SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Komited Untuk Terus Melakukan Perubahan ?

Labels:
Kerajaan komited untuk terus melakukan perubahan melalui pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sehinggalah rakyat mengalami sendiri penambahbaikan dalam kehidupan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan bersikap telus dalam melaksanakan perubahan-perubahan itu kerana sedar akan prinsip kebertanggungjawaban sebagai kerajaan.
  • Kerajaan tidak akan berhenti sehingga rakyat boleh melihat, menyentuh dan mengalami penambahbaikan kehidupan mereka. IsyaAllah, dengan komitmen semua pihak dan dengan izin Allah, kita akan berjaya, katanya
  • Najib berkata kerajaan bersedia untuk dinilai oleh rakyat sama ada ia telah berjaya melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat apabila sampai masanya kelak.
  • “Dalam sistem demokrasi berparlimen, kalau rakyat buat kesimpulan bahawa kita ini tidak dapat memenuhi janji kita kepada rakyat, kita sedar risikonya. Tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita reda dinilai dan ditentukan oleh rakyat apabila sampai masanya. Inilah sebenarnya komitmen ikhlas kita kepada rakyat.”
  • Ketelusan kerajaan juga boleh dilihat melalui kesediaannya mendedahkan Laporan Tahunan Pelan Hala Tuju GTP yang boleh dilihat sendiri oleh rakyat dalam menilai prestasi pentadbiran, kata Najib.
  • Perdana Menteri berkata pelaksanaan GTP dan NKRA adalah metadologi baru yang diperkenalkan kerajaan seiring dengan pertukaran persekitaran.
  • Bagaimanapun, katanya, metadologi baru itu bukan bermakna kerajaan hari ini adalah kerajaan baru, sebaliknya ia dirangka bagi memastikan kerajaan dapat mencapai matlamat-matlamat nasional, baik yang baru mahupun yang telah digariskan sebelum ini, termasuk Wawasan 2020 dan misi membasmi kemiskinan.
  • Beliau berkata tahun-tahun awal merdeka telah menyaksikan langkah berani, kreatif dan inovatif kerajaan khususnya dalam bidang pembaharuan tanah melalui pembukaan Felda, pembangunan sistematik kawasan luar bandar melalui sistem Bilik Gerakan serta kaedah Buku Merah, rancangan pembangunan lima tahun dan penggubalan dasar ekonomi yang bertunjangkan pembasmian kemiskinan juga pertumbuhan ekuiti.
  • “Hasilnya kita mencapai kemajuan sosioekonomi yang membanggakan. Tetapi bagi memastikan kejayaan itu berterusan, kita harus sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembangunan. Sebab itu hari ini dengan GTP, jika berjaya, bermakna Malaysia telah melakukan perubahan yang cukup besar dan sekali lagi kita berada di hadapan keluk perubahan,” katanya.
  • Najib berkata bagi memastikan segala pendekatan dalam transformasi kerajaan itu dapat direalisasikan sepenuhnya, kerjasama semua pihak khususnya penjawat awam menjadi pra-syarat utama.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails