
Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar), berkata tiga parti utama orang Melayu iaitu Umno, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu asyik hendak mendapatkan sokongan kaum bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.
Sumber: CyNews, Mingguan Malaysia.
- Dr Mahathir berkata pada masa ini apa jua tuntutan kaum bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh parti-parti berkenaan.
- Beliau percaya tindakan itu berpunca daripada tanggapan bahawa orang Melayu tidak mempunyai banyak pilihan ketika pilihan raya, dan akan tetap menyokong mereka.
- 'Tidak perlu saya nyatakan apa yang menyebabkan kita berasa kecewa. Tetapi kita lihat orang yang dulu kata orang Islam jika berkawan dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang peluk cium orang bukan Islam dan dihalalkan segalanya bagi mereka kerana orang Melayu tetap akan bagi sokongan,' kata Dr Mahathir seperti ditukil akhbar Mingguan Malaysia semalam.
- 'Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik. Sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka,' tambah beliau.
- Menurut Dr. Mahathir, ada beberapa NGO Melayu menemuinya dan menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan dan parti pembangkang.
- 'Tetapi apa yang mereka boleh buat. Jika terlampau giat suarakan pendirian orang Melayu, mereka akan dituduh perkauman dan mungkin juga diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
- 'Akhirnya, mereka datang bertemu bekas Perdana Menteri yang sudah tidak bertaring. Mereka kecewa tetapi tidak dapat suarakan kepada pemimpin Melayu sama ada kerajaan atau parti lawan,' ujarnya.



Post a Comment