SUARA BEBAS TUARAN

Tak Perlu Siasat Dakwaan Penulis Atas Dr M

Thursday, December 31, 2009
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak perlu menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, membazirkan wang kerajaan berjumlah RM100 bilion ($40 bilion) seperti dicadangkan Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang.
  • 'Semua benda dia nak suruhanjaya diraja. Tak perlu nak wujudkan suruhanjaya diraja semata-mata ada orang menulis buku kerana apa yang penting ialah kita memandang masa depan.
  • 'Setiap Perdana Menteri mempunyai sumbangan tersendiri terhadap negara dan tanpa mereka kita tidak akan berada dalam kedudukan sekarang manakala Malaysia tidak mungkin menjadi negara berjaya yang menjadi contoh banyak negara.
  • 'Nasihat saya, eloklah kita pandang ke depan dan bekerjasama bagi masa depan Malaysia yang lebih gemilang,' katanya.
  • Selain itu, beliau berkata, kerajaan mempunyai masa untuk menilai dan mengenal pasti implikasi cukai barangan perkhidmatan (GST) jika dilaksanakan pada 2011.
  • Perdana Menteri berkata, kerajaan secara dasarnya bersetuju pelaksanaan GST dilakukan secara berhemah dan tidak mendatangkan kesan besar dari segi harga.
  • 'Kita perlu mengkaji kesan GST terhadap setiap subsektor secara terperinci dan kita ada banyak masa lagi. Jika kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya, GST berkuat kuasa mulai 2011. Setakat ini, rang undang-undang yang dibentang di Parlimen pada peringkat bacaan kali pertama,' katanya.
Sumber: CyNews
Read On 0 comments

Gus Dur Meninggal Dunia

Thursday, December 31, 2009

Mantan presiden Indonesia, Encik Abdurrahman Wahid, yang lebih dikenali sebagai Gus Dur (gambar), meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo di Jakarta, sekitar 6.45 petang semalam pada usia 69 tahun, kata seorang pegawai Parti Kebangkitan Bangsa (PKB).
  • Berita itu disahkan anak perempuan Allahyarham, Cik Yenny Wahid, seperti ditukil laman berita kompas.com.
  • Adik Gus Dur, Encik Salahuddin Wahid, yang diwawancara TVOne berkata: 'Saya mendapat kabar lewat SMS yang disampaikan oleh setiausaha peribadi Gus Dur bernama Sulaeman.'
  • Encik Maman Imanulhaq dari PKB, berkata Gus Dur meninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan gigi di hospital itu.
  • Televisyen setempat melaporkan punca kematian Gus Dur ialah serangan sakit jantung tetapi ia belum disahkan.
  • Namun sejak sekian lama, Gus Dur dilaporkan menghidap kencing manis dan angin ahmar.
  • Menteri Perdagangan Indonesia, Cik Mari Elka Pangestu, mengucapkan belasungkawa di atas kepergian Gus Dur.
  • 'Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Almarhum Abdurrahman Wahid. Beliau adalah tokoh penyatu bangsa pada saat Indonesia memerlukannya,' kata beliau seperti ditukil Antara.
  • Beliau menyifatkan Gus Dur seorang pemimpin yang 'dapat selalu menyatukan kita'.
  • Ketua pertubuhan Islam, Muhammadiyah, Encik Yunahar Ilyas, ditukil laman berita Republika sebagai berkata: 'Bangsa ini kehilangan seorang tokoh besar, walau dengan segala kontroversinya.'
  • Semalam, 60 kader Ikatan Pelajar Nahdlatul Ulama (NU) di Jawa Timur mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham Gus Dur.
  • Jenazah beliau akan ditempatkan di rumah duka, Ciganjur, Jakarta Selatan. Puluhan tetangga Gus Dur sudah siap menyambut jenazah beliau.
sUMBER: Agensi.
Read On 0 comments

Ketua Angkatan Muda Keadilan Gesa SPRM Jangan Guna Alasan Lama

Wednesday, December 30, 2009
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menggunakan alasan lapuk bagi mengelak melaksanakan tanggungjawabnya berhubung kes penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.
  • SPRM hari ini dipetik berkata Bala perlu tampil memberi kenyataan kepada badan itu berhubung dakwaan pembabitan kerabat keluarga Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes Altantuya Sharibuu.
  • Kenyataan itu mengejutkan kerana Bala sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPRM. Beliau hanya meletakkan syarat mahukan soal siasat itu dijalankan di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia.
  • “ Saya mendesak SPRM jangan berhelah dan menggunakan tektik yang lama. Iaitu mengalih tumpuan dengan memberikan alasan-alasan yang kosong dan tidak munasabah”.
  • Beliau berkata demikian kepada TV Selangor sebagai respon daripada kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.
  • Bala sebelum ini membuat kenyataan kepada peguamnya bahawa beliau disogok wang dan diugut oleh adik Najib dan kenalan rapat isteri Perdana Menteri supaya menafikan sebarang hubungan antara Altantuya dan Najib.
  • Bala adalah penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda pada tahun 2006 untuk membayangi Altantuya ketika warga Mongolia itu berada di Malaysia.
  • Razak, kenalan rapat Najib, dituduh bersubahat dengan dua pegawai polis membunuh Altantuya. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah.
  • Menurut Shamsul, SPRM tidak perlu mencipta pelbagai alasan bagi melengahkan kes tersebut sedang SPRM telah menerima surat daripada peguam Bala, Americk Sidhu.
  • “ Sepanjang pengetahuan saya, Americk Sidhu telah pun menulis surat bahawa beliau sedia membawa Bala dan sepatutnya perkara ini menuntut satu jawapan daripada SPRM. Dan bukannya komen sebegitu” tambahnya lagi.
  • Shamsul kesal kerana SPRM tidak mahu berdepan dengan Bala atau menyiasat dakwaannya terhadap pembabitan isteri Perdana Menteri Nazeem Razak dan penjual permaidani Deepak Jaikishnan.
  • “ Malah saya pertikai mengapa sehingga sekarang, saksi-saksi seperti Deepak, seperti Nazeem Razak dan Rosmah Mansor, kalau boleh kita gunakan kerana dalam CD tersebut namanya disebut, tetapi tidak dipanggil”.
  • Bala sebelum ini mendakwa beliau ditawarkan rasuah 5 juta ringgit dan diugut meninggalkan Malaysia selain menafikan Perdana menteri mempunyai sebarang hubungan dengan Perdana Menteri yang ketika itu menteri pertahanan.
Sumber: TV Selangor, Photo; Apa Yang Tersirat
Read On 0 comments

Malaysia Model Negara Islam Progresif?

Wednesday, December 30, 2009
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bersetuju dengan dakwaan Menteri Luar bahawa Malaysia adalah negara Islam progresif namun ianya wajar dilihat lebih mendalam dari sudut hakikat sebenar.
Mengulas dakwaan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain, Mahfuz berkata, perkara itu dinanti-nantikan.
  • “Kita juga ternanti-nanti negara membangun mana yang beria-ia hendak mencontohi Malaysia memandangkan Malaysia kini semakin hebat pada tempat ke 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) setelah berada pada tempat ke 47 dalam tahun 2008,” katanya.
  • Beliau tidak menolak kemungkinan ada negara yang akan mengambil Malaysia sebagai negara contoh yang progresif melindungi perasuah malah mencalonkan perasuah dalam pilihan raya.
  • Mahfuz yakin negara-negara membangun yang mencari-cari model yang wajar dicontohi tidak lupa kenyataan Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa politik wang “bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini”.
  • “Bukan sahaja melindungi rasuah malah menyediakan ruang-ruang untuk amalan rasuah seperti tender runding terus,” kata beliau.
  • Malaysia juga, katanya, boleh mengemukakan apa yang berlaku dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sebagai model runding terus yang progresif dan wajar dicontohi.
  • “Keengganan kerajaan Najib menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ juga boleh dijadikan model progresif yang wajar dicontohi,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
  • Malah lebih dari semuanya, kata beliau lagi, Malaysia juga mempunyai parti pemerintah, iaitu Umno, yang boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi apabila bekas presiden parti itu sendiri menyatakan “Umno sudah jadi parti perasuah”.
  • “Malah, Dr Mahathir juga menceritakan bahawa seorang bekas pemimpin kanan parti itu menyifatkan ‘Umno busuk hingga ke ususnya’. Semua itu boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi,” kata Mahfuz.
  • Cara para pemimpin Malaysia menangani tuduhan terhadap mereka juga boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi, katanya.
  • Walaupun dakwaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam begitu terperinci dalam mengaitkan Najib dan keluarganya dengan Altantuya, katanya lagi, tetapi mereka memperlihatkan sikap yang begitu selamba.
  • “Najib menyifatkan dakwaan yang begitu terperinci itu sebagai semberono, adiknya (Datuk Mohamed) Nazim (Razak) pula berkata ‘tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap’ dan yang paling hebat ialah isteri Najib, (Datin Seri) Rosmah (Mansor) berkata ’saya tidak ada masa untuk melayan mereka’.
  • “Memang benar-benar model negara Islam progresif yang wajar dicontohi,” kata Mahfuz.
Sumber: Harakah
Read On 0 comments

2 Prinsip Utama Untuk BN Kekal Relevan Kepada Rakyat

Tuesday, December 29, 2009
Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang utama kepada kerajaan yang memerintah negara ini perlu berpegang kepada dua prinsip iaitu;
i) sentiasa berpandangan jauh ke hadapan
ii) mengutamakan kehendak serta keperluan rakyat melalui sistem penyampaian yang lebih berkesan
Demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa majlis perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini Selasa.
  • Selanjut nya menurut beliau, untuk menjadi kerajaan yang lebih baik, BN tidak seharusnya menoleh ke belakang sebaliknya perlu melihat apa yang harus BN buat untuk rakyat hari ini dan pada masa hadapan.
  • "Tidak dinafikan BN banyak sumbangan kepada rakyat sebelum ini, tapi dengan meningkatnya tahap pendidikan rakyat melalui pembangunan prasarana pendidikan yang dibangunkan oleh BN, rakyat mahu melihat apa yang akan kita (BN) buat hari ini dan masa akan datang,"
  • Beliau berkata perubahan dalam senario politik negara turut mengubah cara rakyat negara ini berfikir sekaligus mendorong BN untuk menjadi sebuah parti yang lebih dinamik sejajar dengan kehendak semasa rakyat.
  • Katanya rakyat hari ini akan menjadi penentu hala tuju BN pada masa hadapan dan bukannya kepada pencapaian yang telah diperolehi pada masa lampau.
  • Prinsip kedua, kata Najib adalah memastikan sistem penyampaian kerajaan BN betul-betul berkesan dan sampai kepada kehendak dan keperluan rakyat di semua peringkat.
  • Beliau yang juga Pengerusi BN berkata kerajaan BN dianggap sebagai kalah dalam pilihan raya walaupun pada dasarnya mereka menang jika anggotanya gagal melaksanakan apa yang telah diamanahkan oleh rakyat.
  • "Pembangkang tidak akan menang, tapi kita (BN) kalah pilihan raya jika gagal melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada," katanya.
  • Katanya 1Malaysia bukannya slogan tapi ia merupakan satu asas kepada dasar yang lebih adil serta penekanan kepada sistem nilai yang lebih baik dalam setiap sistem penyampaian kerajaan BN.
  • Najib berkata rakyat akan menjadi penilai terakhir kepada apa yang BN buat di bawah amalan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".
  • Dalam pada itu, Najib mahu menjadikan tahun 2010 sebagai tahun pencapaian yang lebih baik kepada BN dengan harapan semua anggota BN peringkat pusat dan negeri bersama-sama turun padang membantu rakyat.
  • Katanya masalah utama iaitu pelaksanaan kepada segala dasar dan perancangan kerajaan perlu diambil perhatian oleh semua anggota BN agar ia sampai kepada rakyat.
  • Najib berkata BN sebagai tunjang utama kepada kerajaan yang memerintah hari ini juga akan memastikan segala peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dapat digunakan sepenuhnya selain berharap pihak kerajaan negeri memberi kerjasama menyelesaikan segala masalah pembangunan di peringkat negeri masing-masing.
  • Beliau turut menegaskan parti komponen BN tidak kira kecil mahupun besar termasuk SPDP yang menunjukkan prestasi cemerlang pada pilihan raya umum dan negeri yang lalu akan sentiasa diberi perhatian berat selain harapan agar prestasi tersebut dikekalkan pada masa akan datang.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

Selangor Akan Alami Defisit Kewangan Tahun Depan?

Tuesday, December 29, 2009

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, menjangkakan kerajaan negeri Selangor bakal mengalami krisis defisit kewangan yang lebih membimbangkan pada tahun depan.
  • Katanya, keadaan itu berlaku ekoran kegagalan kerajaan negeri menguruskan perbelanjaan melebihi RM2 bilion ($820 juta) daripada peruntukan asal sebanyak RM1.4 bilion dalam bajet Selangor untuk tahun 2009.
  • 'Perbelanjaan tersebut tidak setara dengan pendapatan yang diperoleh kerajaan negeri yang dilihat hanya mampu mencatatkan angka kurang daripada RM1 bilion untuk tujuan pembangunan di negeri ini,' katanya
  • Malah dakwanya, rizab kerajaan negeri juga semakin berkurangan apabila kerajaan negeri menggunakan rizab sedia ada untuk menampung kekurangan perbelanjaan tersebut.
  • 'Semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu, rizab kewangan kerajaan negeri berjumlah kira-kira RM1.4 bilion manakala pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan angka RM11.8 bilion untuk tempoh sebelum Mac 2008.
  • 'Bagaimanapun, saya difahamkan jumlah rizab kerajaan negeri ini semakin susut manakala pendapatan yang diperoleh tidak menyamai sasaran yang ditetapkan termasuk hasil pelaburan yang hanya mencatatkan RM4 bilion sehingga Julai lalu,' ujarnya.
  • Tambahnya, kerajaan negeri juga telah melaksanakan dasar-dasar yang hanya meningkatkan bebanan kewangan negeri seperti pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang menelan kos sebanyak RM100 juta dan pembelian tanggungan hutang Talam Corporation sebanyak RM391 juta tanpa alasan yang munasabah.
  • Selain itu, Dr Mohamad Khir turut mempersoalkan hasil yang diperoleh kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu daripada perlombongan pasir yang hanya mencatatkan RM4 juta sedangkan unjuran yang dibuat ialah RM170 juta setahun.
  • Katanya, jumlah berkenaan menunjukkan perbezaan yang besar dan seolah-olah wujud kemungkinan berlaku ketirisan dalam aktiviti perlombongan pasir yang diuruskan oleh syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang ditubuhkan untuk menguruskan sumber itu.
  • Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan krisis kewangan yang melanda Selangor ketika ini.
  • Difahamkan, Tan Sri Abdul Khalid ketika ini sedang bercuti di India sehingga hujung Disember ini.
Sumber: CyNews, Utusan Malaysia.
Read On 0 comments

Kurup Akui Pencapaian Partinya Kurang Membanggakan

Monday, December 28, 2009
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup hari ini mengakui bahawa parti itu belum mencatat pencapaian yang membanggakan sejak ianya ditubuhkan 15 tahun lepas.
"Kita harus kaji kenapa ini berlaku. Kalau terus keadaan ini, kalau tiadatulang belakang untuk memajukan parti ini, maka parti ini akan lenyap.
  • "Setiap tahun kita adakan mesyuarat agung tahunan tapi kesan belum lagikelihatan. Kita harus kaji kesilapan kita," katanya ketika merasmikanperhimpunan perwakilan tahunan ke-14 pergerakan Pemuda dan Wanita PBRS di sinihari ini.
  • Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, meminta anggota PBRS supaya mengkaji kelemahan dan kekurangan dalam parti itu, keranajika tidak, PBRS akan lenyap pada masa depan.
  • Beliau berkata perbuatan berebut kuasa dalam parti juga mempunyai risiko tinggi untuk membawa kepada kemusnahan.
  • "Kalau ada orang mahu rampas kuasa, tidak dapat tunggu (hingga giliran),sebenarnya bukan saja boleh memecah belahkan kita, tetapi juga melenyapkan parti," katanya.
  • Kurup berkata memang secara semula jadi pemimpin akan melihat golongan mudasebagai pengganti mereka dan akan menyerahkan kepimpinan kepada orang muda pada masa yang sesuai.
  • "(Tetapi) dalam proses kita memilih pengganti juga kita mesti cari yangberkaliber, memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dan berdisiplin, serta mempunyai pengalaman yang cukup. Dan pengalaman ini kita perolehi dari orang yang lama juga, itulah hakikatnya," kata beliau.
Sumber:Borneo Post, BERNAMA
Read On 0 comments

Kelantan Sedia Pinda Undang-Undang Bolehkan Bukan Melayu Jadi MB ?

Monday, December 28, 2009

Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.
  • Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan Pas sejak memerintah Kelantan pada 1990.
  • "Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini Isnin.
  • Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Menteri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.
  • Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.
  • "Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.
  • "Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.
  • Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri ?

Monday, December 28, 2009
Dalam bukunya, Barry Wain , bekas pengarang urusan Asian Wall Street Journal mendakwa Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ($41 bilion) ketika menjadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir, dalam blognya www.chedet.com, mengakui pernah berlaku kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak mencecah RM10 bilion.
  • Dr Mahathir turut mempersoal mengapa Wain, yang kini berpangkalan di Singapura, begitu berani dan bersungguh-sungguh mahu menulis serta mendedahkan isu melibatkan pemimpin Malaysia.
  • Semantara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji buku tulisan Barry Wain bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times sebelum membuat keputusan mengenai pengedarannya.
  • 'Mengkaji kandungan (buku itu) adalah proses biasa bagi mana-mana penerbitan dari luar negara dan buku yang ditulis Barry Wain tidak terkecuali,' kata timbalan ketua setiuasaha kementerian, Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz, yang ditukil akhbar Sunday Star semalam.
  • KDN mempunyai masa selama 60 hari bagi menentukan sama ada hendak meluluskan atau sebaliknya pengedaran buku itu.
Sumber:CyNews
Read On 0 comments

4 Nelayan Malaysia Ditahan Di Pontianak Selamat Pulang

Sunday, December 27, 2009

Empat orang nelayan Terengganu yang ditahan pihak berkuasa perikanan Indonesia bulan lalu setelah dipercayai termasuk kawasan perairan negara itu, selamat pulang ke tanah air malam tadi.
  • Musa Mahammad, 33, Mohd Arif Rosli, 20, Ahmad Faizul Sulong, 33, dan Akhmadi Daud, 28, kesemuanya dari Kampung Baru, Sebarang Takir tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini kira-kira 9 malam.
  • Bagaimanapun, tekong bot nelayan berkenaan Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tahanan di Pontianak.
  • Mengiringi kepulangan nelayan berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman.
  • Kepulangan mereka disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh kaum keluarga masing-masing.
  • Razif berkata pihaknya mengucapkan setinggi terima kepada mereka yang terbabit dalam pembebasan nelayan-nelayan itu, terutamanya Konsul Besar Malaysia dan Gabenor Pontianak.
  • Sumber:mStar
Read On 0 comments

PPP Anggap Murugiah Timbalan Menteri Haram ?

Saturday, December 26, 2009

Presiden PPP Datuk M.Kayveas menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.
  • Beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.
  • "Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
  • Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

Enjin Hilang Sebagai Tanda Aras Keruntuhan Moral pimpinan Negara

Saturday, December 26, 2009
Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.
Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.
  • “Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.
  • “Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi.
  • Untuk rekod, Datuk Dr. Anuar Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera pada 1973 dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya.
  • Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Kini sebagai Dekan di Aswara, Kuala Lumpur.
  • Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.
  • Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.
Sumber: Harakah Daily
Read On 0 comments

Hentikan Spekulasi Duta Besar Dipanggil Pulang

Friday, December 25, 2009

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman meminta media agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai duta besar Malaysia ke Vienna yang dipanggil pulang berhubung pengundian di mesyuarat Lembaga Pengelola Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna pada 27 Nov.
  • Beliau berkata komentar dalam sebuah harian tempatan berbahaga Inggeris Khamis "berniat jahat dan tidak membantu terhadap kepentingan Malaysia".
  • "Sebagaimana Kementerian telah jelaskan dalam satu kenyataan 5 Dis, undian itu tidak selaras dengan prosedur kerajaan, oleh itu Menteri Luar telah mengarahkan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu yang berada di Vienna pulang ke Malaysia untuk perbincangan," kata Anifah.
  • Anifah berkata memanggil pulang duta besar adalah amalan biasa diplomatik dan dalam hal ini, Datuk Arshad Manzoor Hussain diarah pulang untuk memberi penjelasan mengenai hasil mesyuarat IAEA itu.
  • "Kementerian berpendapat isu ini tidak harus dibesar-besarkan," katanya.
  • Anifah menegaskan bahawa Kementerian Luar dan kerajaan amat menyedari tentang tanggungjawab mereka dan mengambil pendirian dalam isu-isu antarabangsa dengan memikirkan kepentingan negara sebagai perkara paling utama.
  • Di mesyuarat lembaga pengelola itu, di mana Arshad adalah pengerusinya, Malaysia adalah antara tiga negara yang mengundi menentang satu usul yang diterima terhadap program nuklear Iran.
Sumber:BERNAMA
Read On 0 comments

Kerajaan Tidak Disalurkan Tenaga Elektrik Bakun Ke Sabah

Thursday, December 24, 2009
kerajaan memutuskan untuk tidak menyalurkan bekalan elektrik dari projek hidroelektrik Bakun ke Sabah disebabkan oleh kos yang tinggi, persidangan Dewan Negara diberitahu kelmarin.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon, berkata kos yang tinggi itu disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di Sabah iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja.
  • “Sebaliknya, pembinaan stesen-stesen janakuasa yang lebih efektif dari segi kos adalah lebih wajar dipertimbangkan bagi memenuhi permintaan elektrik di Sabah khususnya di Pantai Timur,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Maijol Mahap.
  • Noriah berkata pembinaan talian penghantaran yang jauh dari projek hidro elektrik Bakun ke Sabah serta melalui kawasan yang mempunyai muka bumi yang mencabar, turut memberi impak terhadap kos penyaluran bekalan elektrik dari projek itu ke Semenanjung.
  • Beliau berkata ia juga merupakan satu daripada perancangan jangka panjang bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik di Semenanjung serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
  • “Pada masa ini, bahan api fosil membekalkan lebih daripada 90 peratus keperluan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia,” katanya.
  • Beliau berkata kebergantungan yang begitu besar kepada bahan api fosil akan mendedahkan Semenanjung kepada risiko perbekalan serta harga bahan api yang tidak menentu sekaligus boleh menjejaskan keselamatan bekalan elektrik bagi Semenanjung.
  • Noriah berkata dalam perancangan pembangunan tenaga elektrik berasaskan sumber hidro bagi negeri Sabah, kerajaan telah mengenal pasti dua stesen janakuasa hidro yang berpotensi iaitu di Ulu Padas dan Liwagu sebagai satu daripada usaha untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di negeri itu.
Sumber: NST
Read On 0 comments

Peraturan Khas Pastikan Ahli Parlimen BN Hadir Dewan

Thursday, December 24, 2009

Barisan Nasional (BN) akan menyediakan peraturan khas bagi memastikan jumlah Ahli Parlimennya di Dewan Rakyat sentiasa mencukupi bagi mengelakkan masalah ketidakcukupan wakil untuk meluluskan sesuatu usul.
Peraturan baru itu akan memastikan jumlah Ahli Parlimen BN sentiasa melebihi bilangan anggota pembangkang supaya kejadian kekurangan wakilnya ketika meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini tidak berulang.
  • Menurut sumber, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN kini dalam peringkat mengenal pasti prosedur yang akan diperkenalkan itu dan kemungkinan diguna pakai pada sesi persidangan akan datang mulai Mac depan.
  • Katanya, Najib akan mengadakan pertemuan khas dengan semua 137 Ahli Parlimen BN dalam masa terdekat bagi membincangkannya bersama serta menerangkan peraturan baru itu.
  • Selain itu, peraturan itu akan menugaskan semua menteri secara bergilir-gilir berada di Dewan Rakyat pada setiap sesi persidangan bagi memastikan kehadiran Ahli Parlimen BN sentiasa mencukupi.
  • "Perdana Menteri membincangkan perkara ini secara serius dalam mesyuarat Kabinet hari ini (semalam) dan tidak mahu kejadian 14 Disember lalu berulang," katanya.
  • Dalam kejadian itu, Bajet 2010 hanya diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.
  • Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada jam 11.15 malam itu.
  • Ketika itu, 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir pada sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan. Kehadiran Ahli Parlimen BN hanya 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.
  • Mengikut konvensyen yang diamalkan di negara lain, termasuk negara Komanwel, Parlimen akan dibubarkan dan Perdana Menteri digantikan jika bajet nasional tidak diluluskan.
  • Sumber itu juga berkata, peraturan ini juga akan menetapkan hukuman terhadap Ahli Parlimen BN yang gagal hadir tanpa sebab ketika persidangan.
  • Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi berkata, hanya Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan 12 Senator yang dilantik saja ti-dak boleh mengambil bahagian dalam undi belah bahagian.
  • Katanya, semua 222 Ahli Parlimen termasuk 137 daripada BN yang turut dianggotainya dan seorang lagi Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee serta 82 wakil pembangkang dan tiga wakil Bebas boleh mengundi.
  • "Bagi membolehkan sesi perbahasan berlangsung, jumlah korum bagi kerajaan atau pembangkang tidak ditetapkan, tetapi jumlah Ahli Parlimen dalam Dewan mestilah sekurang-kurangnya 26 orang," katanya.
  • Beliau juga berkata, BN hanya memerlukan kelebihan satu ketika mengundi sesuatu usul untuk diluluskan sebagai akta.
  • "Majoriti satu undi saja sudah memadai untuk meluluskan usul melalui undi belah bahagian. Hanya pindaan Perlembagaan Persekutuan saja yang memerlukan sokongan dua pertiga daripada Ahli Parlimen," katanya.
Sumber: BH
Read On 0 comments

Selain Enjin Jet, Alat Lain TUDM Juga Hilang

Wednesday, December 23, 2009

Enjin turbojet J85-21A seberat 272 kilogram dengan ukuran garis pusat 46 sentimeter dan panjang 114 sentimeter buatan General Electric ini serupa dua enjin yang dicuri kakitangan TUDM.
Selain dua enjin pesawat jet tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap, kata Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan Malaysia akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes berkenaan berlaku.
  • Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.
  • 'Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan,' kata beliau pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives, Encik Ameen Faisal, di sini.
  • Beliau berkata selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.
  • 'Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan daripada aspek perundangan Angkatan Tentera,' kata beliau lagi.
  • Dr Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan Lain-lain Pangkat di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.
  • Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.
  • 'Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.
  • 'Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan,' katanya.
  • Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah menyerahkan kes itu '100 peratus' kepada polis.
  • Semalam akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan bahawa bukan satu tetapi dua enjin pesawat berharga RM50 juta setiap satu, telah hilang.
Sumber: CyNews
Read On 0 comments

Banjir Sungai Golok Masih Berada Di Paras Bahaya

Tuesday, December 22, 2009

Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan masih berada di paras bahaya iaitu 10.10 meter melebihi bahaya 9 meter.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 344 orang semalam berbanding 203 orang kelmarin berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan.
Semantara itu Kanak-kanak dari Kampung Pair Air, Rantau Panjang ini, mengambil kesempatan untuk bermain air kelmarin apabila banjir melanda Kelantan buat kali keempat sejak November lalu.
Sumber: CyNews
Read On 1 comments

15 Wanita Di Kelantan Didenda Sebab Berpakaian Seksi

Tuesday, December 22, 2009

Seramai 15 wanita Islam didenda oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan-Bandar Raya Islam(MPKB-BRI) kerana tidak menutup aurat dan dianggap berpakaian seksi, kelmarin.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi menutup aurat yang diadakan di Pasar Borong Wakaf Che Yeh bermula pada 10 malam.
  • Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa, berkata tangkapan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Perniagaan MPKB-BRI 1986(Pindaan 2002).
  • Beliau berkata, peniaga dan pekerja terbabit dikenakan tindakan kerana berpakaian seksi dan tidak menutup aurat dengan sempurna.
  • 'Operasi itu diadakan selepas kita dapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk 'Arahan Mematuhi Etika Berpakaian' telah dikeluarkan sebelum ini.
  • 'Dalam operasi ini, kita mengeluarkan kompaun kepada peniaga di pasar borong dan kedai makan yang tidak menutup aurat.
  • 'Mereka yang tidak menutup aurat termasuk mendedahkan lengan dikenakan kompaun sebanyak RM500 ($204) dan perlu hadir di Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI bagi menyelesaikan denda itu,' katanya di sini kelmarin.
  • Wan Sharafi berkata, tindakan tersebut diharap dapat memberi peringatan kepada wanita Islam yang lain supaya menutup aurat ketika bekerja.
  • Katanya, pihak penguatkuasa MPKB-BRI akan mengadakan operasi seperti itu dari masa ke masa untuk memastikan umat Islam menutup aurat sejajar dengan tuntutan agama.
  • 'Bagaimanapun, arahan ini dikecualikan kepada wanita bukan Islam. Namun, mereka dinasihatkan supaya berpakaian sopan.
  • 'Penguatkuasaan peraturan itu bukan perkara baru malah ia dilaksanakan sejak sembilan tahun lalu.
  • 'Malah, surat arahan peringatan tersebut dikeluarkan setiap tahun oleh MPKB-BRI kepada semua pemilik premis supaya mematuhinya,' katanya.
Sumber:, CyNews,Utusan Malaysia.
Read On 0 comments

Lebih 120,000 Ahli Umno Sabah Belum Daftar Sebagai Pengundi ?

Monday, December 21, 2009
Naib Presiden Umno, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata kira-kira 129,952 ahli Umno di Sabah masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, kegagalan mereka sebagai pengundi sudah pasti merugikan kepada parti apabila pilihan raya diadakan nanti.
  • Dalam hubungan ini katanya, pendaftaran bagi penambahan ahli Umno dan sebagai pemilih (pengundi baru) yang buat pertama kali dilancarkan di kawasan Batu Sapi merupakan aktiviti yang perlu dipertingkatkan dan diperluas di seluruh bahagian-bahagian Umno di negara ini.
  • “Keadah seumpama ini secara tidak langsung boleh menarik golongan belia untuk menjadi ahli parti,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Beliau amat gembira apabila dalam jangka tiga jam saja terdapat seramai 500 orang belia telah mendaftar untuk menjadi ahli Umno dan pengundi baru di kawasan batu Sapi, Sandakan.
  • Katanya dari jumlah 3.4 juta ahli Umno di seluruh Malaysia, 691,000 ahli belum mendaftar sebagai pemilih melibatkan pergerakan Pemuda,Wanita dan Puteri Umno.
  • Menurutu Shafie, dari jumlah 3.4 juta juta ahli Umno yang telah didaftarkan sejumlah 661,000 terlibat dengan pemutihan bagi mengesan sama ada mereka ini masih hidup atau berpindah ke lain parti.
Sumber: NST
Read On 0 comments

Masalah Dalaman PKR Sabah Selesai ?

Monday, December 21, 2009

Dengan lantik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua hubungan PKR Sabah dan Sarawak, dijangka bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan.
Anwar berkata mereka telah menerima banyak maklum balas daripada para anggota yang melahirkan keprihatinan mereka, dan pucuk pimpinan dengan itu telah menjelaskan proses membuat keputusan itu kepada mereka.
  • "Saya gembira menyatakan pada hari ini sekarang, mereka (para anggota) menyokong barisan kepimpinan parti di negeri ini, dan pada masa yang sama kita mahu menentukan pucuk pimpinan kebangsaan yang termasuk Dr Jeffrey Kitingan, Christina Liew dan Ansari Abdullah, diberi peluang memberi khidmat di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen PKR Sabah 2009 di sini.
  • Dr Jeffrey bila ditanya mengenai perkara itu, turut menyatakan bahawa semua perkara telah selesai.
  • Dalam dua bulan lepas, PKR Sabah bergolak selepas Dr Jeffrey mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden parti pada 28 Okt, kerana tidak puashati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi perhubungan negeri, oleh pucuk pimpinan pusat parti.
  • Sejurus selepas itu, Christina Liew turut meletak jawatan sebagai anggota majlis tertinggi (MT) PKR. Sabah mempunyai seorang lagi wakil di MT iaitu Ansari Abdullah.
  • Bagaimanapun, parti tidak menerima peletakan jawatan itu dan dalam laporan akhbar pada 14 Dis, Jeffrey mengesahkan beliau menerima pelantikannya semula.
  • Anwar dalam ucapannya, berkata walaupun pelantikan Ahmad Thamrin mencetuskan kontroversi, tetapi ini mandat diberikan kepada Ahmad Thamrin, sama seperti pucuk pimpinan pusat parti lakukan kepada bahagian-bahagian di Sarawak dan Semenanjung.
  • Beliau berkata rasionalnya ialah untuk mengangkat barisan pelapis ketika tokoh-tokoh veteran membantu membimbing mereka, seperti mana dilakukan di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.
  • Anwar juga berkata Dr Jeffrey selaku naib presiden yang mengurus hal-hal parti itu di Sabah dan Sarawak, memerlukan kerjasama dari pucuk pimpinan parti kedua-dua negeri itu, begitu juga sebaliknya - bekerja sebagai satu pasukan.
  • "Dr Jeffrey sebagai naib presiden, kita tahu keupayaan dia.Jadi kita tidak mahu lagi orang pertikai (apa-apa keputusan), yang lepas biar berlalu, dan sekarang kita bergerak ke depan sebagai satu pasukan," kata Anwar.
  • Beliau memberi amaran bahawa parti tidak akan membiarkan anggota yang terlibat dalam pembentukan sebuah parti baru, atau memainkan sentimen perkauman atau menolak dasar perbezaan agama.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

Tidak Hadir Sidang Bukan Kriteria Utama Ukur Prestasi Ahli Parlimen ?

Sunday, December 20, 2009

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ketidakhadiran Ahli Parlimen BN pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu bagi meluluskan Bajet 2010 bukan kriteria utama bagi mengukur prestasi kerja mereka.
  • “Ini bukan persoalan kekal atau tidak (sebagai calon BN). Ia bergantung kepada Ketua Menteri, kita tidak boleh mempersoalkan kuasa budi bicara Ketua Menteri dalam menentukan siapa patut kekal atau tidak,” kata-nya kepada Utusan Borneo, semalam.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas kekecewaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ketidakhadiran ramai Ahli Parlimen pada sidang Dewan Rakyat.
  • Ia dilihat sebagai perkara serius yang boleh memungkinkan belanjawan negara tidak diluluskan.
  • “Pada masa itu bukan saya yang mempengerusikan mesyuarat. Giliran Datuk Ronald Kiandee. Saya tidak dapat mengesahkan siapa yang hadir atau tidak,” katanya.
  • Beliau berkata, kehadiran Ahli-ahli Parlimen BN amat penting dalam persidangan bukan sahaja ketika proses meluluskan bajet.
  • Mengenai apa kemungkinan tindakan diambil oleh Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata ia terpulang kepada pemimpin tertinggi BN.
  • “Saya yakin PM dan TPM akan berbuat sesuatu agar perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa depan,” katanya.
  • Sementara itu, Najib dipetik sebagai berkata, kegagalan meluluskan Bajet 2010 itu mungkin menyebabkan Parlimen dibubarkan dan BN terpaksa berhadapan dengan pilihan raya untuk membentuk semula kerajaan.
  • Pada sidang Dewan Rakyat itu, seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.
Sumber: Borneo Post
Read On 0 comments

220 Cerun Sekitar Lembah Klang Tidak Selamat

Sunday, December 20, 2009

Hasil kajian awal mengenai cerun-cerun yang berbahaya meliputi kawasan seluas 100 kilometer persegi di sekitar Lembah Klang telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diambil tindakan.
  • Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata hasil kajian itu mampu membantu PBT mengenal pasti dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan tehadap cerun yang didapati berisiko terdedah kepada kejadian tanah runtuh.Menurut lapuran tersebut 220 Cerun Sekitar Lembah Klang Tidak Selamat.
  • Katanya, kajian itu untuk tujuan pemetaan melibatkan kawasan yang terletak di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang.
  • "Kajian itu membolehkan kerajaan merancang pembangunan dengan lebih selamat selepas mengenal pasti lokasi berisiko tinggi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah dan saguhati kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini pada Sabtu.
  • Shaziman berkata kajian itu, yang menelan belanja RM5.5 juta itu, telah mengenal pasti 583 cerun dan tanah berbahaya di sekitar Lembah Klang dengan 215 hingga 250 daripada cerun tersebut memerlukan perhatian dan tindakan.
  • Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kajian itu melibatkan peringkat permukaan dan bukan satu kajian geologi atau kestabilan cerun.
  • Dalam perkembangan lain, katanya, kementeriannya telah menerima laporan mengenai kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Jun lepas.
  • Katanya hasil laporan itu akan dimaklumkan kepada orang ramai selepas ia dibincangkan oleh Kabinet.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

India Mahu Belajar Teknologi TOL Dari Malaysia

Saturday, December 19, 2009

India mahu belajar daripada pengalaman Malaysia dalam teknologi TOL Malaysia yang mempunyai 15-20 tahun pengalaman dalam sektor ini dan kini terlibat dalam 35 projek dalam negara ini, demikian kata Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya Kamal Nath.
  • Justru itu India telah mencadangkan untuk menubuhkan kumpulan khas untuk menarik lebih ramai pembina jalan raya dari Malaysia untuk melabur dalam projek-projek prasarana lebuh raya negara itu yang kian membangun.
  • Nath berkata kumpulan itu akan membantu untuk mendapatkan sokongan kerajaan kepada kerajaan dalam sektor ini, di mana India sedang cuba mendapatkan pelaburan asing yang besar dan kepakaran.
  • "Kami telah berbincang tentang kemungkinan hubungan kerajaan kepada kerajaan di antara kedua-dua negara. Satu kumpulan akan ditubuhkan serta merta untuk membantu pelaburan Malaysia dalam sektor pembangunan lebuh raya," kata Nath kepada media di India.
  • India kini pesat membangun untuk menyiapkan sepanjang 7,000 km jalna raya setiap tahun dengan sasaran 20 km sehari, untuk melengkapkan seluruh negara dengan prasarana ini untuk menjana ekonominya.
  • Sistem jalan raya India sepanjang 3.3 juta kilometer adalah yang paling besar di dunia selepas Amerika Syarikat.
  • Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak AS$92 bilion (RM322 bilion) sehingga 2012 untuk membangunkan projek jalan rayanya.
  • "Kami mahu syarikat Malaysia mengambil bahagian dalam program pembinaan lebuh raya sebagai pembida dan perunding" kata nya.
  • Satu memorandum persefahaman antara Malaysia dan India kini dalam peringkat cadangan untuk menigkatkan kerjasama dalam sektor ini.
  • Menteri Kerjaraya Malaysia Datuk Shaziman Abu Mansor telah berbincang dengan Nath di Delhi awal minggu ini
Sumer: BERNAMA
Read On 0 comments

Warga Indonesia Mengiklan Jual Organ Menerusi Internet

Saturday, December 19, 2009

Rakyat Indonesia yang kesulitan wang tidak lagi menggunakan orang tengah bagi menjual organ, malah terus mengiklan diri menerusi Internet.
Ia sekali gus mengeksploitasi kelemahan undang-undang dan mencetus satu trend berbahaya penjualan organ manusia secara haram.
  • Beratus iklan telah muncul pada laman web iklan peribadi dengan sesetengah pihak menawarkan ginjal dengan harga serendah 50 juta rupiah ($7,430) setiap satu.
  • Kebanyakan pengiklan - pelajar, golongan profesional malah suri rumah tidak segan menggunakan nama sebenar atau memberi nombor telefon. Kebanyakan mereka menegaskan bebas penyakit, tidak merokok, tidak minum arak atau mengambil dadah.
  • Hutang keluarga atau pinjaman bank sering menjadi pendorong mereka berbuat begitu.
  • Jual beli organ diharamkan di Indonesia dan boleh dikenakan hukuman sehingga 15 tahun penjara dan denda sebanyak 300 juta rupiah.
  • Namun, para pegawai mengakui bahawa penjual organ 'terlepas' kerana laman web seperti iklanoke tidak dipantau dan undang-undang begitu samar serta sukar dikuatkuasakan.
  • 'Undang-undang kesihatan menegaskan bahawa pemindahan organ hanya boleh dijalankan bagi tujuan peri kemanusiaan tetapi ia tidak menjelaskan takrif kemanusiaan,' kata ketua Jabatan Interpol Indonesia, Encik Anas Yusuf.
  • 'Rundingan antara penjual dengan pembeli dijalankan secara sulit. Jadi kita tak tahu, kecuali kalau ia dilaporkan,' tegas beliau.
  • Pelajar sekolah tinggi, Rlisa, 18 tahun, berkata hutang keluarganya mencecah puluhan ribu dolar selepas rumah mereka terbakar di Jakarta dan kedai runcit ayahnya gagal. Menurutnya yuran sekolahnya tertunggak selama enam bulan.
  • 'Sebuh filem yang saya tonton berkata menjual ginjal adalah cara paling cepat dapatkan wang. Saya mahu menjual ginjal saya untuk membeli rumah baru dan membayar yuran saya,' kata anak sulung empat beradik yang mahu menjual ginjalnya dengan harga 800 juta rupiah.
Sumber:AFP.
Read On 0 comments

Peniaga Di Sandakan Naikkan Harga Barang Sehingga 30 Peratus ?

Saturday, December 19, 2009
Kesan kenaikan harga berapa barangan keperluan menjelang perayaan Krismas telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna di Sandakan terutamanya mereka yang bakal menyambut perayaan tersebut yang semakin hampir.
  • Dalam pemeriksaan pihak Persatuan Pengguna Sabah-Labuan (CASH) Bahagian Sandakan ke berapa premis gedung pusat membeli belah di sini kelmarin mendapati antaranya barangan keperluan yang telah dinaikan harga mencecah hingga 30 peratus ialah seperti bawang merah,bawang putih, bawang besar, ubi kentang, lada merah, kacang tanah, dan termasuk ayam dan daging lembu.
  • Pengerusi CASH Sandakan Ali Ahmad berasa kesal dan kecewa terhadap tindakan sesetengah peniaga di pusat bandar ini yang mengambil kesempatan mencari keuntungan lebih di musim-musim perayaan ini dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya memikirkan implikasinya terhadap para pengguna.
  • Ahmad meminta Kementerian Hal Ehwal Pengguna Dalam Negeri cawangan Sandakan supaya membuat pemantauan dan serbuan mengejut ke premis-premis dan gedung-gedung pusat membeli belah untuk memastikan mereka tidak menaikkan harga barangan terkawal ini.
Sumber: NST
Read On 0 comments

Elaun RM1,000 Akan Ditawarkan Kepada Siswazah Sarawak Menerusi Wakil Rakyat

Friday, December 18, 2009

Baru-baru ini Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan Kerajaan Sarawak akan mengambil pendekatan menyeluruh dalam memajukan golongan belia di negeri ini termasuk membantu semua siswazah menganggur untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka mulai tahun depan.
  • Menurut beliau, mulai tahun depan, semua golongan belia di negeri ini termasuk para siswazah yang masih menganggur akan dibantu menerusi wakil rakyat di kawasan masing-masing.
  • Ini termasuk menawarkan mereka pekerjaan sama ada dengan jabatan kerajaan mahupun swasta dengan bayaran elaun atau gaji sebanyak RM1,000 sebulan, katanya.
  • Justeru bagi tujuan itu, katanya, semua tuai rumah dan ketua kampung digesa memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menyenaraikan butiran peribadi semua siswazah yang masih menganggur di kawasan mereka.
  • “Senarai hendaklah lengkap dengan mengandungi semua butiran peribadi belia atau siswazah seperti kelulusan sama ada ijazah atau diploma, alamat yang lengkap, nombor telefon serta e-mel, bagi membolehkan mereka dihubungi dengan mudah sekiranya diperlukan atau terdapat sebarang kekosongan jawatan,” jelas beliau lanjut.
Sumber: Borneo Post
Read On 0 comments

Selangor Perkenal Undang-Undang Cegah Amalan Sihir?

Friday, December 18, 2009

Penggunaan ilmu hitam, termasuk untuk menundukkan suami atau isteri serta dalam kegiatan jenayah, mendapat perhatian pakar agama yang menyarankan supaya undang-undang sihir diwujudkan untuk mencegah amalan itu berleluasa.
Saranan itu dikemukakan pada Muzakarah Pakar; Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis, anjuran Jabatan Mufti Selangor di sini, kelmarin.
  • Pada sidang media selepas merasmikan muzakarah itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata undang-undang berkenaan boleh dimasukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam dan bagi bukan Islam pula perlu diwujudkan akta baru.
  • Beliau berkata, ketika ini pengamal dan pihak yang mengarahkan sihir itu dilakukan terlepas daripada hukuman kerana tiada peruntukan undang-undang berkaitan.
  • 'Ilmu sihir sukar dibuktikan di mahkamah kerana amalan ini abstrak dan tidak boleh dibuktikan oleh pancaindera.
  • 'Sehubungan itu, pengamal undang-undang dan pihak berkuasa perlu memikirkan bentuk undang-undang yang sesuai untuk mendakwa pengamal ini di mahkamah,' katanya.
  • Sehubungan itu, beliau berkata, hasil muzakarah itu akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa negeri untuk dibincang lebih lanjut sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana membabitkan isu nasional.
  • Ahli panel muzakarah itu, Datuk Dr Haron Din, pula berkata peruntukan undang-undang bagi membanteras penggunaan sihir, terutama di kalangan orang Islam perlu diberi perhatian kerana wujud keadaan mendesak berdasarkan situasi semasa.
  • Katanya, ilmu sihir digunakan meluas dalam kegiatan jenayah, termasuk memukau, seperti dilaporkan sebelum ini.
Sumber: CyNews,BHM.
Read On 0 comments

Sabah, Sarawak Sasaran Utama Meningkatkan Infrastrukur Asas Luar Bandar

Thursday, December 17, 2009
Sabah dan Sarawak akan menjadi kawasan sasaran utama bagi meningkatkan infrastrukur asas luar bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memandangkan masih banyak kawasan luar bandar yang belum dibangunkan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah menteri yang menerajui usaha bagi meningkatkan infrastruktur di luar bandar dan pedalaman.
  • Usaha mengurangkan 50 peratus kelewatan dalam penyampaian projek-projek prasarana asas juga merupakan satu daripada sasaran di bawah NKRA, kata ketua Makmal NKRA bagi Infrastruktur asas luar bandar (RBI), Ahmad Zubir Abdullah Ghani.
  • Beliau berkata, pasukan itu telah mengenalpasti kelewatan sebagai masalah utama yang boleh menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek bagi meningkatkan infrastruktur asas.
  • "Sebagai contoh, pengambilan alih tanah mengambil masa hampir dua tahun untuk selesai dan kami mensasarkan untuk mengurangkan proses itu sebanyak 50 peratus," katanya kepada Bernama selepas melancarkan hari terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di sini hari ini.
  • Sementara itu, Penolong Setiausaha Kanan Makmal RBI Ramdan Baba berkata pasukan itu mensasarkan untuk meningkatkan empat kawasan asas prasarana termasuk jalan, perumahan, bekalan elektrik dan bekalan air.
  • "Kami mensasarkan untuk membina 7,000km jalan dan 50,000 perumahan baru di kawasan luar bandar dalam tempoh tiga tahun, dan menyelesaikan 140,000 isi rumah di kawasan luar bandar dengan bekalan elektrik dan 360,000 isi rumah dengan bekalan air," katanya semasa sesi penyampaian oleh makmal RBI di sini.
Sumber:BERNAMA
Read On 1 comments

Harga Barangan Kawalan Akan Dipantau Sempena Hari Krismas

Thursday, December 17, 2009

Kerajaan mengumumkan penetapan harga bagi 13 barang kawalan di bawah skim kawalan harga musim perayaan Krismas selama lima hari berkuatkuasa Rabu depan.
Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga terkawal ini akan dilaksanakan di 138 kawasan dan daerah di seluruh Malaysia dan lesen untuk penjualan barang-barang terhad ini boleh didapati secara percuma di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Antara 3,588 harga barangan kawalan ialah ayam, ayam belanda import, daging lembu tempatan, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, telur ayam, tomato dan cili benggala hijau,” katanya pada sidang akhbar di SSM di sini kelmarin.
  • Beliau juga mengarahkan supaya semua peniaga barangan terkawal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu yang boleh diperoleh dari SSM semasa mendapatkan lesen untuk menjual barangan tersebut.
  • Bagi peniaga yang menjual harga melebihi harga maksimum, tidak meletakkan dan mempamer tanda harga khas merah jambu, mereka akan dikenakan penalti secara serta merta di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Harga 1946.
  • Bagi peniaga perseorangan yang didapati bersalah akan dikenakan denda RM15,000 atau dua tahun penjara bagi kesalahan pertama dan denda RM25,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan kedua, manakala bagi syarikat akan dikenakan denda sebanyak RM25,000 bagi kesalahan pertama dan RM50,000 bagi kesalahan kedua, katanya.
Sumber: NST
Read On 0 comments

3 Beranak Dituduh Dagang Bayi Luar Nikah

Thursday, December 17, 2009

Seorang ejen insurans dan dua anak perempuannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas tuduhan memperdagang tiga bayi luar nikah berusia sehari sekitar dua minggu lalu.
Lian Kim Wan, 56 tahun, dan anaknya, Ang Bee Ling, 36 tahun, serta Ang Bee Churn, 31 tahun, tidak mengaku salah selepas tiga pertuduhan dibacakan.
  • Mengikut pertuduhan pertama, mereka memperdagang seorang bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan warga Indonesia dikenali sebagai Kristina untuk maksud eksploitasi.
  • Perbuatan itu dikatakan dilakukan di Hospital Metro Maternity di Jalan Pasar Klang, di sini, 3 Disember lalu.
  • Mereka didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan warga Filipina, Anie Lida, pada masa dan tempat sama.
  • Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa memperdagang seorang lagi bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan warga Indonesia bernama Ninik Rahayu Suhaimi.
  • Setiap mereka boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda bagi setiap pertuduhan.
  • Tiga beranak itu dikatakan terlibat dalam satu sindiket menjual bayi yang beroperasi lebih lima tahun di Banting, Klang dan Kajang, Selangor.
  • Bayi itu dijual di pasaran gelap tempatan pada harga RM10,000 ($4,080) hingga RM15,000.
  • Siasatan awal polis mendapati wanita hamil dan menjual bayi secara sukarela dijanjikan wang perubatan RM5,000, bergantung pada kesihatan bayi.
  • Peguam ketiga-tiga tertuduh memohon ikat jamin diberi kerana Bee Ling dan Bee Churn mempunyai anak yang perlu dijaga, sementara ibu mereka pula ada masalah kesihatan.
  • Timbalan Pendakwa Raya membantah sebarang ikat jamin atas alasan kesalahan itu cukup serius dan tidak bermoral.
  • Hakim Mahkamah Sesyen, Cik Yong Zarida Sazali, memberi ikat jamin RM15,000 bagi setiap tertuduh.
Sumber: BHM, Utusan Malaysia, The Star.
Read On 0 comments

3,000 Sukarelawan Bantu Atasi Jenayah?

Wednesday, December 16, 2009

Seramai 3,000 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah digerakkan lebih awal daripada sasaran tahun depan untuk membantu mengatasi masalah jenayah jalanan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  • “Latihan terhadap anggota yang terlibat telah berjalan dan saya harapsemangat ini dapat diteruskan dan jabatanjabatan lain di bawah KDN perlu mencontohi JPAM atas tranformasi yang ditunjukkan mereka,” katanya.
  • Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan sehingga 20 peratus menjelang penghujung tahun depan sebagai satu daripada Petunjuk Prestasi Utamanya di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
  • Hishammuddin berkata, dalam masa tujuh bulan beliau menerajui kementerian itu, JPAM dilihat sebagai agensi yang paling proaktif dalam melakukan perubahan dan penambaikan termasuk daripada segi imej.
  • Menurutnya langkah mengurangkan kadar jenayah di negara ini memerlukan kerjasama erat antara semua 12 agensi KDN.
Sumber: Bernama
Read On 0 comments

13 AJK Pusat MCA Letak Jawatan, 8 Lagi Perlu Berundur

Wednesday, December 16, 2009

Seramai 13 anggota jawatankuasa pusat (CC) Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diketuai oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, telah menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing kepada Setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng, di Parlimen, semalam.
  • Ia dalam usaha untuk mendesak kepimpinan parti supaya mengadakan pemilihan pemimpin baru dalam parti yang dilanda pelbagai masalah itu.
  • Sejumlah 21, atau dua pertiga, daripada 31 anggota CC yang dilantik MCA itu perlu meletak jawatan bagi membuka laluan kepada pilihan pemimpin baru.
  • Ini bermakna Datuk Seri Liow, yang selama ini mendesak diadakan satu pilihan pemimpin baru, hanya memerlukan lapan lagi perletakan jawatan menjelang Krismas, pada 25 Disember ini, lapor laman berita The Malaysian Insider, semalam.
  • Jika 21 peletakan jawatan yang diperlukan itu dapat dicapai menjelang tarikh tersebut, maka parti itu akan secara automatik perlu mengadakan satu pemilihan pemimpinnya dalam masa 30 hari.
  • Datuk Seri Liow berkata peletakan jawatan itu mencerminkan betapa seriusnya beliau dan para penyokongnya dalam menyelesaikan krisis berpanjangan dalam parti itu, yang menurut dakwaannya hanya dapat diatasi melalui pemilihan pemimpin MCA yang baru.
  • 'Kami sedar bahawa krisis itu harus diselesaikan segera, jadi perletakan jawatan itu boleh memberi laluan kepada pemilihan (pemimpin) parti. Kami juga faham bahawa MCA sudah kesuntukan waktu,' kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas menyerahkan surat-surat perletakan jawatan itu, seperti yang ditukil oleh The Malaysian Insider.
  • Agensi berita rasmi Bernama melaporkan bahawa antara anggota CC yang turut melakukan tindakan sama termasuk: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Wee Jeck Seng; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dr Hou Kok Chung; Datuk Wong Mook Leong; Datuk Yu Chok Tow; Senator Datuk Yeow Chai Thiam; Datuk Hoh Khai Mun dan Senator Datuk Alex Wong Siong Hwee.
  • 'Kini, kita hanya perlu lapan lagi untuk memenuhi syarat dua pertiga jawatankuasa CC meletak jawatan untuk membolehkan pemilihan baru diadakan,' kata Datuk Seri Liow, yang dipetik dalam laporan Bernama itu.
  • Ditanya adakah pemilihan baru MCA itu diadakan setelah mendapat desakan daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Liow, berkata ia adalah kehendak ahli MCA sendiri.
  • 'Kita dalam MCA telah bermesyuarat dan mengadakan perbincangan bahawa kita perlukan pemilihan semula. Untuk itu, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa panel pemilihan untuk membincangkan perkara ini secara terperinci. Kita telah bermesyuarat sebanyak dua kali,' katanya.
Sumber: CyNews
Read On 0 comments

11,770 Rakyat Asing Pohon Kerakyatan Malaysia

Tuesday, December 15, 2009
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata dari tahun 2005 hingga September 2009, permohonan yang diditerima termasuk 3,405 rakyat Indonesia, Kemboja (1,115), China (501), India (494), Filipina (461), Thailand (392) dan lain-lain (4,547).
  • Kata beliau, ermohonan taraf kewarganegaraan Malaysia yang dibuat oleh rakyat asing ini adalah berdasarkan kepada peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 15(1), 15(2), 15A dan Perkara 19(1).
  • Setakat ini Sejumlah 11,770 rakyat asing memohon status kerakyatan di negara ini dalam tempoh lima tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu kelmarin.
  • “Permohonan-permohonan ini tidak bermakna semuanya akan diluluskan dengan sewenangnya, sebaliknya pemohon perlu memenuhi pelbagai kriteria yang ditetapkan dan telah melalui pelbagai peringkat tapisan,” katanya.
  • Beliau berkata hanya pemohon yang benar-benar layak akan di anugerah taraf warganegara Malaysia.
Sumber: NST
Read On 0 comments

Kuasai Bahasa Inggeris Untuk Maju: Mahathir

Tuesday, December 15, 2009

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam berkata kerajaan Malaysia telah mendedahkan negara itu kepada bahaya ekoran langkahnya menterbalikkan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
  • 'Inggeris adalah bahasa zaman pengetahuan. Negara-negara yang tidak menguasai bahasa Inggeris akan bukan sekadar ketinggalan di belakang, malah menghadapi risiko dijajah sama ada secara langsung atau tidak langsung,' jelas beliau seperti dipetik oleh laporan laman berita The Malaysian Insider.
  • Tanpa pengetahuan, negara-negara akan ditindas dan boleh diserang, katanya lagi.
  • Dr Mahathir, yang tidak menyembunyikan tentangannya terhadap langkah kerajaan Malaysia menterbalikkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan beliau, menambah bahawa adalah satu kesilapan untuk menyamakan semangat patriotisme dengan bercakap dalam bahasa kebangsaan.
  • 'Bahasa Inggeris bukan hanya untuk orang Inggeris tetapi satu bahasa universal. Saya bukan orang Inggeris tetapi saya bercakap bahasa Inggeris. Anda seorang Inggeris?' kata beliau, sambil bertanya kepada para pemberita pada satu sidang akhbar selepas beliau menyampaikan ucapan dasar dalam sidang Akademi Sains Dunia Islam ke-17 di sini, semalam.
Sumber: CyNews
Read On 1 comments

Penulis Blog Tidak Beretika - Hishammuddin

Tuesday, December 15, 2009

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein berkata ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul.
  • "Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan. Inilah yang membezakan kita dengan mereka," katanya pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 di sini Isnin malam.
  • Hishamuddin berkata wartawan di negara ini tidak perlu bimbang kerana selagi laporan yang dibuat berpegang kepada etika kewartawanan, ia akan diterima baik oleh masyarakat.
  • Katanya tidak mungkin wartawan yang berada di atas dasar yang benar akan dihukum dan tidak mungkin yang menabur fitnah akan berjaya.
  • Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

Manohara Tetap Tidak Akan Kembali Kepangkuan Suami Nya

Tuesday, December 15, 2009

Model Indonesia, Manohara Odelia Pinot, 18 tahun, tidak akan kembali taat dan membayar hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, yang juga Tengku Temenggong Kelantan.
Manohara menyatakan demikian melalui ibunya, Daisy Fajarina, yang turut kecewa dengan perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kelmarin dan menganggapnya tidak adil kepadanya sekeluarga.
  • 'Jika dilayan dengan baik, sudah tentu dia (Mahohara) mahu pulang ke sana (Kota Bharu) dan bersama suaminya semula tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia dilayan dengan kejam. Semua orang di Malaysia tahu perkara ini tetapi tidak mahu bercerita mengenainya.
  • 'Sebagai manusia, Manohara berhak berasa takut. Yang pasti, dia tidak akan pulang kepada suaminya kerana bimbangkan keselamatannya, selain serik dengan perlakuan kejam ke atas dirinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka,' katanya ketika dihubungi di Jakarta, kelmarin.
  • Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kelmarin memerintahkan Manohara kembali taat dan membayar semula semua hutang kepada suaminya, berkuatkuasa sebaik saja 'Yamin Istizhar', atau sumpah jelas, dilafazkan oleh Tengku Muhammad Fakhry di mahkamah berkenaan pada 3 Januari ini.
  • Manohara, yang bergelar Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas sumpah berkenaan disempurnakan.
Sumber: BHM, CyberNews
Read On 0 comments

Pok Jeng, Lelaki Yang Kahwin 30 Kali Meninggal Dunia

Monday, December 14, 2009

Encik Mohamad Zin Hassan atau lebih dikenali sebagai Pok Jeng, 81 tahun, yang pernah menarik perhatian ramai kerana berkahwin 30 kali dan bercerai 29 kali, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pasir Akar, Jertih pada 5 pagi kelmarin kerana sakit tua.
  • Allahyarham yang menghidap pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung, meninggal dunia ketika tidur dan sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital lebih seminggu lalu.
  • Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Akar selepas solat zuhur dan sebahagian besar keluarga Allahyarham berada di sisi.
  • Allahyarham Pok Jeng mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu kerana mengahwini 23 janda dan tujuh anak dara sejak berusia 20 tahun.
  • Daripada semua perkahwinan itu, Pok Jeng dikurniakan 16 anak berusia antara 19 tahun dengan 56 tahun, 70 cucu dan 15 cicit yang kini menetap di Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu.
  • Warga tua itu turut mencatatkan rekod apabila pernah berkahwin dengan seorang daripada isterinya dalam tempoh sehari sebelum menceraikan wanita itu.
  • Isteri paling lama dikahwininya dikenali sebagai Senik selama 20 tahun sebelum beliau meninggal dunia.
  • Ditanya apa rahsianya, Allahyarham sebelum ini pernah ditukil sebagai berkata,'Anda harus melayan seorang wanita itu dengan baik, tunjukkan kelakuan yang baik-baik saja dan perlu pandai manis berkata-kata. Rekod saya bukannya bagus sangat. Ada kawan saya yang telah meninggal dunia sebelum ini telah berkahwin sebanyak 50 hingga 70 kali.'
Sumber: BMM, NST.
Read On 0 comments

Umno Akan Lancar Program Juara Rakyat

Monday, December 14, 2009

Umno akan melancarkan program raksasa "Umno Juara Rakyat" bermula bulan depan sebagai gerakan baru memenangi hati para pengundi Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga.
  • "Gerakan yang baru ini merupakan satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi," katanya ketika berucap sempena majlis perasmian perhimpunan agung tahunan ketiga Majlis Veteran Umno Malaysia di Ayer Keroh, di sini Ahad malam.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.
  • Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mengajak anggota veteran Umno sama-sama terlibat dalam program itu kerana semangat mereka masih diperlukan dan diiktiraf.
  • Beliau berkata pilihan raya umum lepas mencatatkan trend mengundi masyarakat Melayu yang tidak lagi berpihak kepada Umno dan berpecah kepada mengundi parti pembangkang.
  • Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan tindakan pembangkang yang memainkan sentimen mencabar Kedaulatan Melayu dalam menarik perhatian masyarakat kepada mereka sebagai tidak sesuai dengan perlembagaan negara ini.
  • "Kita menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi berlandaskan kepada perlembaagaan kita sendiri," katanya.
  • Beliau tidak mahu pemimpin parti pembangkang memainkan isu itu yang sensitif kepada masyarakat Melayu.
Sumber: BERNAMA
Read On 0 comments

NGO Eropah Tidak Perlu Campuri Urusan Sarawak Berkaitan Masyarakat Penan.

Sunday, December 13, 2009

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Eropah tidak perlu campur tangan dalam urusan kerajaan Negeri Sarawak dalam pengurusan yang berkaitan dengan masyarakat Penan.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata kehadiran mereka di sini cuma ingin mengapi-apikan sentimen antikerajaan di kalangan masyarakat tempatan.
  • Menurutnya, usaha kerajaan negeri selama ini terbukti telah membawa perubahan positif di kalangan kaum Penan.
  • kata nya kini, hanya tinggal lebih 500 sahaja masyarakat Penan yang masih hidup berpindah-randah, berbanding puluhan ribu dahulu yang kini telah mengecapi kemajuan ekonomi.
  • Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai pengwujudan ‘Heart of Borneo’ yang dikhuatiri menjejaskan corak hidup semula jadi masyarakat Penan.
  • Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah pemilikan dokumen pengenalan diri di kalangan kaum Penan di negeri ini.
  • Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kementeriannya telah bersedia dengan satu pendekatan yang berkesan untuk membantu Kementerian Dalam Negeri mengatasi masalah ketiadaan dokuman pengenalan diri di kalangan kaum peribumi itu.
  • Beliau berkata, ini juga adalah komitmen kerajaan negeri selama ini sebagai usaha untuk melepaskan kaum itu daripada dibelenggu masalah tanpa dokumen berkenaan.
Source: Borneo Post, Read more...
Read On 0 comments

ABIM Gesa Kerajaan Tambah Dana Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Sunday, December 13, 2009
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka.
“Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam,” kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan.
Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.
  • Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.
  • Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.
  • Amidi, yang kini memangku jawatan presiden Abim, berkata kerajaan seharusnya mengikut contoh Rasulullah yang bersikap adil kepada penganut agama lain sewaktu memimpin di Madinah.
  • “Jadi selaku kerajaan yang memerintah, kerajaan juga seharusnya mencontohi Rasulullah SAW, terutama dari sudut peruntukan kepada bukan Islam,” katanya.
  • Beliau berkata, ABIM menyokong jika kerajaan juga memberi perhatian kepada kesejahteraan agama lain memandangkan masalah sosial yang semakin banyak berlaku.
  • Disoal sama ada kerajaan harus menambah peruntukan bukan Islam, Amidi berkata kerajaan bukan sahaja harus menambahkan peruntukan tetapi juga perhatian untuk melahirkan masyarakat beragama di Malaysia.
  • Bagaimanapun pembahagian itu juga harus menepati lunas Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Sumber: Malaysia Kini
Read On 0 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails