SUARA BEBAS TUARAN

'Kahwin Koboi' Stail IPTA ?

Labels:

Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan 'pernikahan koboi'.
'Pernikahan' pasangan pengantin terbabit meragukan kerana ia dijalankan hanya sesama rakan sekuliah mereka yang bertindak sebagai kadi, wali dan saksi. Ia juga dijalankan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
  • Sehingga sekarang tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan 'pernikahan' itu, yang didakwa mereka sah dan halal.
  • Kegiatan songsang itu terbongkar apabila satu daripada pasangan terbabit menemui pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Encik Hanafi Abdul Malek, bagi mendapatkan pandangan.
  • Sarat mengandung bayi hasil 'pernikahan' itu, gadis tersebut dan pasangannya, kedua-duanya berusia 23 tahun, menemui Encik Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan 'perkahwinan' mereka daripada pengetahuan ibu bapa.
  • 'Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA tersebut.
  • 'Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian. Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit.
  • 'Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum- hakam dalam mazhab berkenaan, yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,' kata Encik Hanafi.
  • Menurut beliau, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah 'sah' sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis 'akad nikah' dijalankan bagi mengelakkan 'pernikahan' mereka diketahui pihak pentadbiran universiti.
  • 'Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.
  • 'Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,' kata Encik Hanafi.
Sumber: CyNews, Harian Metro.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails