
Meskipun harga gula meningkat 20 sen mulai awal tahun ini namun kegiatan penyeludupannya ke negara Thailand masih berlaku dengan kes terbaru membabitkan rampasan 240 kilogram gula bersubsidi di Wang Kelian dekat sini Selasa.
Sumber: BERNAMA
- Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata rampasan dilakukan pukul 11.45 pagi berhampiran pintu sempadan di Wang Kelian.
- Beliau berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota UPP yang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan dan menemui sebuah pikap yang berdaftar di Thailand dalam keadaan mencurigakan.
- Katanya hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang diletakkan di pinggir jalan itu, UPP menemui 10 bungkusan gula bersubsidi seberat 240 kilogram di dalam kenderaan berkenaan selain 10 kotak tepung gandum seberat 100 kilogram dan 48 tin susu pekat.
- Zakaria berkata UPP turut merampas kenderaan yang dianggarkan bernilai RM20,000 yang digunakan dalam cubaan menyeludup, dan kes itu dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.
- Di Thailand gula dijual pada harga RM2.25 sekilogram berbanding gula bersubsidi di Malaysia RM1.65 sekilogram.



January 6, 2010 10:18 PM
Terharu betul hati saya dalam waktu yang sama sangat kagum dgn perjuangan Denakan Seliu-liu bersama rakan bloggers terutama Siti Farhana, Solymone, Depu-Depu dan bloggers lain yang tidak putus-putus membela memperjuang nasib orang kampung.
Benarlah kata orang, jika bukan golongan muda seperti kalian yang ada idealisme perjuangan yang berani pergi ke depan, siapa lagi? Jika tidak sekarang, bila lagi? Bilang Cikgu Jame Alip.
Kalian mungkin akan didatangi, ditawar, dirunding mungkin juga akan diserang, difitnah, blog diganggu dan macam-macam.
Tapi jangan pedulikan, jangan mengalah dengan tipu daya pujuk rayu, terus lawan dan lawan atas nama kebenaran.
Bantu masyarakat yang ditindas tidak dipeduli. Perjuangkan hak mereka layak sebagai manusia rakyat berdaulat supaya ikut membangun dan maju, mendapat keadilan.
Suntik semangat jiwa pemuda, jiwa merdeka kawan-kawan kalian.
Ini zaman giliran kalian membuat perubahan. Ajak mereka bersama-sama mencipta masa depan melakar sejarah. Gunalah ketajaman mata pena, stamina biar cukup, nafas harus panjang, semangat perlu kental.
Atur langkah baik-baik, ketahui taktik musuh, serangan biar padu tepat sampai sasaran paki’.
Jangan lupa niat khlas supaya perjuangan tidak sia-sia di sisi-Nya.
Semoga kalian berjaya, nama akan harum wangi semasa hidup dan sesudah mati.
Post a Comment