SUARA BEBAS TUARAN

SPRM Minta Maaf Atas Kenyataan Ketua Pendakwa Yang Di Anggap Menghina


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin memohon maaf di atas kenyataan Ketua Pendakwaan agensi itu, Datuk Abdul Razak Musa, yang dianggap menghina peguam, Encik Karpal Singh, dan golongan orang kurang upaya (OKU), semasa prosiding inkues Teoh Beng Hock, Jumaat lalu.
SPRM dalam kenyataan di sini menjelaskan agensi itu tidak bermaksud menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara itu.
  • 'SPRM dimaklumkan bahawa Peguam Kanan Persekutuan (Encik Abdul Razak) sudah menarik balik kenyataan yang dibuat dan permohonan maaf sudah dilakukan kepada individu berkenaan.
  • 'Ketua Pesuruhjaya SPRM mewakili warga SPRM ingin memohon maaf di atas kenyataan itu dan tidak bermaksud menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara ini,' katanya.
  • Jumaat lalu, prosiding inkues mendiang Teoh di Mahkamah Koroner menjadi tegang apabila Encik Abdul Razak hampir dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana didakwa mempersendakan ketidakupayaan fizikal Encik Karpal, yang berkerusi roda.
  • Ketegangan berlaku apabila Encik Abdul Razak, yang sebelum itu beberapa kali diminta Encik Karpal supaya duduk ketika ingin mengemukakan bantahan, secara spontan berkata:
  • 'Saya boleh duduk tetapi kamu tidak boleh berdiri.'
  • Berikutan kenyataan itu, Gabungan Rakyat Antidiskriminasi Terhadap OKU Malaysia (Madd) dan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) menyerahkan memorandum kepada SPRM membantah kenyataan Encik Abdul Razak yang dianggap menghina golongan OKU.
  • SPRM turut memohon maaf di atas masalah yang timbul ketika Madd dan ILTC mahu menyampaikan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Isnin lalu.
  • 'Pejabat Ketua Pesuruhjaya hanya menerima permohonan daripada ILTC berhubung penyerahan itu melalui faks pada 18 Januari pada 10.03 pagi yang meminta Ketua Pesuruhjaya hadir ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan untuk menerima memorandum pada 11.30 pagi.
  • 'Namun, Ketua Pesuruhjaya tidak dapat hadir kerana pada waktu sama beliau menghadiri Majlis Perasmian MyID dan Mesyuarat Agensi Sektor Awam oleh Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),' katanya.
Sumber: CyNews,BHM.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails