
Selaras dengan amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Datuk Seri Musa Haji Aman telah mengarah Semua Menteri Kabinet negeri Sabah supaya kerap 'turun padang' dengan tujuan untuk memantau projek-projek yang dilaksanakan dibawah kementerian masing-masing.
- Musa berkata, ini bagi melihat sendiri dan memastikan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kementerian mereka berjalan dengan lancar dan sempurna.
- “Saya juga melalui Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) meminta semua kakitangan awam di negeri ini meningkatkan komitmen dan dedikasi dalam memahami ekspitasi rakyat dan kerajaan,” katanya.
- Dalam pada Musa berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan dialog dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakub mengenai dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) pada 16 Januari ini.
- Majlis tersebut dijangka akan diadakan di Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu dan akan dihadiri oleh anggota Kabinet negeri dan Setiausaha Tetap Kementerian.
- Namun setakat ini, jangka masa pemantauan ini bermula dan jenis sistem yang akan di gunakan untuk tujuan menjayakan lagi tugas-tugas pemantauan ini, belum lagi dijelaskan oleh Musa.
- Para pemerhati juga ingin tahu sama ada lapuran akan di sebarkan kepada masyarakat umum, setelah pemantauan tersebut berjaya dilaksanakan.



January 9, 2010 8:08 AM
salam persahabatan dan perkenalan... pantau persimpangan jalan di pintu masuk dan keluar kudat bypass ya... bahaya tu datuk
Post a Comment