SUARA BEBAS TUARAN

Kes Bakar Lelaki India Di Australia Merungsingkan


Polis Australia semalam menyiasat kes seorang lelaki keturunan India yang dimasukkan ke sebuah hospital di Melbourne selepas melecur parah akibat diserang empat orang yang membakar tubuhnya sebelum melarikan diri.
  • Dalam serangan Sabtu lalu itu, Encik Jaspreet Singh, 29 tahun, sedang meletak keretanya apabila beliau dihampiri empat lelaki yang menolaknya sehingga tersandar pada keretanya.
  • Mereka kemudian menyimbah petrol ke tubuh Encik Singh dan menyalakan api, kata polis Victoria.
  • Akibat kebakaran itu, lengan, dada dan muka mangsa melecur, kata polis. Beliau dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius tetapi mantap.
  • Kejadian itu berlaku seminggu selepas seorang pelajar warga India, Encik Nitin Garg, 21 tahun, mati akibat ditikam di perut sewaktu hendak pergi kerja di sebuah restoran lewat malam.
  • Hubungan Australia dengan India menjadi tegang ekoran pembunuhan pelajar itu.
  • New Delhi memberi amaran bahawa hubungan diplomatik akan terjejas kecuali Australia bertindak tegas bagi melindungi rakyat India di negara itu.
  • Tengkarah tersebut diburukkan lagi oleh reaksi lantang akhbar-akhbar India, dengan Mail Today menyiarkan kartun yang menyamakan polis Australia dengan kumpulan pelampau kulit putih, Ku Klux Kla (KKK).
  • Tindakan akhbar itu dikecam Pemangku Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, yang menyifatkannya sebagai 'amat menyinggung'.
  • Walau macam mana pun, semalam, Pemangku Menteri Luar Australia, Encik Simon Crean, mengalu-alukan kenyataan jurucakap Kementerian Luar India, Encik Vishnu Prakash, yang menasihati akhbar dan media India agar 'mengawal emosi berhubung isu yang sensitif ini'.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails