SUARA BEBAS TUARAN

Saiful Terima Ugutan Bunuh ?

Saksi utama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan, semalam membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang diterimanya, dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan yang sedang berlangsung.
Bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar itu ditemani peguam, Encik Zamri Idrus, serta bapanya, Encik Azlan Mohd Lazim, tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini sekitar 12.15 tengah hari.
  • Laporan itu dibuat terhadap seorang lelaki yang mendaftar dirinya atas nama 'Anaz Zahari' di dalam laman sosial Facebook.
  • 'Anaz Zahari' didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh dalam laman sosial Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kenyataan itu menyebut:'Kepada rakan-rakan sekalian... Siapa-siapa yang mengenali atau pun berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat'.
  • Encik Mohd Saiful Bukhari berkata, beliau membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.
  • Sementara itu, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar ditangguhkan sehingga pagi ini selepas peguam utama beliau, Encik Karpal Singh, memohon penangguhan bagi menjawab afidavit jawapan pihak pendakwaan berhubung status hakim.
  • Kelmarin, Datuk Seri Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.
  • Hakim Datuk Mohamad Zabidin didakwa bertindak berat sebelah kerana tidak mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap akhbar Utusan Malaysia.
  • Ia berikutan keputusan Hakim Mohamad Zabidin menolak bantahannya berhubung artikel, gambar dan keterangan gambar mengenai kes berkenaan yang disiarkan akhbar itu minggu lalu.
  • Hakim Mohamad Zabidin kemudian menetapkan 9.30 pagi ini untuk mendengar permohonan Datuk Anwar.
  • Perbicaraan masuk hari kelima semalam.
Sumber: CyNews, Agensi.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails