SUARA BEBAS TUARAN

Anwar Kembali Ke Mahkamah

Labels:
PEMIMPIN pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), sekali lagi menjalani perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Malaysia di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini, setelah melalui pengalaman sama hampir 12 tahun lalu.
Kali ini, pemimpin defacto Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) yang berusia 62 tahun itu didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25 tahun, pada 26 Jun 2008.
  • Dakwaan itu boleh mengakhiri kerjaya politiknya dan mengubah landskap politik di Malaysia jika beliau didapati bersalah, kata para pengamat yang dihubungi Berita Harian, semalam.
  • Dalam laporan polis bertarikh 28 Jun 2008, Encik Saiful Bukhari mendakwa Datuk Seri Anwar meliwatnya - tanpa kerelaan - di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada petang Khamis, 26 Jun 2008. Malah Saiful mendakwa beliau telah diliwat lapan hingga sembilan kali oleh individu sama sepanjang dua bulan sebelumnya.
  • Datuk Seri Anwar menafikan dakwaan itu sambil menyifatkannya sebagai didorong motif politik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menamatkan kerjaya politiknya.
  • Hari ini, beliau akan ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah menangguhkan perbicaraan liwat itu, sedang pihak pendakwaan bersiap untuk meneruskan perbicaraan itu pada hari yang sama.
  • Ia akan bergantung kepada keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang akan terdahulu mendengar rayuan untuk menangguhkannya.
  • Dalam permohonannya enam hari lalu, peguam Datuk Seri Anwar mahu perbicaraan itu ditangguh sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap keengganan Mahkamah Tinggi membatalkan dakwaan liwat ke atas anak guamnya. Hingga kini, Mahkamah Rayuan belum lagi menetapkan sebarang tarikh baginya.
  • Pada 1 Disember lalu, Datuk Mohamad Zabidin menolak permohonan Datuk Seri Anwar itu dan menetapkan 25 Januari lalu sebagai tarikh perbicaraan kes liwatnya.
  • Namun, perbicaraan itu ditangguh Mahkamah Persekutuan hingga hari ini untuk menunggu keputusan sama ada Datuk Seri Anwar diberi izin mendapatkan beberapa dokumen pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.
  • Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu menolak permintaan Datuk Seri Anwar itu.
  • Hari ini, tumpuan awam kembali ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar prosiding yang dipengerusikan Datuk Mohamad Zabidin itu.
  • Mengulas kes itu, Naib Presiden PKR, Encik R. Sivarasa, berpendapat ia didorong 'motif politik', sama seperti kes liwat dan penyalahgunaan kuasa Datuk Seri Anwar pada 1998/1999.
  • 'Kami sudah menjangka itu dan akan cuba membuktikan bahawa ia didorong motif politik,' katanya, yang juga seorang peguam dan pernah turut mewakili Datukk Seri Anwar dalam kes itu.
  • Namun, sama ada Datuk Seri Anwar berjaya membela dirinya atau tidak, ia akan tetap memberi kesan negatif kepada kerajaan BN, kata para pengamat.
Rujukan: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails