SUARA BEBAS TUARAN

MB Perak Saman Wan Azizah RM100 Juta ?

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kelmarin memfailkan saman RM100 juta ($41 juta) terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan tiga lagi berhubung dakwaan penerbitan satu artikel berbaur fitnah di akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.
Artikel yang didakwa memfitnah Menteri Besar Perak itu bertajuk 'Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' yang diterbitkan oleh akhbar parti pembangkang itu bagi edisi bertarikh 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010.
  • Dr Zambry, selaku plaintif mendakwa artikel tersebut sengaja direka bagi memburuk, mencemar dan mempersendakan reputasinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
  • Beliau menamakan Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, yang juga editor Suara Keadilan sebagai defendan pertama dan kedua.
  • Penerbit akhbar bulanan tersebut, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan syarikat pencetak, Percetakan NPK Sdn Bhd, turut dinamakan sebagai defendan ketiga dan keempat.
  • Menurut pernyataan tuntutan, plaintif yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut mendakwa artikel tersebut mengandungi perkataan-perkataan fitnah, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
  • Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau merupakan seorang yang disyaki pengganas dan dihalang memasuki Amerika kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.
  • Dr Zambry sebaliknya menegaskan, beliau tidak pernah dihalang memasuki Amerika.
  • Malahan, beliau telah dibenarkan memasuki negara itu dan diberi pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.
  • Katanya, lawatan beliau ke Amerika mendapat liputan meluas media dan pihak defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.
  • Beliau turut menyatakan, artikel tersebut sengaja dicetak dengan ketara di halaman utama belakang akhbar itu bagi menarik perhatian pembaca sekali gus mengakibatkan dirinya terpaksa menanggung malu.
  • Perkataan-perkataan yang digunakan dalam artikel itu juga jelas serius dan didakwa mendatangkan kesengsaraan terhadap plaintif dan keluarganya.
  • Menurut beliau lagi, penerbitan artikel itu telah melukakan perasaannya, mencemarkan reputasi awam, peribadi dan politiknya dengan begitu teruk serta telah terjerumus kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.
Sumber: CyNews,Utusan Malaysia.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails