SUARA BEBAS TUARAN

Anwar Tuduh Najib Dan Isteri Terlibat Dalam Komplot

Labels:

Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam komplot mengemukakan kes liwat terhadap beliau.
  • Datuk Seri Anwar, 62 tahun, berkata beliau akan memanggil Datuk Seri Najib dan isterinya sebagai saksi dalam perbicaraan beliau untuk membuktikan dakwaan tersebut.
  • Sejak dulu lagi beliau berkata dakwaan liwat terhadapnya adalah satu komplot oleh pihak musuh hendak menamatkan kerjaya politiknya kerana beliau dianggap satu ancaman terhadap kerajaan Barisan Nasional.
  • Beliau menyifatkan kes liwat terhadapnya sebagai 'muslihat segelintir orang yang licik dan rasuah'.
  • Menurutnya, beliau mempunyai bukti bahawa penuduh yakni bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 24 tahun, telah berjumpa dengan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor di rumah mereka sebelum beliau membuat laporan polis.
  • 'Kami ada bukti bahawa (Encik) Saiful Bukhari berada di rumah itu bersama (Datin Seri) Rosmah dan berjumpa (Datuk Seri) Najib beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis.
  • 'Kami akan mengemukakan sapina terhadap (Datuk Seri) Najib dan (Datin Seri) Rosmah sebagai saksi kerana mereka terlibat secara peribadi dalam komplot dan muslihat ini. Kes ini) bermotif politik,' kata Datuk Seri Anwar kepada pemberita.
  • Datuk Seri Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, mengakui Encik Saiful datang berjumpanya. Tetapi ia ada kaitan dengan permohonan biasiswa universiti.
  • Encik Saiful enggan mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar mengenai pertemuannya dengan Datuk Seri Najib.
Sumber:AP, AFP.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails