SUARA BEBAS TUARAN

Diplomat Ambil Cuti Sakit Kerana Lemah Bahasa Inggeris ?

Sesetengah diplomat Indonesia yang bertugas di kedutaan di luar negara begitu lemah dalam Bahasa Inggeris sehingga mereka sanggup mengambil cuti sakit bagi mengelakkan pertemuan dengan pegawai asing.
  • Birokrat nombor dua di Kementerian Luar Indonesia, Encik Imron Cotan, memberitahu sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa masalah tersebut tidak melibatkan diplomat dari kementerian beliau sendiri tetapi atase yang ditempatkan di kedutaan oleh kementerian lain seperti pertahanan, perdagangan dan kewangan.
  • 'Saya mendapati sebilangan atase kita tidak fasih berbahasa Inggeris.
  • 'Setiap kali rakan sejawatan mereka daripada pemerintah tuan rumah ingin berjumpa dengan mereka, mereka menjadi takut dan mencari jalan untuk mengelakkan pertemuan,' kata Encik Imron yang ditukil akhbar Jakarta Post kelmarin dalam keterangannya kepada jawatankuasa Parlimen yang menyiasat prestasi diplomat Indonesia.
  • Cuti sakit menjadi helah utama bagi mengelakkan pertemuan sedemikian, kata Encik Imron yang tidak menyatakan bilangan atase yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris mereka.
  • Beliau, yang pernah mewakili Indonesia di New York, Geneva dan Australia, mencadangkan supaya semua calon atase lulus ujian bertulis dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa diplomasi antarabangsa.
  • Kebanyakan rakyat Indonesia bertutur dalam Bahasa Indonesia, bahasa rasmi di negara yang juga mempunyai ratusan bahasa atau dialek lain.
  • Bahasa Inggeris ialah mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah pemerintah tetapi bahasa itu jarang didengar dan tidak ramai penduduk Indonesia yang fasih.
Sumber: AP
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails