SUARA BEBAS TUARAN

PM dan Presiden PAS Kutuk Tindakan Cubaan Membakar Gereja


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang bertanggung jawab dalam insiden cubaan membakar gereja, yang mengejutkan seluruh negara, akan dibawa ke muka pengadilan.
  • "Kejadian yang cuba memecah belah, dan lain-lain seperti ini, tidak mewakili Malaysia atau Islam. Mereka tidak mewakili keluarga kita, masyarakat kita, atau usaha yang sedang dilakukan ke arah mengukuhkan gagasan 1Malaysia," katanya dalam laman webnya 1Malaysia.
  • Sambil mengutuk insiden itu sekali lagi, Perdana Menteri berkata insiden keganasan yang digerakkan oleh perbezaan politik, sosial atau agama merupakan satu ancaman kepada kestabilan dan keharmonian negara.
  • "Siasatan ke atas perkara ini telahpun dilakukan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
  • Rakyat Malaysia, katanya, terkejut dengan tindakan itu.
  • Beliau telah mengarahkan polis untuk mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar tempat ibadat termasuk gereja bagi memastikan insiden keganasan tidak berulang lagi.
  • "Kita tidak boleh membiarkan kejadian itu berulang lagi pada mana-mana tempat ibadat," katanya.
  • Najib berkata Malaysia berasa bangga kerana menghormati semua agama dan menggalakkan keamanan dan menggunakan saluran yang sah bagi menyelesaikan perbezaan.
  • "Kita menggalakkan rakyat kita supaya bertanggungjawab dalam menyuarakan pendapat mereka tetapi keganasan tidak pernah diterima sebagai satu kaedah bagi meluahkan perasaan," katanya.
  • Perdana Menteri berkata Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dengan sejarah kewujudan bersama keamanan di antara orang Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain.
  • "Ramai rakyat Malaysia mengamalkan ajaran Kristian dan melakukannya secara bebas. Kami tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan yang membahayakan atau mengancam rakyat kita," katanya.
  • Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menyuarakan tidak puas senang hati dengan serangan terhadap tiga gereja tersebut, satu daripadanya menyebabkan kebakaran teruk, hari ini bercanggah dengan Islam, kata .
  • “Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri,” katanya, mengulas insiden mengejutkan itu.
  • “Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails