat didirikan untuk memantau keadaan setiap 12 jam.
  • Ketua Pengarah Kesihatan di Jeddah, Dr Sami Badawood, kelmarin memberitahu Arab News bahawa satu darurat perubatan telah diisytiharkan di Jeddah.
  • 'Semua hospital di Jeddah diletak dalam keadaan berjaga-jaga tetapi Hospital Rabigh dikhaskan bagi menampung mangsa banjir,' tegas beliau.
  • Hujan lebat juga telah menjejas sedikit khemah-khemah penginapan jemaah di Arafah dan Mina. Disebabkan itu, permaidani-permaidani yang digunakan ada yang perlu diganti dengan kanvas.
  • 'Amtas juga telah menyediakan para jemaah dengan beg tidur, jadi jemaah kita tidak begitu terjejas dengan hujan itu,' katanya.
  • Pengurus Besar Halijah Travels Pte Ltd, Encik Haffidz Abdul Hamid, semasa dihubungi berkata, hujan lebat berlaku antara 10.30 pagi hingga sekitar 1 petang (waktu Saudi) dan sesudah itu renyai-renyai hingga ke petang.
  • 'Jemaah kini berada di Arafah dan mereka akan berangkat ke Mudzalifah selepas maghrib sebelum menuju ke Mina,' ujarnya.
Sumber: CyNews
Read On 0 comments

Larangan Sertai Kursus BTN Sekat Kebebasan Pelajar ?

Friday, November 27, 2009
Menurut Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh,tindakan kerajaan Selangor melarang pelajar dari institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) telah menyekat kebebasan pelajar dan tidak mendokong prinsip demokrasi.
  • Kononnya kerajaan Selangor menyokong demokrasi sepatutnya membenarkan pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain.
  • Selain pelajar, penjawat awam negeri dan kakitangan anak-anak syarikat negeri juga tidak dibenarkan menyertai program BTN berkuatkuasa serta merta dengan alasan kononnya ia satu saluran doktrinasi politik Barisan Nasional.
  • Kata nya lagi, Salah satu fungsi BTN adalah untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan. Adakah pelajar-pelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan? soal beliau.
  • Katanya beliau pernah mengikuti kursus BTN dan berterima kasih kepada biro itu kerana membantu membangunkan dirinya menjadi warga negara yang baik.
Sumber: BERNAMA, Photo: eimiza.net
Read On 0 comments

Biro Tata Negara Tidak Bermotifkan Doktrinasi Politik ?

Thursday, November 26, 2009
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta-merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional.
  • Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa pesertapeserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik, kata nya.
  • Muhyiddin berkata kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN.
Sumber: BERNAMA, Rujukan: Alimaz Kembara
Read On 3 comments

Aktivis Gesa Presiden Indonesia Letak Jawatan

Thursday, November 26, 2009

Para pembantah di Indonesia membakar gambar-gambar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan meminta beliau meletak jawatan atas apa yang dilihat mereka sebagai pembabitan beliau dalam siri skandal rasuah besar di negara itu.
  • Mereka mengecam Presiden Yudhoyono atau lebih popular dikenali dengan singkatan 'SBY', berhubung satu usaha kontroversi menyelamatkan Bank Century dan dakwaan adanya konspirasi di kalangan para pelaksana kanan undang-undang untuk menghalang usaha agensi pencegahan rasuah Indonesia.
  • 'Presiden SBY dan Naib Presiden Boediono harus meletak jawatan daripada kedudukan mereka kerana mereka tidak lagi profesional dan disyaki terlibat dalam kes Bank Century,' kata seorang pembantah di Makassar, di mana para pelajar telah membakar gambar presiden Indonesia itu.
  • Para aktivis antirasuah Indonesia mengadakan protes terhadap apa yang mereka lihat sebagai usaha kurang kemas Presiden Yudhoyono untuk mengaburkan kebenaran berhubung skandal rasuah besar yang membabitkan ketua polis dan pihak pendakwaan.
  • Presiden Yudhoyono memeranjatkan mereka lewat kelmarin apabila beliau memberi jawapan merewang dan kurang meyakinkan untuk menasihati pasukan pencarian faktanya menghukum para pelaksana undang-undang kanannya dan memperbaharui sistem kehakiman.
  • Beliau kini di bawah tekanan untuk memecat ketua polis dan peguam negaranya serta mengarahkan mereka membatalkan kes-kes yang didakwa palsu terhadap dua penyiasat kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK).
  • Dalam ucapan televisyennya yang disiarkan ke seluruh Indonesia, Presiden Yudhoyono berikrar lagi untuk melaksanakan pembaharuan ke atas sistem kehakiman tetapi berkata bahawa beliau tidak boleh campur tangan dalam kes-kes jenayah.
  • Pasukan pencarian fakta presiden Indonesia itu telah mengusulkan tindakan disiplin ke atas para pelaksana undang-undang yang dikaitkan dalam konspirasi itu dan menarik balik semua dakwaan jenayah terhadap dua timbalan KPK itu.
  • Beberapa bantahan kecil juga diadakan di beberapa daerah Jakarta dan berhampiran Bogor.
Sumber: AFP.
Read On 0 comments

Syarat Visa Akan Diperketatkan Kepada Pelajar Negara Tertentu

Thursday, November 26, 2009

Syarat kemasukan penuntut asing ke negara ini akan diperketatkan di mana penuntut dari sesetengah negara sahaja diberikan kelulusan visa sewaktu ketibaan (VOA) sebagai langkah memastikan hanya yang layak dibenar melanjutkan pengajian di Malaysia.
  • Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pendekatan itu penting bagi memastikan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau mencapai matlamat selain mengelakkan masalah sosial di kalangan penuntut asing.
  • Kita perlu meneliti rekod pelajar dari negara tertentu ini terlebih dulu dan sepatutnya Jabatan Imigresen tidak memberi VOA kepada mereka,kata nya.
  • Mohamed Khaled juga berkata kementeriannya mungkin menggunapakai sistem "No Objection Certificate" (NOC) terhadap pelajar dari negara tertentu iaitu membenarkan mereka masuk ke negara ini selepas mendapat pengiktirafan kelayakan dari negara asal.
  • Katanya pihaknya juga akan meletakkan syarat-syarat baru pada masa akan datang terhadap pelajar asing termasuk dikenakan deposit tunai kepada universiti yang menawarkan tempat pengajian kepada mereka.
  • "Deposit yang belum ditentukan jumlahnya itu akan dijadikan cagaran atau jaminan untuk mengelak pelajar asing itu terjerebak dalam aktiviti tidak sihat," katanya yang menambah peraturan baru itu masih pada peringkat cadangan.
  • Mohamed Khaled berkata meskipun seramai 70,000 pelajar asing berada di negara ini, namun pembabitan mereka dalam aktiviti jenayah masih pada tahap tidak membimbangkan.
Sumber: Bernama
Read On 0 comments

Kerajaan Selangor Haramkan Kakitangan Negeri Hadiri Kursus BTN

Wednesday, November 25, 2009

Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.
  • Arahan tersebut turut melibatkan kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.
  • Dr Halimah berkata keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mendapati kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional.
  • Ini, kata beliau, boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
  • “Insya-Allah kita akan mengeluarkan surat arahan formaliti kepada institusi pengajian tinggi (IPT), jabatan serta agensi milik kerajaan negeri Selangor berhubung isu tersebut,” katanya.
  • Antara IPT yang terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Industri Selangor (Unisel), Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan Kolej Inpens.
  • Menurutnya, kebanyakan peserta yang menyertai kursus BTN ini juga dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada pihak pembangkang kerajaan di negara ini.
  • “Oleh kerana (kursus BTN) ini tidak memberi kesan yang positif terutamanya kepada golongan muda, kerajaan negeri membuat keputusan tidak perlu menghabiskan wang rakyat untuk kursus sebegini,” katanya.
  • Jelasnya, kerajaan negeri berpendapat adalah lebih baik jika mereka memberi peluang kepada golongan mahasiswa dan kakitangan kerajaan di negeri itu mengikuti kursus-kursus yang lebih membina dalam usaha memupuk perpaduan sejati di kalangan rakyat Selangor.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

Ku Li Di minta fikir Mendalam Untuk Ketuai Kaukus Petroleum

Wednesday, November 25, 2009

Tan Sri Muhyiddn Yassin, hari ini meminta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.
  • Timbalan Perdana Menteri berkata, bahawa pada dasarnya Barisan Nasional tidak terbabit dengan perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.
  • "Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia membabitkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.
  • Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad. Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya di sini, hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau sudah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.
Sumber: BH
Read On 0 comments

285,000 Permohonan Tanah Di Sabah Masih Menunggu Proses Kelulusan ?

Wednesday, November 25, 2009
Pengarahnya Datuk Osman Jamal berkata, pindaan Seksyen 17 Undang-undang Tanah yang diluluskan di Dun Sabah baru-baru ini untuk mempercepat proses permohonan tanah yang tertangguh, khususnya yang melibatkan Anak Negeri.
  • Walhal sebanyak 285,000 permohonan tanah kini masih menunggu untuk diproses oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, berbanding keupayaan jabatan terbabit yang hanya mampu memproses di antara 12,000 hingga 16,000 permohonan setiap tahun.
  • Osman memberitahu bahawa pihaknya mengakui bahawa terdapat rungutan masyarakat yang mendakwa tanah yang didiami atau diusahakan mereka tiba-tiba dimiliki oleh individu atau syarikat lain.
  • Bagaimanapun katanya, perkara itu berlaku kerana pihak-pihak yang terlibat tidak membuat bantahan ketika Notis Bantahan Umum dipamerkan pihaknya, seperti yang termaktub di dalam undang-undang.
  • Oleh yang demikian, beliau menyatakan bahawa adalah perlu untuk masyarakat membuat bantahan, jika mereka tidak bersetuju ke atas sesuatu permohonan tanah apabila notis dipamerkan oleh pihaknya.
Sumber: NST, Photo: Insight Sabah
Read On 0 comments

Semangat 1Deepavali, 1Malaysia Bersemarak Di Bandung, Indonesia

Wednesday, November 25, 2009

Semangat 1Deepavali, 1Malaysia dengan teras persefahaman perpaduan rakyat berbilang kaum dan saling menghormati, terus bersemarak di kalangan mahasiswa Malaysia di Indonesia.
  • Bukti terbaru ialah penyertaan mahasiswa berbilang kaum pada sambutan Deepavali yang dianjurkan mahasiswa Universiti Padjajaran di sebuah hotel di bandung malam semalam, dengan persembahan kebudayaan tradisional dan moden yang menarik oleh mahasiswa pelbagai kaum.
  • Ketua Pemuda MIC T. Mohan yang disertai lapan anggota exconya yang terbang khusus dari Kuala Lumpur ke Bandung untuk menghadiri sambutan itu, mengakui sangat terharu dengan segar dan mekarnya perpaduan mahasiswa berbilang kaum itu.
  • “Kita terharu dan sangat bangga dengan semangat 1Malaysia yang kita lihat dihayati dengan baik oleh mahasiswa berbilang kaum di sini. Persefahaman dan perpaduan di kalangan mereka menjanjikan masa depan yang sangat baik untuk Malaysia,” katanya sebelum berlepas pulang ke tanah air, kelmarin.
  • Beliau juga kagum dengan kebolehan para mahasiswa itu mempersembahkan pelbagai tarian moden dan tradisional dan walaupun mereka sibuk dengan pelajaran dan kuliah bidang kedoktoran, farmasi dan pergigian, namun masih sempat meluangkan waktu untuk menjalankan aktiviti bersama.
Sumber: The Borneo Post, Bernama
Read On 0 comments

Monohor Menang $10,000 Lepas Tonton Wayang Lebih 82 Jam

Tuesday, November 24, 2009

Photo Monohor Ali yang mengalahkan 100 peserta lain
SINGAPURA - Selepas 82 jam 37 minit menonton wayang mengharungi cabaran tanpa rehat dan tidur yang mencukupi di samping kesejukan malam, Monohor Ali kini boleh menguntum senyum kerana membawa pulang $10,000.
Pertandingan Nescafe Frappe's '100 hours Chill On Movie Indulgence' itu itu diadakan di The Atrium dekat Plaza Singapura pada Khamis lalu dengan para peserta disediakan sofa untuk duduk menonton wayang.
  • Encik Monohor, 37 tahun, menyahut cabaran untuk memenangi wang tunai itu dengan mengalahkan 100 peserta yang lain.
  • Dalam pertandingan itu, para peserta perlu menonton wayang tanpa henti dan tidak dibenarkan berbual.
  • Mereka dibenarkan berehat selama lima minit selepas menonton sebuah filem dan rehat 15 minit selepas menonton tiga filem.
  • Dalam waktu rehat itu mereka dibenarkan makan, minum, mengurut sendi-sendi atau ke tandas berhampiran.
  • Peserta yang tertidur dibatalkan penyertaannya sehingga tinggal seorang peserta terakhir yang bertahan diisytiharkan sebagai pemenang.
  • Selepas dapat bertahan selama lima hari, Encik Monohor semalam berkata,'Walaupun saya terlalu penat, hadiah yang saya terima ini amat berbaloi.Apatah lagi saya dapat memecahkan rekod sebelum ini iaitu menonton selama 72 jam'.
Sumber: CyNews
Read On 0 comments

Selangor Berazam Siarkan Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Tuesday, November 24, 2009

Kerajaan Negeri Selangor menghormati hak penduduk Bukit Antarabangsa untuk mengetahui kandungan laporan yang mengakibatkan terjadinya tragedi tanah runtuh pada 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa penghuni di situ.
Bagi menjamin kepentingan terhadap keselamatan penduduk berkenaan, Kerajaan Negeri menerusi kuasa Menteri Besar pada Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, mengambil keputusan untuk mengubah semula status laporan tersebut yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya.
  • Kerajaan Negeri sekarang berazam supaya salinan-salinan laporan yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya, diedarkan kepada orang awam dan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat beberapa salinan dan menjual kepada penduduk terlibat dengan harga berpatutan bermula 23hb November 2009 .
  • Bagaimanapun, ekoran pengumuman Kerajaan Negeri pada mingggu lepas, Kerajaan Persekutuan lantas mencabar keputusan tersebut dan memberi amaran supaya Kerajaan Negeri jangan mengubah status laporan berkenaan.
  • Sebelum ini Kerajaan Negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu dan meminta Kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa demi kepentingan orang awam.
  • Bagaimanapun, Kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh Jemaah Kabinet. Justru itu, Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut.]
  • Dengan yang demikian, Kerajaan Selangor menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penyiaran laporan tersebut oleh sebab kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai.
  • Setelah membaca laporan tersebut, Kerajaan negeri percaya ianya tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.
Sumber: PKR Selangor
Read On 0 comments

ADUN Sri Tanjung Tak Perlu Bimbang Jika Tak Bersalah

Tuesday, November 24, 2009

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sri Tanjung, Jimmy Wong daripada DAP, tidak seharusnya takut disiasat berhubung dakwaan kononnya beliau memiliki Sijil Anak Negeri jika benar beliau tidak bersalah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Ala Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.
  • Jika sebuah jawatankuasa khas yang menyiasat dakwaan itu mendapati tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan, kedudukan Wong di mata rakyat akan bertambah kuat, katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas kenyataan Wong pada Sabtu lepas bahawa siasatan itu adalah satu pembaziran oleh kerajaan Sabah.
  • Khamis lepas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa kementerian itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan berkenaan yang dibuat oleh ADUN kawasan Sekong, Datuk Samsuddin Yahya daripada Barisan Nasional.
  • Dalam reaksinya, Wong berkata dalwaan itu bermotifkan politik dan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai masalah yang dihadapi oleh kerajaan seperti pendatang asing tanpa izin, bekalan elektrik, air dan rasuah.
  • Masidi mengakui memang terdapat masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah tetapi kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mengatasinya.
  • Katanya masalah itu tidak seharusnya dipersalahkan kepada kerajaan kerana penduduk tempatan yang mengambil warga asing ini sebagai pekerja tidak sah juga harus bertanggungjawab.
  • Sebaliknya, kata Masidi, sektor perladangan dan pembinaan di Sabah akan terjejas teruk tanpa pekerja dari Filipina dan Indonesia kerana penduduk tempatan enggan bekerja dalam kedua-dua bidang ini.
  • Masidi berkata beliau bersetuju dengan pendapat Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bahawa isu pendatang tanpa izin ini harus diselesaikan menjelang tahun 2012 bagi melindungi kepentingan penduduk tempatan.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

SPR Letak Harapan Tinggi Kepada Mahkamah Rayuan Kedudukan DUN Kota Siputeh

Monday, November 23, 2009
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan yang tinggi kepada panel hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan mereka esok berhubung kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang diisytiharkan kosong.
  • Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihakanya berharap Mahkamah Rayuan akan meneliti kes ini dengan sebaik mungkin kerana ia pertama kali berlaku di negara ini.
  • Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan SPR untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.
  • Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR berharap Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan dengan segera berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh kerana pihaknya hanya mempunyai masa kurang sehari bagi mengeluarkan writ untuk memanggil pilihan raya.
Sumber: mStar
Read On 0 comments

Feri karam dekat Karimun, 21 Korban 232 lagi Diselamatkan

Monday, November 23, 2009

Para penumpang feri Dumai Express 10 yang dapat diselamatkan tiba di pelabuhan Pulau Karimun, di wilayah Riau, Indonesia, semalam.
Sebilangan orang dipercayai mati lemas apabila feri Dumai Express 10, karam di perairan antara Karimun, Indonesia dan Singapura.
'Setakat ini seramai 21 orang mati dan 232 lagi selamat,' kata Encik Nurdin Basirun, seorang pegawai kanan pemerintah daerah di Karimun.
  • Namun laporan semasa laman berita Batampos Online semalam memetik nakhoda feri Dumai Expres 10 yang berjaya diselamatkan, Encik Hutajulu, sebagai berkata jumlah penumpang feri itu adalah 255 orang. Ini ditambah dengan 14 orang lagi anak kapalnya, tambah beliau. Laman itu menyatakan hanya enam terkorban: lima perempuan dan seorang lelaki.
  • Mereka yang terselamat telah dibawa ke Tanjong Balai selepas feri itu karam kira-kira 10 pagi (waktu tempatan).
  • Encik Nurdin berkata pencarian mangsa sedang dijalankan walaupun dihalangi hujan lebat dan arus kuat, dan jumlah kematian dijangka meningkat.
  • Jumlah sebenar penumpang yang menaiki feri Dumai Express 10 itu masih belum dipastikan.
  • 'Kami khuatir angka mereka yang terkorban akan meningkat. Kami masih dalam proses mencari dan menyelamat,' kata Encik Nurdin kepada agensi berita AFP.
  • Sementara itu, Kementerian Ehwal Luar Singapura berkata tiada mangsa warga setempat
  • Ketua pengarah pengangkutan laut, Encik Sunaryo, sebelum itu memetik Encik Nurdin sebagai berkata bahawa 292 orang telah diselamatkan dan empat mati lemas, tetapi ketua daerah Karimun itu berkata maklumat tersebut tidak tepat.
  • Dumai Express 10, yang seberat 147 tan itu, sedang dalam pelayaran dari pulau Batam ke Pekanbaru di Sumatera, apabila ia karam di perairan pulau Karimun, yang berdekatan dengan Singapura, kata polis.
  • Para nelayan adalah antara penyelamat pertama ke tempat kejadian itu apabila mereka berjaya menyelamatkan beberapa penumpang feri itu.
  • Feri-feri Indonesia kerap membawa penumpang melebihi muatan yang ditetapkan sehingga mengakibatkan nahas di laut. Rasuah menjadi masalah utamanya, dengan kapal-kapal menawarkan lebih banyak tiket daripada sepatutnya.
  • Jurucakap tentera laut Indonesia, Laksamana Pertama Iskandar Sitompul, berkata feri itu karam selepas dipukul ombak setinggi tiga meter.
  • 'Kami tidak pasti jika ada yang masih terperangkap dalam feri. Mereka yang sudah diselamatkan sedang menghadapi trauma,' katanya sambil menambah bahawa kapal-kapal tentera laut sedang membantu dalam usaha mencari dan menyelamat itu.
Sumber: REUTERS
Read On 0 comments

Ceramah Anwar Di Kulai Johor Terpaksa Dibatakan Kerna Permit Ditarik balik

Monday, November 23, 2009
Ceramah Anwar Ibrahim dan Dato’ Chua Jui Meng di Kulai, Johor, terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno.
DIfahamkan hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau yang sempat berceramah.
Menurut Anwar alasan yang diberikan Ocpd ternyata tidak masuk akal.
"Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran umno makanya ianya akan dibatalkan?" kata beliau
Menurut sumber Anwar hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai.

Selanjutnya, beliau menyatakan ada lah tidak wajar polis mengikut telunjuk umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.
Sumber: PKR Info
Read On 0 comments

Najib Perkenal Undang-Undang Anti-Rasuah Ala 'Whistleblowers Act'

Sunday, November 22, 2009

Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperkenalkan satu rang undang-undang anti-rasuah yang dikenali sebagai The Whistleblowers Act.
Menurut Najib kerajaan ada lah seriusnya dalam usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa di Malaysia.
Antara lain, manfaatUndang-undang ini adalah;
  1. Ia memberikan perlindungan serta kekebalan kepada rakyat jelata yang menyampaikan maklumat mengenai rasuah dan salahguna kuasa dalam sektor awam, swasta, dan sukarela. Perlindungan dan kekebalan diberikan supaya rakyat menyampaikan maklumat mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa kepada media massa atau lain-lain agensi anti-rasuah tanpa takut dan bimbang.
  2. Undang-undang ini mewujudkan persekitaran anti-rasuah yang lebih menggerunkan pihak yang cuba memberi rasuah dan menerima rasuah kerana tindakan mereka boleh dipantau oleh sesiapa sahaja dan pada setiap masa.
  3. undang-undang ini mewujudkan persekitaran anti-rasuah yang lebih menggerunkan pihak yang cuba memberi rasuah dan menerima rasuah kerana tindakan mereka boleh dipantau oleh sesiapa sahaja dan pada setiap masa.
  4. undang-undang ini memantapkan lagi undang-undang dan institusi anti-rasuah yang sudah wujud di Malaysia.
  5. undang-undang ini dijangka mendorong kewujudan civil society anti-rasuah yang lebih komprehensif dan tidak berpaksikan politik.
Menurut najib Undang-undang Whistleblowers telah dikuatkuasakan di beberapa negara asing sejak bertahun lamanya. Keberkesanannya dicerminkan menerusi pengaplikasian beberapa peruntukan mengenai whistleblowers ke dalam peraturan syarikat, jabatan kerajaan, dan pertubuhan sukarela.
Di Amerika Syarikat, banyak jabatan kerajaan yang mewujudkan perlindungan whistleblowers dalam organisasi mereka sebagai strategi mencegah penyelewengan dan rasuah.
Sumbangan : SabahDaily, Ruhanie Ahmad
Read On 0 comments

Hujan Lebat di Kelantan Dan Terengganu Dijangka Berterusan

Sunday, November 22, 2009

Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan ditingkatkan ke tahap 'jingga' di semua daerah di Kelantan dan Terengganu dengan hujan monsun sederhana dijangka berterusan sehingga minggu depan.
  • Menurut kenyataan jabatan itu, hujan lebat diramal berterusan hingga Rabu dan boleh menyebabkan banjir di daerah rendah berdekatan sungai.
  • Di Pahang, hujan dijangka berterusan hingga Selasa di daerah seperti Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin.
  • Keadaan yang sama juga dijangka berterusan sehingga esok di Perak, Kedah dan Perlis hingga Rabu.
  • Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dipertingkat ke kategori kedua untuk angin kencang Timur Laut di perairan Condore di Laut China Selatan, dengan kelajuan 50 hingga 80 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku sehingga hari ini.
  • Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
  • Sementara itu, paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu sedang meningkat dan sesetengahnya sudah pun melepasi paras amaran pagi semalam.
  • Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri berkata, paras air Sungai Telemong di Kampung Ping, Hulu Terengganu, naik kepada 19.7 meter, melepasi paras amaran 19.5 meter.
  • Air di Sungai Marang, di Pengkalan Berangan, dan Sungai Besut, di Kampung La, kini menghampiri paras amaran pada pukul 8 pagi ini.
Source: Bernama.
Read On 0 comments

Dwi-Parti Hanya Akan Berjaya Jika Sekira nya Pentadbiran Cemerlang DiTonjolkan?

Sunday, November 22, 2009
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berpendapat Sistem politik dwi-parti akan hanya punyai kredibiliti jika Pakatan Rakyat berjaya menjadikan negeri-negeri yang ditadbirnya sebagai pemangkin urus tadbir yang cemerlang, dan pembela golongan miskin.
  • Sehubungan itu, beliau menggesa gagasan itu supaya bertungkus-lumus memastikan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menjadi contoh model pentadbiran mapan untuk diteladani Barisan Nasional.
  • Menurut beliau, Kerajaan negeri perlu menunjukkan teladan melalui dasar-dasar yang dirumuskan. Dasar yang memberi penekanan kepada urustadbir yang baik, kepedulian kepada yang lemah, dan memelihara sumber alam dan bumi.
  • "Kini sudah ada ruang untuk Pakatan Rakyat melalui kerajaan-kerajan negeri dibawah pentadbiranya untuk mengetengahkan agenda reformasi, dan memastikan kesilapan lalu dibawah pentadbiran leaps tidak berulang lagi,” kata Anwar.
  • Selanjut nya, Anwar menegaskan keputusan PRU-12 lalu menunjukkan rakyat mahu sistem kerajaan dipulihkan, dan bukannya salinan pendua kerajaan Umno-BN.
  • Membicarakan soal sistem dwi-parti, Anwar berkata idea ini bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Bahkan, sistem dwi-parti yang kita kenal hari ini adalah olahan dari konsep kerajaan berteraskan parti pemerintah dan parti pembangkang.
  • Beliau menambah, pembentukan sistem dwi-parti gagal dizahirkan kerana dihalang oleh institusi kerajaan yang parah dalam rasuah, dan perilaku pemerintah yang sewenang-wenang mencabul sistem demokrasi negara.
  • “Idea sistem dua parti ini hangat perkatakan sejak tahun lepas. Bahkan sambutan yang diterima idea dwi-parti ini begitu besar seraya mencadangkan kewujudan gagasan parti kedua mampu memulihkan demokrasi negara,” kata Anwar.
  • Anwar menambah, bahawa keutamaan hari ini bukanlah untuk memaksakan pembentukan sistem dwi-parti keatas rakyat Malaysia, sebaliknya penekanan harus diberi kepada menjamin kebajikan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam iklim pengurusan ekonomi cermat dan berhemah.
  • Dalam pada itu, Anwar menyorot perhatian kepada siri-siri pencabulan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan elit manusia yang mahu kekal sebagai kuasa politik dominan di Malaysia.
  • Pemimpin reformasi ini mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat mahu menjayakan sistem dwi-parti ini, terutama sekali apabila berhadapan dengan jentera gergasi, kata nya.
Sumber: TV Selangor, photo: sumbangan merindumu
Read On 0 comments

Berjaya Kah Musa Dalam Missi Untuk Menambah Ahli UMNO Sabah Yang Baru?

Sunday, November 22, 2009

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Sabah berkata Umno Sabah akan mempergiatkan usaha mencari ahli-ahli baru dan mendaftar mereka sebagai pengundi sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
  • Menurut beliau ketika ini Umno Sabah hanya mempunyai kira-kira 421,000 orang ahli. Walaupun tiada sasaran diletakkan dalam jumlah penambahan ahli, setiap Umno bahagian dikerah untuk berbuat demikian.
  • Biro keahlian ini telah di pertanggung jawabkan kepada Datuk Hajji Noor selaku Pengurusi biro. Disamping itu Hajiji juga merupakan bendahari Umno Sabah.
  • Ditanya mengenai kesediaan menerima ahli Parti Keadilan Rakyat yang telah dilaporkan ramai keluar parti, Musa menjawab: "Kita akan terima sesiapa saja yang ingin jadi ahli Umno ataupun ahli Barisan Nasional (BN)".
Namun, hingga setakat ini, kita belum pun mendengar dari Musa atau pun Pemimpin UMNO Sabah yang lain, jenis apa kah insentif atau jaminan yang akan di bagi kepada seseorang itu nanti sekira nya ia mahu menyertai UMNO Sabah; selaku ahli baru.
Tidak semesti nya Wang Ringgit, tetapi senarai peluang-peluang yang boleh membantu mereka di masa akan datang selaku ahli UMNO. Terutama sekali kepada belia-belia (termasuk para graduan) yang sedang menganggur atau pun mereka yang telah berhijrah di Semenanjug Malaysia dan Singapura; semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan disana.
Otherwise, kata mereka, lebih selesa lagi untuk menyertai parti Pembangkang. Sekurang-kurang nya Pemimpin-Pemimpin Pembangkang sudi meluangkan masa semata-mata untuk mendengar suara hati belia-belia yang kini sedang mengharungi hidup yang perit lagi susah...
Walau macam mana pun dan dengan hasrat yang tidak berprasangka, ingin juga kita mengikuti kesudahan drama yang di panggungkan oleh Datuk Musa dan Datuk Hajji ini .

Rujukan: Bernama
Read On 4 comments

Bunuh Manusia Untuk Jual Lemak Kepada Syarikat Kosmetik

Saturday, November 21, 2009

Satu kumpulan penjenayah di rimba Peru membunuh orang untuk mendapatkan lemak mereka, menurut polis kelmarin.
Mereka dikatakan menyedut lemak mangsa dan menjualnya di pasaran gelap bagi kegunaan firma kosmetik.
  • Tiga suspek, yang diberkas awal bulan ini, mengaku membunuh lima orang untuk mendapatkan lemak mereka, kata Ketua Skuad Antipenculikan Peru, Kolonel Jorge Mejia.
  • Menurut beliau, suspek, dua daripada mereka diberkas ketika membawa sejumlah botol berisi lemak cecair, memberitahu polis bahawa harga lemak itu ialah AS$15,000 seliter di pasaran gelap.
  • Kolonel Mejia berkata suspek mendedahkan bahawa lemak itu dijual kepada orang perantaraan di Lima.
  • Meskipun polis mengesyaki lemak itu dijual kepada syarikat kosmetik di Eropah, sebarang jualan tidak dapat disahkan.
  • Polis menahan dua suspek, Serapio Marcos Veramendi dan Enedina Estela, di sebuah stesen bas di Lima pada 3 November lalu.
  • Mereka membawa satu liter lemak manusia dalam sebuah botol minuman ringan.
  • Maklumat yang diperolehi polis membantu operasi menangkap seorang lagi suspek, Elmer Segundo Castillejos, 29 tahun, tiga hari kemudian di tempat yang sama.
  • Kolonel Mejia berkata Castillejos mengaku geng penjenayah itu mengerat kepala, tangan dan kaki mangsa, mengeluarkan organ mereka, kemudian menggantung mayat pada cangkuk besi.
  • Mayat itu dipanggang atas lilin menyebabkan lemaknya menetes ke sebuah takung yang diletak di bawahnya.
  • Ketiga-tiga suspek akan didakwa dengan pertuduhan membunuh, komplot jenayah, memiliki senjata api secara haram dan mengedar dadah, kata satu kenyataan Mahkamah Tinggi Lima.
Sumber: AP.
Read On 4 comments

BANJIRAN WARGA AFRIKA CETUS KEBIMBANGAN

Saturday, November 21, 2009

Gambar Seorang lelaki Afrika bersantai dalam keadaan yang mencurigakan di luar sebuah premis di Metro Prima Kepong, Selangor, seolah-olah berada di negara asalnya
Sudah berulang kali desakan dibuat agar masalah kebanjiran pendatang asing warga Afrika ditangani segera. Walaupun pelbagai tindakan diambil pihak penguat kuasa kehadiran mereka bukannya berkurangan malah semakin bertambah saban hari.
  • Kebimbangan masyarakat di negara ini juga sudah banyak kali diluahkan di dada-dada akhbar mengenai kehadiran warga Afrika yang semakin ramai dan lebih dikenali sebagai 'Awang Hitam' di negara ini, namun ia seolah-olah tidak memberi kesan.
  • Akibatnya, satu demi satu masalah dan perlakuan jenayah membabitkan warga Afrika diselongkar.
  • Perangkaan Jabatan Imigresen mendapati dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, seramai 56,240 warga Afrika memasuki negara ini secara sah.
  • Kemasukan pelawat dari Afrika Selatan mengatasi negara-negara Afrika yang lain dengan 20 peratus daripada keseluruhan daftar kemasukan.
  • Perangkaan yang sama sepanjang tahun lalu menyaksikan 110,805 warga Afrika memasuki Malaysia, manakala 81 peratus daripada mereka merekodkan aliran keluar semula dari negara dalam tempoh berkenaan.
  • Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Jabatan Imigresen telah mengambil tindakan undang-undang ke atas 128 warga Afrika atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
  • Kesalahan itu termasuk tamat tempoh permit, terlibat dalam aktiviti pelacuran dan pemalsuan dokumen.
  • Daripada jumlah itu, 48 peratus kesalahan dilakukan oleh warga Nigeria diikuti Sudan dengan 18 peratus dan Somalia (13 peratus).
Sumber:Utusan Malaysia
Read On 0 comments

Akibat Tragedi Jembatan Gantung Runtuh, Kerajaan DiSaman RM105 Juta

Friday, November 20, 2009

Keluarga ketiga-tiga mangsa yang terbunuh dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober lalu hari ini memfailkan saman berjumlah RM105 juta terhadap kerajaan dan 10 yang lain di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.
  • Responden yang lain terdiri daripada, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Perak,SJK (T) Mambang Diawan, SJK (T) Gopeng, GS Synergy Sdn Bhd (pihak yang menaja pembinaan jambatan), CWL Enterprise (kontraktor) dan pihak yang terlibat.
  • Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, A. Sivanesan, ayah ketiga-tiga keluarga mangsa itu akan mengemukakan saman bernilai Rm35 juta bagi setiap pihak yang terlibat dengan jumlah keseluruhan saman itu berjumlah RM105 juta kerana didakwa berlaku kecuaian daripada pihak yang terlibat dalam tragedi yang berlaku pada 26 Oktober lalu.
  • Oktober lalu, tiga pelajar sekolah rendah yang menghadiri kem 1Malaysia, N. Dina Deve and M. Devatharshini, kedua-duanya berusia 11 tahun dan V. Divyashree, 12, ditemui mati lemas selepas jambatan gantung yang dilalui di tapak perkhemahan mereka tiba-tiba runtuh ke dalam Sungai Kampar.
Sumber: mStar
Read On 0 comments

Telefon Bimbit Murah Mengundang Bahaya Kepada Pengguna?

Friday, November 20, 2009

Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Rizal Abdul Malek berkata telefon bimbit murah atau “under water” yang dibawa masuk dari luar negara tanpa mendapat kebenaran SKMM dan pengesahan SIRIM mungkin mengundang bahaya kepada pengguna.
Oleh itu, orang ramai perlu memastikan telefon bimbit yang mereka gunakan mempunyai perakuan keselamatan daripada SIRIM serta maklumat mengenai kadar penembusan spesifik radiasi (SAR) untuk kesihatan pengguna, kata nya
  • Beliau menasihati perlu berhati-hati dengan telefon bimbit yang dijual di pasaran dengan harga yang murah kerana bimbang ia tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.
  • “Kita tidak menggalakkan orang ramai menggunakan telefon bimbit sedemikian kerana ia mungkin mendedahkan penggunanya kepada penembusan radiasi yang melebihi kadar sepatutnya atau bahaya yang lain,” katanya.
  • Menurutnya, kebanyakan telefon bimbit berjenama mempunyai ciri keselamatan yang ditetapkan serta meletakkan maklumat tahap SAR pada tempat meletak baterinya.
  • “Seelok-eloknya carilah telefon bimbit yang mempunyai tahap pengaliran tenaga atau radiasi kurang daripada 2 Watt per kilogram (2W/kg),” katanya.
  • .Rizal berkata, adalah menjadi satu kesalahan menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Muktimedia 1998 bagi mana-mana pihak yang menjual setiap kelengkapan komunikasi termasuk telefon bimbit tanpa kebenaran SKMM serta perakuan SIRIM.
  • Sehubungan itu, orang ramai diminta agar membuat aduan kepada SKMM jika mendapati telefon yang dibeli tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan perakuan berkenaan.
Sumber: Bernama
Read On 0 comments

Pertama Kali Dalam Sejarah SPRM Diarah Bayar Ganti Rugi

Friday, November 20, 2009

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat dari 8.30 pagi hingga 5 petang.
  • Ia juga mendapati SPRM telah bertindak secara tidak sah apabila ia menahan anggota exco Kajang, Encik Tan Boon Wah, semalaman di pejabatnya di Bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.
  • Ini satu keputusan bersejarah.
  • Dilapurkan bahawa Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof, dalam keputusannya, berkata Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas saksi 'siang dan malam'.
  • 'Frasa 'dari hari ke hari' dalam seksyen itu tidak bermakna 24 jam tetapi waktu pejabat biasa,' kata hakim itu dalam keputusannya.
  • 'Oleh itu, saya bersetuju bahawa pemohon dalam kes ini telah ditahan secara tidak sah oleh SPRM,' kata Hakim Mohd Ariff.
  • Katanya, SPRM telah 'melanggar matlamat perundangan' dan hak asasi seperti termaktub dalam di bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, lapor The Malaysian Insider.
  • Encik Tan, 39 tahun, menyaman ketua SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, penolong superintendennya, Encik Mohammad Hassan Zulkifli, dan SPRM kerana menahannya dan menyoal siasat secara salah.
  • Mahkamah mengarahkan SPRM membayar ganti rugi kepada Encik Tan. Pendaftar mahkamah diserah menetapkan jumlahnya.
Sumber: Cy News
Read On 0 comments

Badan Antirasuah Nafi Najib Campuri Siasatan

Friday, November 20, 2009
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan badan itu tidak pernah dipengaruhi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menjalankan siasatan sebagaimana didakwa pihak tertentu.
  • Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata pemimpin nombor satu itu tidak pernah 'mengganggu' atau campur tangan dalam soal siasatan malah menghormati suruhanjaya itu yang berfungsi secara bebas.
  • Beliau berkata, tindakan itu jelas memperlihatkan kerajaan tidak pernah mempengaruhi mana-mana keputusan suruhanjaya itu.
  • Datuk Abu Kassim berkata, tuduhan orang ramai kononnya badan tersebut hanya menyiasat ahli politik pembangkang adalah tidak berasas.
  • 'Apa-apa keputusan datang daripada pihak SPRM sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak termasuk ahli politik,' jelasnya lagi.
  • Diminta mengulas beberapa kes semasa termasuk isu tajaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Nik Mat, menunaikan haji dan pembelian empat set tren Diesel Multiple Units terpakai pada harga RM30 juta ($12 juta), beliau berkata:
  • 'Semua yang berkaitan dengan siasatan adalah berbentuk rahsia, kita tak boleh mendedahkan apa-apa maklumat kerana ia boleh mengganggu siasatan,' katanya.
Sumber: Utusan Malaysia.
Read On 0 comments

Kemelut Kepimpinan MCA semakin Parah?

Thursday, November 19, 2009
Dikatakan, kemelut kepimpinan MCA semakin parah apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu hari ini memutuskan menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua yang dirancang oleh ‘kumpulan 16’ pada 28 November ini.
  • Dalam perkembangan yang sama, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat turut mengumumkan pelucutan keanggotaan sembilan ahli Majlis Presiden MCA yang kesemuanya terlibat dalam merancang untuk mengadakan EGM tersebut.
  • Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun turut terlibat dalam pengguguran itu.
  • Pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Tee Keat berkata, 23 ahli CC telah memutuskan terdapat kecacatan pada resolusi EGM kedua tersebut.
  • “Dalam perbincangan hari ini, kami mendapati resolusi yang dicadangkan oleh kumpulan 16 ahli CC yang bertegas mengadakan mesyuarat itu, tidak bertepatan dengan perlembagaan parti,” katanya.
  • Turut hadir Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha; Setiausaha Agung, Datuk Wong Foon Meng dan lima ahli CC, Senator Heng Seai Kie, Gan Ping Sieu, Datuk Seri Tan Chai Ho, Datuk Lee Chee Leong serta Datuk Ti Lian Ker.
  • Tee Keat berkata, rancangan mengadakan EGM kedua itu telah didebatkan pada mesyuarat CC tersebut yang turut dihadiri oleh Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  • “Sebanyak 23 ahli CC menolak dan membantah untuk mengadakan EGM kedua kerana mendapati kecacatan resolusinya dan ia juga melanggar perlembagaan parti. Bagaimanapun 10 ahli CC menyokong dan dua ahli mengambil pendirian berkecuali,” katanya.
  • Sehubungan itu katanya, EGM kedua tersebut tidak seharusnya diadakan kerana mesyuarat CC telah menolak rancangan berkenaan.
  • Tambah Tee Keat, mesyuarat hari ini turut mempertikaikan notis yang diedarkan kepada para perwakilan di seluruh negara kerana menggunakan kepala surat MCA tanpa restu parti sekali gus melanggar perlembagaan parti.
  • Pada sidang akhbar itu Tee Keat turut mengumumkan telah menggunakan kuasanya sebagai Presiden mengikut Artikel 46 perlembagaan parti untuk melucutkan sembilan ahli CC daripada Majlis Presiden.
  • Tujuh anggota CC yang turut digugurkan ialah Lee Wei Kiat, Dr. Hou Kok Chung, Datuk Wee Jeck Seng, Gan Hong Su, Yoo Wei How, Wong Nai Chee dan Datuk Chor Chee Heung.
Sumber: Utsan Malaysia
Read On 0 comments

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tubuh Pasukan Pantau Projek

Thursday, November 19, 2009

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menubuhkan pasukan pemantau dan ‘flying squad’ bagi memastikan pelaksanaan projek di bawah kementerian itu berjalan lancar dan menepati sasaran yang ditetapkan.
  • Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pasukan itu mempunyai 25 anggota terdiri daripada pegawai pemantau negeri dan wakil agensi di bawah kementerian termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
  • Beliau berkata pasukan itu bukan sahaja akan menjelajah ke seluruh kawasan yang ditetapkan untuk memantau projek-projek yang dilaksanakan, malah turut ditugaskan untuk mendengar maklum balas rakyat berhubung mana-mana projek, juga menyiasat dan memantau sebarang aduan mengenainya.
  • “Sebelum ini kita tiada unit khas, cuma (bertindak) berdasarkan rungutan dan aduan…tetapi kini kita mempunyai struktur yang formal dan laporan daripada pasukan ini akan dimajukan terus kepada Ketua Setiausaha kementerian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di Institut Kemajuan Desa (Infra), di sini semalam.
  • Pada majlis itu, Mohd Shafie turut menyampaikan watikan pelantikan kepada 17 daripada 25 anggota pasukan tersebut.
  • Mohd Shafie berkata pasukan itu juga ditubuhkan untuk mengatasi masalah projek tergendala kerana masalah seumpama itu akan dapat diatasi sekiranya kementerian dimaklumkan mengenainya dengan segera.
  • Beliau berkata pasukan itu turut membantu peranan kementerian dan agensi lain termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab memantau projek di peringkat nasional.
  • Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shafie berkata sehingga kini, 90 peratus daripada 26,000 projek pembangunan luar bandar bagi tahun ini telah berjaya disiapkan.
Sumber: Bernama
Read On 0 comments

Kerajaan Selangor Sedia Beri Elaun Kepada Anwar

Thursday, November 19, 2009

Kerajaan Selangor bersedia memberikan kemudahan termasuk elaun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri itu.
  • Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berpendapat Datuk Seri Anwar layak menerima kemudahan seperti pejabat dan kenderaan termasuk elaun mesyuarat selaku pemegang jawatan berkenaan.
  • Bagaimanapun, katanya, kemudahan berkenaan hanya akan diberikan jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bersetuju menerimanya.
  • 'Saya pernah jadi penasihat kepada sebuah bank Islam antarabangsa dan kemudahan seperti pejabat, kenderaan adalah biasa termasuk elaun mesyuarat yang dikenali sebagai 'di luar poket' (kemudahan yang diterima selain gaji).
  • 'Dalam soal Anwar ini, jika beliau setuju, kita akan beri dan jika beliau tak setuju, kita tak berilah,' katanya kepada pemberita di sini kelmarin.
  • Beliau diminta mengulas pelantikan Datuk Seri Anwar sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta pada 13 November lalu dengan bayaran gaji RM1.
  • Pelantikan tersebut dibuat kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan ekonomi termasuk pernah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi berkaitan bidang itu.
  • Bagaimanapun, pelantikan itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Menurut Dr Mahathir, pelantikan Datuk Seri Anwar akan mengundang implikasi negatif terhadap ekonomi Selangor termasuk kemungkinan negeri itu berhadapan risiko muflis.
Sumber: Utusan Malaysia.
Read On 0 comments

Gara-Gara Gagal Bayar Hutang, Ah Long Ugut Siar Maklumat Di 'Facebook'

Thursday, November 19, 2009

Akibat gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM1,000 kepada 'ah long', atau khidmat ceti haram, seorang mekanik berdepan kemungkinan menanggung malu apabila sindiket itu mengugut akan memaparkan maklumat peribadi dan jumlah hutang yang perlu dibayarnya dalam laman sosial Facebook.
  • Malah, 'ah long' tersebut turut mengugut akan menyebarkan gambar serta rakaman video mangsa yang diambil ketika meminjam wang daripada mereka dalam laman sosial itu.
  • Demikian nasib yang menimpa seorang lelaki berusia 25 tahun, yang diugut supaya membayar RM80,000 setelah meminjam wang sebanyak RM1,000 daripada 'ah long' pada September lalu.
  • Mangsa yang hanya dikenali sebagai 'Chong' dan bekerja di sebuah kedai aksesori kereta itu terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kajang, pada Jumaat lalu, akibat tidak tahan diugut sindiket pinjaman wang haram itu.
  • Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Michael Chong, kelmarin berkata taktik terbaru itu dikesan bagi memalukan mangsa dengan menyiarkan gambar serta profil peribadi mereka yang gagal membayar pinjaman.
  • 'Jika sebelum ini 'ah long' menggunakan cat dan poster mengugut peminjam kini mereka menggunakan taktik terbaru untuk memalukan mangsa dengan mengugut akan menyiarkan maklumat peminjam dalam laman sosial itu,' katanya.
  • Sementara itu, mangsa ketika ditemui pada sidang akhbar itu memberitahu, dia meminjam wang sebanyak RM1,000 untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang dihadapinya dan cuba membayar semula secara ansuran.
  • Namun, berlaku kelewatan semasa proses pembayaran balik itu menyebabkan hutangnya bertambah menjadi RM80,000 termasuk faedah.
  • 'Berikutan kelewatan itu, saya didatangi 10 orang 'ah long' memaksa saya membayar semula pinjaman baru-baru ini,' kata Chong.
  • Selain diugut, tambahnya, dia turut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada 'ah long' terbabit yang memaklumkan mereka akan menyiarkan identiti serta jumlah hutangnya dalam laman Facebook.
Sumber: CyBerita
Read On 0 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails