
Tabung Bruno Manser (BMF), Sarawak mendakwa kononnya pekerja-pekerja kem pembalakan di Baram mengambil kesempatan merogol murid atau pelajar kaum Penan semasa menaiki kenderaan mereka.
Sumber: Utusan Borneo
- Tersinggung dengan dakwaan itu serta pelbagai persepsi negatif masyarakat, pengusaha kem pembalakan di Baram telah bertindak menghentikan khidmat membantu menghantar dan mengambil murid dan pelajar kaum Penan dari sekolah.
- Akibatnya ramai anak kaum Penan kini tidak ke sekolah kerana ketiadaan pengangkutan untuk membawa mereka pergi dan balik dari sekolah.
- Keadaan ini turut merisaukan golongan ibu bapa daripada suku kaum Penan di kawasan Baram berikutan kesukaran menghantar anak-anak mereka ke sekolah sejak pengusaha kem balak yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk mereka sebelum ini ter-singgung lalu merajuk berikutan kontroversi yang ditimbulkan.
- Namun, nasib mereka tidak dibiarkan berikutan campur tangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Lihan Jok dan Kementerian Pelajaran yang mencari pelan tindakan segera.
- Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ketika mengulas perkara itu, berkata, kementerian telah mengarahkan Pegawai Pelajaran Miri dan Baram untuk memberi laporan lengkap serta cadangan konkrit yang segera untuk mengatasi masalah itu.
- Beliau berkata, sebelum ini pengusaha kem pembalakan menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk menghantar anak-anak kaum Penan ke sekolah dan juga penem-patan, namun ia dihentikan berikutan terlalu banyak persepsi negatif yang dilontarkan terhadap mereka.
- “Berikutan cerita negatif dan kontroversi, mereka takut dan malu untuk membawa anak-anak Penan. Mungkin ada satu dua kes, namun bila dijadikan isu secara menyeluruh, mereka takut dan merajuk.



Post a Comment