
Ahli Parlimen (MP) Shah Alam, Khalid Samad, didesak supaya keluar daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan menyertai parti lain, termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP), berhubung kenyataannya yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah'.
Sumber: Cy News,BHM.
- MP Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Kulim-Bandar Baharu, Encik Zulkifli Noordin, yang menyifatkan kenyataan Encik Khalid dan beberapa tindakan beliau sebelum ini sudah merosakkan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam, juga mencadangkan supaya beliau dipecat daripada PAS.
- 'Tindak tanduk dan sikap Khalid ini tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS. Malah respons diterima jelas menunjukkan ada orang Melayu beragama Islam mula mempertikaikan perjuangan ikhlas PAS dalam memartabatkan Islam kerana wujudnya karakter seperti Khalid.
- 'Saya sendiri dihujani pelbagai kritikan kerana dilihat bersekongkol dengan Khalid kerana beliau duduk di dalam barisan YB (Yang Berhormat) Pakatan Rakyat,' kata beliau dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, kelmarin.
- Encik Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, melalui blognya menyatakan sokongan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' pada Khamis lalu.
- Dalam blognya, Encik Khalid berkata Allah bukan sahaja Tuhan kepada orang Islam tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.
- Menurutnya, Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat menunjukkan bahawa orang bukan Islam, sama ada golongan musyrikin, Yahudi atau Nasrani, menggunakan istilah 'Allah' apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam.



January 4, 2010 2:30 PM
Salam...
Tuan engineer...hal ini, TGNA dan para pemimpin PAS pusat mesti menperjelaskan pendirian mereka...bahagaimana sebuah parti yang mendukung perjuangan Islam boleh menyuarakan pendapat sedemikian. Adakah ini pendirian parti atau hanya individu terbabit?
Jika inilah yang dimaksudkan sebagai dasar perjuangan PAS maka rasanya UMNO 100 kali lebih baik berbanding PAS.
Terima kasih tuan engineer kerana memberi laluan...
Post a Comment