SUARA BEBAS TUARAN

Kempen Jadi Presiden Filipina Mula Esok

Ahli politik Filipina akan memulakan kempen bagi merebut jawatan presiden negara itu esok, dengan para pengundi dahagakan muka baru bagi menggantikan Cik Gloria Arroyo.
Cik Arroyo, yang memegang jawatan itu sejak 2001, tidak dibenarkan bertanding semula.
  • Tinjauan terbaru yang dijalankan oleh Pulse Asia menunjukkan dua ahli parlimen pembangkang bakal bersaing hebat dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei ini.
  • Senator Benigno Aquino, anak lelaki mantan Presiden Corazon Aquino, dilaporkan mendapat sokongan daripada 37 peratus pengundi, sementara pencabarnya, Encik Manuel Villar, seorang jutawan, mendapat 35 peratus.
  • Dua lagi calon ialah mantan ketua pertahanan daripada parti pemerintah, Encik Gilberto Teodoro, dan mantan presiden, Encik Joseph Estrada.
  • Encik Estrada dikatakan mempunyai sokongan kuat di kalangan penduduk miskin negara itu dan mungkin mampu membuat kejutan apabila kempen bermula.
  • Menurut tinjauan, beliau mendapat sokongan daripada 12 peratus pengundi, sementara Encik Teodoro dilaporkan mendapat 4 peratus.
  • Seorang pengamat politik, Profesor Ronald Holmes, yang juga Presiden Pulse Asia Inc, berkata sokongan para pengundi dijangka berubah sepanjang kempen pilihan raya.
  • 'Keadaan masih boleh berubah kerana majoriti pengundi belum lagi dapat menghayati mesej setiap calon,' kata Profesor Holmes.
  • Menurut beliau, antara isu utama yang diberi perhatian oleh pengundi ialah berkaitan kemiskinan, rasuah, pengangguran dan harga tinggi barangan asas.
  • Undang-undang pilihan raya menetapkan setiap calon boleh membelanjakan sehingga 500 juta peso ($15 juta) untuk membantu kempen masing- masing.
  • Sejauh ini, Encik Villar, dikatakan mendahului calon-calon lain dari segi wang yang diperuntukkan untuk kempen tersebut.
  • Untuk membantunya, beliau membeli masa di corong radio dan juga di televisyen.
  • Selain mengundi memilih presiden baru, lebih 50 juta rakyat Filipina yang layak, akan turut memilih baib presiden baru, sekitar 300 ahli parlimen di dua Dewan Kongres dan lebih 17,600 penjawat dalam pemerintahan daerah.
Sumber: Reuters.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails