Para pengguna kenderaan yang masih mempunyai saman tertunggak dan dikeluarkan waran tangkap dalam sekatan jalan raya oleh polis akan segera di hadapkan ke mahkamah.Polis akan menjalankan operasi untuk mengesan pengguna kenderaan yang dikeluarkan waran tangkap kerana gagal menyelesaikan saman- saman mereka di semua daerah utama di seluruh negeri tahun ini.
- Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri, Supt Zahari Ahmad dalam wawancara eksklusif dengan New Sabah Times kelmarin.
- Beliau memberikan amaran semua anggota polis trafik daerah dan dari ibu pejabat akan berusaha mengesan pemandu yang degil dan dikeluarkan waran tangkap kerana gagal menyelesaikan saman tertunggak mereka.
- Zahari menasihatkan pe- milik kenderaan agar me- meriksa dengan polis trafik di kawasan masing-masing dan terus membayar kompaun untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
- “Kita akan mengadakan sekatan jalan raya untuk mengesan pemandu yang mempunyai waran tangkap atau saman tertunggak dan mereka yang ditahan dalam operasi akan didakwa di mahkamah dengan segera,” kata beliau.
- Menjwab pertanyaan Zahari berkata saman yang dike- luarkan tahun lepas meningkat kepada 231,968 dari 51,818 yang dikeluarkan 2008.
- Zahari berkata dari jumlah sama yang dikeluarkan tahun lepas 26 peratus atau 48,132 saman dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan seperti laju dan gagal untuk mematuhi peraturan keselamatan jalan raya yang boleh mengakibatkan kemalangan serius atau kematian bila berlaku kemalangan.
- Pada 2008 dari 52,818 sama, 33,752 atay 54 peratus dieklaurkan kepada pemandu yang degil kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik.
- Keseluruhan kemalangan meningkat dari 14,588 pada 2008 kepada 15,798 tahun lepas, dan jumlah kematian meningkat 10 peratus dari 206 pada 2008 kepada 314 pada tahun lepas.



Post a Comment