
Ramai yang berharap kehadiran Norman Abdul Halim sebagai Pengetua dalam program realiti Akademi Fantasia Musim Kelapan (AF8) mampu mengubah segala-galanya.
Jika musim lalu, Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina telah mempertaruhkan formula ‘Transformasi’.
Musim ini, Norman berkata dia akan mengumumkan formulanya pada sidang media memperkenalkan para pelajar AF8 hujung Februari nanti.
Jika musim lalu, Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina telah mempertaruhkan formula ‘Transformasi’.
Musim ini, Norman berkata dia akan mengumumkan formulanya pada sidang media memperkenalkan para pelajar AF8 hujung Februari nanti.
- Apa agaknya formula Norman? “Ikutkan tiada apa-apa tagline tetapi saya lebih fokuskan kepada perspektif jangka panjang pelajar AF8.
- “Maksudnya, saya bukan sahaja fokuskan pelajar AF8 sehingga peringkat akhir program ini sahaja tetapi turut fokus kepada pasca AF8 untuk membina kerjaya mereka,” ulas Norman kepada mStar Online semalam.
- Norman menganggap kepercayaan yang diberikan oleh Astro itu begitu besar kepadanya apabila memilihnya sebagai Pengetua AF8.
- “Saya berasa terharu, gembira dan merendah diri apabila diberikan peluang untuk membantu bakat-bakat baru dalam industri ini lebih baik pada masa hadapan.
- “Selain memberikan hiburan kepada penonton, ini merupakan satu tanggungjawab besar bagi membaiki program ini ke tahap yang lebih tinggi.
- “Apabila sudah masuk AF8, cabaran saya adalah AF7. Saya ada cara tersendiri dan jangan bandingkan saya dengan pengetua yang lain.

- “Sama juga dengan pengacara, saya rasa Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley mampu membawa kelainan kepada AF8. Mereka juga mempunyai karakter yang ‘gila-gila’,” jelasnya lagi.
- Norman berkata dia akan pastikan setiap graduan AF8 mendapat kejayaan dari segi nyanyian dan seni persembahan.
- Jadi, tidak mustahil dia telah menyusun perancangan untuk menggilap bakat-bakat muda itu. Norman juga tidak menafikan untuk membawa bakat-bakat yang bagus untuk menyertai KRU Studios nanti.
- “Saya nak tumpukan kepada pendidikan pelajar AF8 terlebih dahulu. Selebihnya, kita akan umumkan semasa peringkat akhir AF8. Saya tak nak nanti orang ingat saya menggunakan kepentingan sendiri.
- Dalam pada itu, Norman juga berpuas hati dengan barisan tenaga pengajar AF8 yang mengekalkan Siti Hajar selaku Guru Vokal Teknikal, Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris) selain menampilkan muka baru iaitu pelakon Que Haidar (Guru Drama).



Post a Comment