SUARA BEBAS TUARAN

Pemimpin Umno Minta Sensitiviti Muslim Dijaga


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta semua pihak menghormati sensitiviti umat Islam berhubung penggunaan kalimah 'Allah' bagi mengelak tercetus sebarang kemungkinan atau ketegangan.
  • Beliau berkata negara tidak mahu peristiwa rusuhan Natrah yang mencetuskan ketegangan antara Islam dan Kristian di Singapura pada 12 Disember 1950 berulang jika penggunaan kalimah 'Allah' dieksploitasi oleh pihak tertentu.
  • Rusuhan di Singapura itu tercetus berikutan keputusan mahkamah mengeluarkan arahan agar Natrah, yang nama asalnya Bertha Hertogh @ Maria Huberdina Hertogh dan dijaga oleh sebuah keluarga angkat Islam, dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya.
  • Dr Ahmad Zahid berharap semua pihak menghormati sensitiviti umat Islam kerana semua pihak perlu menghormati agama lain.
  • 'Sedang rakyat menghormati keputusan mahkamah, pihak mahkamah pula seharusnya melihat bukan saja aspek undang-undang sebaliknya dari segi Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan agama lain disebarkan di kalangan umat Islam,' katanya di sini kelmarin.
  • Beliau, yang juga menteri pertahanan, berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.
  • Dr Ahmad Zahid berkata beliau hairan mengapa akhbar mingguan itu bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.
  • 'Saya meragui ada pihak mempunyai tujuan tertentu hingga mendorong pendakyah bukan Islam mahu menyamakan Allah dengan tuhan mereka,' katanya.
  • Beliau menambah bahawa isu itu menimbulkan bantahan umat Islam, dan menolak sebarang campur tangan pihak luar untuk cuba memesongkan akidah umat Islam Malaysia.
  • Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan disokong umat Islam, katanya
  • Dr Ahmad Zahid turut mengajak ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bersatu menangani isu itu.
  • Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu itu.
  • Beliau meminta juga umat Islam bertenang dan menyerahkan kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu itu menerusi proses undang-undang.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails