SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Negeri Sabah Cadang Tanam Stevia Ganti Gula

Labels:

Kerajaan negeri bercadang untuk menanam Stevia, sejenis tanaman herba renek yang semakin popular di beberapa negara luar kerana ia dikatakan boleh menggantikan penggunaan gula, secara komersial di Sabah.
  • Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin berkata, sebagai projek perintis untuk menjayakan wawasan itu, kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi akan menanam ‘Stevia’ jenis PC 1, di Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan dalam masa terdekat.
  • Beliau berkata kawasan seluas satu ekar sudah dikenalpasti untuk tujuan itu dan berharap ia dapat dimulakan secepat mungkin.
  • “Sebagai permulaan kita jalankan satu ujian (eksperimen) di Ulu Dusun Sandakan dan kemudiannya akan memperluaskan penanaman Stevia secara berperingkat-peringkat di kawasan lain termasuk di empat pusat penyelidikan pertanian di Tawau, Tenom, Tuaran dan Kundasang,” katanya kepada New Sabah Times, kelmarin.
  • Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yakin penanaman Stevia ini akan berjaya dan menjadi salah satu industri pertanian yang berdaya maju di negeri ini pada masa akan datang.
  • Katanya, walaupun ia merupakan satu tanaman baru di negara ini, Stevia sebenarnya sudah ditanam di beberapa negera seperti Kanada, Australia, Amerika Selatan, China, India, Taiwan, Korea dan Thailand.
  • “Adalah dijangkakan lebih banyak negera termasuk Amerika Syarikat akan meningkatkan penggunaan Stevia,” katanya.
  • Tanaman tersebut yang dikenali sebagai Stevia rebaudiana, adalah sejenis tanaman herba berasal dari Paraguay. Tanaman ini terkenal dengan daunnya yang manis dan orang asli Paraguay telah menggunakannya sebagi bahan pemanis dalam minuman dan masakan, dan sebagai tea herba sejak 200 tahun dahulu.
  • Kini Stevia semakin popular sebagai pengganti kepada gula, dan mula ditanam di banyak negara. Daun kering Stevia adalah 40 kali lebih manis daripada gula manakala extrak Stevia dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula. Kemanisan pada daun Stevia disebabkan oleh dua kompound iaitu stevioside dan rebaudioside.
  • Yahya berkata, kelebihan Stevia sebagai bahan pemanis ialah ia tidak mengandungi calori (calorie) dan kabohidrat (cabohydrate), dan sesuai untuk kesihatan terutama sekali bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis. Selain itu, stevia juga mengandungi vitamin serta antifungal dan antibacterial.
Sumber: NST
4 comments:

ada yang sudah buat ladang ka di sabah?


im currently doing research on regenerating Stevia through tissue culture and cuttings. so, i'd like to know a lil bit more about this plant in sabah. where can i get the seedling ya? becoz i'l back 2 sabah 2 wks from now.i juz hv this seedling in pnnsular msia..plez gv feedback through my emel o blog,
emel:laskarpelangi282@yahoo.com
blog: laskarpelangi282.blogspot.com


dimana tampat membuat pemasarannya dijual klu kita tanam byk pokok stevia?


Kami membekalkan bibit stevia umur 1-2 bulan,berminat hubungi kami 0123473251/ 0123443251 di keningau,sabah


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails