SUARA BEBAS TUARAN

k'jaan Digesa Bangun Serentak Sistem Pengangkutan Bandar Dan Luar Bandar


Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menggesa kerajaan supaya membangunkan serentak sistem pengangkutan awam di bandar dan luar bandar bagi menjimatkan subsidi bahan api dengan lebih banyak.
  • Sehingga kini, kerajaan hanya mengumumkan program bagi menambah baik sistem pengangkutan awam di bandar dan tidak menyatakan sebarang program bagi sektor luar bandar, kata Presiden Fomca Datuk N. Marimuthu.
  • Katanya pengangkutan awam langsung tidak ada di sesetengah kawasan di luar bandar dan jika pun pengangkutan awam disediakan, jadual perjalanannya tidak tetap manakala kenderaan yang digunakan pula adalah bas dan teksi lama.
  • Beliau memberitahu bahawa ketika ini hanya 20 peratus daripada penduduk Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam disebabkan jadual tidak tetap, kekurangan bas dan kereta api serta perkhidmatan yang lemah.
  • Dalam tempoh kira-kira 10 tahun akan datang, sekiranya 50 peratus daripada penduduk Malaysia dapat menggunakan pengangkutan awam, negara akan memperoleh manfaat yang sangat besar melalui pengurangan pelepasan karbon dioksida serta mengatasi kesesakan lalu lintas selain menjimatkan subsidi bahan api, katanya.
  • Beliau mencadangkan subsidi silang bagi pengendalian pengangkutan awam, di mana sektor bandar yang lebih menguntungkan dapat memberi subsidi kepada kawasan luar bandar, dan menggesa kerajaan supaya mengkaji model yang sedia ada di dunia, terutamanya sistem di Jepun dan Singapura, untuk mengadakan sistem yang sesuai bagi Malaysia.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails