SUARA BEBAS TUARAN

Kes Seludup Pasir: Sindiket Transit Di Thailand, Indonesia Sebelum ke S'pura

Satu sindiket menyeludup pasir di Malaysia dipercayai menjadikan perairan Indonesia dan Thailand sebagai transit sebelum ke Singapura melalui jalan laut di Selat Melaka.
Taktik itu dikesan berdasarkan beberapa kes tangkapan membabitkan kapal tunda yang dibuat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum ini.
  • Menurut sumber, kapal itu yang dikesan di perairan Perak mendakwa hendak membawa pasir berkenaan ke negeri di utara Semenanjung. Namun, ia melencong ke perairan Thailand atau Indonesia bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
  • Beliau juga tidak menolak kemungkinan sindiket itu mempunyai kaitan dengan 38 orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Selasa lalu kerana disyaki menerima sogokan serta rasuah seks berhubung kes mencuri dan menyeludup pasir di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
  • Antara yang ditahan ialah setiausaha kerja seorang Exco Selangor, setiausaha sulit seorang ahli politik dan 28 kakitangan kerajaan yang sebahagiannya pegawai dan ketua jabatan.
  • Menurut sumber itu, sindiket terbabit dipercayai bergiat aktif sejak lebih lima tahun lalu selepas kerajaan mengharamkan eksport pasir ke Singapura.
  • Sumber itu berkata, sindiket terbabit dipercayai membuat empat penghantaran dalam masa sebulan dengan setiap kapal tunda dikatakan boleh mengangkut lebih 30,000 tan pasir.
  • Berdasarkan statistik APMM, kes tangkapan membabitkan penyeludupan pasir di Malaysia meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails