
Pekan Tuaran
Petang tadi, kira-kira jam 6.30 petang saya telah menghadiri perhimpunan pidato perdana bertempat di perkarangan rumah Datuk Kalakau Untol di kg Roun Tuaran . Dalam kiraan saya, perhimpunan tersebut telah di hadiri oleh Lebih kurang 1200 orang penduduk tempatan dan luar daerah. Termasuk beberapa orang pegawai-pegawai polis dari cawangan khas Pusat dan Tuaran.

Petang tadi, kira-kira jam 6.30 petang saya telah menghadiri perhimpunan pidato perdana bertempat di perkarangan rumah Datuk Kalakau Untol di kg Roun Tuaran . Dalam kiraan saya, perhimpunan tersebut telah di hadiri oleh Lebih kurang 1200 orang penduduk tempatan dan luar daerah. Termasuk beberapa orang pegawai-pegawai polis dari cawangan khas Pusat dan Tuaran.
- Pada saya, kehadiran pehak polis ini ada lah untuk memantau keselamatan disamping mengumpul maklumat untuk di lapur ke Ibu Pejabat mereka.
- Selain dari itu, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dan Nasional juga telah dijemput hadir. Antara yang saya kenali ada lah Hj Ansari, Tarmin, Dr Jeffry, Edward Linggu, Dr Chong Eng Liong,Pajudin Nordin, John Ghani, Halik Zaman, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongan. Dan beberapa orang pemerhati dari golongan Liga Bebas ( saperti saya dan Dr Saijan Samit).
- Antara Mereka yang telah berucap pada petang tadi ada lah terdiri dari Wakil PAS, Hj Ansari, Datuk Kalakau Untol dan di akhiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Saperti biasa, kebanyakan isi kandungan ucapan mereka berkisar kepada isu kelemahan kerajaan BN, terutama sekali UMNO. Antara lain yang mereka tekan ada lah gejala rasuah pemimpin UBN, campur tangan kerajaan UBN dalam sistem mahkamah negara dan Hak-hak rakyat Sabah dalam Malaysia menerusi ‘Point 20’ yang telah hampir-hampir dimansuh kan oleh kerajaan masa kini.
- ‘Off Course’ mereka juga telah ketengahkan bahawa betapa perlu nya parti pembangkang di beri peluang untuk memerentah kerajaan Malaysia selepas PRU13 nanti.
- Dalam pada itu, saya juga telah membuat kajian ringkas mengenai pendapat mereka yang hadir tentang kes Sodomy Anwar.
- Kebanyakan mereka tidak setuju kes Anwar di besar-besarkan di mahkamah. Kerana kata mereka, kes ini telah disalah gunakan untuk mengaibkan Anwar daripada mencari keadilan sebenar nya. Kes ini, sepatutnya di adili di mahkamah anak negeri atau pun Syariah, tambah mereka.
- Agak menarik juga, bilamana Kalakau dengan tegas dan berani menyentuh perkiraan; sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kerajaan nanti, PKR akan mengulang kaji beberapa perkara penting untuk rakyat Sabah dalam ‘point 20’.
- Antara lain, keperluan untuk memansuhkan agama rasmi di Malaysia ini.
- Pasti nya kita akan mendengar lagi pidato-pidato serupa ini dari Kalakau Untol di Kota Marudu nanti...
- Pada akhir upacara, dikatakan seramai 500 orang ahli PBS menyertai PKR.



March 1, 2010 1:55 AM
bilamana Kalakau dengan tegas dan berani menyentuh perkiraan; sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kerajaan nanti, PKR akan mengulang kaji beberapa perkara penting untuk rakyat Sabah dalam ‘point 20’.
Antara lain, keperluan untuk memansuhkan agama rasmi di Malaysia ini.
Isu Ugama ini akan membunuh pengaruk kalakau dalam Pakatan Pembangkang.
Once a spade, will always be a spade.
March 1, 2010 8:14 AM
Salam bro... mungkin kita berlanggar bahu dalam majlis itu atau sebaliknya...saya pun tak pasti kerana sibuk memerhati dan mendengar perkara yang berlaku disekeliling.
Apa-apapun, sedikit pembetulan saja yang hendak saya buat di sini mengenai kehadiran orang ramai, SEBENARNYA... yang meramaikan majlis tersebut adalah rombongan-rombongan dari Ranau, Sandakan, Tawau, Papar dan Kota Marudu. Hanya beberapa kerat sahaja penduduk tempatan, yang memang geng karas `ikan basung kalakau untol' yang menghadiri majlis itu.
Dan tentang saranan-saranan kalakau untol hendak buat selepas dengan rasminya menjadi ahli KEADILAN Sabah tu...mmm, korang semua fikirlah sendiri... kalau masa jadi MP Tuaran, Senator dan sebagainyapun tiada bunyi... inikan pula kalau sudah disebelah pembangkang... sama lah juga macam si gundul YONG TECK LEE.
March 1, 2010 2:52 PM
Salam dan Thanks kepada kedua-dua sahabat saya Senjaliza dan Jomosama Tuaran, kerana sudi melawat dan memeberi komen disini.
Setakat ini, tiada apa yang dapat saya respond kerana pada asas nya saya terima pendapat kalian.
Disamping itu, buat masa ini, mungkin ada lagi tindakan susulan dari Kalakau.
So kita kena tunggu lapuran selanjut nya.
Semuga kalian sukes
Post a Comment