SUARA BEBAS TUARAN

2 Orang Pegawai Syarikat Penanaman Rumpai Laut Di Semporna Hilang ?


Senario Pulau Sebangkat
Baru-baru seorang pengurus dan seorang penyelia syarikat penanaman rumpai laut di Pulau Sebangkat dipercayai mangsa rompakan.
Tinjauan Bernama mendapat masyarakat setempat sama ada pengusaha rumpai laut, nelayan dan pengusaha bot penambang antara pekan Semporna dan pulau-pulau berhampiran seolah-seolah tidak terganggu dengan kejadian berkenaan kerana masing-masing dilihat meneruskan usaha mencari rezeki untuk keluarga.
  • “Seperti penduduk yang lain, saya masih ke laut kerana kami rasa selamat dan tidak ada perasaan takut. Lagipun polis, tentera dan pihak penguatkuasa lain ada di sekitar kami,” kata Mohd Sadang Hamsi, seorang penanam rumpai laut di Kampung Lok Botun ketika ditemui di pelantar pengeringan rumpai lautnya di sini.
  • Ketika ditemui Mohd Sadang, 60, yang dibantu beberapa penanam rumpai laut wanita, sedang sibuk menutup rumpai laut yang mereka baru tuai di atas pelantar pengeringan menggunakan kanvas plastik kerana hujan sedang turun.
  • Mohd Sadang, yang menanam 26 baris rumpai laut, berkata mereka biasanya memulakan rutin harian turun ke laut pada 6 pagi untuk menuai rumpai laut.
  • Pada tengah harinya pula mereka sekali lagi turun ke laut untuk menanam rumpai laut pada barisan yang sudah dituai hasilnya.
  • Tuaian boleh dibuat antara 20 hari dan sebulan bergantung kepada keadaan arus dan air laut.
  • “Setakat ini kami tidak pernah menerima gangguan dari mana-mana pihak sepanjang terlibat dengan aktiviti penanaman rumpai laut di sini,” katanya.
  • Pada 1.30 pagi Isnin lepas, seorang pengurus dan seorang penyelia syarikat penanam rumpai laut hilang selepas mereka dirompak empat lelaki, dua daripadanya bersenjatakan rifel dan seorang bersenjata parang, di pelantar ternakan rumpai laut mereka di Pulau Sebangkat. Usaha menjejaki mereka masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
  • Seorang pemborong dan penjual ikan di Pasar Awam Semporna, Mami Yakob, 40, pula berkata beliau masih menerima bekalan ikan seperti biasa daripada nelayan-nelayan yang turun ke laut untuk dipasarkan kepada pelanggan.
Sumber: NST, Bernama
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails