SUARA BEBAS TUARAN

Kain Rentang Dengan Portait Najib Diturun Di Klang

Sehelai kain rentang dengan portrait Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipasang sebagai menyambut kedatangan beliau untuk perayaan Tahun Baru Cina di port Klang, telah diturunkan oleh kakitangan majlis tempatan sekali gus mencetuskan kemarahan pihak yang memasangnya.
Perayaan itu sepatutnya dijadual diadakan di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran dan kain rentang itu dipasang oleh pengusaha-pengusaha restoran dan para peniaga yang turut memasang sepanduk-sepanduk berhampiran dengan premis perniagaan mereka.
  • Kakitangan Majlis Perbandaran (MPK) telah menurunkan kain-kain rentang dan sepanduk-sepanduk yang dipasang di sekitar bandar ini sebagai mengalu-alukan kedatangan Najib, tanpa sebarang notis.
  • Wakil jawatankuasa ad-hoc Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, Yee Kok Hong, 61, berkata kain rentang Najib di bulatan Simpang Lima telah diturunkan pada kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.
  • Katanya, beliau berasa keliru dengan tindakan MPK itu memandangkan sepanduk-sepanduk itu tidak mempunyai sebarang cogan kata politik.
  • Khamis lalu, kain rentang Najib berukuran 40 kaki lebar dan 32 kaki panjang, telah dipasang memandangkan penduduk Cina di Kampung Baru Pandamaran telah menjemput Perdana Menteri untuk majlis tersebut.
  • “Beliau adalah Perdana Menteri. Justeru memang sesuai kain rentang sedemikian dipasang sebagai mengalu-alukan tetamu istimewa kami," katanya.
  • “Peniaga-peniaga kami tidak campur soal politik, kami lihat kunjungan Najib sebagai cara untuk menggalakkan perniagaan kami. Kami berpendapat lawatan beliau akan meletakkan kampung baru kami dalam peta dan membantu menarik pelancong," kata Chan, pemilik kedai kopi itu.
  • Exco Negeri bagi kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata, tindakan menurunkan kain rentang dengna portrait Najib itu terpaksa dibuat kerana ia tidak mendapat permit kebenaran daripada majlis tempatan.
  • Malahan, sepanduk atau kain rentang yang dipasang oleh Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim atau Najib di Selangor juga perlu mendapatkan permit, katanya.
Sumber:mStar
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails