

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata,golongan belia di Sabah tidak perlu berhijrah jauh mencari pekerjaan kerana banyak peluang pekerjaan yang boleh diperolehi di negeri sendiri.
Apa yang penting ialah belia harus mengubah minda dan tidak terlalu memilih pekerjaan.
Sumber: NST
- “Banyak peluang pekerjaan di sini, contohnya dalam sektor perladangan dan pembinaan yang kebanyakannya dimonopolikan oleh ratusan ribu orang pekerja warga asing, kerana orang tempatan kurang berminat dalam bidang itu.
- “Sebenarnya banyak peluang pekerjaan di Sabah tetapi kenapa belia dari negeri ini sanggup merantau jauh untuk mencari pekerjaan gaji pun lebih kurang sama, di sana (Semenanjung) kos sara hidup lagi tinggi berbanding di sini,” katanya.
- Beliau berkata demikian selepas majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Kolej Antarabangsa Teknologi Cosmopoint, di sini, kelmarin.
- Masidi mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang menyatakan terdapat golongan belia dari Sabah yang terkandas di Semenanjung Malaysia.
- Sebuah akhbar tempatan mengesahkan terdapat ramai penduduk negeri ini merempat dan menganggur di Kuala Lumpur berdasarkan tinjauan di ibu negara itu. wartawan berkenaan menemui kira-kira 15 penduduk dari Sabah dan tiga dari Sarawak tinggal di salah satu pusat badan bukan kerajaan yang menyediakan makanan percuma kepada mereka yang tidak berumah di sana.
- Difahamkan jumlah rakyat Sabah yang hidup merempat di Kuala Lumpur mungkin mencecah 400 orang.
- Menurut laporan itu, kebanyakan mereka yang datang ke Sememanjung adalah sama ada mengikuti ejen pengambilan pekerja swasta dan akhirnya ditipu ejen atau mengikuti rakan dari Sabah tetapi berhenti atau diminta berhenti kerja disebabkan masalah termasuk penglibatan masalah sosial.
- Masidi turut menasihati para pencari kerja supaya tidak terlalu mengharap untuk bekerja dalam sektor awam sebaliknya mencari peluang dalam sektor swasta yang lebih banyak menawarkan peluang pekerjaan.
- “Peluang pekerjaan dalam jabatan kerajaan, memang ada, tetapi peluangnya tipis kerana saingan dalam sektor ini amat tinggi,” katanya.



February 27, 2010 4:16 PM
salam abg solymone
apa kbr? lama sy tidak melayari blog ini, apa lagi menulis artikel sy sendiri. maklum lah sy tidak dapat tumpukan sepenuhnya dengan aktiviti ini kerna ada perkara lagi yg lebih penting untuk sy dahulukan.
mengulas artikel abg solymnoe, sy ada beberapa soalan, wajarkah lepasan siswajah bekerja dalam pembinaan, menyusun bata, menyimen dan sebagai nya?
orang tua selalu berkata, sekolah tinggi tapi kerja buat bangunan sahaja, bukan ka ini menghancurkan harapan mereka yang melihat anak mereka bekerjaya. mereka bersusah payah untuk memberi wang belanja tp buat bangunan juga akhirnya.
soal sektor perladangan itu bagi sy releven untuk di ketengahkan. sy rasa masidi belum mengkaji dgn lebih teliti kenapa dan mengapa peluang pkerjaan di monopoli oleh orang bukan penduduk asal sabah.
minda belia harus di terap dengan kerjaya dunia business atau keusahawanan, kerana hanya ini sahaja peluang untk bersaing dgn none bumiputra.seterusnya untuk mereka mencipta pekerjaan kpd orang lain, dan bukan nya meminta kerja dari sektor awm atau swasta.
diharap abg solymone sentiasa memaparkan isu semasa, sy suka melayari blog ini kerna byk informasi yg sy dpt. terima kasih dan moga sukses.
salam hormat dari datu pitung.
February 27, 2010 5:50 PM
Khabar Baik Datu Pitung dan Salam.
Terima kasih kerana sudi menyumbangkan komen yang bernas lagi menarik.
Datu, selaku seorang muda yang berpendidikan dan perihatin terhadap isu yang melibatkan permasaalahan belia, saya sangat setuju sepenuh nya dengan pendapat sdra.
Disamping itu, persoalan yang sdra kemuakan ( bagi saya), ada lah sangat baik dan releven.
Saya setuju bahawa ada lah tidak tepat kalau sesorang lepasan siswajah dipinta untuk bekerja menyusun bata dsn. Pendek kata, hal saperti ini tidak rasional dan tidak menapati sasaran.
Soal sektor peladangan ini memang menarik, tetapi persoalan nya; beberapa orang belia kah yang telah di latih atau pun di bekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam penanaman dsn ?
saya setuju bahawa Masidi belum mengkaji dgn lebih teliti kenapa dan mengapa peluang pekerjaan di monopoli oleh orang bukan penduduk asal sabah.
Disamping itu, saya rasa, beliau belum pun memperincikan kajian punca-punca kenapa belia di Sabah seakan-akan terlalu memilih kerja di sini.
Dari apa yang kita baca, beliau terlalu 'generalize' kan masaalah yang sedang dihadapi oleh belia-belia Sabah kini.
Orang kata ada lah lebih mudah untuk memberi nasihat kepada orang. Sedangkan diri sendiri tidak pernah merasa betapa perit nya pengalaman yang di rasai oleh orang lain.
Masaalah sebenar yang dihadapi oleh belia Sabah masa kini ada lah pada tahap serius dan perlu di tangani oleh Kerajaan dengan serius. Sebelum ia nya menjadi 'complex dan out of control'.
Sehinggakan pada suatu ketika, saya pernah syorkan agar Kerajaan mengujudkan satu kementerian atau pun Biro yang di tugaskan khas untuk membantu menyelesaikan masaalah pengangguran dikalangan belia yang kini sudah bertahap kronik lagi menyedihkan.
Semuga Datu sukses selalu.
Post a Comment