SUARA BEBAS TUARAN

96 Kedutaan Asing Telah Dimaklumkan Tentang Kes Kalimah 'Allah'


Lapan gereja diserang sama ada dengan bom petrol atau dirosakkan sejak Jumaat lalu, menyusuli keputusan mahkamah membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'.
  • Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, telah memaklumkan kepada 96 kedutaan asing di Malaysia semalam bahawa keadaan berikutan kes pembakaran gereja terkawal.
  • Beliau juga mempertahan pendirian kerajaan tidak membenarkan golongan bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' walaupun kalimah itu digunakan secara meluas oleh golongan Kristian di Indonesia dan Timur Tengah.
  • 'Mereka tidak faham keadaan di sini, mereka hanya ingin tahu mengapa ia dibenarkan di negara-negara lain tetapi bukan di sini,' kata beliau kepada wartawan.
  • Dalam masa yang sama Pemuda Umno menolak tuduhan pihak tertentu bahawa insiden cuba membakar gereja sekitar Lembah Klang Jumaat lalu dilakukan ahlinya.
  • Exco pergerakan itu, Encik Ali Mazat Salleh, berkata kejadian tersebut berlaku selepas keputusan penghakiman dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti agama Islam, tetapi ia tidak bermakna perbuatan itu dilakukan ahli Umno.
  • 'Kita tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak kerana kita sendiri tidak tahu siapa melakukannya. Ini soal agama dan agama Islam bukan saja untuk orang Umno, malah pertubuhan lain seperti Pertubuhan Cina Muslim juga ahlinya beragama Islam.
  • 'Jadi, soal kalimah Allah ini soal agama, bukan soal parti politik. Sebagai Exco Pemuda Umno, saya tolak sama sekali tuduhan oleh mana-mana pihak bahawa tindakan membakar gereja ini kerja orang Umno,' katanya.
  • Encik Ali Mazat berkata demikian selepas menyertai bantahan aman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly oleh kira-kira 200 ahli Pemuda Umno bahagian Kulai, yang diketuainya, di sini, kelmarin.
  • Beliau turut berkata bantahan itu menunjukkan sensitiviti generasi muda terhadap isu tersebut, sekali gus menafikan dakwaan bahawa golongan muda bersikap tidak peduli.
  • Semalam, sebahagian pintu depan Gereja Sidang Injil Borneo di Lakeview Square di Seremban 2, dekat sini, didapati terbakar pada 8.30 pagi. Ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan.
Sumber: CyNews, isiukm.blogspot.com
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails